SAYANG SARAWAK

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Nakhoda kapal bersusah hati,
Hendakku bawa perahu ku sempit,
Hendak kutinggal tak sampai hati......

Tang mana yang sempit tu, kurang pasti pulak beta. Kalau sempit jangan kata sampan, kapal dagang pun tak sudi nak lalu. Tapi kalau berkunjung ke Sungai Sarawak, rilek jer kapal bawak balak lalu takde hal pon.

Itulah... kadangkala untuk menghasilkan bait-bait karya yang indah, manusia sanggup keluar dari logik serta memberikan fakta yang salah.

Pembangunan bandaraya Kuching terutama di sekitar pesisir Sungai Sarawak yang dikenali sebagai Kuching Waterfront itu telah merancakkan industri pelancongan di bandaraya Kuching sendiri. Orang luar kalau berkunjung ke Kuching barangkali tidak lengkap andai tidak bersiar-siar di kawasan Waterfront ini. Bukan sekadar bersiar-siar, malah boleh menjadikan lokasi ini sebagai jeti untuk mudik ke seberang dengan menggunakan bot penambang.
Bot pelancong yang dikenali dengan nama Sarawak river Cruise membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Sungai Sarawak.
Perahu tambang tradisional masih gagah menabur khidmat bakti di tengah-tengah kepesatan Bandaraya Kuching.


Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di waktu malam.

Pergilah ke mana-mana sahaja di Malaysia ini, pastinya ada Chinatown.
Senja di Kuching. Nun di sana kelihatan Gunung Santubong barangkali.
Hotel Merdeka Palace yang menyediakan penginapan kami sepanjang berada di Kuching.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

No comments: