BADMINTON FOR DUMMIES

Untuk mengambil gambar apa jenis sukan yang dipertandingkan, selain daripada peralatan menangkap gambar yang sesuai (telephoto lens is a must!), moment yang menarik serta konfigurasi ISO, aperture dan kelajuan shutter yang sesuai, satu lagi aspek penting yang harus dititik beratkan untuk mendapatkan hasil yang menawan adalah komposisi yang betul.

Umum mengetahui, dalam menyaksikan acara sukan, terutama sekali yang berbayar, jarak antara tempat duduk penonton dengan gelanggang perlawanan telah dihadkan secara statik supaya kita tidak mengganggu urusan perlawanan tersebut. Sekiranya anda mempunyai kudrat berlebihan, anda digalakkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mendapatkan posisi yang sesuai, yang mana amat kagum rasanya sekiranya dapat dilakukan pada keluasan litar lumba F1 atau sebesar stadium nasional bukit jalil, ditambah lagi di masa itu adalah perlawanan penting melibatkan pasukan negara dengan puluhan ribu penonton untuk diredah. Maka walau menggunakan telephoto lens sejauh 400mm sekali pun, hasilnya tidak sama dengan foto yang dirakam oleh media, memandangkan mereka mendapat keistimewaan untuk berada di posisi yang lebih strategik, betul-betul di tepian gelanggang misalnya.

Maka apabila ada permainan yang dipersembahkan secara percuma, walau pun ia dimainkan oleh pemain amatur, kanak-kanak atau suri rumah sahaja, sila ambil kesempatan itu untuk mendapatkan posisi persis jurufoto media. Anda tidak memerlukan muka-muka bertaraf bintang di dalam gambar tersebut. Apa yang anda perlukan adalah komposisi serta moment yang terbaik bagi mendapatkan foto bertaraf bintang.