What happened was, my wife found out this competition as the flyers have been distributed to his school, calling all the students around kinrara and puchong maybe, to participate in this competition.
Irfan memang suka mewarna, jadi mengapa tidak jadikan dia salah seorang pencabar dalam pertandingan tersebut? |
Maka pada awal pagi minggu yang cerah itu, kami semua bersiap lebih awal untuk turut sama memeriahkan pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama KPDNKK sempena sambutan hari pengguna malaysia 2011. Kalau tidak kerana pertandingan ini, saya tidak tahu menahu langsung tentang sambutan hari pengguna malaysia. Maka pertandingan ini telah memberi satu kesedaran kepada saya tentang kewujudan sambutan hari pengguna, yang saya rasakan bagus pada yang nak ambik tahu tentang apa yang terjadi di sekeliling mereka, walau pun secara keseluruhan, mesej yang cuba disampaikan belum cukup kuat untuk sampai kepada lebih ramai rakyat jelata.
Walau pun sebelum ini irfan pernah menyertai beberapa pertandingan, namun ia tidaklah begitu mencabar. Ada satu pertandingan tu, lawannya cuma antara sepupu sepupu dia sahaja, itu pun ketika perjumpaan hari keluarga pada tahun yang sudah. Menang dapat hadiah mainan kalau tak silap. Kemudian daripada itu, beliau ada juga masuk peraduan mewarna bersempena dengan hari keluarga kelolaan rakan sekerja, ketika itu di menara KL, tapi tak menang. Sebenarnya memang susah pun nak menang sebab terpaksa bersaing dengan anak-anak staff lain yang lebih besar dan kuat, ada yang dah masuk sekolah rendah pon.
Sah-sah budak yang dah sekolah tu lagi terer. Tak sama level, tak aci.
Sah-sah budak yang dah sekolah tu lagi terer. Tak sama level, tak aci.
Saya kira ini adalah pertandingan mewarna paling kompetitif yang pernah disertai beliau setakat ini. Dengan penyertaan yang ramai… maksud saya sangat ramai, dengan kategori yang dipertandingkan mengikut umur, dengan pencabar-pencabar lain yang tidak dikenali menjadikan pertandingan kali ini betul-betul sebuah pertandingan, dan beliau hanya berusia 5 tahun, maka layaklah bertanding dalam kategori kanak-kanak 4 hingga 6 tahun.
Dan keputusannya, al-irfan menang!
My son was one of the winner! Alhamdulillah… memang tak sangka sungguh, hinggakan saya tak tunggu pun masa majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah. Saya berlegar-legar dalam giant mencari barang. Bila sampai jer, dah ada hamper besar gedabak sambil beliau tak habis-habis menguntum senyum.

Ekceli dapat nombor dua aje pon. Tapi sudah memadai sebab saya tak menaruh harapan yang tinggi. Tujuan saya hanyalah untuk memberi pendedahan menyertai sesebuah pertandingan.
Beliau warna memang cantik, memang kemas tapi ada satu bahagian dinding belakang beliau tak sempat warna. Tapi mungkin juri telah berfikir secara positif, menganggap bahagian dinding yang tidak berwarna itu sebagai warna putih. Memang logiklah kalau dinding itu berwarna putih pun kerana memang banyak rumah berdinding putih, kan?

before |
after |
Dalam keadaan beliau terduduk meniarap mewarna sambil merungut-rungut cakap lenguhlah, letihlah, tak pasal-pasal tetiba bawak balik hamper ke rumah. Macam-macam jajan ada, rasa macam tak bagus pulak untuk kesihatan. Minta irfan bagi kongsi dengan kawan-kawan dia di sekolah.
Do not under estimate your son, ok!
Jom kita jenguk sekejap sekitar gelanggang pertandingan.
Bila tengok orang lain punya set mewarna, bukan main dahsyat lagi mengerikan. Cukup lengkap semua jenis warna ada, berbanding dengan irfan punya pensil warna yang cuma ada warna asas sahaja.
Anyway, tools is not a factor, it's about the eyes behind the tools.

Hasil warnaan budak perempuan yang pakai baju hijau tadi |