Bigger is better. Click the picture!
Pengalaman merakam aksi bertaraf dunia memang mengasyikkan. Selain daripada mengasah kemahiran, saya merasa sangat seronok kerana dapat melakukan dua perkara yang saya suka; fotografi dan sukan bermotor, lebih-lebih lagi sukan bermotor itu adalah MotoGP.Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa, kerana sebagai penonton yang membayar sejumlah wang untuk masuk ke litar, komposisi untuk merakam gambar agak terhad dan tidak sebaik gambar-gambar yang dirakam oleh petugas media yang mempunyai pas khas, lantas membolehkan mereka mencari 'port' yang lebih baik seperti mana yang disiarkan di majalah atau pun internet.
Saya teringin sekali merakam aksi mereka betul-betul di sebelah litar, sewaktu Valentino Rossi atau Casey Stooner sedang 'wheelie'.
Exif: Canon EOS 400D with 70 - 300mm @ 300mm, 1/500s, f9.0.
No comments:
Post a Comment