GNR :: GENTING NIGHT RIDERS

Motor kapcai kami beraksi lagi. Destinasinya tidaklah jauh memandangkan objektif kali ni hanyalah untuk buat day trip, saje suka2 meng-adventure-kan diri sendiri. Sekali sekala buat kerja gila. Apekebenda yang giler sangat tu? Tak giler habaq hang? Meh kita tengok condition / keadaan / senario ride kali ni.

Rule #1:
Pergi Genting Highlands dari Kuala Lumpur.


Hmmm... takdelah gila sangat. Berlambak orang pergi Genting. Bukannya jauh pon. Tak sampai sejam dari KL neh. Dah tu apa yang giler sangat? Ok... kita tengok rule no.2.

Rule #2:
Naik motor kapcai.


Ok... agak mencabar di situ. Tapi tak berapa nak hairan sangatlah takat naik motor pergi Genting. Walau pun ramai, tapi kebanyakkannya superbike. Kapcai memang agak mencabar.

Rule #3:
Perjalanan dilakukan pada waktu malam.


Hah!!! Saspen tak? Saspen jugak tu naik motor kapcai, malam-malam pulak tu. Tapi apa nak takut. Ni mesti ikut lebuhraya karak kan? Alaa... kereta banyak lalu lalang kat situ. Jalan pon terang. Lampu jalan dia LED lagi. Kalau macam tu takdelah adventure sangat. Oooo nak adventure yer? Sila baca rule #4.

Rule #4:
Ikut jalan lama / Jalan Gombak / laluan persekutuan 68. 
Jalan ni bukan jalan biasa yer tuan2. Jalan dia kecik jer dengan selekoh tajam di kebanyakkan tempat boleh konar baring hingga mencecah buku lali. Kiri kanan hutan dan gaung menanti. Gelap memang gelap. Dia punya gelap, hantu melintas pon tak perasan. Jangan kata lampu jalan, lampu kereta lalu lalang pun jarang-jarang. Eh... mana ada kereta guna jalan tu malam-malam. Lori ada lah, itu pun sebiji dua jer.

Sape yang pernah tengok filem Misteri Jalan Lama atau Karak boleh lah bayangkan betapa adventure nyer jalan ni. Takat bayang jer tak berapa nak adventure jugak. Kena lalu sendiri naik motor. Lebih afdhal motor kapcai. Waktu malam lepas Isyak lagi ngam!

Untuk menjayakan aktiviti ini, kami dengan kekuatan 7 orang riders remaja veteran membuat perancangan rapi seminggu sebelum kejadian demi memastikan segala usaha dan tanggungjawab sosial ini berjalan dengan lancar.

Check point pertama kami adalah stesen minyak Shell berkembar MRR2 sebelum susur keluar ke Tol Gombak. Di situlah tempatnya tempat kami berkumpul menunggu ketibaan rakan-rakan sepenunggangan sambil dan memenuhkan tangki minyak motor masing2.


Setelah cukup lengkap semua ahli rombongan, tepat jam 8.30 malam, maka bergoleklah tayar motor kami meninggalkan hiruk pikuk kota, membelah kepekatan malam menuju ke Genting.

Kami menggunakan laluan yang sama sebijik macam trip Kapcai Durian Chamang sebelum ini. Bezanya cuma pada waktu dan ketika. Kalau dulu waktunya siang, terang benderang. Kali ni malam, gelap gulita. Hanya limpahan cahaya dari motorsikal kami sahaja yang mampu memberi sinar untuk terus mara ke hadapan.

Kami bergerak dalam satu barisan. Penuh disiplin dan berhati-hati. Tidak perlu terlalu laju dan terlalu perlahan. Sekitar 50 - 70 km/sejam sudah memadai. Asalkan rakan-rakan dapat mengekori. Dalam kepekatan malam ini, janganlah ditinggalkan mereka terutama yang di belakang sekali. Pastikan mereka sentiasa wujud dalam cermin sisi.

Tunggangan tanpa henti kami selama 45 minit menemukan kami dengan Stesen Minyak Petronas Genting Sempah. Kami berhenti seketika di sini untuk melegakan otot badan yang agak kepenatan setelah melayan selekoh maut di sepanjang laluan 68 tadi.

Check point kami yang seterusnya adalah di sebuah restoran mamak Goh Tong Jaya untuk menikmati santapan makan malam sambil menghirup segelas kopi panas yang mampu mengembalikan tenaga dan kudrat kami untuk terus mendaki ke puncak tertinggi tanah tinggi Genting ini.


Usai bersantap, kami mengerahkan jentera dua roda kami untuk terus mendaki. Waktu ini, motor sprocket besar mula menunjukkan belangnya dengan selamba memecut ke hadapan membelah kabus Genting sedang jentera dengan sprocket yang lebih kecil terkial-kial mencari rentak untuk meratah selekoh mendaki.

Mujurlah kami bukan berlumba. Maka tidaklah ditinggal jauh rakan yang sedang terkial-kial itu. Sampai tu sampai juga, cuma lambat dengan cepat sahaja.

Pada ketinggian maksimum 1,627 meter dari paras laut ini, kami bersiar-siar dengan jentera sambil sesekali melabuhkan tongkat motor di beberapa kawasan, sekadar untuk bersantai dan melihat pemandangan. Cuaca sejuk dengan kabus tidak menghalang lepak santai kami sementelah sedari awal lagi kami semua telah bersedia dengan pakaian yang sesuai.

Ronda punya ronda, lepak punya lepak hinggalah, sedar-sedar jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam. Boring sudah tak tahu nak buat apa lagi, kami mengambil keputusan untuk turun ke daratan.

Sebelum mencecah Lebuhraya Karak, kami singgah di R&R Genting Sempah untuk menikmati hidangan kopi jantan bagi mencerahkan mata.

Malam sudah larut. Bukan malam lagi dah ni. Awal pagi to be exact! Sudah hampir jam 2.00 pagi. Kami mengambil keputusan untuk pulang melalui Lebuhraya demi memendekkan masa perjalanan.

Saya sampai di rumah kurang lebih pukul 3.00 pagi gitu. Kawan2 yang lain kurang lebih macam tu juga.

*cubaan merakam trek perjalanan menggunakan jam tangan GPS Garmin Forerunner 210 yang kemudiannya dimuat turun ke laman web http://connect.garmin.com/

No comments: