EKSPLORASI TASIK KENYIR

Episod cuti-cuti aqeemfoto kali ini diteruskan lagi dengan mengembara ke....


Horeeeyyyy!!! suka suka suka!

Apa ada dengan Tasik Kenyir?

Well... sejak kewujudannya pada tahun 1985, Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Kalau Asia Tenggara pon dia dah champion, apatah lagi di Malaysia kan? Sayur jer dia kalahkan Tasik Titiwangsa tu. Hoh! Perbandingan yang sangat tidak adil. Dusyummm!
Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan.
Letaknya di Terengganu, atau lebih tepat lagi Hulu Terengganu. Sebuah negeri yang bukan sahaja terkenal dengan keindahan laut, pantai dan pulaunya, malah turut terkenal dengan kehenseman, kemachoan serta kegagahan rakyat jelatanya.

Kembara kali ini turut disertai oleh 35 orang rakan sekerja lain yang sangat berminat ngan aktiviti outdoor yang tak berapa nak lasak neh. Nak lasak macamana pon. Lepak jer dalam rumah bot sambil mancing tak henti2. Lepas tu makan... lepak lagi.... layan karaoke... tengok bola... ehhh... kau pergi Tasik Kenyir ni duduk boathouse ke duduk resort? :-)

Jumaat, 19/10/2012

Tepat jam 10.15pm, sebuah bas persiaran mula bergerak meninggalkan ibu kota. Perasaan teruja tidak dapat dibendung lagi walau pun ini adalah kali kedua kita bakal menjejakkan kaki ke Kenyir. Maklumlah, dah lama sangat tak pergi. Kali pertama dulu masa zaman belum akil baligh. Ikut rombongan sekolah rendah. Entah apa ada kat Kenyir pun kita tak ingat dah.

Dalam keterujaan itu, tiba-tiba suasana menjadi gelap gelita. Sudah gelap, sunyi sepi pulak tu. Tak tahu sekeliling apa jadi. Sedar2 tengok jam dah pukul 0030. Tengok kat luar R&R Temerloh. Arghhhh tidakkkk!!! Kita tertidur rupanya. Tidur yang sangat lena :-)

Alang-alang dah berhenti tu, kita pon ikut turun sekali. Yang nak pergi toilet, pergi toilet lah. Yang nak minum, minumlah. Yang paling takjub sekali, tengah2 malam buta tu pon ada jugak yang bantai makan nasi siap ngan lauk ikan ayam daging sayur bagai. Rasa macam lunch time pulak. Don't try that at home. Tidak bagus untuk kesihatan anda :-)

Tidak lama kemudian bas jalan lagi. Sambung tidur... zzzzzzzzzzzzzzz!

Sabtu, 20/10/2012

0600: Tatkala fajar saddiq menampaknya sinarnya, kami singgah di sebuah masjid di Kuala Ping untuk menunaikan kewajiban.

0715: Tiba ke destinasi yang dituju. Pengkalan Gawi nama diberi. Yea yeahhhh! Tasik Kenyir here we come!

0730: Check-in. Penginapan kami bukanlah chalet atau hotel berbintang-bintang. Untuk tempoh 2 hari 1 malam seterusnya, kami akan tinggal dalam rumah bot. Bukan satu, tapi dua buah. Satu untuk laki, satu untuk pompuan. Tak boleh campor-campor. Haremmm!


Lagi pun bilangan kami ramai. Tengok pada kapasiti bilik, satu bot cuma boleh menampung dalam 20 orang sahaja. Kalau ramai2 kang tenggelam pulak.

Rumah bot??? Ape tu?

Sekarang bayangkan rumah yang terapung di atas air. Lebih kurang macam tu lah rupanya.

Segalanya-galanya lengkap. Bilik tidurnya siap dengan tilam bantal. Dapur gas. Tandas. Bilik mandi. Ruang tamu. Set karaoke! Walauwehhh... bekalan elektrik pon ada.
Ruang makan sebelum meja santapan dibuka.

Bilik mandi, bilik termenung - duduk dan cangkung semua ada. Rasanya segala bahan buangan tu akan dialirkan ke dalam kolam. Lepas tu ikan makan. Kita pancing dapat ikan tu lepas tu kita makan. Ada ke munasabah ikan makan bahan buangan? (ayat cover kasi sedap hati balik)

Bahan mentah yang dibawa dari darat. Jangan lupa spare tong gas. Kalo habis masa tengah ekspedisi, jangan harap kau boleh masak atas dapur kayu pulak!

Bilik tidur. Selimut bawak sendiri. Kalau nak bantak golek pon bawak sendiri.

Dapur untuk masak-memasak.
Ruang santai nak tengok TV ka, astro ka, dvd ka, karaoke ka... pasal hiburan cukup lengkap serba-serbi

Ruang kapten kapa
Pertama kali melangkah ke dalam boat house, saya macam jakun jugaklah. Kita ingatkan rumah bot tu just terapung jer kat situ, tak gerak gi mana-mana. Dah rupa pon macam rumah... double storey pulak tu. Besar gedabak. Siap ada letrik lagi. Enjin pon tak nampak. Mana mungkin bot ini bergerak kan? Lupa pulak pasal kewujudan kapal kargo lagi besar dan berat berganda-ganda. Elok jer dia bergerak. Boleh pusing dunia lagi. Itu pasal ada enjin. Yang ni kat mane henjinnyer?

Ok...  mungkin kita stay kat sini jer. So kalau nak pergi jalan pusing2 tasik, kita naik bot enjin sangkut ke, perahu ke, kayak ke. Takpe.. kejap lagi kita tunggu apa jadi.

Sarapan disediakan. Mi goreng berulamkan keropok ikan. Makan jer. Sedap tak sedap tak yah banyak songeh. Dah itu je yang ada pon.

Usai bersantap, otai2 pancing semua dah siap sedia dengan senjata masing2. Maklumlah baru sampai. Adrenalin memancing tengah mencanak naik untuk menewaskan ikan-ikan yang sedang meliuk lentok berenang-renang dalam tasik. Geram sehhhh!

First catch of the day. Walau pun tak sempat bergambar dengan ikan, nak bagitau jugaklah bahawa sesungguhnya sayalah yang campak mata kail tu masuk dalam kolam. Saya terpaksa outsource orang dalam gambar ni untuk naikkan ikan sebab belum khatam lagi bab tu. Tak sempat nak belajar, ikan dah ngap... kelam kabut kita taw!

0830: Di keheningan pagi yang indah permai itu, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin bot berkumandang, disulami dengan bau asap diesel menandakan kita akan belayar sekejap lagi. Jadi memang benarlah rumah bot ini boleh bergerak! Tapi tadikan ada nampak wayar elektrik menghala ke darat? Owhh... itu plug rupanya. Cabut plug bot boleh jalan. Suka suka suka!
Made in Malaysia
Setengah jam jugaklah kena warm-up enjin bot tu rupanya. Lebih kurang jam 0900, bot mula meninggalkan pengkalannya menuju ke destinasi seterusnya. Taman Herba. Lama jugak weh... dengan kelajuan 8km sejam, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba ke destianasi. Bermakna jarak taman herba dari pengkalan gawi tu adalah 8 kilometer lah kan? Tak jauh. Tapi sebab perlahan terasalah jauh.

Tak boleh lah laju2. Bot tu besar. Dah ler bawak rumah lagi atas dia. Bukan sebiji tapi dua sekaligus. Mungkin disebabkan lebih ekonomi dan praktikal, maka diikat sahaja kedua-dua rumah bot kami menjadi satu. Dah jadi dua dalam satu lah pulak kan.  Satu idea yang bagus. Kami tak terpisah jauh. Senang nak buat aktiviti berkumpulan. Kalau toilet penuh, langkah jer ke rumah sebelah.


Sambil2 menunggu masa untuk tiba ke destinasi, masing2 buatlah aktiviti yang berpatutan sambil layan pemandangan tasik yang indah saujana mata memandang. Apa yang pasti bekalan makanan tak pernah putus. Ada makanan ringan, roti, biskut, kuaci dan jajan untuk kudap-kudapan sewaktu keboringan.


1010: Selamat mendarat di jeti Taman Herba dengan selamat, suci dan murni. Rupanya Taman Herba ni letaknya bersebelahan dengan RPP Tasik Kenyir yang kita aim memang nak pergi tu, tapi tak tahu bila. Sekarang dah tahu kat mana, lepas ni boleh pergi.
"tumbuhan beraroma serta yang tidak pernah kita terfikir". Nah kauuu... tak tercapai akalmu.

Seperti mana namanya, Taman Herba merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok herba yang berguna serta boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari. Diuruskan oleh KETENGAH, di sini kita boleh berkenalan dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat atau boleh juga dijadikan supplement jika diamalkan mampu menjadikan tubuh badan anda sihat bertenaga, zahir dan batin. Tak caya? Tengok orang asli. Diorang tak cucuk BCG pon elok jer kaum diorang hidup sampai sekarang.

Kat sini pon ada welcome drink. Takde pulak diorang hidang sirap ke, kordial oren ke. Benda2 tu dah tak relevan di sini. Banyak pengawet dan chemical. Of coz lah diorang hidang air herba jugak kan? Apa lagi kalau bukan minuman herba terhangat di pasaran... Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang asli tulus dan mulus. Takde campur2 macam yang dalam tin tu.

Maka secara otomatiknya, kita akan minum berdasarkan kepada jantina masing2. Dah namanya ubat, akar kayu pulak tu, pahit memang lah pahit. Tapi yang pahit itulah ubat, dan yang manis itu racun. Ambik ubat kat hospital pon majoriti memang pahit rasanya kan? Sekarang cuba makan gula banyak2, agak2 penyakit apa yang datang? Pahit2 pon, 3,4 mangkuk jugak kita telan. Alah... mangkuk kecik jer pon. Yang macam chinese tea punya tu.

Minuman ini disediakan secara tradisional di sini menggunakan dapur kayu. Lupa plak nak tanya kayu yang diorang bakar itu adalah sejenis akar kayu jugak? Mungkin tidak!

Ada macam2 herba ditanam disini, lengkap dengan name tag dan penerangan khasiatnya sekali. Darah tinggi, kencing manis, migrain, kolesterol tinggi, meroyan dan macam2 jenis penyakit lagilah semuanya boleh diubati hanya dengan menggunakan khasiat herba.
Penerangan yang jitu dari Encik Man (petugas Taman Herba)

Satu pesan Encik Man kita ni yang terkesan di hati dan sanubari saya ialah, kalau kita nak dapatkan khasiat herba tu, kita kena amalkan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan, baru nampak hasilnya. selalunya kita minum sekali dua jer, lepas tu dengan harapan tinggi menggunung kita mengharapkan khasiat itu datang dengan segera. Mana boleh macam tu, Kena amal selalu. Istiqomah kata orang arab.


1045: Pelayaran ini diteruskan lagi menuju ke destinasi seterusnya.
Pemandangan dari tempat bot kita berlabuh.

Rupa-rupanya ini adalah pelayaran terakhir untuk hari ini. Rumah bot bakal melabuhkan sauhnya lalu kami akan terus menetap dan bermalam disini hinggalah keesokkan harinya.

Selesai menjamah hidangan makan tengah hari, kami bingkas turun dari bot menuju ke kawasan air terjun untuk mencari ikan dan mandi manda sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Tak boleh cakap "keindahan alam semulajadi". Mana boleh dia jadi sendiri. Mestilah ada yang menciptanya, kan?

Jom layan AIR TERJUN LASIR. Yippieee!!!


Sesi fotografi pencarian Hero Remaja untuk majalah Mangga.
Lebih kurang dua jam lepak kat situ, sampai kecut satu badan, kita pon kembali ke bot. Perut pon dah lapar. Cari roti dengan jem... Makan lagi. Nyum nyum!

Agak-agak dah petang sikit, kita turun ke air lagi. Kali ni naik bot enjin sangkut, ikut orang pergi casting pulak. Mula-mula macam blur jugak, apekebendalah casting neh? Nak cari pelakon ke? Orang tak biasa mancing, ape jenis istilah pon tak paham.




Bila dah ikut, dah tengok baru paham benda alah casting neh. Ohhh camni rupanya. Style memancing campak kail jauh2, lepas tu tarik, dengan harapan ikan tu akan teruja dengan umpan rapala yang comel dan very the colorful tu, lalu mengejarnya dan terus memakannya.

Walau bagaimanapun, entah apa suwey petang tu, dah pindah tempat pon, sekor ikan pon tak dapat. Tapi saya happy sebab saya dapat belajar satu benda baru. Casting! :-)

Dikala orang sibuk mengcasting, kami yang tak berapa nak pakar dalam pancing memancing neh try to enjoy the nature.

Enjoylah sangat kan! Hahahaha!!

Pabila malam menjelang tiba, kita layan pancing lagi, tapi dari atas rumah bot sahaja. Mancing je lah kejenya. Ikan yang dapat tak seberapa. Yang paling grand pon besar tapak tangan jer. Dah nak buat macamana. Kita tak pergi ke lubuk dekat Sungai Trenggan. Khabarnya di sana baru heaven. Kalau nak pergi sana, kena top-up lagi seharilah jawabnya. Susah jugak sebab dah memang set 2 hari 1 malam jer. Maka mari kita jadikan program kali ini untuk bersantai sahaja, yang memang betol2 free and easy. Kalau betol2 nak mancing, lain kali kita pergi lubuk mancing.
Geram jer tengok ikan berenang-renang di depan mata tapi bukan susah lagi nak makan umpan. Adakah kerana terlalu banyak pancing dan umpan menyebabkan mereka rambang mata tak tahu nak makan yang mana? Atau pun mereka adalah ikan yang pergi sekolah lalu tahu membezakan yang mana tulen yang mana palsu.
 
Peribahasa: Sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya ada juga termakan umpan.

Selain dari mancing, malam itu juga dipenuhi dengan aktiviti sukan. Bukan sukan air terjun papan anjal ke, lumba renang ke.Tengok bola lah beb... malam ni kan final Piala Malaysia. TRW lawan ATM dowh... best giler tu... kelakar tak henggat. Bukan game tu yang kelakar, aksi penyokong atas rumah bot ni yang buat jadi kelakar.

Walau pun jauh di perantauan, jangan ingat takde siaran TV tau. Astro lagi... kita tengok bola channel 801 tau. Mana pulak datang astro tu?

Dalam rumah bot tu dah memang siap semua. Astro... tv LCD, sound system, set karaoke... tak rasa macam ada atas bot. Rasa macam duduk rumah kongsi pulak. Dah bot tu bergerak dari satu tempat ke satu tempat, camane boleh dapat channel astro pulak? Masa bot itu bergerak memang lah tak pasang astro. Nak karaoke boleh lah. Tapi bila diorang dah dapat port parking baek punya, diorang pusing2 kan lah disk astro tu cari siaran. Dah dapat... wallaahhh... boleh tengok bola!

Sementara itu, bagi yang tak minat bola, aktiviti memancing terus diteruskan seperti biasa kerana mereka bukanlah dari jenis manusia yang suka berputus asa tetap nak jinakkan toman sebesar peha walau pun sedar bahawa hakikatnya, lubuk pancing masih jauh dari destinasi.

Dan malam itu terus berlalu.....

Ahad, 21/10/2012


Celik mata jer, tengok2 dah ada orang mancing. Ini baru betul hardcore punya kaki pancing... makan pancing, minum pancing, tidur pancing. Itulah ghupenya kalau dah ke Kenyir kan? Kalau tak nak buat apa lagi.


