Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan fotografi sering mengeluh lantaran harga yang dikenakan oleh pihak jurugambar terlalu tinggi. Walau pun secara asasnya, pakej yang dikenakan oleh jurugambar lain sebenarnya sudah berpatutan dengan pengetahuan serta kemahiran yang mereka miliki, namun kekangan kewangan serta bajet yang sangat terhad membuatkan sesetengah pelanggan, terutama golongan pertengahan serta bawahan sering kali berada di dalam dilema.
Kami di AQEEMFOTO amat prihatin dengan keperluan dan kehendak pengguna. Berbeza dengan pakej konvensional di mana harganya ditentukan oleh pihak jurugambar yang biasanya akan menyenaraikan beberapa pakej dengan harga tetap, kami tampil dengan pendekatan yang lebih fleksibel, di mana anda diberi kebebasan seratus peratus untuk memilih perkhidmatan yang diingini berdasarkan sebutharga di bawah, selaras dengan keperluan dan kemampuan anda. Sila klik sebutharga di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Pendekatan yang digunakan di sini adalah anda boleh memilih mana-mana perkara yang diinginkan, seterusnya membuat pengiraan sendiri, sebelum berhubung terus ke talian 018.2714.911 untuk perbincangan lanjut dan membuat tempahan.
Keterangan sebutharga:
1) Photographer's fee: Ini adalah kadar bayaran asas yang akan dikenakan berdasarkan kiraan jam. Caj ini meliputi kerja-kerja penggambaran serta kerja-kerja selepas penggambaran seperti pemilihan gambar, pemprosesan dan pengubahsuaian gambar bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Secara dasarnya, anda akan memperolehi sekurang-kurangnya 36 keping gambar (mengikut kiraan roll filem) untuk setiap jam perkhidmatan yang akan diberikan dalam bentuk 'soft copy'. Walau pun begitu, dalam kebanyakkan kes, rakaman yang diberikan kepada anda biasanya akan melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan.
Contoh pengiraan:
Sekiranya anda memerlukan kehadiran jurugambar dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, maka jumlah jam bekerja adalah sebanyak 6 jam. Maka jumlah bayaran adalah 6 x 80 = RM480.
Jumlah gambar yang akan diperolehi oleh anda dalam bentuk 'soft copy': 36 x 6 = 216 keping (minima)
Sekiranya anda memerlukan kehadiran jurugambar untuk lebih daripada satu sesi, di mana terdapat kemungkinan beberapa aktiviti yang dilangsungkan pada hari berasingan, sila dapatkan kiraan jam untuk setiap sesi yang kemudiannya didarabkan dengan RM80.00, dan didarabkan lagi dengan 36 untuk mendapatkan jumlah gambar yang bakal diperolehi.
2) Photo: merujuk kepada produk akhir yang akan diperolehi oleh anda. Produk yang dipaparkan dalam sebutharga ini merupakan produk-produk yang popular di pasaran. Untuk mendapatkan produk-produk lain yang tidak tersenarai, anda boleh merujuk dan berbincang dengan jurugambar untuk mendapatkannya.
3) Transportation: merujuk kepada perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh jurugambar untuk sampai ke lokasi penggambaran utama, serta ke lokasi lain untuk tujuan pemprosesan gambar yang memerlukan khidmat pihak ketiga. Kepada pelanggan di Lembah Klang, kadar ini meliputi perbelanjaan untuk petrol, tol, bayaran letak kereta serta lain-lain bayaran yang difikirkan perlu yang dikira secara keseluruhan.
Bagi pelanggan yang berada diluar Lembah Klang, pengiraan meliputi perbelanjaan perjalanan ke lokasi penggambaran utama sahaja. Oleh itu, pengiraan perlu mengikut jarak perjalanan pergi dan balik dari / ke destinasi, mengikut jarak terdekat yang diberikan melalui Google Map. Titik permulaan pergerakkan jurugambar adalah bermula dari Taman Wawasan, Puchong, Selangor.
Sebagai alternatif, jurugambar mungkin terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke lokasi berserta dengan kemudahan penginapan yang dipersetujui oleh pelanggan dan jurugambar sekiranya tugasan yang diberi memaksa jurugambar untuk bermalam berhampiran lokasi. Maka, kos pengangkutan awam dan penginapan akan ditanggung oleh anda.
4) Copyright fee: mengikut perjanjian yang dimeterai antara jurugambar dan pelanggan, secara dasarnya jurugambar mempunyai hak untuk menyiarkan gambar-gambar yang telah diambil ke mana-mana penerbitan untuk tujuan promosi, pemasaran atau pengiklanan. Walau bagaimana pun, terdapat segelintir pelanggan yang ingin memegang hak cipta eksklusif gambar mereka, seterusnya menghalang jurugambar dari menyiarkan rakaman mereka ke mana-mana penerbitan, maka caj tambahan ini akan dikenakan demi untuk menjaga hak cipta eksklusif tersebut.
Sila hubungi talian 018.2714.911 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.