Kita sedia maklum akan kewujudan dinosaur. Walau pun tidak pernah bersemuka atau pun dipelihara di zoo mahu pun di dalam reban di belakang rumah, namun dengan kajian yang telah dilakukan oleh saintis-saintis yang ada dalam muka bumi ini, mereka telah berjaya menggambarkan rupa fizikal dinosaur tersebut beserta dengan sifat dan perangai mereka sekali.
Saya agak musykil. Benarkah begitu?
Dinosaur telah hidup di atas muka bumi ini pada suatu zaman yang tak terjangkau dek akal fikiran kita. Mengikut kajian, mereka telah wujud pada suatu masa kira-kira 230 juta tahun yang lampau. 230 juta tuuu... dalam digit kita tafsirkan sebagai 230,000,000 berapa banyak sifar tu?
Beberapa ratus juta tahun kemudian barulah fossil dinosaur ditemui manusia. Mengikut kajian, dinosaur pertama yang ditemui dan diberi pengkelasan secara saintifik hanya berlaku pada tahun 1824. Sejak itu, barulah dinosaur di kaji secara serius.
Jadi bagaimana mereka boleh mengenalpasti umur, bentuk fizikal serta sifat seseekor dinosaur tersebut?
Dari segi umur, ok fine... mereka ada satu kaedah yang dikenali sebagai "Radiometric Dating" yang menggunakan bahan radio aktif yang dikaitkan dengan atom-atom dalam fossil tersebut, yang mana sangat terlalu kimia untuk dibicarakan disini.
Dari segi fizikal bagaimana pula? Bagaimana mereka boleh membayangkan bahawa kulit dinosaur ni hijau ke, hitam ke? Asal T-Rex jer mesti hijau... betul ke hijau?
Dari segi sifatnya pulak, ada kata dino yang ni makan karnivorlah, herbivorlah. Macam mana diorang tahu ni? Siap boleh bagi fakta lagi dino yang ni boleh lari laju ni, dino yang tu boleh bertelur banyak ni, dino yang sinun pulak boleh
Andainya mereka pernah hidup pada zaman 230 juta tahun dahulu, agaknya berapa usia bumi ini?
Ornithoscelidaphobia - adalah istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan ketakutan melampau kepada dinosaur. Nak nyebutnyer pon kan main payah kan? Lagi mudah disebut - saya takut dino!!! |
Velociraptor - si licik yang lincah walau pun tak pernah belajar seni silat lincah. |
Pachycephalosaurus - fakta ini boleh diguna pakai sebab ianya berdasarkan kepada tengkorak, yang mana boleh dilihat, disentuh dan diukur ketika mayatnyer dijumpai. |
Camarasaurus - yang ni gua pon confuse camane saintis buleh tahu umur dia boleh hidup sampai seratus tahun neh, hanya berdasarkan fossil sahaja. |
Suchomimus - selepas beratus juta tahun terkubur dalam perut bumi, tahun 1997 baru jumpa. |
Triceratops - nenek moyang badak sumbu barangkali |
Stegosaurus - encik dino yang paling egois |
Allosaurus |
No comments:
Post a Comment