GNR :: GENTING NIGHT RIDERS

Motor kapcai kami beraksi lagi. Destinasinya tidaklah jauh memandangkan objektif kali ni hanyalah untuk buat day trip, saje suka2 meng-adventure-kan diri sendiri. Sekali sekala buat kerja gila. Apekebenda yang giler sangat tu? Tak giler habaq hang? Meh kita tengok condition / keadaan / senario ride kali ni.

Rule #1:
Pergi Genting Highlands dari Kuala Lumpur.


Hmmm... takdelah gila sangat. Berlambak orang pergi Genting. Bukannya jauh pon. Tak sampai sejam dari KL neh. Dah tu apa yang giler sangat? Ok... kita tengok rule no.2.

Rule #2:
Naik motor kapcai.


Ok... agak mencabar di situ. Tapi tak berapa nak hairan sangatlah takat naik motor pergi Genting. Walau pun ramai, tapi kebanyakkannya superbike. Kapcai memang agak mencabar.

Rule #3:
Perjalanan dilakukan pada waktu malam.


Hah!!! Saspen tak? Saspen jugak tu naik motor kapcai, malam-malam pulak tu. Tapi apa nak takut. Ni mesti ikut lebuhraya karak kan? Alaa... kereta banyak lalu lalang kat situ. Jalan pon terang. Lampu jalan dia LED lagi. Kalau macam tu takdelah adventure sangat. Oooo nak adventure yer? Sila baca rule #4.

Rule #4:
Ikut jalan lama / Jalan Gombak / laluan persekutuan 68. 
Jalan ni bukan jalan biasa yer tuan2. Jalan dia kecik jer dengan selekoh tajam di kebanyakkan tempat boleh konar baring hingga mencecah buku lali. Kiri kanan hutan dan gaung menanti. Gelap memang gelap. Dia punya gelap, hantu melintas pon tak perasan. Jangan kata lampu jalan, lampu kereta lalu lalang pun jarang-jarang. Eh... mana ada kereta guna jalan tu malam-malam. Lori ada lah, itu pun sebiji dua jer.

Sape yang pernah tengok filem Misteri Jalan Lama atau Karak boleh lah bayangkan betapa adventure nyer jalan ni. Takat bayang jer tak berapa nak adventure jugak. Kena lalu sendiri naik motor. Lebih afdhal motor kapcai. Waktu malam lepas Isyak lagi ngam!

Untuk menjayakan aktiviti ini, kami dengan kekuatan 7 orang riders remaja veteran membuat perancangan rapi seminggu sebelum kejadian demi memastikan segala usaha dan tanggungjawab sosial ini berjalan dengan lancar.

Check point pertama kami adalah stesen minyak Shell berkembar MRR2 sebelum susur keluar ke Tol Gombak. Di situlah tempatnya tempat kami berkumpul menunggu ketibaan rakan-rakan sepenunggangan sambil dan memenuhkan tangki minyak motor masing2.


Setelah cukup lengkap semua ahli rombongan, tepat jam 8.30 malam, maka bergoleklah tayar motor kami meninggalkan hiruk pikuk kota, membelah kepekatan malam menuju ke Genting.

Kami menggunakan laluan yang sama sebijik macam trip Kapcai Durian Chamang sebelum ini. Bezanya cuma pada waktu dan ketika. Kalau dulu waktunya siang, terang benderang. Kali ni malam, gelap gulita. Hanya limpahan cahaya dari motorsikal kami sahaja yang mampu memberi sinar untuk terus mara ke hadapan.

Kami bergerak dalam satu barisan. Penuh disiplin dan berhati-hati. Tidak perlu terlalu laju dan terlalu perlahan. Sekitar 50 - 70 km/sejam sudah memadai. Asalkan rakan-rakan dapat mengekori. Dalam kepekatan malam ini, janganlah ditinggalkan mereka terutama yang di belakang sekali. Pastikan mereka sentiasa wujud dalam cermin sisi.

Tunggangan tanpa henti kami selama 45 minit menemukan kami dengan Stesen Minyak Petronas Genting Sempah. Kami berhenti seketika di sini untuk melegakan otot badan yang agak kepenatan setelah melayan selekoh maut di sepanjang laluan 68 tadi.

Check point kami yang seterusnya adalah di sebuah restoran mamak Goh Tong Jaya untuk menikmati santapan makan malam sambil menghirup segelas kopi panas yang mampu mengembalikan tenaga dan kudrat kami untuk terus mendaki ke puncak tertinggi tanah tinggi Genting ini.


