BERKORBAN APA SAHAJA

Assalamualaikum... 

Kali ni ana nak cerita pasal ibadah korban. Sacrifice kata orang kampung ana. Bukan korban jalan raya yer tuan tuan. Itu bukan ibadah, tapi padah namanya. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

Kat negara kita ni, kalau sebut ibadah korban rasanya semua orang tahu. Sebab aktiviti ni dah jadi satu kelaziman setiap kali Aidiladha. Publisiti media cetak dan elektronik berkenaan dengan ibadah korban ini sangat meluas. Pagi korban, malam dah keluar TV. Esoknya pulak dah keluar surat khabar. Jadi sebagai orang Islam, nak kena karatelah tu kalau tak tahu pasal korban. Non-muslim pun tahu... tapi diorang tak sebut korban. Diorang istilahkan korban ini sebagai "sembelih". Dah sembelih baru halal katanya.

Rasanya tak lengkap hari raya haji kita kalau takde orang buat korban. Takpelah kalau tak buat open house ke, takde menu special ke, janji ada buat korban. Lepas korban, buat sup ekor ke, sup tulang ke itu pon kira menu special di hari raya jugak. Ibadah korban ni sudah menjadi satu tradisi di negara kita jadi. Kat mana-mana surau atau masjid boleh dikatakan majoriti mesti ada buat ibadah korban. Bukan sekor dua, malahan ada yang sampai berpuluh-puluh ekor. Beratus atau beribu ekor tu kat Malaysia ni tak pernah dengar lagilah. Kat Mekah sana ada. Pasal diorang ramai. Sekali musim haji, ada lebih dua juta jemaah. Tak payah ambik banyak, katalah ada 1% jer jemaah nak buat korban dah berapa ribu ekor kambing, unta atau kibas nak kena tumbang. Rezeki orang Mekah buat bisnes jual kambing neh.

Dah tu duk sebut korban, qurban atau dalam bahasa bollywoodnyer, qurbani tapi kita faham ke apa pengertian di sebalik ibadah ni? Qurbani tu siap jadi tajuk filem tahun 80-an dulu. Ana tak pernah tengok, tapi pernah terbaca somewhere tak ingat dah kat mana. Itu yang duk ingat tu, qurbani, qurban, qurbani, qurban. Maknanya dalam bahasa hindi sendiri banyak meminjam bahasa Arab. Dah masuk cerita pasal linguistik pulak. Itu kita cerita lain kali.

Maka nak dikhabarkan disini bahawa dari segi bahasa tadi ana dah bagitau bahawa korban itu maksudnya qurbani atau sacrifice. Berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa. Itu kata P.Ramlee lah. Dalam filem boleh lah nak korban harta, korban nyawa. Cuba buat betul2 ada beranik?

Baiklah, dari segi pengertian ibadah itu sendiri korban bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Baiklah. Ada beberapa key words yang kita kena tengok kat sini.

Pertama: Menyembelih. Binatang itu kita kena sembelih, potong urat dia kat leher elok2 sampai lah dia meninggal. Potong tu sampai terputus halkum dan urat mareh dengan sempurna. Halkum ni kalau dalam bahasa saintifiknya disebut trakea iaitu saluran pernafasan manakala urat mareh tu pulak adalah esophagus yakni saluran makanan dan minuman. Maknanya kalau dia mati sebab kita tikam dia dengan pedang ke sambil berkata nahhh... i kill you!!! kena langgar lori ke, kena penyakit kuku dan mulut ke, sakit tua ke, itu tidak boleh dikira korban.

Nak menyembelih tu pulak kena dilakukan oleh orang yang sesuai menggunakan peralatan yang sesuai. Dia mestilah Islam atau pun ahli kitab, berakal dan tidak dalam ihram haji. Perempuan boleh jadi tukang sembelih tak?

Boleh. Berani tak berani jer. Cuma kat Malaysia ni kerja-kerja sembelih ni didominasi oleh orang lelaki. 

Kedua: Ternakan. Binatang ternakan tu kita tahu lah kan macam lembu, kambing, kerbau, unta, biri-biri, tak kesah lah asalkan dia itu adalah binatang ternakan, berkaki empat dan cukup sifat dan syarat. Kalau bela seladang, seladang pun boleh. Eh... boleh makan ke seladang? Kalau kat Malaysia ni, yang paling popular dan ramai orang makan lembulah duduk ranking no.1. Kambing duduk ranking no.2, mungkin sebab dia kecik dan mahal, mungkin jugak ada orang tak boleh makan kambing. Nanti sakit kepalalah, goutlah. Padahal lebih kurang je dengan daging lembu.
Ayam boleh?
Ayam boleh sembelih, tapi itu tak dikira korban. Korban dia kena binatang kaki empat.

Babi? Kat Malaysia ni kan ada orang ternak babi? Babi tak boleh sebab dia takde leher. Nak sembelih kat mana? Hahahahaha!

Ketiga: Timing. Ibadah ini hanya boleh dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sahaja. Allah bagi offer empat hari ni sahaja. Selain daripada itu, dikira sebagai sembelih biasalah. Boleh sembelih, tapi tidak dikira sebagai ibadah korban.

Keempat: Bertaqarrub yakni mendekatkan diri kerana Allah. Nawaitu itu penting. Kenapa kita berkorban? Adakah kerana kita ni kaya sangat boleh beli sampai 100 ekor lembu buat korban tapi malas sembahyang, maka kita berharap semoga lembu2 itu boleh mengcover segala dosa kita? Hello... ini nak habaq sket... korbanlah 100 ekor ke, 1000 ekor ke, sejuta ekor lembu ke, kalau dah tak sembahyang maka hancur luluh lah segala amalan lain. Kita kena ingat, walau sebaik mana pon kita, sebanyak pon kita bersedekah, tapi sembahyang tetap menjadi amalan pertama yang dihisab oleh Allah SWT kelak. Kalau sembahyang kita fail, maka yang lain2 tu turut fail. Kalau sembahyang kita cantik, maka amalan2 lain akan membantu menaikkan darjat kita di akhirat kelak, di samping memberi manfaat kepada kita di hari akhirat kelak, Insya-Allah. Orang kafir pon ramai yang baik, derma sana, derma sini, bukak yayasan, buat kebajikan, tapi sebab dia tu kafir, tak solat, tak puasa antum ingat Allah terima ke amalan dia?

Jadi berbalik kepada nawaitu tadi, kita buat korban mesti kerana Allah. Bukan kerana manusia sebab bini suruh ke, bukan sebab nak menunjuk kita ni YB kena lah hulur2 kat surau atau masjid tempat kita lepas tu mintak imam tulis nama besar2 sapa yang sponsor lembu tu. Pendek kata, kalau bukan kerana Allah, kensel... tak jadi korban.

Jadi amalan korban ini bukanlah sekadar sunnah semata-mata nak memperingati peristiwa di antara Nabi Ibrahim dan anakanadanya Nabi Ismail, tapi ia sememangnya disebut di dalam Al-Quran, jadi orang tak boleh pertikai.

Yang paling senang dan simple sekali, kita tengok surah al-Kauthar, ayat 2. Surah al-Kauthar ni surah paling pendek dalam Al-Quran. Kalau antum tak ingat, antum karate leher antum sendiri. Lagu 1 Malaysia boleh ingat, surah tiga ayat pun tak ingat?

Maksud surah al-Kauthar ayat 2 tadi:
"Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berqurbanlah kerana-Nya".

Kalau nak advance lagi, kita tengok surah al-Hajj ayat 36-37, mafhum-Nya:
"Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan".

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah).

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, kita dapat perhatikan bahawa ibadah korban ini adalah suatu amalan yang sangat dituntut. Cuma Allah tak kata kutiba 'alaikumu jer. Kalau kata macam tu jadi wajib, lain pulak ceritanya.

Panjang ceritanya kalau nak cerita ibadah korban ni. Silap-silap boleh buat PHD dengan pengkhususan dalam ibadah korban. Ada syarat sah korban, ada syarat binatang korban, ada syarat tukang sembelih, hukum korban dia boleh jadi wajib, boleh jadi sunat dan boleh jadi haram bergantung kepada senarionya macamana. Yang lain2 tu kita cerita dalam episod korban tahun depan, Insya-Allah.

Baru-baru ni, bersempena dengan Aidiladha 1433 hijrah, ana berkunjung ke Surau Baitur-Rahman, Putra Heights, Selangor untuk meninjau program ibadah korban yang diadakan di situ. Walau pun tak tersenarai sebagai peserta ibadah korban, nak jugak turun padang mebyumbang tenaga, membantu apa yang patut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, dari saat lembu itu hidup hinggalah lembu tu jadi lauk.

Kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Maka terpancarlah semangat gotong-royong dan kerjasama dalam masyarakat tanpa mengharapkan sebarang upah wang ringgit. Semoga usaha kalian diberkati, Insya-Allah.






























Alhamdulillah
Sekian sahaja tazkirah dari ana untuk kali ini. Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri. Wallahua'lam.

Wassalamualaikum WBT.

IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

No comments: