Kisah kami anak beranak bercuti hari merdeka.
Tema percutian kali ni mudah saja.
"Dekat, murah dan best", macam tu lah bunyiknya. Heyyyy!!!
Anak-anak saya ni senang jer.
Janji ada swimming pool, maka percutian itu pasti kan sempurna.
Tempat ini diberi nama "Primaland Port Dickson Resort and Convention Centre". Bapak panjang nama aih. To make it short, simple and catchy, sebut Primaland saje cukup. PRCC pon boleh jugak, tapi tak cukup catchy lah.
Mula2 duk musykil jugak, tang mana lah duduknya Primaland nih.
Resort baru kot?
Riki punya riki.... laaa Tiara Beach Resort rupanya. Sudah tukar nama lah.
Patutlah rasa cam familiar jer bila tengok gambar kolam renang dia, papan gelungsur dia, sotong kurita gergasi tu saling tak tumpah macam pernah lepak kat situ.
Dulu masa Tiara Beach Resort pernah laa pergi. Sejak tukar nama Primaland ni tak pergi lagi.
Orait!
Mula2 sebelum pergi haruslah kena booking dulu kan?
Nak redah je boleh gak, tapi risiko untuk melopong tak dapat bilik adalah sangat tinggi.
Sebab... pertamanya, ini adalah wiken.
Keduanya, wiken ini adalah wiken yang agak panjang memandangkan Isnin cuti hari kebangsaan. Maka hotel dan resort di sekitar PD menjadi sangat laku dengan kehadiran pelancong domestik yang turut mendambakan konsep percutian ala2 dekat, murah dan best.
Penuh sesak PD dikkk... Teluk Kemang jem wa cakap lu!
Sonang yang amat nak booking bilik kat Primaland nih.
Ini kan zaman online.
Dari seluar dalam sampai ke tiket kapal terbang, semua boleh beli online.
So, takat nak booking bilik hotel ni apa sangat lah kan...
Tuan puan boleh membuat carian dalam portal tempahan bilik hotel yang popular atau terus sahaja ke laman web rasmi Primaland untuk membuat tempahan.
Ada perbezaan harga antara portal nih. Bagi mendapatkan lebih nilai untuk wang anda, spend sedikit masa untuk membuat perbandingan harga antara portal, melainkan anda tak kesah sangat pasal harga.
Spend more time, save more money.
Situasi saya agak berbeza.
Saya booking dulu.
Pergi tak tahu bila. Memang tak pikir langsung pasal date nak pegi bila.
Awat jadi lagu tu?
Well... nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu saya duk semak email yang bertimbun, tiba2 terbukak satu newsletter dari Groupon. Saya tertarik dengan satu iklan nih - Primaland discount voucher!
Harganya agak menggiurkan.
Dengan harga serendah dari RM168 for standard room, siap dengan pakej masuk waterpark untuk 2 orang*2 sesi + main basikal sejam, rasa cam murah dah tu.
Nak murah lagi ada... RM118, tapi dapat bilik semata. Waterpark bayar lain.
Apalah ertinya menginap di Primaland kalau tidak kerana waterparknya.
Berbaloi?
Memang berbaloi.
Let say ambik bilik RM118, tiket waterpark saje dah RM50 sorang untuk dua sesi.
Kalo tiga orang? Dah RM150... campur bilik RM118 = RM268.
Ambik voucher dah jimat seratus. Alhamdulillah.
Mula2 duk bajet gak kot kena bayar extra sebab time tu peak period... tapi diorang tak mintak pulak. Maknanya takdelah tu.
Dah sampai, belum apa2 lagi kena tahan ngan Pak Guard.
Takdelah buat salah ke, dia nak marah ke apa.
Dia cuma tanya nak pergi mana.
Cakaplah nak menginap kat sini.
Dia tanya lagi.... dah booking?
Jawab dah...
Dah check-in?
Errr... belum... tak masuk lagi camane nak check-in?
Owh check-in kat situ encik... katanya sambil menuding jari ke sebuah bangunan.
Laaa check-in kat luar ni ke? Ingatkan kat dalam.
Then baru teringat, dulu datang masa Tiara Beach Resort, memang check-in kat situ jugak.
Dah lama tak datang, itu pun sekali jer... mana nak ingat.
Saya caadangkan pihak resort letak signboard... something like "Check-in here", atau "Daftar masuk disini", sambil buat anak panah tunjuk kat mana nak check-in. Perasan jugak ada orang lain kena pusing balik macam saya.
Ok fine... pusing balik kereta, park depan entrance check-in counter.
Standby RM100 for deposit.
Refundable upon check-out. Resit jangan kasi hilang. Kang burn pulak RM100 tu.
Dah dapat kunci, let's go to the room.
Anakanda berdua ni dah tak boleh tahan, menggelupur nak terjun kolam.
Dapat pulak bilik facing the pool kan... lagi lah membuak-buak adrenalin nak terjun kolam.
#panoramic view angle from my room. Gambar diambil pada waktu pagi. Time ni takde orang lagi.
Tapi cuaca bapak panas nyer... Kang habis terbakor kulit putih tulus mulus nih.
Bersabarlah duhai anak.
Lepak bilik dulu.
Nikmati kemudahan di hotel ni.
Lepas asar karang kita turun.
Jadi sementara menunggu waktu asar, sila buat aktiviti bebas di dalam bilik.
Hari dah petang. Masa untuk terjun kolam!
Yabedabeduuuuu!!!
Nak masuk kolam kena pakai tag.
Hari ni Sabtu, tag kaler biru... esok Ahad kaler oren.
Meriah kolam dia dik.
Penuh dengan manusia.
Kolam utama yang besar gedabak tu pon nampak cam keruh air dia.
Bukanlah keruh cam teh tarik.
Keruh maksud saya pudar, not so crystal clear, nampak kabur bila view dari dalam air.
Pada pendapatan saya yang tak seberapa, inilah masalahnyer bila berada di kolam awam nih.
Maaf cakap, orang kita takde etika berpakaian di kolam renang.
T-shirt cotton ke, seluar track suit, seluar slack dia main redah jer.
Etika berpakaian kolam renang tak bermakna kena pakai swimming trunk atau bikini dik.
Choi tau bukak aurat di tempat awam. Tak baik... dosa...
Ada je swimming suit yang patuh syariah.
Tapi tak tahu lah nape diorang ni susah sangat nak beli.
Nak kata tak berduit, boleh pulak bercuti kat tempat yang konfem kena keluar duit.
It just the matter of discipline and mentality.
Pada diorang, pakai t-shirt cotton pon apedehal.
Air keruh pon lantok ler. Bukannya nak buat minum pon air tu.
Sape kata takde orang minum?
Budak kecik baru belajor berenang, ada jer terminum air kolam tu.
Itu belom kira manusia alergik ada penyakit kulit. Sudahnya kena ruam... gatal sana, gatal sini.
Fine! Jangan ikut orang yer nak. Kita kena disiplin. Masuk kolam renang, pakai baju renang.
Basically, design kolam dan segala kemudahan yang ada kat sini memang ditujukan untuk kanak2, especially taman temanya. Of coz tidaklah grand sangat macam Sunway Lagoon, tapi sudah memadai untuk menukar sifat kanak2 menjadi seorang amfibia. Dah masuk air, memang susah naik ke darat. Lagi pon harga kat sini berapa... Sunway Lagoon berapa. Not fair to compare.
Tengok pada slogan Primaland ni pon tau dah... "Water Park with Kids at Heart". Hurmmm... no need to explain more. Faham kan?
Dah habis show, clown akan masuk kolam sambil kacau bebudak.
Nak ambik gambar dengan clown pon boleh.
Tuan puan yang belum memiliki kamera atau talipon berkamera jenis waterproof, sila dapatkan khidmat jurugambar rasmi taman tema yang akan follow je clown tu mana dia pergi. Nanti dia akan offer, nak ambik gambar tak? Kalo dia tak offer pon boleh jer tanya... tolong ambik gambar kami?
Gambar tu nanti dia print siap2 letak dalam frame. Sebelum keluar dari taman, singgah booth ambik gambar tu. Bayaran tak tahu lah berapa. Tak guna pon servis tu sebab kamera abang ni waterproof dik.
Cerita banyak pon tak guna bro... just enjoy the pictures.
Jual makanan ringan... pop corn, naget, sosej, kentang goreng, nasik lemak biasa, air tin, air kotak.
Main air mesti rasa lapor kan?
Nak bawak bekal dari luar tak boleh.
Bawak duit jer boleh... beli kat sini.
Makan malam, ada satu dining hall yang luas menyediakan hidangan buffet dan bbq.
Boleh makan ramai2. Harga tak pasti berapa.
Kalo nak order ala carte, kena keluar kat front office counter depan sana, ada satu lagi restoran Primaland punya.
Anna Thai namanya.
Dekat... boleh jalan kaki jer.
Better than nak bawak kete keluar makan kat tempat lain. Malam2 minggu cam ni sure kedai semua sesak nih.
Besoknya, hari Ahad .
Breakfast not provided.
Tak tahulah samada memang tak provided ke atau sebab kami bayar murah.
Sebelum turun kolam, makan jer bekalan dibawa. Lepas tu layan kolam lagi untuk sesi kedua.
Lapar kalu, beli jer kat cafe.
Cukup time, check-out.... menuju ke destinasi seterusnya....
Moral of the story, Primaland ok. Percutian bajet tapi sudah cukup memenuhi kehendak kami, especially anakanda yang memang cukup puas hati dapat berendam dalam kolam. Anakanda happy, saya laaaaagi happy. Alhamdulillah.