DAY PACK HANOI

Kami transit 12 jam di kota raya Hanoi sewaktu bermusafir ke negeri Ha Giang dalam misi menakluk laluan penuh berliku Ha Giang Loop.

Pesawat AirAsia berlepas dari KLIA2 pada 6.05 pagi, menuju ke Noi Bai International Airport, Hanoi. Perjalanan mengambil masa 3jam 15minit. Tempah makanan dalam penerbangan, merangkap sarapan. Nak tunggu makan kat Hanoi, tempat makanan halal tu jauh. 

Waktu tempatan di Vietnam dalah satu jam di belakang Malaysia. Maka perlu buat sedikit pertukaran masa. 

Awal pagi, kami sudah terpacak di Hanoi. Menaiki teksi menuju ke My Dinh Bus Station dalam misi membeli tiket bas untuk perjalanan ke Ha Giang pada malam hari. 

Setibanya di stesen bas, kami disapa oleh beberapa pemandu teksi yang menyangkakan kami memerlukan khidmat mereka. Situasi bertambah sibuk dengan kehadiran ramai penunggang motor Grab Bike datang menawarkan servis mereka. Masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris agak ketara disini. Mujurlah ada aplikasi yang boleh menterjemahkan bait-bait dalam bahasa Inggeris ke bahasa Vietnam. Berguna juga untuk komunikasi secara ringkas. Tapi lambat... nak kena taip satu2 lepas tu dia nak translate ke English pun lambat jugak. 

Dalam kekalutan akibat masalah bahasa, tiba2 muncul seorang pemuda warga Vietnam bertutur dalam bahasa Malaysia dengan fasih dan lancar. Dalam pelat cina, tapi jelas, beliau muncul seolah wira yang boleh meleraikan kekusutan. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Ah Leng (kami tukar jadi Halim). 


Halim pernah tinggal di Malaysia dan bekerja di Penang dan Cheras selama lapan tahun. 

Kami mendapat beberapa maklumat yang berguna daripada beliau. Ini telah memudahkan urusan jual beli tiket bas. 

Sementara itu, kami juga di datangi oleh beberapa penjual jalanan. Ada barang yang boleh dibeli, contohnya topeng muka dan sarung tangan. Suhu di Hanoi amat sejuk ketika itu. Gojek2 diatas semuanya memakai pakaian tebal.



Selesai membeli tiket bas, kami harus menuju ke sebuah masjid untuk solat, berehat dan mencari makanan halal. Setelah membandingkan kos, kami pilih gojek kerana lebih murah, dan jarak yang munasabah, serta mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman seorang pembonceng gojek.

Halim sekali lagi dipergunakan untuk komunikasi. Tentu sahaja ramai rakannya di sekeliling juga penunggang gojek. Rezeki juga untuk mereka.

Kota Hanoi yang dingin, sibuk dan sesak. Mudah sekali dicilok oleh gojek untuk terus mara ke hadapan.


Dengan bayaran 60,000 dong, perjalanan kurang 30 minit itu membawa kami ke satu-satunya masjid, atau kawasan minoriti Muslim yang terletak di Kota Hanoi.


Dari luar memang tidak kelihatan seperti masjid. Tapi di dalamnya, kemas dan bersih. Walau pun tidak besar, selayaknya seperti surau jika di tempat kita, tapi not bad.

Kami bertemu dengan beberapa warga tempatan yang singgah untuk solat dan makan. Kami juga bertemu dengan Imam Nasir, atau mungkin juga pentadbir masjid ini secara keseluruhannya.

Bertemu dan berbual mesra dengan Imam Nasir membangkitkan rasa ukuwah antara kami. Pandai kecek melayu boh. Dulu study pondok di Alor Star. Dapatlah ilmu sedikit sebanyak berkenaan dengan masyarakat muslim di Vietnam. Masjid yang sedia ada mampu beroperasi atas sumbangan orang ramai. Tiada bantuan dari kerajaan.

Boleh juga curi2 cas telefon sekejap. Tak bukan curi. Kita bagi derma sebagai bayaran untuk melestarikan masjid ini. Insha Allah.

Selesai bab masjid, alang2 berada di Hanoi, sight seeing the town mungkin aktiviti terbaik untuk dilaksanakan dalam waktu yang terhad ini. Tanya Imam Nasir sedikit direction, dan dengan bantuan Maps membawa kami ke sebuah pasar besar.



Kaget juga... dari luar nampak macam shopping mall, bila masuk dalam suasana macam pasar kedai payang gitu, tapi masih aktif hingga ke lewat petang. Mungkin juga 24 jam?


Window shopping aje. Takde keperluan untuk membeli. Susah nak bawak.






Menu paling rare, first time kami jumpa - Anjing Guling.



Vietnam juga sebahagian dari orang Cina. Mereka dipisahkan oleh garis sempadan yang menjadikan mereka menjadi warganegara berbeza. Dari segi bangsa, asal usul mereka adalah salah satu daripada suku kaum orang Cina. Maka itu dari segi geografi mereka dipanggil Indochina, satu istilah yang mewakili negara Cambodia, Laos dan Vietnam yang kedudukannya berada di dalam satu kawasan semenanjung yang sangat besar dalam rajah tanah besar Asia.


Dari pasar, kami langsung meneroka kotaraya Hanoi dengan berjalan kaki. Kali ini menuju ke satu lagi lokasi pelancongan popular... landasan keretapi.

Apa yang best sangat hinggakan landasan keretapi pun jadi tarikan pelancong. Ok... pertamanya ini bukan landasan keretapi biasa-biasa. Lokasinya yang sangat hampir dengan bangunan menyajikan suatu pemandangan yang rare.

Nama tempat tu:



Kita boleh duduk2, lepak2 tepi landasan sambil minum kopi.



Jadual pukul berapa keretapi akan lalu ada dipaparkan di beberapa buah kedai. Boleh rujuk di disitu.

Saat kereta lalu, terasa begitu hampir. Dengan teguhnya dia, besarnya dia, bersama deruman enjin yang membingitkan, gerun jugak kita yang tak biasa ni. Just stand still, and be safe.

Lepas keretapi lalu, kami pun blah. Dah petang. Malam karang nak naik bas. Kita balik ke masjid, makan2, bersihkan diri dan tunaikan solat jamak maghrib dan isyak.

Sebuah restoran yang mendakwa dirinya halal yang sememangnya rare susah nak jumpa di sekitar Vietnam. Terletak bersebelahan masjid, namun kelihatannya seperti salah satu komponen masjid. Menu beef and chicken bersama nasi, harganya lebih mahal jika dibandingkan di Malaysia seperti tiada akta pencatutan di sini. Barang halal yang rare... barang rare mesti mahal boh... Walau pun kecil, hanya mampu memuatkan 12 orang pelanggan sahaja pada satu masa, namun tidak putus2 dengan pelanggan. Ramai juga pelancong Malaysia bertandang ke sini mencari yang halal. Walaupun dimomokkan dengan isu Islamifobia, ternyata tahap keimanan sebahagian rakyat Malaysia masih boleh dibanggakan.


Perjalanan malam diteruskan dengan menaiki Grabcar menujuke My Dinh Bus Station.

Suhu yang masih sejuk memberikan rasa nyaman tak mandi malam pun takpe. Suhu macam kat Genting Highlands.

Pengalaman kedua travel dalam sleeper bus. Bus ekspress moden yang unik demi keselesaan penumpangnya.


The rules is baring. Kalau duduk pun separa baring, kaki masih berlunjur ke hadapan. Maka boleh tidur dengan selesa sepanjang perjalanan.



Lapam jam kami mengembara dalam lena menuju ke Ha Giang meredah kedinginan malam Sesiapa yang sedar, bangun berhenti rehat di R&R. Semoga esok dipermudahkan segala urusan kami untuk mengembara mengelilingi negeri Ha Giang, pastinya dengan motorsikal kapcai.