Gempak je lebih.
Realitinya, Pantai Teluk Lipat sememangnya diancam hakisan.
Kepada yang berasa asing dengan nama Pantai Teluk Lipat, ia adalah sebuah pantai yang mengunjur dari muara sungai di Kuala Dungun hingga ke kawasan kampus UiTM Dungun. Seumpama namanya, ia merupakan sebuah kawasan teluk (bay) dengan jarak dari utara ke selatan adalah sejauh kira-kira 10 kilometer.
can you spot kampung molek? itulah kampung saya... kalau berkereta tak sampai 5 pon dari pantai |
Batu-batuan yang disusun sebegitu rupa bukan sahaja bertindak sebagai penahan ombak dan hakisan, malah menjadi tempat istirehat yang santai lagi selesa. |
Pantai Teluk Lipat juga sangat popular kepada penduduk tempatan, bukan sekadar tempat rekreasi dan beriadah sahaja, malah mejadi tempat lepak yang kadangkala bertukar menjadi litar lumba haram pada waktu malam.
Tapi awas... jangan terlalu ghairah untuk mandi-manda di sini ya! Ia bukan seperti pantai-pantai di sebelah barat semenanjung malaysia yang landai dan cetek, bila surut dia punya tanah timbul saujana mata memandang. Kat sini, air pasang ke, surut ke nampak lebih kurang sama jer macam tiada perbezaan langsung. Maka dasarnya sangat dalam dan amat merbahaya kepada anak-anak kecil mahupun ibu bapa dan penjaga mereka. Cukuplah sekadar dapat bermain-main pasir sambil bercanda di pasiran pantai. Kalau nak membasahkan badan jugak, boleh lah bermain ombak atau mandi manda di gigi air sahaja kerana itu tidak merbahaya. Jangan gatal-gatal kaki nak melangkah jauh dari pantai walau pun orang kata air laut masin boleh mengubat penyakit gatal kaki. Kalau pergi juga, maka buruk padahnya. Janganlah menyusahkan pihak polis, bomba dan jabatan pertahanan awam malaysia ok!
Panoramanya juga indah dengan tiupan angin segar sepoi-sepoi bahasa sentiasa menggamit kedatangan pengunjung ke Pantai Teluk Lipat. Lalu terdapat beberapa buah resort dan homestay dengan harga yang berpatutan di tambah dengan dengan deretan kedai makan dan warung untuk pekena keropok lekor serta ikan celup telup tepung di waktu petang, kena pulak dengan air cendol atau air jagung memang nikmatnya tak terkata.
laut yang tenang dengan ombak-ombak kecil menghempas pantai pada sewaktu di luar musim tengkujuh |
sewaktu laut dalam mode baik, nak tidur tepi laut pun mo mantai |
Itulah serba sedikit yang dapat saya ceritakan tentang keindahan dan kegemilangan pantai Teluk lipat.
The bad news is, saban tahun, di musim tengkujuh, pasti berlaku tragedi yang menyayat hati di kawasan pantai ini (background music sad violin sound is on).
batu dan pasir di bawa ombak lalu bertaburan di atas jalan raya... dah tak nampak jalan pon... tinggal line putih j |
batu jer... kalo emas yang tercampak best gak |
bukan takat batu, batang kayu balak pun dia sapu |
tengok berapa lapis jalan ni sudah kena turap ntah dari zaman bila start ada jalan neh |
Ada juga yang menggelarkannya sebagai Tsunami Kecil.
Benar, Pantai Teluk Lipat seolah-olah di landa tsunami. Walau pun hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang terjejas impak daripada ombak air pasang besar, namun liputan yang diterima dari media cetak dan elektronik membuka mata masyarakat tentang bencana yang berlaku di Pantai Teluk Lipat. Seolah-olah macam teruk sangat dah Pantai Teluk Lipat neh!
hancur berderai di mamah bumi |
Maka itu, apabila berlaku air pasang besar di kala ombak musim tengkujuh sedang menggila, kadar hakisan semakin ketara.
kerja-kerja pemulihan pantai segera dilakukan ibarat kata pepatah, sudah terantuk baru terngadah |
benteng penahan ombak yang telah turun temurun di pasang di beberapa bahagian pesisir pantai |
Sesungguhnya semua yang berlaku itu adalah kehendak Allah.
Kita ikuti lintas langsung dari wartawan yang berada di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment