Bigger is better. Click the picture
Menyingkap kenangan lalu ketika awal pembabitan dalam dunia DSLR, saya bersama beberapa orang rakan yang baru sahaja dikenali melalui sebuah forum fotografi, bersama-sama 'tag along' untuk satu majlis perkahwinan di Bandar Nusaputra, Puchong.
Ini adalah kali pertama saya tag along, demi untuk mencari sedikit pengetahuan dan kemahiran dalam dunia DSLR, selain menambah kenalan yang berkongsi minat yang sama.
Kepada jurugambar yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi, andainya ada kesempatan, saya sarankan pergilah tag along bersama jurugambar lain yang lebih berpengalaman. Anda bukan sahaja mendapat ilmu dan kemahiran secara percuma, malah dapat melatih diri merakam fotografi perkahwinan sebelum memasuki pasaran secara lebih profesional.
Exif: Canon EOS 400D with 18-55mm @ 31.0mm, 1/160s, f5.6.
No comments:
Post a Comment