Sebuah kisah pengembaraan terancang ke negeri-negeri pantai timur semenanjung malaysia sempena cuti perayaan tahun baharu cina 2011. Tambah lagi cuti hari wilayah dan cuti tahunan sebanyak satu hari, menjadikan jumlah cuti terkumpul sebanyak enam hari, melayakkan kami anak beranak mengembara bersama saga buruk kami, lembah dan lurah kami lewati, bukit dan gunung sama didaki, perjalanan sejauh lebih 1200km kami rentasi, kemaruk menjelajah ke tiga negeri.
DAY 1: KUALA LUMPUR - KOTA BHARU
- Perjalanan bermula lewat bangat, jam 11 pagi time tu dah hangat, tersasar jauh dari jadual asal yang sepatutnya jam 9 dah gerak. Tapi apa nak buat, sendiri jalan ngan sesape tak terikat, dah setel semua baru boleh bertolak. Kenalah uruskan hal anak-anak, driver sendiri pon nak bangun lambat. Nak jalan jauh, badan tak boleh penat.
- Jam 12 tengah hari dah tercongok kat Taman Melati Gombak, nak santap 'brunch' sebab perut dah lapar tak henggat. Sampai kat bangunan kedai sebelah MRR2, rambang mata nak santap kat kedai mana satu. Pasal dinda nak makan nasi, maka LEHA KELFOOD menjadi pilihan hati. Makanan ala kampung dia memang banyak. Saya suspek KELFOOD itu singkatan dari perkataan KELANTAN FOOD sebab ada nasik kerabu dan nasik dagang coklat dengan lauk pauk pon banyak. Lalu memesan nasik kerabu berlauk daging salai dan telur masin, tatkala bonda order nasik putih dengan sup campur, kongsi makan dengan anak. Si abang ambik nasik putih separuh ngan telur masin rebus pun separuh. Pabila tiba masa untuk membayar, kami rasa macam kena loyar. Apa yang kami makan rasa tak berbaloi dengan apa yang kami kena bayar. Bagero! Nasik kerabu yang tak seberapa lauknya tu dah RM6.50... ok fine masih boleh diterima akal. Nasik putih penuh RM1.50, nasik putih separuh RM1.30. Wah, macam tak patut jer bunyiknyer kan? Nasik putih kosong takde lauk apa-apa dengan telur masin separuh RM2.50. Maknanya telur masin separuh tu harga dia Rm1.00? Jumlah brunch hari tu untuk 2 orang dewasa dengan lauk cincai2 jer, campur satu nasik separuh dengan air berperisa segelas ialah RM25.50. Bermakna purata sorang punya lunch hari tu berjumlah RM12.75... compare dengan lunch bernasi campur yang biasa2 dimakan pada harga sekitar 7,8 hengget seorang, tak ke mahal namanya tu? Tapi nak buat camane, makanan sudah ke perut, tak guna nak melalut. Bayar sajelah walau pun rasa macam tak patut.
|
Leha Kelfood giler mahal nak mampos. Tobat tak singgah sini dah :-( |
- Dah lepas karak, nak masuk bentong jalan pon start jem, sampai ke raub pon sama jem. Walau pun terasa mencabar minda, namun bercuti punya pasal kuredah juga. Walau ribut datang melanda, tiada apa lagi yang dapat menghalangnya. The show must go on!
|
Laluan ke bentong, pahang yang jem sebelah jalan :-( |
- Mendarat di KB jam 9 malam, singgah sebentar di hotel hanya sekadar untuk check-in dan ambik kunci, kemudian terus cargas ke destinasi berikutnya, sementelah perut sudah menjerit minta diisi.
