MARY KAY 29082010

Saya umpama official photographer (OP) untuk Mary Kay (lepas ni sebut MK sahaja sebab malas nak taip). Every time ada event kat MK, saya akan dijemput untuk shoot what ever kejadian yang berlaku di sana. Ehhh... maksud saya bukanlah semua event. So far saya belum lagi masuk dalam dia punya dinner, malam anugerah what so ever lah yang grand-grand. Saya hanya dijemput untuk shoot aktiviti kelas make up sahaja. Baru lagi pun kena hired ngan MK.


Bayarannya tidak lah selumayan mana seperti shoot gambar pengantin atau pun event-event yang pernah saya shoot sebelum ini. Kenalah dengan kerjanya yang tidak sesukar mana. Hanya cari angle, shoot before & after make over, then burn dalam CD. Tapi sebab minat... minat mengambik gambar lah katakan... ku redah jua jebat! Samalah macam orang minat memancing, kalo kita tengok macam hobi buang masa saje duduk termenung berejam-rejam nak dapat sekor ikan, tapi kalo dah minat, dalam hutan rimba pedalaman sabah sarawak nun pon sanggup. Kalo tak minat, solat jemaah surau depan rumah pon macam beraaat jer nak pergi.  

Ini adalah workstation saya dalam kelas. Kain hitam berjenis baldu itu dibeli semata-mata untuk shoot potrait model-model kelas neh... dan juga boleh digunakan untuk shoot potrait lain yang dirasakan perlu diluar kelas.

Suasana santai ketika kelas berlangsung. Tenaga pengajar berdepan face-to-face dengan student diorang diajar bagaimana untuk menconteng arang ke muka beta alat mekap supaya menjadi cun melecun sehingga menjadi idaman setiap jejaka.

Salah seorang juru ajar MK dengan selamba sambil tersenyum simpul, maklumlah dah pro, menyolek muka studentnya.

Ok sekarang mari kita lihat keberkesanan alat make-up jenama MK yang berupaya menjadikan wajah anda cun, secun-cunnya seolah-olah produk lain tak boleh nak chelen lah.

 
 
Awek last yang tersenyum kambing tu memang cun sebab dia adalah model kepada student lain. (gambar ini diambil dari kelas terdahulu). Khabarnya dia memang model pon. Profesional atau amatur, tak sempat nak tanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rabiah Kassim a.k.a Abique kerana memberi saya peluang untuk buat kerja extra money ini. Juga tidak lupa kepada suaminya Encik Harman Hamid kerana memberi keizinan kepada isterinya untuk buat kerja-kerja cenggini. Ye lah, kalo dia tak izin, si isteri tak buat. Bila isteri tak buat, saya pon tak dapat lah shoot model2 dia yang kadang-kadang cun sambil generate extra income. Bak kata Ustazah, anda buat, anda dapat.

Sekiang!

2 comments:

Dani neh said...

wah.. blaja mekap pastu jadi mekap artis.. best gak kan..

mak mertua dani ada bertanya haritu
"dani tak pakai ke mekap hantaran yang banyak2 tuh"

ahahahah..
alahai..

Zuri Aqim said...

susah beb nak jadi make-up artis sebab kita nie tulen tawwww...

kena jadi ya ar awwww dulu baru boleh jadi make-up artis... hahahaha