Usai bersantap, kami mengerahkan jentera dua roda kami untuk terus mendaki. Waktu ini, motor sprocket besar mula menunjukkan belangnya dengan selamba memecut ke hadapan membelah kabus Genting sedang jentera dengan sprocket yang lebih kecil terkial-kial mencari rentak untuk meratah selekoh mendaki.

Mujurlah kami bukan berlumba. Maka tidaklah ditinggal jauh rakan yang sedang terkial-kial itu. Sampai tu sampai juga, cuma lambat dengan cepat sahaja.

Pada ketinggian maksimum 1,627 meter dari paras laut ini, kami bersiar-siar dengan jentera sambil sesekali melabuhkan tongkat motor di beberapa kawasan, sekadar untuk bersantai dan melihat pemandangan. Cuaca sejuk dengan kabus tidak menghalang lepak santai kami sementelah sedari awal lagi kami semua telah bersedia dengan pakaian yang sesuai.

Ronda punya ronda, lepak punya lepak hinggalah, sedar-sedar jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam. Boring sudah tak tahu nak buat apa lagi, kami mengambil keputusan untuk turun ke daratan.

Sebelum mencecah Lebuhraya Karak, kami singgah di R&R Genting Sempah untuk menikmati hidangan kopi jantan bagi mencerahkan mata.

Malam sudah larut. Bukan malam lagi dah ni. Awal pagi to be exact! Sudah hampir jam 2.00 pagi. Kami mengambil keputusan untuk pulang melalui Lebuhraya demi memendekkan masa perjalanan.

Saya sampai di rumah kurang lebih pukul 3.00 pagi gitu. Kawan2 yang lain kurang lebih macam tu juga.

*cubaan merakam trek perjalanan menggunakan jam tangan GPS Garmin Forerunner 210 yang kemudiannya dimuat turun ke laman web http://connect.garmin.com/

HAJI ISMAIL GROUP

Hari keempat di Langkawi (episod finale).

Setelah beberapa hari beronok-ronok jalan-jalan, bersiar-siar dan makan angin (read with full of excitement), maka ini adalah harinya bagi kami melaksanakan satu lagi rukun Langkawi. Kalau tak buat perkara ni memang tak sah pergi Langkawi :-p

Perkara tersebut ialah…..

SHOPPING!!!

Langkawi, pulau bebas cukai. Maknanya takde tax. Memandangkan barang2 yang sepatutnya dikenakan cukai itu sudah tidak dikenakan cukai, maka murahlah ia jika dibandingkan dengan negeri2 lain di Malaysia. Suka suka suka! Tapi TAK suka jugak disebabkan penurunan ini, arak dan rokok berleluasa. 

Tahukah anda? Langkawi telah diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 1987.

Maka berduyun-duyunlah segenap lapisan masyarakat dari Malaysia datang ke Langkawi untuk ber-shopping. Yang peliknya, susah pulak nak jumpa Mat Saleh kat sini walau pun kat belah Cenang sana punyalah ramai Mat Saleh. Agaknya diorang datang sini cuma nak makan angin, bukan nak shopping pinggan mangkuk periuk belanga bawak balik negara mereka. Pada diorang, dapat arak ngan rokok murah pun dah heaven.

Maka berkatalah pelancong tempatan yang datang ke Langkawi ini, “Ber-shopping lah kamu walau sebiji coklat”.

Salah satu lokasi popular untuk menghabiskan wang ringgit anda di Langkawi ini adalah dengan berkunjung ke premis Haji Ismail Group (HIG). Popular bangatlah HIG ni mengalahkan artis dan YB kelahiran Langkawi. Ada ke artis kelahiran Langkawi?


Bermula dari lot kedai di sekitar Kuah, HIG kini mengorak langkah dengan beroperasi dari kompleks membeli-belah sendiri punya dek kerana keuntungan berniaga yang sangat masyukkkk! Tahniah HIG. Anda adalah tokoh usahawan bumiputera yang amat saya kagumi. 


Walau pun dah ada shopping complex sendiri, premis2 asal di sekitar Kuah tetap beroperasi seperti biasa.
Semasa kunjungan kami ke kompleks ini, ia masih belum siap sepenuhnya. Di bahagian tepi nampak macam hotel jer. Mungkin diwaktu dan ketika saudara saudari membaca artikel ini, kompleks HIG telah siap sepenuhnya.

