Jentera ini usianya sudah menginjak ke 10 bulan. Sejak memiliki tiada keperluan mendesak untuk mengembara jauh. Pihak kerajaan juga lebih gemar rakyatnya tinggal dirumah. Maka terbatas lah pergerakkan di sekitar Lembah Klang sahaja. 10 bulan mencatat perbatuan 2200km sahaja.
Kelincahannya merentas kotaraya, dicelah kenderaan, ditengah kesesakan trafik yang menjadi budaya warga kota serta sayup meninggalkan kenderaan lain jauh dibelakang ketika aksi dilancarkan dari persimpangan lampu isyarat dirasakan berbaloi dengan wang ringgit yang telah dileburkan untuk memiliki jentera automatik berkuasa 150cc ini.
Catatan ini adalah memori bagi mengabdikan kenangan bersama jentera ini dimana buat pertama kalinya ia akan dibawa merentas negeri dalam satu perjalanan yang paling jauh buat jentera ini. Selain daripada menjadi diari peribadi, adalah diharapkan perkongsian ini turut sama dimanfaatkan oleh tuan / puan semua diluar sana yang mungkin meminati dunia permotoran, atau mencari maklumat berkenaan dengan motorsikal ini, atau sekadar menikmatinya sebagai bahan bacaan ringan.
Kisah bermula apabila anak lelaki saya mendapat tawaran peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di sebuah institusi pendidikan yang terletak di Melaka. Atas sebab minat mengembara dan bermotosikal, dan ingin juga menguji keupayaan jentera ke suatu peringkat yang lebih ekstrem, maka saya membuat keputusan untuk memilih jentera dua roda berbanding 4 roda. Secara tidak langsung dapatlah saya melepaskan rindu untuk ride sambil meracun anak meminati dunia permotoran. Dapatlah kami bonding dengan anak bujang. Sejak beliau tinggal di asrama bermula dari tingkatan satu, masa untuk lepak bersama agak terhad. Anyway, that's the reason why I owned a motorbike right? To bring me from point A to point B dengan cepat dan jimat.
Plot ceritanya simple. Seorang bapa berumur 40-an, punya urusan hantar anak ke Melaka. Pergi melalui lebuhraya PLUS sebab mengejar waktu peperiksaan yang bermula jam 2.00 petang. Selesai urusannya, kami tidur check-in malam di hotel berdekatan. Esoknya memulakan pengembaraan pulang melalui jalanraya persekutuan bermula dari Jasin - Bandaraya Melaka - Klebang - Pengkalan Balak - Teluk Kemang seterusnya menggunakan lebuhraya Seremban - Port Dickson dan lebuhraya PLUS untuk pulang ke rumah sebelum lewat petang. Memandangkan ini adalah 'ride solo', maka masa, lokasi dan persinggahan adalah hak mutlak kami tanpa melibatkan orang lain. Nothing to rush. Today is the travel day. Take your time and enjoy the scenery. Captured the moment as much as you can.
Persepsi positif saya berkenaan dengan solo ride ini ialah kebebasan. Bebas berhenti di mana suka untuk ambil gambar. Tak perlu sesak di jalanan ataupun ambil masa orang lain untuk berhenti. Tak risau kalau motor breakdown. Keyakinan agak tinggi apabila menggunakan jentera yang masih baharu, kebarangkalian untuk rosak adalah sangat tipis. Dan kalau breakdown sekalipun saya percaya ramai rider-rider di luar sana yang sudi menghulurkan bantuan. Tapi sekurang-kurangnya saya dah standby aerosol untuk tayar pancit. Just in case.