WEDDING: 2IN 1

Wedding kali ni agak special kerana ianya melibatkan 2 pasangan adik beradik yang mengambil keputusan untuk menjalankannya secara serentak untuk memudahkan sedara mara yang datang serta semestinya menjimatkan perbelanjaan. Andainya dibuat dua kali dalam masa yang terdekat, maka kopaklah tuan rumah. Lagi pun, bila buat 2 couple sekali nampak lebih grand dan wajar diberi gelaran "wedding of the year" (at least untuk saya sendiri selaku official photographer).

Jadi untuk membezakan antara 2 pasangan ini, saya namakan mereka sebagai pasukan hijau dan pasukan biru (in family group photo mode):

 
Antara kakitangan yang majoriti terdiri dari kalangan saudara mara serta jiran tetangga bertungkus-lumus menyumbangkan tenaga bagi memastikan majlis berjalan lancar. Walau pun secara asasnya tiada upacara masak memasak, tapi lain-lain hal seperti penyediaan hidangan, pinggan mangkuk, hinggalah kepada upacara pembersihan itu semua tak termasuk dalam pakej. Tidak seperti pakej katering di bandar, segala benda diorang buat. Pinggan kotor lepas makan pun diorang kutip. Tapi kali ni semuanya tuan rumah buat sendiri, secara kerjasama dan bergotong royong. Maka banyak jugalah kerja yang harus dibuat.

Ketibaan rombongan pengantin lelaki dari pasukan hijau bersama dengan gadis pembawa hantaran dan paluan kompang.

Pengantin perempuan dari pasukan hijau bersama pengapit yang tidak berapa sabar menunggu pasangannya.

Di pagar rumah pengantin, selepas disambut oleh pengantin perempuan.

All about photography. Sewa baju mahal-mahal, pelamin lawo-lawo, make-up tebal-tebal, semua tu kejap jer. Yang kekal bertahan hanyalah moment masa berkahwin itu. Maka untuk mengekalkan moment itu menjadi satu ingatan abadi, apa yang anda perlukan adalah kamera untuk merakam baju yang anda sewa, pelamin yang anda tempah dan make-up yang anda tempek. Maka bergambarlah. Jika anda tidak punya kamera, upahlah jurugambar!

Pasangan dari pasukan hijau.

Sedang pasukan hijau bergambar sakan di dalam rumah, tiba pula pasukan biru, bersedia untuk mengambil alih pelamin. 

Bersiap sedia di luar sementara menunggu isyarat masuk dari dalam rumah.

Ketibaan pasukan biru di pagar rumah pengantin.

Pasukan biru mengambil alih pelamin sedang pasukan hijau berbual-bual dengan tetamu.

Lepas duduk di pelamin, kedua-dua pasukan terus proceed ke majlis makan beradab.

Yang belah atas sana adalah rombongan dari pengantin perempuan pasukan biru, yang belah bawah ni pulak rombongan dari pengantin lelaki pasukan hijau.

Sampailah ke petang, makan-makan, sembang, ambik gambar dan sebagainya. Tak larat nak upload dah.

No comments: