PANTAI MORIB


Seperti kelaziman yang berlaku sejak 2009 lagi, kami memanjangkan lagi langkah kami untuk menikmati percutian mewah dengan harga bajet, di mana lagi kalau bukan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan Malaysia atau lebih mudah disebut RPP.

Setelah berjaya menjejakkan kaki ke RPP Cameron Highlands pada 2009, lalu berehat sebentar pada 2010 sebab banyak sangat program percutian aliran swasta, 2011 pula ke RPP Bukit Fraser, maka pada tahun ini iaitu 2012, dengan bangganya kami terjah ke RPP Morib pulak.

Apa ada dengan Morib? Best sangat ke Morib tu?

Best tak best tu subjektif. Bergantung kepada minat dan kecenderungan masing-masing. Ada orang pergi bercuti duduk dalam khemah pun best. Ada orang bercuti duduk diam-diam dalam rumah sendiri tak pergi mana-mana pun best. Ada orang pergi bercuti sampai ke hujung dunia pun masih tak best. Jadi bila saya ada kesempatan untuk bercuti dan berehat di sebuah rumah penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan semua ada, dan yang paling penting bayarannya tersangatlah minima seolah-olah tidak berpatutan dengan kemudahan yang disediakannya, maka mestilah saya kata best! Lagi pun pepatah Inggeris pernah berkata "one bad holiday is better than one working day". :-)

Jadi bergantung kepada individu itu sendiri. Nak kata Morib ni best sangat pun, pada saya Pantai Teluk Lipat lagi best, sekurang-kurangnya pemandangannya lebih cantik dan ada banyak gerai-gerai penjual keropok lekor di pesisir pantai.

Jom kita tengok apa ada pada Morib.

Mula-mula kita check-in dulu di RPP.

batu tanda tepi jalan besar. kalo takde benda ni harus tak jumpa kat mana RPP Morib neh.
tempat check-in dan check out, ambik kunci dan hantar kunci merangkap pejabat dan tempat pekerja lepak-lepak. juga tempat meminjam charger telefon bagi sesiapa yang ketinggalan charger macam orang rumah ku.
papan tanda penunjuk arah tentang kemudahan yang di sediakan dalam jajahan RPP ini. semua nama unit telah dinamakan dengan nama pulau-pulau yang kedapatan di semenanjung malaysia. agak informatif kerana selama ini saya tak tahu pun pulau rumbia dan pulau angsa letaknya dengan mana. bila tengok papan tanda ni, dan dengan sedikit carian di google, kini saya dah tahu, secara tidak langsung telah menambah pengetahuan am saya berkenaan dengan pulau-pulau di malaysia.
dewan serbaguna yang boleh disewa jika perlu. lupa pulak nak tanya boleh main badminton ke tidak kat dalam ni. kalau boleh, lain kali datang nak bawak reket. kalau datanglah... rasa macam nak letak dalam last choice jer "senarai rumah-rumah peranginan persekutuan kerajaan Malaysia yang ingin anda lawati"
taman permainan untuk anak-anak pun banyak. so tak payah berebut. setiap blok ada tempat permainan. kalau datang weekday boleh konker sorang satu
rumah penginapan kami yang disewa dari pihak kerajaan malaysia. dalam borang dia declare sebagai "unit berkembar 2-bilik". konsep dia macam semi-D, jadi satu atap mewakili satu unit. kami ambik satu unit jer pon. saje tak nak ambik lebih. kasi chan kat orang lain (buat mende lah banyak-banyak, bukan ada sape ikut pun). dengan meletakkan sebuah kereta exora berwarna putih sebagai hiasan telah menyerlahkan lagi keanggunan rumah penginapan tersebut.
perhatikan unit ini pula. agak berlainan dengan unit tadi dari segi rekabentuk atap dan sisi yang ada balkoni, kerana sememangnya unit ini lebih besar dan grand dari unit tadi. besar memang besar sebab satu bangunan ni semua dia yang punya. dalam borang di declare sebagai banglo 3-bilik. banglo tak banglo jugak, rumah kayu jer tapi bila masa pulak banglo itu mesti dibuat daripada batu? kayu pon banglo aper... harga kasi up sikit dari unit berkembar 2-bilik tadi. dah besar kan, wang pon kena besar sikit lah.
Itu cuma luarannya. Dalamannya ada apa ya?

ruang makan, rehat dan tengok tv. tak dapatlah tv lcd macam kat hotel mahal2 nun... tapi memadailah untuk menghiburkan hati. lagi pon kalau datang bercuti tapi asik tengok tv jer, baik duduk rumah, kan?
ruang dapur yang selesa dengan macam-macam kelengkapan dan peralatan memasak. dari peti sejuk, periuk nasi, periuk keluli, kuali, pinggan, mangkuk, sudip, senduk sampailah ke sekecil-kecil sudu semua ada. nak masak, bawak bahan mentahnya sahaja dan jangan lupa! span dan sabun basuh pinggan... penting gak ni. takkan nak basuh pinggan dengan syampu rambut pulak. cuma teman nak komplen sikit lah ke bahagian pengurusan hartanah ni. awat lah banyok bebenor lipas nyer. siang takde... tapi bila malam ke hulu ke hilir dia merayaaap jer... pas tu terbang ke sana sini... ganggu teman nok beramas mesra dengan keluarga. tak pasal2 kena perambat dengan penyapu. teman geli taw main-main dengan lipas neh!
bilik tidur utama. bantal sikit bebenor. ngam-ngam dua bijik. dapat sorang sebijik, itu pon mak bapak konker dulu. anak-anak tidur takde bantal. bantal extra tak dok pulak tu...
bilik tidur no.2, kecik sikit dari bilik tidur utama tapi masih ada bilik air sendiri.
Ok... dah puas ushar-ushar, riki-riki tengok apa ada kat RPP neh, jom kita gi pantai tengok apa menarik dan boleh dijadikan bahan tontotan dan kepelikkan terutama bagi orang KL yang tak biasa tengok laut.

mari kita ke pantai, hoi!
pantai yang landai jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga. hanya berlaku ketika air surut sahaja, nun jauh disana baru nampak laut. jenuh jugaklah nak berjalan ke laut time air surut neh. sekali pandang, macam tengah padang pasir yang ada oasis pun boleh jugak. time air pasang, jangan harap lah budak kecik nak berdiri kat pokok neh.
masa air surut ni jugaklah boleh tengok macam-macam hidupan maritim sama ada mereka tengah bersiar-siar di atas darat atau pun telah meninggal dunia kerana tidak sempat ke laut ketika air surut. tapi musykil jugak, air kalau nak surut pun bukan boleh surut dalam sekelip mata. takkanlah mereka ini tak sempat cari air. bebal sangat tak pergi sekolah agaknya.

fugu ke nih? macam yang orang jepun makan tu? rasanya orang jepun tak makan spesis neh. ini spesis malaysia diorang tak gemor kot. kalu gemor, kaya raya orang kita buat bisnes pancing ikan buntal. mahal giler spesis fugu jepun dohhh!
ni lagi sekor meninggal dunia di pantai yang surut. tapi yang ni kes dia lain, angkara manusia. satu teknik penangkapan ikan yang simple lagi berkesan. i likeeee! the idea is bila air surut, batang kayu akan dipacakkan di beberapa kawasan. kemudian, jaring akan di pasang diantara kayu-kayu tersebut lalu membentuk halangan seumpama pagar gitu. jadi, bila air pasang, apa sahaja mahkluk yang lalu atau berenang di antara jaring tersebut akan terperangkap. esoknya, bila air surut, manusia itu akan datang sambil berjalan kaki lalu mengutip hasil tangkapan mereka, ibarat memetik buah-buahan yang masak ranum di pohon yang rendang. owhhh... mungkin ikan buntal diatas itu merupakan salah satu hasil tangkapan yang telah dibuang oleh manusia kerana hodoh dan tiada nilai komersil.
beginilah keadaan jaring ikan tersebut jika dilihat dari jauh.
the exotic belangkas, atau nama saintifiknya limulus polyphemus. dah mati pun, tinggal casing jer. enjin tak tahu mana pergi.
sukar ditafsirkan menatang apekah ini memandangkan kamus perbendaharaan hidupan maritim dan moluska saya yang sangat terhad. sape tahu sila hantar mesej. tq
sejenis siput ape ntah. rasanya bukan jenis yang orang selalu masak lemak tu. kalau iyer, rasa nak termuntah pun ada sebab dah banyak siput masuk dalam perut.
kupang atau remis, anda tentukan... yang pasti bukan kerang.
spesis ketam yang bermaharajalela di sepanjang dataran pantai yang lembab-lembab basah ketika air surut. kecik kenot jer saiznya. yang kecik tu pon saya tak tahu taraf anak ke, taraf bapak ke sebab saiz lebih kurang sama jer. mereka ini banyak membuat sarang di dalam lubang yang digali sendiri tanpa menggunakan sebarang jentera moden. mereka juga amat pemalu kerana bila kita dekat, dia lari terus masuk lubang.
bila dah ramai diahaiwan ni nampak macam gedeber pulak. bukan dengan kita si homo sapiens neh, tapi dengan geng-geng diahaiwan, macam ada puak berhaluan kiri dengan kanan. pantang jumpa mesti nak gaduh
ini bukan sesi suai kenal ke, pesta muda mudi ke, tapi sebenarnya diahaiwan tengah bergaduh. ok cuba kita close up lagi.
mentang-mentanglah sepit tu panjang, boleh tonyoh-tonyoh jer kepala... errr badan kot... ehhh kepala lah... ehhh badan lah.... hahaha konfius kepala ngan badan
tiba-tiba datang king of ketam cuba meleraikan pergaduhan itu.
ok... ok... cukup cerita pasal ketam. jalan pun tak betul, ada hati nak ajar orang pulak yer? so sekarang nak buat apa? jom kita pergi ke pantai morib. i mean the real pantai morib. tempat yang menjadi tumpuan pelancong, yang ada banyak aktiviti, ada tempat makan-makan, main-main, senang cerita macam pusat kegiatan aktiviti di pantai morib neh.

sama jer macam gambar kat atas nun, tapi ini versi waktu siang. benda ni lah ada kat pusat pantai morib neh.
ada taman permainan kanak-kanak yang agak best jugak saya rasa ketika saya cuba membayangkan bahawa sayalah kanak-kanak tersebut. best sebab ada beberapa struktur permainan yang pelik-pelik dan lain dari yang ada di tempat lain. jadi takdelah rasa bosan sangat balik-balik buaian, jongkang-jongkit, gelungsur jer yang ada.
banyak orang menjual layang-layang dan segala macam jenis permainan yang berjaya mempersonakan pandangan mata anak anda dan anak saya. nasihat saya, jika datang kesini, sila bawa sedikit wang supaya telinga anda tidak bingit mendengar rintihan anakanda yang mendayu-dayu meminta layang-layang (atau mungkin juga permainan)
bila dah beli mesti lah nak main kan? takkan nak buat lapik tempat duduk pulak. maka silalah ke padang yang berdekatan dan terbangkanlah layang-layang itu. jangan bimbang pada angin, kerana mereka sentiasa ada, terutama sekali di waktu petang. bukan susah pun main layang-layang ni. budak kecik umur 2 tahun pun boleh main (setelah berjaya diterbangkan oleh orang dewasa). cuma masa main tu kenalah berhati-hati memandangkan layang-layang banyak terbang melayang di atas sana, lepas tu padang yang ada cinonet sahaja, maka kebarangkalian untuk berlaku cross line adalah sangat tinggi. banyak kali layang-layang putera dan puteri beta dilanggar garuda. dah orang tu pun tak gheti-gheti nak kasi dia punya layang-layang naik tinggi ke?
setelah penat bermain layang-layang, kita lepak di sebuah taman yang bernama taman eksplorasi marin. lepak bukan sebarang lepak, tapi lepak cara berilmiah. sebab kat sini ibarat muzium haiwan marin. ada replika haiwan dengan penerangannya sekali.
tapi tidaklah semua jenis hidupan marin dipamerkan disini. ianya lebih spesifik kepada haiwan jenis bercengkerang atau pun disebut moluska, seperti siput, kupang, kerang dan sebagainya.
setelah penat bermain layang-layang dan berjalan-jalan di taman eksplorasi marin, boleh lah singgah di medan selera andai kata nak makan ke, minum ke. harga berpatutan.
satu benda positif yang saya nampak di pantai morib ini adalah terdapatnya banyak papan tanda seperti ini yang memberi peringatan supaya tidak membuat maksiat.
berada di pusat rekreasi pantai morib ini, agak susah untuk turun ke pantai bermain air kerana kawasan pantai ini telah ditambak dengan tembok bagi membolehkan struktur binaan dan bangunan didirikan. lagipun takde apa yang best pun kalau dapat rurun ke laut. airnya semacam keruh sahaja akibat bercampur lumpur barangkali.
Itulah antara aktiviti yang boleh dijalankan ketika berada di pantai morib. Takdelah fun sangat, kan? Maka untuk mendapatkan keseronokkan yang lebih fun sedikit (keseronokkan yang lebih fun???), kami melajakkan diri menuju ke Banting, atau lebih tepatnya di Kampung Kanchong Darat untuk melihat dan mengalami sendiri kemewahan membeli kerepek dengan harga runtuh dan harga borong.


inilah rupanya bangunan pusat operasi Fazz Enterprise yang merupakan pengedar, pembekal, pengilang, pembungkus dan segala-galanyalah pasal kerepek yang terkenal di banting itu. Ini adalah sebuah syarikat milik keluarga yang diwarisi daripada ayah mereka, Tuan Haji Mahmudin Haji Abas kepada anak-anak mereka iaitu Fazzly, Fazzilah dan Faizzal sebagai orang-orang penting dalam pengurusan kanan, sambil dibantu oleh isteri, anak menantu, cucu, pak sedara, mak sedara dan sebagainya. Now you know kenapa syarikat mereka digelar Fazz Enterprise kan?
Tempat nie memang betul-betul dalam kawasan perkampungan orang melayu, yang jenis nak masuk kampung jalan kecik jer, kalau naik motor tak yah pakai helmet punye. dah lah tu, rumah pulak atas tanah lot. nampak luas jer halaman rumah diorang. premis Fazz Enterprise ni pulak sebelah menyebelah jer dengan rumah diorang. so boleh pergi-balik kerja bila-bila masa diorang suke, tak yah tension nak redah trafik jem ke hape sebab tak perlu bawak kenderaan pun pergi kerja. dah kata sebelah, jalan kaki jer lah. bahagia dapat hidup macam itu.


talking about kerepek, macam-macam jenis kerepek ada terjual di sini (saya cuba mencari kerepek ubi pedas basah, tapi tidak kedapatan... kehabisan stok barangkali). nak beli sikit dalam peket kecik boleh, nak beli borong dalam guni pun boleh. harga borong, macam mydin jugak, lebih murah dari biasa.

bila dah melampau banyak tu, rambang mata lah pulak nak pilih yang mana nak beli. ada sign board sebagai panduan in case tersesat ke sebab mata dah rambang tak nampak jalan.
bukan sekadar kerepek, malah pop corn pon ada juga. ehhh... sejak bila pulak pop corn menjadi jajan tradisional orang melayu? kalo jajan orang amareka logik lah jugak sebab pop corn ini berasal dari masyarakat pribumi amareka (sumber wikipedia). apa yang penting sebenarnya kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan dengan teknologi yang ada tidak menghadkan kepada jajan masyarakat melayu sahaja. semetelah pop corn bukan susah sangat untuk dihasilkan, jika ada ilmu dan peralatannya. sekiranya ia boleh mendatangkan hasil yang menguntungkan, segala jenis jajan yang ada dalam dunia ni kalau boleh nak buat.
malah kepelbagaian produk industri kecil dan sederhana ini dikembangkan lagi dengan penghasilan makanan yang telah siap diproses seperti kek, baulu, dodol, serunding, acar buah... errr macam-macam lagilah. anda bayangkan sendiri.
back to the beach, sesungguhnya langit itu tidak selalu cerah. kadang-kadang biru, kadang-kadang merah. satu perkara menarik yang boleh anda saksikan di pantai adalah keindahan alam ciptaan Tuhan di saat matahari terbenam. lazimnya, pemandangan seumpama ini tidak dapat anda saksikan di sebelah pantai timur semenanjung kerana dari segi geografinya, sebelah timur adalah tempat matahari naik. jadi jika anda hendak melihat pemandangan seumpama ini di sebelah pantai timur, sila bangun awal dan hadir ke pantai beberapa detik sebelum tamatnya waktu subuh. sama tapi tidak serupa, satu tempat di waktu pagi dan satu lagi di waktu petang.
asal senja jer nak buat siluit (silhouette), asal siluit jer mesti nak tunggu senja. dah ini jer masa yang sesuai. kalau nak buat kat kampung susah kena bangun awal pagi. takde makna nyer hanya kerana siluit nak angkut budak-budak gi pantai pagi-pagi. ekceli nak buat siluit ni tak yah tunggu senja pun boleh, asal ada peralatan dan teknik yang sesuai, tengah hari panas terik pun boleh.
selain dari siliut, anda juga boleh memanipulasikan cahaya senja itu dengan magik-magik yang boleh diterima akal seperti mengeluarkan aura kung-fu hikmat nafas tanpa bau jurus ke-9
atau menconteng langit menggunakan tongkat sakti
camane? seronok pegi morib? boleh lah... makan cukup, tidur cukup, duit pun tak banyak habis, ada belen lagi boleh lah sedekah kat anak yatim ke, tabung masjid ke, insya-Allah :-)

IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Sila hubungi kami di sini.

BADMINTON FOR DUMMIES

Untuk mengambil gambar apa jenis sukan yang dipertandingkan, selain daripada peralatan menangkap gambar yang sesuai (telephoto lens is a must!), moment yang menarik serta konfigurasi ISO, aperture dan kelajuan shutter yang sesuai, satu lagi aspek penting yang harus dititik beratkan untuk mendapatkan hasil yang menawan adalah komposisi yang betul.

Umum mengetahui, dalam menyaksikan acara sukan, terutama sekali yang berbayar, jarak antara tempat duduk penonton dengan gelanggang perlawanan telah dihadkan secara statik supaya kita tidak mengganggu urusan perlawanan tersebut. Sekiranya anda mempunyai kudrat berlebihan, anda digalakkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mendapatkan posisi yang sesuai, yang mana amat kagum rasanya sekiranya dapat dilakukan pada keluasan litar lumba F1 atau sebesar stadium nasional bukit jalil, ditambah lagi di masa itu adalah perlawanan penting melibatkan pasukan negara dengan puluhan ribu penonton untuk diredah. Maka walau menggunakan telephoto lens sejauh 400mm sekali pun, hasilnya tidak sama dengan foto yang dirakam oleh media, memandangkan mereka mendapat keistimewaan untuk berada di posisi yang lebih strategik, betul-betul di tepian gelanggang misalnya.

Maka apabila ada permainan yang dipersembahkan secara percuma, walau pun ia dimainkan oleh pemain amatur, kanak-kanak atau suri rumah sahaja, sila ambil kesempatan itu untuk mendapatkan posisi persis jurufoto media. Anda tidak memerlukan muka-muka bertaraf bintang di dalam gambar tersebut. Apa yang anda perlukan adalah komposisi serta moment yang terbaik bagi mendapatkan foto bertaraf bintang.

EROSION OF THE FOLDING BAY

Wah... tajuk entry pertama 2012 ini ala-ala filem Hollywood gitu.

Gempak je lebih.

Realitinya, Pantai Teluk Lipat sememangnya diancam hakisan.

Kepada yang berasa asing dengan nama Pantai Teluk Lipat, ia adalah sebuah pantai yang mengunjur dari muara sungai di Kuala Dungun hingga ke kawasan kampus UiTM Dungun. Seumpama namanya, ia merupakan sebuah kawasan teluk (bay) dengan jarak dari utara ke selatan adalah sejauh kira-kira 10 kilometer.

can you spot kampung molek? itulah kampung saya... kalau berkereta tak sampai 5 pon dari pantai
Pantai Teluk Lipat bukanlah sebuah pantai peranginan yang tersohor lagi termasyhur seumpama Teluk Cempedak atau Teluk Kemang. Ianya lebih menjurus kepada kawasan penempatan pesisir pantai, di mana terdapat beberapa buah perkampungan Melayu yang mendiami sepanjang jalan menghadap ke Laut China Selatan.

Batu-batuan yang disusun sebegitu rupa bukan sahaja bertindak sebagai penahan ombak dan hakisan, malah menjadi tempat istirehat yang santai lagi selesa.

Pantai Teluk Lipat juga sangat popular kepada penduduk tempatan, bukan sekadar tempat rekreasi dan beriadah sahaja, malah mejadi tempat lepak yang kadangkala bertukar menjadi litar lumba haram pada waktu malam.

Tapi awas... jangan terlalu ghairah untuk mandi-manda di sini ya! Ia bukan seperti pantai-pantai di sebelah barat semenanjung malaysia yang landai dan cetek, bila surut dia punya tanah timbul saujana mata memandang. Kat sini, air pasang ke, surut ke nampak lebih kurang sama jer macam tiada perbezaan langsung. Maka dasarnya sangat dalam dan amat merbahaya kepada anak-anak kecil mahupun ibu bapa dan penjaga mereka. Cukuplah sekadar dapat bermain-main pasir sambil bercanda di pasiran pantai. Kalau nak membasahkan badan jugak, boleh lah bermain ombak atau mandi manda di gigi air sahaja kerana itu tidak merbahaya. Jangan gatal-gatal kaki nak melangkah jauh dari pantai walau pun orang kata air laut masin boleh mengubat penyakit gatal kaki. Kalau pergi juga, maka buruk padahnya. Janganlah menyusahkan pihak polis, bomba dan jabatan pertahanan awam malaysia ok!

Panoramanya juga indah dengan tiupan angin segar sepoi-sepoi bahasa sentiasa menggamit kedatangan pengunjung ke Pantai Teluk Lipat. Lalu terdapat beberapa buah resort dan homestay dengan harga yang berpatutan di tambah dengan dengan deretan kedai makan dan warung untuk pekena keropok lekor serta ikan celup telup tepung di waktu petang, kena pulak dengan air cendol atau air jagung memang nikmatnya tak terkata.

laut yang tenang dengan ombak-ombak kecil menghempas pantai pada sewaktu di luar musim tengkujuh
Di sini juga pernah diadakan beberapa pertandingan memancing yang termasyhur. Antara yang paling masyhur adalah pertandingan memancing GP Joran anjuran Berita Harian.

sewaktu laut dalam mode baik, nak tidur tepi laut pun mo mantai
Pantai Teluk Lipat juga sangat penting dari segi sejarah. Sewaktu zaman kegemilangan aktiviti perlombongan bijih besi di Terengganu pada awal sehingga pertengahan abad ke-20, inilah tempatnya yang menjadi pelabuhan yang membawa bijih besi tersebut ke seluruh dunia.

Itulah serba sedikit yang dapat saya ceritakan tentang keindahan dan kegemilangan pantai Teluk lipat.

The bad news is, saban tahun, di musim tengkujuh, pasti berlaku tragedi yang menyayat hati di kawasan pantai ini (background music sad violin sound is on).

batu dan pasir di bawa ombak lalu bertaburan di atas jalan raya... dah tak nampak jalan pon... tinggal line putih j
Bencana hakisan akibat ombak besar di kala tengkujuh datang menjengah bukanlah satu perkara baru. Ianya sudah menjadi kelaziman bagi penduduk di kawasan persisiran pantai daerah Dungun ini menonton gelagat ombak besar yang sudah hilang kebiruannya sabung menyabung menghempas pantai

batu jer... kalo emas yang tercampak best gak
Cuma pada tahun ini keadaannya lebih teruk berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

bukan takat batu, batang kayu balak pun dia sapu
Gara-gara fenomena air pasang besar yang kebetulan berlaku pada musim tengkujuh menyebabkan gelora melanda. Ombaknya lebih besar mengganas lalu meratah sebahagian jalan raya.

tengok berapa lapis jalan ni sudah kena turap ntah dari zaman bila start ada jalan neh

Ada juga yang menggelarkannya sebagai Tsunami Kecil.

Benar, Pantai Teluk Lipat seolah-olah di landa tsunami. Walau pun hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang terjejas impak daripada ombak air pasang besar, namun liputan yang diterima dari media cetak dan elektronik membuka mata masyarakat tentang bencana yang berlaku di Pantai Teluk Lipat.  Seolah-olah macam teruk sangat dah Pantai Teluk Lipat neh!

hancur berderai di mamah bumi
Pantai Teluk Lipat sudah lama menderita dengan hakisan. Peningkatan jumlah air laut akibat kecairan plat ais di kutub utara dan selatan telah memburukkan lagi keadaan. Rasanya jarak gigi air dengan jalan raya sudah tidak selebar sewaktu saya kecil dahulu. Dahulu, jarak antara jalan raya dengan gigi air macam banyak langkah jugak. Sekarang tinggal beberapa langkah sahaja, sudah sampai ke laut.

Maka itu, apabila berlaku air pasang besar di kala ombak musim tengkujuh sedang menggila, kadar hakisan semakin ketara.

kerja-kerja pemulihan pantai segera dilakukan ibarat kata pepatah, sudah terantuk baru terngadah
Sebelum ini pun, aktiviti pemulihan pantai juga telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di beberapa kawasan yang difikirkan kritikal. Tak dapatlah nak tambak sepanjang-panjang teluk yang jauhnya kurang lebih dalam 10 kilometer tu memandangkan bukannya sepanjang-panjang pantai yang hampir dengan gigi air. ada kawasan yang landai, ada yang curam.

benteng penahan ombak yang telah turun temurun di pasang di beberapa bahagian pesisir pantai

Sesungguhnya semua yang berlaku itu adalah kehendak Allah.

Kita ikuti lintas langsung dari wartawan yang berada di lokasi kejadian.

BATU PAHAT: THE BISCUIT TOWN

Apa ada dengan Batu Pahat?

Walaupun bandar Batu Pahat bukanlah sebuah bandar pelancongan atau pusat membeli-belah yang tersohor lagi terkemuka, adalah saya sebagai orang asing yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bandar Batu Pahat, secara peribadi, berasa teruja dengan pembangunan dan kepesatan bandar Batu Pahat.

Batu Pahat bukanlah ibu negeri Johor Darul Takzim, namun kesibukkan, pembangunan dan kerancakkan kegiatan ekonominya lebih meriah berbanding dengan sesetengah bandar lain yang mencapai status ibu negeri. Malah terdapat sesetengah agensi kerajaan yang mana besar bangunannya sudah macam ibu pejabat negeri. Tiada siapa yang gemarkan kesesakkan jalan raya, tapi hakikatnya itulah salah satu lambang pembangunan.

Batu Pahat juga merupakan pusat pengeluaran biskut hup seng cap ping pong dan munchy's. Semestinya biskut mereka sangat terkenal ke seluruh negara bukan?

Mungkin taksub dengan singkatan BP, atau kesetiaan kepada BP, atau nama BP tu memang catchy dengan Batu Pahat, saya dapati bilangan stesen minyak BHP (dulu BP) melebihi daripada stesen minyak jenama lain. Ini jarang berlaku di bandar-bandar lain, stesen BHP ibarat melukut di tepi gantang sahaja.

Untuk benar-benar sampai ke bandar Batu Pahat, kami melalui banyak perkampungan yang mana pangkalnya bermula dengan nama "parit". Mengikut lagenda, "parit-parit" ini didiami oleh orang melayu keturunan jawa.

Hampir keseluruhan masa yang ada terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan rasmi membuatkan saya tidak sempat untuk meneroka sehingga ke ceruk bandar dan kampung, kononnya nak melancong. Saya sedar dan pasrah kedatangan saya adalah kerana urusan kerja, jadi buat kerja dahulu, nak jalan kemudian.

Namun begitu, saya masih cuba mencari senggang waktu untuk menjelajah mencari keunikkan menu makanan yang ada di Batu Pahat.

Lalu, sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur, saya terus menuju ke Restoran Nasi Beriani Power yang terletak di Taman Soga. Nasi beriani adalah ikon Batu Pahat. Ibarat nasi kandar di Pulau Pinang atau nasi dagang di Terengganu, nasi beriani mudah didapati di restoran atau warung di sekitar bandar Batu Pahat. Cuma sebagai orang luar, agak sukar untuk membezakan nasi beriani manakah yang benar-benar lazat. Pengalaman menjamah nasi beriani di dua restoran yang berbeza habya boleh diterjemahkan dalam dua perkataan. SEMUA SEDAP!

Uniknya nasi beriani Batu Pahat adalah rasanya yang agak manis jika dibandingkan dengan nasi beriani di bandar lain. Tidak pasti pula manis itu datangnya dari gula atau madu, tapi rasa manis-manis berempah memberikan satu citarasa berbeza yang sedap sebenarnya. Terasa tidak cukup sepinggan. Nak tambah lagi!

Disini juga saya mengenal perbezaan antara nasi beriani gam dengan nasi beriani biasa (tiada gam).

Apa yang menjadikan nasi beriani itu bergam ialah lauk utama seperti daging lembu, kambing atau ayam digaul bersama nasi, manakala yang tidak bergam itu pula hanya nasi kosong sahaja. Lauk asing, dalam gulai.

Nasi Beriani Power Taman Soga memang lazat. Terlampau lazat sehingga kereta kami yang diparkir di depan restoran kenalah saman. Mana nak tahu kan? Kami baru jer sampai dari KL, enjin kereta pun tak sejuk lagi. Kami langsung tak tahu sistem parking kat situ kena pakai kupon. In fact, tak nampak pun sign-board yang mengatakan kami kena beli kupon untuk parking kereta.

Kawtim dengan mamat penguatkuasa tu, dia pun macam bersalah jugak saman kitorang yang baru sampai dan tak tahu apa-apa nih. Tapi sebab tiket saman tu sudah tertulis, dia pun tak boleh nak kensel lagi. Nak tak nak, kena bayar jugalah. Cuma kami minta tolong mamat tu tolong bayarkan. Kami nak pergi pejabat perbandaran tak sempat. Ahad dah nak balik  KL. Bagi kat mamat tu RM10 dan kami bertukar-tukar nombor telefon. Petang tu jugak mamat tu call dan jumpa kitorang balik... bagi resit. Setel...

Satu lagi menu menarik yang tidak kedapatan di tempat-tempat lain adalah sejenis mi berkuah yang digelar penduduk tempatan sebagai mi racun...

Mendengar namanya sahaja sudah mengerikan bukan?

Orang putih kata "don't judge a book by it's cover, man..."

Orang melayu kata "daun serai daun gaharu, cuba dulu baru tahu..."

Senang cerita... memang mablesss lah ini mi!!!


Rupanya berkuah seperti mi rebus, tapi lebih kemerahan. Dengan rasa yang pedas-pedas manis, dan yang paling teristimewa sekali disajikan bersama ketulan-ketulan tulang kambing siap dengan straw sekali. Tujuannya... untuk menyedut sum-sum yang terdapat di dalam tulang tersebut.


Inilah pertama kali dalam sejarah saya makan suatu hidangan sebegini. Walau pun menyedut sum-sum masih tidak dapat dijadikan satu kegemaran (memikirkan lemak-lemak yang terkandung di dalamnya), tapi saya pasti saya akan mencari mi racun lagi sekiranya pergi ke Batu Pahat lagi.

Saya juga terjumpa dengan sejenis laksa yang unik. Laksa Buyung nama diberi. Mai semangkuk... nak terai...


Inilah rupanya laksa buyung. Sedap? Oklah... rasa dia, rupa dia macam laksa utara, tapi bukan laksa utara sebab kuah dia warna putih macam kuah laksa terengganu. Makan pulak dengan cili padi... perghhh berpeluh!

Lain-lain juadah istimewa yang saya sempat rasa, atau dalam kata lain yang lebih sopan ialah paw kawan punya adalah mee bandung, tauhu bakar dan asam pedas batu pahat. Semuanya enak-enak belaka.

Kesimpulannya, Batu Pahat ni bab makan memang heaven!


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

TELUK INTAN: A DIAMOND IN THE SILVER


Sesuatu yang menarik tentang Teluk Intan adalah Menara Condong yang telah sekian lama menjadi ikon untuk bandar yang terbesar di daerah Hilir Perak ini.

Menara Condong... hmmmm nak cerita apa lagi kan?

Kita cerita bab sejarah sikitlah... orang kata, jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan. Alang-alang dah sampai, kita buat lah sedikit penyelidikan pada tempat yang kita lawati. Sekadar untuk menambahkan pengetahuan.

Mengikut catatan sejarah moden hasil nukilan di wikipedia, asal usul nama Teluk Intan ini sebenarnya adalah Teluk Mak Intan. Mak Intan ini merupakan seorang pedagang wanita yang berasal dari Mandailing di Sumatera sana yang datang pada tahun 1528. Dialah yang datang dan teroka kawasan ni.

Jadi asal nama Teluk Intan dari nama orang lah yer? Selama ni orang ingat Teluk Intan dapat nama sebab banyak intan berlian ke... hehehe... salah tu.... lain kali kena kaji sejarah dik...

Bila orang putih datang ke Teluk Mak Intan, suka-suka hati dia pulak tukar nama Teluk Mak Intan ni jadi Teluk Anson. Kononnya sempena mengambil nama seorang Liutenant-Governor Inggeris yang bernama Sir Archibald Edward Harbord Anson di atas jasanya melukis pelan pembangunan untuk pemodenan bandar. Ini berlaku pada tahun 1882.

100 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1982, dengan perkenan Sultan Perak, nama Teluk Intan dikembalikan semula, yang mana tujuannya saya tidak pasti kenapa, tetapi sekurang-kurang telah kembali memelayukan bandar ini, walau pun hanya pada nama.

Dan kita di sini masih terpesona dengan nama-nama Inggeris.


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

KORBAN RAYA

Secara jujurnya, aidiladha di kampung saya tidaklah semeriah yang disangka oleh sesetengah penduduk di negeri-negeri atas angin sana. Saya juga merasa hairan mengapa mereka selalu membayangkan aidiladha di Terengganu lebih meriah berbanding sambutan aidilfitri. Mungkin mereka merujuk kepada negeri jiran saya iaitu Kelantan, tapi saya tidak berani memberi jaminan betapa meriahnya sambutan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu memandangkan saya belum pernah menyambut  aidiladha di sana.


Ironinya, sambutan aidilfitri di tanah kelahiran saya sentiasa lebih meriah berbanding aidiladha. Walau pun takbir hari raya aidiladha yang berkumandang dari corong masjid berhampiran rumah saya di kampung bersiaran lebih lama berbanding aidilfitri yang hanya bersahutan dari malam raya hinggalah ke waktu sebelum solat sunat pada keesokkan harinya, namun elemen-elemen kemeriahan aidilfitri itu masih tidak terdapat dalam aidiladha secara keseluruhannya.


Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan aidiladha tidak semeriah aidilfitri, tidak seperti yang disangkakan orang itu adalah:

Balik kampung: keghairahan untuk pulang ke kampung agak berkurang berbanding aidilfitri. Malah ada sesetengah perantau merasakan bahawa balik kampung sewaktu aidiladha ibarat satu perbuatan “sunat” sahaja berbanding hukum balik kampung sewaktu aidilfitri yang “wajib”. Maka tak balik pun tak apa. Dalam keadaan "tak balik pun tak apa" itu, saya beberapa kali terperangkap dalam kesesakkan lebuh raya yang teruk di laluan KL - Karak.

Ziarah: saya sudah lupa bila kali terakhir saya melihat amalan ziarah-menziarahi berlaku pada sambutan aidiladha. Berbanding aidilfitri, sememangnya tak menang tangan menghadiri majlis rumah terbuka. Kadang-kadang sehingga terlajak ke bulan Zulkaedah, masih ada yang menganjurkan rumah terbuka aidilfitri.

Maaf: sukar untuk melihat amalan maaf-bermaafan berlaku di aidiladha, berbanding aidilfitri yang semestinya menjadi satu acara wajib. Ibarat tak lengkap beraya kalau tak minta maaf, sehingga terkeluar ungkapan, maaf zahir dan batin. Aidiladha takde kan?

Duit raya: saya sendiri sudah sangat lama tidak memberi dan menerima duit raya sewaktu aidiladha, seingat saya dulu ketika zaman kanak-kanak pernah juga terima duit raya aidiladha dari pakcik dan makcik yang tidak pulang beraya ketika aidilfitri. Sekarang pakcik dan makcik pun sudah veteran. Nenek sudah tiada lagi. Maka tidaklah mereka pulang ke kampung lagi. Berbanding aidilfitri, kalau tidak diberi duit raya, dipandang serong oleh kanak-kanaklah jawabnya.

Kuih raya: mana ada manusia yang sanggup bersengkang mata membuat kuih raya untuk aidiladha, apatah lagi menjalankan perniagaan kuih raya. Berbanding aidilfitri bersepah-sepah orang jual kuih raya. Tak perlu pergi jauh, dalam ofis mesti ada punya.

Lagu raya: tiada kedengaran stesen radio tempatan, terutama sekali Terengganu.FM memutarkan lagu raya. Yang membezakan aidiladha dengan hari-hari biasa adalah ucapan hari raya dari pemanggil setia serta takbir hari raya bermula dari 10 Zulhijjah hinggalah ke hari-hari tasyriq.

Mercun: memang terdapat letupan mercun berkumandang memecah suasana malam aidiladha, namun iramamya tidaklah semerdu aidilfitri yang tak ubah macam medan perang. Berita saintis muda yang mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan jari juga tiada di paparan akhbar. Kadang-kadang saya musykil di mana mereka mendapat bekalan mercun ketika aidiladha ini. Stok tak habis aidilfitri dahulu barangkali.

Baju raya: walau pun indah lengkap bersamping di pagi aidiladha, rata-rata itu adalah baju yang sudah dirasmi sewaktu aidilfitri dahulu. Selepas dibasuh, baju tersebut duduk diam dalam almari sementara menunggu datangnya aidiladha. Sesudah aidiladha, barulah dipakai dengan kadar yang lebih kerap, sekurang-kurangnya ketika menghadiri majlis keagamaan anjuran komuniti. Tak pernah pula mendengar ada orang menempah atau membeli baju baru semata-mata untuk menyambut aidiladha. Mungkin ada, tapi bilangannya tidaklah sebesar mana. Yang berbaju melayu serta berkain pelekat sahaja pun ramai juga. Tak perlu pakaian formal.

Membeli-belah: tiada jualan runtuh untuk menghasut masyarakat menghabiskan wang ringgit membeli-belah sempena aidiladha. Cuba kalau aidilfitri. Tak cukup dengan shopping complex yang sedia ada, siap bukak bazar sementara lagi.

Ops sikap: menjelang aidilfitri, anggota polis trafik biasanya merupakan antara golongan yang malang kerana cuti hari raya mereka pasti dibekukan demi menghalang pesalah lalu lintas dari bermaharajalela. Rentetan daripada itu, media cetak dan elektronik saban hari menyiarkan statistik mangsa kemalangan jalan raya yang saban tahun ada sahaja peningkatannya. Menjelang aidiladha tidak kelihatan pula polis trafik terpacak di bawah jejantas di lebuh raya. Maka tiada sesiapa yang cutinya terpaksa dibekukan. Media cetak dan elektronik sepi tanpa apa-apa statistik kemalangan jalan raya.


Walau pun begitu, istilah “lebih meriah” yang selalu difikirkan orang di Lembah Klang itu saya kira masih relevan. Mungkin kerana cuti umum untuk perayaan aidiladha di sebilangan negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu adalah sama seperti cuti umum aidilfitri iaitu dua hari. Maka sewajarnya aidiladha di sambut semeriah aidilfitri.

Saya kira tempoh cuti yang lebih panjang ini adalah bersesuaian untuk memberi lebih masa kepada umat Islam menjalankan ibadah korban. Biasanya masjid-masjid besar dengan kedudukan kewangan yang kukuh mengorbankan binatang ternakan dalam satu jumlah yang besar. Dengan jumlah sukarelawan korban yang terhad, jika dibuat dalam masa dua hari sudah tentu tidak penat bukan?


Kemeriahan aidiladha itu diteruskan dengan juadah di hari raya ini tetap istimewa setanding dengan aidilfitri. Masih ada ketupat rendang, nasi dagang dan nasi himpit, laksa atau lontong.


Masih ada letupan mercun dan percikan bunga api, walau pun nadanya tidaklah semeriah aldilfitri.


Masih ramai yang sudi balik kampung untuk berjumpa sanak saudara.


Maka seharusnya tidak menjadi kepelikkan seandainya aidiladha disambung lebih meriah berbanding aidilfitri.


Berbeza dengan suasana di Lembah Klang atau negeri-negeri bersekutu yang lain, cuti aidiladha hanyalah sehari. Kalau tidak kerana solat sunat aidiladha dan ibadah korban, mungkin hari raya aidiladha seperti cuti umum biasa sahaja.

 

 
 

Malah dari segi agama, kebesaran aidiladha itu sepatutnya setanding dengan aidilfitri.

Malah dari segi ibadah, kelihatan aidiladha lebih mantap berbanding aidilfitri.

Fadilat aidilfitri itu sebenarnya terkandung di dalam bulan Ramadhan dan bukan pada hari raya itu. Takbir raya dan zakat fitrah juga hanya boleh dilaksanakan sebelum solat sunat aidilfitri sahaja. Amalan-amalan lain hanyalah lebih kepada amalan sunat serta adat budaya orang melayu sahaja.

Di dalam aidiladha terkandung pelbagai ibadah yang diberi ganjaran besar oleh Allah SWT bagi mereka yang mengamalkannya dengan niat yangtulus ikhlas.

Terkandung padanya ibadah haji yang wajib dilaksanakan bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Di dalam ibadah haji itu pula terkandung pelbagai lagi sub-ibadah yang perlu disempurnakan untuk mendapat haji mabrur.

Terkandung padanya ibadah korban yang boleh disempurnakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Terkandung padanya takbir hari raya juga boleh dilaungkan lebih lama seperti tarikh-tarikh yang disebutkan tadi.

Terkandung padanya ibadah korban bagi mencari keredhaan Allah SWT serta memperingati peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
 
Semoga negeri-negeri lain turut menyambut aidiladha lebih meriah berbanding aidilfitri.