- Mencari Food Village di pengkalan chepa, walaupun tak tahu lokasinya dimana, mujur ada GPS yang ada peta, yang membawa kami kemana-mana. Harga Rm15.90 untuk satu kepala dewasa, steamboat di sana enak tak terkata, mungkin juga yang terbaik di malaysia, patutlah keluar dalam warung kita. Dari segi kuantiti, pilihan makanannya tidaklah sebanyak seoul bulgogi, atau johnny's steamboat yang ada di sini, tapi itu sudah memadai, membuncitkan perut sampai ke pagi. Dari segi kualiti, memang mabless lah steamboat food village ni, dia punya adunan rempah ratus tu diadun sebati, jangan kata steamboat johnny's, seoul bulgogi pon rasa tak sedap lagi. So far, this is the best!
|
budak kecik pon boleh jadi chef :-) |
- Dah puas santap, badan dah penat, mata dah kuyu mujur tak tenat, sampailah masa untuk berehat, rasa nak balik ke hotel dengan cepat.
- Hotel Politan nama diberi, letaknya di Jalan Doktor, tengah2 bandar KB, berhadapan dengan stesen kereta sewa KB ekceli, Harga semalaman tak mahal mana, cukup selesa, sekadar untuk tidur cuma. Easy access to Pasar Siti Khadijah, Gerbang Al-Quran, muzium yang macam2 jenis dan banyak lagi tempat2 lain yang sesuai untuk diterjah. Taraf 3 orkid, aircond ada, wifi pon ada. Cuma tempat parking keretanya ada sikit bau, letaknya berdekatan dengan tong sampah besar kalau korang nak tau, tahan lah nafas setakat termampu, ini cerita betol, wa tak tipu.
|
hotel politan punya maskot :-) |
|
DAY 2: KOTA BHARU - RANTAU PANJANG
- Celik mata sahaja, terbayang jersi bola tiruan, bermutu tinggi walau pun buatan siam. Yeayy!!! mari kita serbu rantau panjang. Walau pun umur dah lebih suku abad, tapi ini kali pertama nak jejak kaki ke ini tempat. Rasanya dulu masa kecik pernah pergi ini tempat, tapi tak sure rantau panjang ke pengkalan kubor saya dah tak ingat. Yang pasti bukan tumpat. Either one lah.
- Memandangkan timing pon dah lari beberapa jam dari perancangan asal, maka kami ambik keputusan untuk redah jer mana2 kedai makan untuk 'brunch' awal. Jalan punya jalan, terpandang satu warung, macam sesuai dan agak bajet gitu, terus jer masuk lepas bagi signal dulu. Order roti telur, nasi sup dan ayam panggang, enak dipandang kalau tak pesan nanti mengidam. Kalo datang ke kelantan, selain dari nasi lemak, nasi kerabu dan nasi dagang, nasi sup juga diorang makan untuk sarapan. Dihidang bersama nasi putih dan sedikit sambal cili tapi takde belacan, together with sup daging lembu, mungkin juga ada sup ayam, enak dimakan bersama daging salai atau ayam panggang. Tanpa perancangan, kami telah singgah di warung yang betul. Nasi sup dengan ayam panggang dia memang malatop! "Warung Sup Abah" warung demo meme mantop!
|
ayam panggang tak payah cicah budu pon dah sedap :-) |
|
orang lain yang nak makan, orang lain pulak yang telan. tapi suka tengok dia makan, mujur habis satu pinggan :-) |
- Dah habis makan, tak pandang belakang, tak singgah mana2 dah, terus aje ke rantau panjang. Melalui perkampungan melayu tradisional kelantan bila sampai ke pasir mas, wah banyaknyer poster ibrahim ali, najib tengok mesti rimas! Singgah di masjid beijing yang cantik menawan, kerana hendak bergambar kenangan. Uniknya masjid ni adalah kerana senibinanya yang tak serupa dengan masjid2 lain di malaysia, tetapi lebih mirip kepada senibina bangunan tradisional di negara china. si abang siap prektis kungfu lagi, macam berada di shaolin temple dia berimaginasi.
|
Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan. |
|
Shaolin Master in action :-) |
|
Thai top model :-) |
- Enam jam di RP, menjelajah dari kedai ke kedai, bazar ke bazar, membeli pelbagai baju dan pakaian (mostly untuk anak2 ni), memilih jersi bola dan t-shirt yang macam2, menjinjing toto yang tidak tahu bersukan, dengan cuaca panas membahang, terasa penat satu badan. Memang betol2 shopping sakan! Berulang-alik ke kereta menghantar barang, tak cukup kudrat nak pikul belakang. Niat nak beli periuk belanga terpaksa dibatalkan, kereta penuh tiada ruang. Balik KL nanti kita beli ajelah dimana2 yer sayang.
|
upacara memilih baju sampai juling bijik mata :-) |
|
ais krim baba yang dijual di sekitar bazar oleh penjaja dengan kereta sorong, macam orang siam tapi islam lah. ada 2 scoop aiskrim, jagung manis, cincau, pulut, hirisan isi kelapa muda, kacang dan cebisan roti. Harga RM1.50 ke RM2.00 macam tu (tak ingat) |
|
ais krim baba... sedap penuh nikmat, kena plak makan time2 panas membahang ni kan? perghhhhh! :-) |
|
gadis dan bunga (plastik) |
|
kapchai ala scooter kini menjadi fenomena di Thailand, bersepah2 di sekitar pekan rantau panjang |
- Selesai melawat rantau panjang, lalu pulang ke hotel penginapan. Eh... belom lagi... nak tengok juga wakaf che yeh punya pasar malam, khabarnya sangat meriah lagi bergemerlapan, sambil mencari juadah untuk dihadam. Pusing punya pusing, rupanya banyak kain dari makanan, banyak pakaian dari minuman, tudung pun banyak untuk orang perempuan, lebih kurang sahaja macam rantau panjang. Kalau malas ke rantau panjang, pasar malam wakaf che yeh boleh jadi pilihan. Mungkin harganya sedikit mahal, tapi kalo niat nak jimatkan masa dan minyak yang semakin mahal, beli disini pon mungkin tak jadi hal. Kualitinya sama sahaja.
- Di hotel penginapan letih dan lesu, lepas mandi terus menjamu, bekalan yang di beli dari pasar malam. Sohornya wakaf cheyeh ini ke seluruh dunia, kalau tidak masakan shakira sebut benda yang sama, sehingga menjadi siulan seluruh buana, ketika berlangsung bolasepak piala dunia. wakawaka che yeh... tamina-mina... this time for africa! (ehhh... tiba2)
DAY 3: KB - KT - DUNGUN
- Lepas check-out, plan hari ni nak ke Pasar Siti Khadijah, sekadar bersiar-siar melihat ragam manusia, terutama wanita yang khabarnya sangat gemar meniaga. Kami pergi berjalan kaki sahaja, kerana jaraknya tidaklah jauh mana, sambil2 mencuci mata sekitar bandaraya.
|
mencari permata di siti khadijah :-) |
|
sabar menanti |
|
wah makcik ni punya gelang bukan main lagi... laku sayur makcik hari ni |
- Pulang dari pasar, si abang teruja dengan beca. Ruangnya kecik, konfem tak muat kalau naik semua. rasa kesian pada si pengayuh tua pon ada, takut terlebih muatan diwaktu tengah hari buta, lalu saya berjalan kaki sahaja, setelah berpesan kita jumpa di hotel sahaja. Sambil berjalan mengusung kamera, terasa bagai pelancong asing pula.
|
terlebih muatan sudah. kalo saya ikut naik jugak, mau tercabut lutut pakcik tu :-) |
|
sukahati dapat naik beca :-) |
- Sampai di hotel kami terus ke kereta, nak naik bilik kunci sudah tiada, lagi pun sudah lewat nak ke destinasi seterusnya.
- Sebelum pulang, singgah pula di gerbang al-quran, di situ ada kampung kraftangan, juga muzium yang macam2. Niat di hati nak makan nasi ulam, tapi perut masih kekeyangan, penangan nasik goreng kerabu di pasar siti khadijah ramai orang awam. Lalu singgah untuk bergambar kenangan, bukti kami sudah sampai kelantan.
|
gerbang al-quran... ada jugak orang panggil menara rehal... mana2 pon boleh lah :-) |
|
nama jer rumah tetamu diraja, tapi anda tak perlu dijemput oleh raja pon untuk menginap disini. ada duit, bayar sahaja sebab ini adalah hotel sebenarnya :-) |
|
ROYAL GUEST HOUSE punya entrance... takde benda yang menarik pon. saje jer rasa nak posing model kat sini :-) |
|
kalo buleh menginap kat sini syok wooo... rasa macam kerabat diraja :-) |
|
lepaking at kampung kraftangan. hebat kalo kampung macam ni dowh... kalah kampung pisang |
|
restoran nasi ulam di kampung kraftangan yang sangat popular itu haruslah dimakan bersama-sama ikan panggang dan ulam-ulaman yang dicicah dengan budu. |
- Jam 3 petang bertolak pulang, turun ke dungun pulang ke kampung halaman. Sebelum setiu belok ke penarik, untuk melihat pantai yang menarik, sambil mengimbau kenangan pelik, sewaktu belajar di zaman matrik.
- Singgah sebentar di seberang takir, di bukit tok beng mencari keropok terbaik, ramainya orang nampak macam pelik. Meniaga keropok macam harga runtuh, orang ramai tunggu sampai berpeluh-peluh. Cuma kita je tak daya nak tunggu, lalu terus jalan hingga ke bandar kuala terengganu. lupakan sahaja keropok itu, nanti beli sahaja di mana perlu. Tidak apalah andai tidak merasa, asalkan hidup tak membuang masa.
- Sampai dungun tak balik rumah dulu, hendak singgah ke pasar minggu. Maklumlah, hanya sekali sahaja dalam seminggu, malam jumaat baru bertemu, kalau esok tak sempat kalu.
DAY 4: DUNGUN
- Menjelang petang, turun ke pantai, walau pun orang ramai, tapi suasana masih santai. Singgah di warung menjamu selera, keropok ada, ikan dan sotong celup tepung pon ada. Cicah dengan air lada, hingga menjilat jari sedapnya. Lawan pula dengan ais jagung,sedapnya memang di tahap paling agung!
- Melihat si abang bermain pasir, teringat beliau di waktu kecil. Melolong-lolong bagai terlihat langsuir, andai kaki jejak ke pasir. Sekarang sudah 5 tahun, dia pulak yang tak sabar2 nak turun.
|
hadiran ombak membelah pantai, tiada putusnya percintaan ini :-) |
|
di bawah lambaian pepohon rhu |
DAY 5: DUNGUN - KUANTAN - KL
- Pahang Darul Makmur kami tuju, kenderaan banyak jalan tak boleh laju. Ikut Balok dan pantai Beserah, sampai kuantan kami singgah, ikan bakar petai menjadi juadah. Tanjung Lumpur tempatnya indah, hajat di hati jeti nelayan kami nak singgah, tapi sayang sampai dah malam, semuanya punah.
|
orang ramai tak henggat penuh satu kedai. tapi servis dia efisien jugaklah. menu dipesan tak lama sampai :-) |
- Ikan jenahak dengan udang besar kami ratah, ana ikan bakar petai sudah terserlah, ramainya orang pakat mai singgah, menjamu selera macam2 juadah.
- Perut dah kenyang, jalan masih jauh. Nak balik KL kalau jalan jem memang lah jenuh, maklumlah ramai yang ambik cuti seminggu penuh. Mujur juga jalan malam, walau pun gelap tapi jalan tak macam haram. Kenderaan banyak, tapi semua ikut laluan, tidaklah tersekat-sekat sampai kena gostan.
- Sampai di rumah jam 2 pagi, waktu orang diulit mimpi. Mata dah ngantuk sama ngan bini, terus tertidur tak gosok gigi.
Sekiang, Terima Kasih!
IKLAN:
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada
majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi,
sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang
maaaa.... Sila hubungi kami di sini.