Petikan dari laman web HIG mengatakan:
PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD telah diperbadankan secara rasmi pada 11 Januari 2005. Perniagaan ini ditubuhkan untuk mengambil alih syarikat persendirian yang ditubuhkan atas nama PERNIAGAAN HAJI ISMAIL. Pengasasnya adalah Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 1987 di No.2, Bazar MARA Kuah, Langkawi sebelum berpindah ke alamat No.66, Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, Langkawi dan kekal sehingga sekarang.

Perniagaan yang bermula berasaskan perniagaan keluarga telah diperkembangkan untuk menyahut seruan kerajaan dan selaras dengan Langkawi yang telah diistiharkan sebagai PULAU BEBAS CUKAI. Berbekalkan kesungguhan dan kerjasama seluruh ahli keluarga, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  telah melebarkan cawangannya, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  telah dikenali di seluruh Negara amnya kerana kualiti produk dan harganya yang murah serta berpatutan.

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan runcit barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Di antara barangan jualannya adalah  pinggan mangkuk, kelengkapan dapur, coklat, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya.

Pengiktirafan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang terbaik dan Langkawi Geopark disamping status bebas cukai menjadi pemangkin kejayaan yang dicapai pada hari ini.

Dek kerana ketaksuban pada jenama HIG yang menawarkan pelbagai barangan pada harga mampu milik, kami lebih banyak menghabiskan masa di sini berbanding premis lain masuk jugak tapi kejap2 jer.
Dah semua ada kat sini. Tak yah buang masa pergi kedai lain sangat.

HIG bukan sahaja menjual barangan dari jenama terkenal, malah turut mengeluarkan produk berjenama sendiri dengan kualiti setanding dengan jenama terkenal pada harga yang lebih murah. Kerana itu, bonda terpaut dengan kuali ajaib ini dengan harapan dapat menyediakan masakan dengan cara yang lebih sihat.


Sementara bonda meninjau dan memilih barangan yang hendak dibeli, ada baiknya kami yang tak berapa minat nak ber-shopping ni berphoto-gedik lah dulu.







Antara barangan yang wajib dibeli di Langkawi adalah coklat. Kalau kat tanah semenanjung, tak bernafsu pon nak beli. Tapi bila sampai sini, rasa nak beli semua pulak. Aura coklat apakah yang melanda neh?







Setelah selesai misi membeli, kami pun blah dari kompleks HIG. Dekat parking kereta tu jugak kami packing barang2 masuk beg supaya lebih compatible untuk dibawa pulang terbang ke LCCT.

Jam sudah hampir pukul 3.00 petang. Flight nak berlepas pukul 4.35 petang. Masih ada satu lagi tempat yang kami dah set nak pergi tapi belum pergi.

DATARAN LANG 

Nak buat apa kat kat Dataran Lang ni?

Takkan nak piknik pulak. Objektif utamanya ialah semata-mata nak berphoto-gedik sahaja supaya boleh dimuatkan ke dalam album nanti. Benda ni kira mercu tanda jugak kat Langkawi. Rugi kalau takde gambor kat sini.

So sempat lagi ke nak pergi? Check dalam GPS boleh sampai airport less than 30 minit dengan mengambil kira jalan di Langkawi tak jem. Kalau jem wassalam lah kena tinggal kapal terbang.

Setelah dibuat penilaian dan analisis pantas, kami nekad menuju ke Dataran Lang. Dekat jer pon. Tak sampai 10 minit dari HIG tu. Malangnya...

Dari tempat parking tu, nak kena menapak jauh lah pulak kalo nak mengadap kepala burung Lang tu. Dah ler panas terik ni. Nak mudah boleh jer ambik gambar dari tempat parking tu tapi membelakangi si helang tu pulak!

Berpegang kepada prinsip “hendak seribu daya”, kami menghayunkan langkah dengan pantas ala pelumba jalan kaki di tengah panas pulak rasanya menuju ke patung burung tu. Peluh jantan, betina semua keluar dah ni.

Dan hasilnya dalam keadaan kelam kabut nak cepat takut tertinggal flight.






Lepas tu, lagi sekali kena jalan kaki macam pelumba jalan kaki balik ke kereta, pegang stereng, tekan pedal minyak, terus pecut macam drag racing pergi airport. Ngam2 sampai pukul 4.00. Kete tinggal gitu jer kat parking lot airport tu. Nanti owner datang ambik. Cepat2 register. Orang dah start masuk balai berlepas. Fuhhh…timing ngam-ngam! Ending yang agak thrill di situ.

Itulah secebis kisah kenangan empat beranak menjadi penghuni Langkawi selama empat hari.

Sekiang.