FULL MOON

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

takde kena mengena dengan sesape... cuma bila tengok bulan jer, mesti terngiang-ngiang lagu neh.

tapi kan, rasa macam tak kena lah lirik neh. memuji-muji manusia dengan mengumpamakan kecantikkannya bagai bulan, wal hal pada hakikatnyer bulan tu bukannyer cantik  sangat pon. menggerutu, penuh dengan lobang dan kawah. kalo orang yg dipuji itu punya muka berlubang dengan jerawat dan parut jerawat, harus kecik juga hatinya.

kayangan? kayangan hapekebenda pulak neh? angkasa tu kayangan eh? aishhh tahyul sungguh!

bila ku renung-renung balik gambar neh, macam gambar parti politik pon ado. tukarkan saja background yang hitam legam itu dengan kaler hijau... takbirrr!!!!

WEDDING: 2IN 1

Wedding kali ni agak special kerana ianya melibatkan 2 pasangan adik beradik yang mengambil keputusan untuk menjalankannya secara serentak untuk memudahkan sedara mara yang datang serta semestinya menjimatkan perbelanjaan. Andainya dibuat dua kali dalam masa yang terdekat, maka kopaklah tuan rumah. Lagi pun, bila buat 2 couple sekali nampak lebih grand dan wajar diberi gelaran "wedding of the year" (at least untuk saya sendiri selaku official photographer).

Jadi untuk membezakan antara 2 pasangan ini, saya namakan mereka sebagai pasukan hijau dan pasukan biru (in family group photo mode):

 
Antara kakitangan yang majoriti terdiri dari kalangan saudara mara serta jiran tetangga bertungkus-lumus menyumbangkan tenaga bagi memastikan majlis berjalan lancar. Walau pun secara asasnya tiada upacara masak memasak, tapi lain-lain hal seperti penyediaan hidangan, pinggan mangkuk, hinggalah kepada upacara pembersihan itu semua tak termasuk dalam pakej. Tidak seperti pakej katering di bandar, segala benda diorang buat. Pinggan kotor lepas makan pun diorang kutip. Tapi kali ni semuanya tuan rumah buat sendiri, secara kerjasama dan bergotong royong. Maka banyak jugalah kerja yang harus dibuat.

Ketibaan rombongan pengantin lelaki dari pasukan hijau bersama dengan gadis pembawa hantaran dan paluan kompang.

Pengantin perempuan dari pasukan hijau bersama pengapit yang tidak berapa sabar menunggu pasangannya.

Di pagar rumah pengantin, selepas disambut oleh pengantin perempuan.

All about photography. Sewa baju mahal-mahal, pelamin lawo-lawo, make-up tebal-tebal, semua tu kejap jer. Yang kekal bertahan hanyalah moment masa berkahwin itu. Maka untuk mengekalkan moment itu menjadi satu ingatan abadi, apa yang anda perlukan adalah kamera untuk merakam baju yang anda sewa, pelamin yang anda tempah dan make-up yang anda tempek. Maka bergambarlah. Jika anda tidak punya kamera, upahlah jurugambar!

Pasangan dari pasukan hijau.

Sedang pasukan hijau bergambar sakan di dalam rumah, tiba pula pasukan biru, bersedia untuk mengambil alih pelamin. 

Bersiap sedia di luar sementara menunggu isyarat masuk dari dalam rumah.

Ketibaan pasukan biru di pagar rumah pengantin.

Pasukan biru mengambil alih pelamin sedang pasukan hijau berbual-bual dengan tetamu.

Lepas duduk di pelamin, kedua-dua pasukan terus proceed ke majlis makan beradab.

Yang belah atas sana adalah rombongan dari pengantin perempuan pasukan biru, yang belah bawah ni pulak rombongan dari pengantin lelaki pasukan hijau.

Sampailah ke petang, makan-makan, sembang, ambik gambar dan sebagainya. Tak larat nak upload dah.

OUTDOOR: JAMILAH & ZULKAMAL

In between akad nikah and sanding day, we have decided to come out and capture the moment of outdoor photography. Ikutkan perancangan, kami nak capture during 'magic hours' around pukul 8.00am gitu, tapi sebab masing2 terlambat bangun, breakfast lah, kemas bilik lah, lepas tu tunggu pengantin make up lagi, last2 pukul 11.00am baru turun rumah. Masa tu matahari dah terpacak atas kepala teriknya memancar ke bumi. Arghh... belasah aje lah. Nak tunggu petang, karang takut hujan pulak.

Maka berposing sakanlah pasangan pengantin nih di bawah sinaran mentari. Rakaman dibuat di sekitar Pantai Teluk Lipat dan padang golf Dungun. Ekceli padang golf tu seberang jalan je ngan pantai. So kami jalan kaki jer.

Cabaran buat fotografer nak kena cari angle sesuai untuk elak shadow yang terlampau. Tak kira... lepas ni nak beli soft box gak! Barulah lighting sehebat studio.... hahahahahaha!

SOLEMNIZATION: JAMILAH & ZULKAMAL

There you go girl.
Perempuan melayu terakhir dalam keluarga Rusli Hussin akhirnya melangsungkan pernikahan dengan En. Zulkamal. Satu daerah, lain kariah.