Sambil2 mancing tu, mereka pon mula menyiang ikan hasil tangkapan sejak sampai semalam. Ada lah beberapa ekor, cukup lah nak jamu 35 orang makan. Nak makan sampai kenyang tak dapeklah kan. Cukuplah dapat rasa sedikit seorang.

Lepas siang (bukan siang-malam, tapi siang ikan), dengan pantas ikan tersebut digaul dan diadun dengan rempah ratus secukup rasa supaya lebih enak dipandang, sedap dimakan. Hanya menggunakan serbuk kunyit dan garam sahaja, wallahhh... pakar2 masak kami berjaya menarik perhatian seramai 35 orang untuk merasai sendiri kenikmatan ikan air tawar yang masih segar.

Maka dapatlah kita merasa bagaimana lazatnya apabila ikan baung, lampan dan tilan digoreng begitu sahaja.

Usai bersarapan, agak2 dalam pukul 8.30 camtu, kami meneruskan perjalanan menuju ke lubuk air terjun seterusnya - AIR TERJUN SAUK.
Kehidupan yang sangat tradisional apabila mandi dengan air terjun sahaja


Perjalanan mengambil masa selama 2 setengah jam, merentasi tasik yang indah permai. Kelajuan macam biasalah... tetap maintain dengan 8 km/j.

Untuk sampai ke Sauk, dari tempat bot berlabuh tu, kita kenalah berjalan masuk ke dalam hutan sikit. Tak jauh pun tapi mencabar sebab tangga yang menjadi laluan untuk ke Sauk agak senget dengan kecondongannya menyamai menara Pisa. Time naik oklah... time nak turun jer rasa seriau sikit.

Secara peribadi kita lagi suka Sauk compare tu Lasir. Sebab kat Sauk ni dia punya shower lagi tinggi dengan air mencurah-curah turun rasa macam kena massage pulak bila air jatuh kat belakang badan. Compare tu Lasir, ianya lebih landai tapi mempunyai lebih banyak takungan air seumpama swimming pool gitu. So, terpulang kepada citarasa masing2. Kalau nak berenang, pergilah ke Lasir. Kalau nak massage shower, silalah ke Sauk.



Kita di Sauk tidaklah lama sementelah gerimis mulai turun. Ini adalah peringatan untuk semua: Kalau ke air terjun, andainya hujan turun silalah beredar dengan segera. Gerimis ke, lebat apatah lagi kan? Kita tak tahu atas bukit sana lebatnya macamana. Dikhuatiri fenomena kepala air bakal melanda. Sekali air bukit tu turun mencurah macam curah air dari dalam baldi, habis disapunya semua. Buatnya terhantuk batu, tak ke haru?

1200: Usai melampiaskan nafsu makan tengah hari, kami meneruskan pelayaran untuk kembali ke pangkal jalan, tidak lain tidak bukan titik permulaan kami semalam iaitu Pengkalan Gawi. Perjalanan kita kali ini ditemani oleh hujan yang turun mencurah-curah. Jadi pergerakan atas bot pon agak terbatas. semua nak cari tempat berlindung. Sambil2 belayar tu, untuk menghilangkan boring kami buatlah aktiviti masing2. Mengemas barang, kemas pancing, sembang2, nak membuto pon boleh. Untuk mengisi masa lapang tersebut, kita layan karaoke dapat selagu dua supaya hujan bertambah lebat dan cepat berhenti.

1430: Di jeti Pengakalan Gawi, kelihatan bas sudah siap sedia menunggu ketibaan kami. Rasa macam sekejap sangat. Tak puas! Tapi apa boleh buat. Masa amat mencemburui kita. Kena balik KL juga untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Untuk keluar dari kebiasaan itulah, sesekali kita kena buat sesuatu yang luar biasa, barulah hidup lebih bervariasi lagi berwarna-warni (fuhhh falsafah tu!)

Tak yah pergi jauh-jauh. Kat Malaysia ni pun banyak tempat untuk dilawati. Pergilah melancong! (dah macam iklan tourism malaysia lah pulak)!

IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

No comments: