BERAKIT-RAKIT KE ULU SLIM

Andai ikut perancangan awal, kami sepatutnya mendaki ke Puncak Irau Cameron Highlands. Tapi tak jadi sebab kelab rekreasi tempat kerja kami membatalkan acara tersebut dikala kami semua excited nak mendaki. Dah hantar borang, dah bayar… tiba-tiba kensel pulak. Jangan tanya sebab apa. Adalah tu hikmah disebalik kejadian.

Maka jangan disia-siakan hujung minggu itu. Sesuatu harus dilakukan bagi mengisi masa lapang yang telah di-block untuk ke Irau. 

Saya mintak tolong Pura mencari suatu aktiviti ekstrem yang boleh dijadikan projek 'Irau Replacement Trip'. Survey punya survey, kami sepakat nak buat White Water Rafting (WWR). Bermakna ini pengalaman kedua WWR saya selepas berjaya menawan Sungai Selangor KKB tahun 2007 dulu. Hoh... dah sepuluh tahun rupanya. Manakala bagi ahli group saya yang lain, ini adalah pengalaman pertama kali. 


Lokasinya; Kampung Ulu Slim, Slim River Perak Darul Ridzuan. Sederhana jauh. Boleh balik hari.


Kami berurusan dengan Xventure Mind, sebuah syarikat berpengkalan di Kuala Lumpur, tapi menjalankan aktiviti WWR di sekitar sungai2 di Selangor dan Perak. Harga yang ditawarkan untuk WWR sahaja adalah RM150, tapi kami ambik pakej sekali dengan water blob, so kena up harga sikit jadi RM170. Oklah tu, within the budget.

Kami car pool naik kereta Pura. Dari Kajang, Pura singgah Puchong ambik saya... lepas tu kami singgah di RnR Jejantas Sungai Buloh untuk pick up Ajis, A'ah dan Dani yang tunggu kat sana. Sambil2 jemput diorang, sempatlah kami light breakfast. Tak mau heavy sangat. Untuk melaksanakan aktiviti lasak serta aktif, tidak digalakkan memenuhkan perut dengan segala jenis makanan. Cukup sekadar alas perut sahaja. Apatah lagi nak berafting, penambahan berat badan dikhuatiri akan melembabkan pergerakkan bot pula. Hahaha...


Perjalanan dari RnR ke Kampung Ulu Slim mengambil masa kira-kira 1jam 15minit, bergantung kepada berapa speed anda di atas lebuh raya. Ambil susur keluar 124 ke Behrang. Lepas tu on Google Map, search for 'Kolam Air Panas Ulu Slim'. InshaAllah sampai takde masalah.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Slim. Disini tempat pertemuan kami dengan En.Nasir selaku wakil penganjur. Kat sini banyak kemudahan yang disediakan kepada pengunjung seperti tandas, bilik mandi, bilik solat, kedai runcit dan kedai makan. Kereta pun parking kat sini. Luas parking space dia.

Janji ngan penganjur nak jumpa jam 10.00 pagi. Kami 9.30 lagi dah sampai. En. Nasir, dah tunggu pun. Tapi sebab nak tunggu group lain sampai jugak, kami bersiar-siar dulu ke kolam air panas.


Airnya cetek, nampak macam lopak air biasa jer, tapi dia punya panas yang amat. 104 darjah celcius beb! Takat didih tu. Kena kulit, boleh melecur! Nampak wap berkepul-kepul naik ke udara.


Sembang ngan sorang mamat hiker yang kebetulan ada kat situ, katanya ini adalah kolam air panas yang paling panas di Asia dan ketiga di dunia. Wowww! Ketiga di dunia... tapi sebab air dia cetek, tempat pun macam lopak air je, maka nampak macam tak komersil. Dah ler jauh ke dalam. Nampak macam tak terbela je tempat ni. 

Ok... dah pukul 10. Jom jumpa En. Nasir. Nak gerak ke starting point rafting.

Dari kolam air panas, kami naik four wheel ramai2 sumbat segala peserta yang sama2 nak rafting dalam satu trak. Duduk je mana2 selagi boleh. Gadis2 ayu duduk di dalam, manakala selebihnya lelaki2 dan gadis2 macho duduk ramai2 kat belakang. Advantage duduk belakang sebab lebih close to nature.. hahaha!



Kami menyelusuri jalan2 bertar sampai takde tar untuk menuju ke dermaga pelabuhan titik permulaan pelayaran bot getah kami. Bertemankan ladang sawit dan perkampungan orang asli, juga hutan2 di sepanjang kiri dan kanan laluan. Takde apa yang menarik sangat. Menarik sebab duduk atas bumbung... dapat tengok pemandangan saujana mata memandang.


Lepas 15 minit perjalanan, kami pun sampai ke starting point rafting. Nampak semua dah ready... 


Tanpa menunggu lama, dengan pantas kami diarahkan untuk mengenakan rafting gear (ke mende orang panggil) yang terdiri daripada helmet, life jacket dan pendayung.


Tang pakaian pulak, kami dah pakai siap2 sejak dari rumah lagi. Pakai pakaian yang sesuai untuk dibasahkan, lebih afdhal material cepat kering, macam dry-fit shirt / pants. Kasut pon pakai yang jenis dry fit, ada jual kat toko sukan terkemuka. Kalau nak yang bajet sikit, pakai adidas kampung pon boleh. Sandal pon boleh. Asalkan melekat kat kaki andai ditakdirkan tercampak dalam air. Andai kata tercabut dan hanyut dibawa arus yang deras, jenuh wo nak cari. Tak daya ko nak kejar mengatasi kederasan air yang mengalir. Nanti pulang, berkaki ayamlah jawabnya.


Alamak! Boleh tercampak ke? Takutnya....

Memang boleh je tercampak, terhumban, terpelanting masuk dalam sungai kalau tak ikut peraturan. Sebab tu kena ikut peraturan...kalau jurumudi kata ke kanan, semua ke kanan... kalau ke kiri, semua ke kiri, kalau ke depan semua ke depan... belakang, semua ke belakang. Dalam situasi yang kritikal ini, teamwork sangat penting. Sila dengar dengan teliti taklimat keselamatan yang disampaikan sebelum memulakan pelayaran.


Kalau tak tercampak pon, ada masa dan ketika pasti akan tercampak ke dalam sungai jua... dengan sengaja okay!!! Ko jagalah camane pon, mesti ada jatuh jugak. Pasal apa?

Pasal jurumudi tu agak nakal. Dia saja nak gurau2 ngan kita. Pada tempat2 yang agak selamat, nanti dia terbalikkan bot tu biar padan muka korang semua masuk sungai basah lencun sampai ke spender. Lagi pun dah alang2 ada kat sungai, takkan tak nak mandi berendam dalam sungai kan. Lihatlah betapa gumbiranya kami.




Ekceli, masa terpelanting jatuh dalam sungai tu, that was the best part. Kalau takde peristiwa tu rasa macam hambar je. Jangan risau... seperti yang saya katakan, kejatuhan yang disengajakan itu hanya berlaku dalam kawasan yang selamat sahaja. Ditambah dengan helmet dan life jacket, kebarangkalian untuk lemas adalah amat tipis. Jangan risau kalau tak pandai berenang. Ahli pasukan dan jurumudi bersedia membantu mengatasi segala kesulitan.


Saya tak pasti berapa jauh pelayaran ini. Kurang lebih dalam 7km mungkin. Tapi mengambil masa sekitar sejam setengah ke dua jam bergantung kepada speed dan berapa lama anda berhenti untuk rehat2, berendam dalam sungai dan tunggu jurumudi lepak sap kok lu.


Armada pelayaran kami terdiri daripada tiga buah bot getah. Maka secara tidak langsung, dapatlah berkenalan dan bertegur sapa dengan group lain termasuk dua orang foreigner dari Perancis.




Oklah... untuk membestkan lagi cerita ni, sila layan video pulak. Kredit tu Cik Pura kita yang bertungkus lumus menyiapkan video ni untuk tatapan korang semua. Sila klik paparan 'full screen' untuk menjelaskan lagi tontonan.


Dayung punya dayung, hanyut punya hanyut, akhirnya sampailah ke penamatnya. Lagi sekali kami naik powil gi makan tengah hari dulu. Makan kat warung dalam kampung tu jugak. Nasi campur macam2 lauk. Tak payah bayar. Dah termasuk sekali dalam pakej.

Kelebihan pakai dry fit, sampai sini baju dah tiga suku kering. Selesa lah sikit jika dibandingkan dengan pakai t-shirt cotton, mesti lembab lagi.


At the end of the video, korang akan nampak ada orang kena 'eject' dari batal peluk gergasi kat sebuah tasik (bekas lombong) dalam kampung Ulu Slim juga. Haaa... itulah namanya water blob.


Nampak cam simple, tapi lagi ngeri kot dari WWR tadi. Dia punya lambungan tu menghasilkan G-Force yang lebih tinggi dari WWR.

Sebelum join trip ni, I have no idea langsung apekebendalah water blob ni. Dah join, dah feel sendiri baru lah tahu apa itu water blob. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Ini dah kenal, rasa tak cinta jugak. First attempt lompat, kononnya nak buat summer sault. Terkial2 cuba memusingkan badan tapi gagal. Sekali jatuh tertiarap terhempas dada dulu. Senak! Terus down nak buat second attempt. Si Ajis ngan Pura yang gila melompat, sampai 3-4 round boleh layan.

Tiada had limit berapa kali nak terbang. Buatlah seberapa banyak yang terdaya. Agi idup agi ngelaban! Kalau korang terer terjun macam Pandalela Rinong, memang sangat digalakkan untuk water blob.


Puas layan blob (menyesal pon ada, silap landing punya hal, sakit abih dada ngan belakang leher nih), kami pun kembali ke checkpoint kat air panas nun. Ada bilik mandi, toilet untuk menyucikan diri dan tukar pakaian. Nak minum, nak makanan ringan, kedai runcit pun ada.

Dah siap semua, dalam pukul 4.00 gitu, kami bergerak pulang. On the way sebelum masuk highway, singgah sat kat Tanjung Malim pekena pau paling legend yang famous yang amat tu.

Ramai orang pulak. Penuh semua table. Menunggu lah kami beberapa ketika.



Habis semua pau dibaham, kami pun beransur pulang ke Lembah Klang. Masing2 sampai rumah dalam kelesuan. Dalam kelesuan, ada keseronokkan. Aktiviti ekstrem penuh cabaran.

Semoga menjadi panduan kepada orang lain yang nak pergi lepas ni.


Wassalam.