ENGAGEMENT: ILINA & HANAFI

Date: 1 January 2011
Venue: Kampung Batu 5 Jalan Bangi, Selangor

My first photography job of the year took place somewhere in a rural area in Bangi Selangor. Rasa macam jauh tapi rupanya kat area belakang Bukit Mahkota Bangi jer. Itu kira short-cut lah pasal jalan dia macam tak siap jer. Siap ada satu jambatan kecik tu, kereta one-way jer boleh lalu. So, kena tunggu turn.

Fakta menarik:
Sebenarnya terdapat perbezaan antara pertunangan dengan peminangan. Definisi pertunangan atau bertunang itu mengikut syarak adalah suatu ikatan atau janji dari pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jadi apabila si lelaki menyatakan "Will you marry me?" dan si perempuan dengan perasaan gembiranya dan hati penuh dengan bunga-bunga pula menjawab "Yes, I do", secara dasarnya itu sudah dikira bertunang. Tak perlu penglibatan ahli keluarga yang lain pon sebenarnya.

Manakala peminangan atau meminang itu merupakan adat kebiasaan masyarakat melayu yang diterima dalam Islam bagi menyampaikan hajat si lelaki secara rasmi kepada keluarga perempuan. Takkan lah kau nak main belasah jer propose orang tu dengan kata2 "will you marry me" sahaja kerana pada pandangan orang melayu, adalah sangat tidak bermoral perlakuan itu. Mak bapak dia, kaum kerabat dia ko nak taruk mana???

Maka diberikanlah sebentuk cincin atau gelang atau rantai atau apa-apa sajalah sebagai tanda si perempuan itu sudah menjadi tunangan orang, berserta hantaran2 lain sebagai hadiah tanda penghargaan kepada si perempuan kerana sudi memenuhi hajat si lelaki. Itu adalah sebagai tanda atau simbolik sahaja kerana cincin dan hantaran2 itu bukanlah syarat sah sesuatu pertunangan. Itulah tradisi orang melayu, penuh adat dan budaya.

So, kalau mak2 dan bapak2 si lelaki dan perempuan nak lepak2 kat mamak ke, starbucks ke, coffee house ke sambil bincang2 pasal anak mereka, ekceli itu dah dikira sebagai satu majlis peminangan sebenarnya. Tak perlu bawak dulang2 hantaran neh... bawak cincin jer sebentuk, cukup. Hahahaha! Ada branikkkk???




No comments: