CHAPTER 1: XPDC BACKPACKER SANTHIKS KL-HANOI-LAO CAI

#travelling #shopping #crosscountry #hiking #backpackers #ibnbattuta

DAY 1: KUALA LUMPUR -HANOI



Kami geng Santhiks mengembara lagi. Ini kali menghala ke utara. Sebuah negara di Indo-China. Destinasinya hampir dengan sempadan China. Patutlah orang disana muka pun macam China.


Door to door timing, saya bermula jam 9.30 pada malam hari di hari Jumaat tanggal bulan Ogos 2018, bermusafir meninggalkan rumah menuju ke ERL Putrajaya. Ikut plan asal, patutnya yayam hantar sampai KLIA dengan kereta. Entah macamana, excited nak keluar agaknya, langsung terlupa bawak handphone. Aduiii... dah lalu area Putrajaya pon, terpaksa patah balik ambik alat komunikasi paling penting abad ini. Banyak buang masa. Hari semakin lewat, anak pula sudah terlena di kerusi belakang. Keputusan akhir, hantar sehingga Putrajaya. Haishhh... loqlaq betuilah... huhuhu...



Cool... tok sah kelam kabut sangat. ERL kan ada...


Rupanya boleh dapat diskaun 10% sekiranya pembelian menggunakan teknologi cash less transaction. Beli secara online atau di kiosk yang ada kat stesen. Jimatlah 90 sen.


Ada teman2 yang telah bergerak seawal pagi. Jauh datangnya... dari Terengganu lagi. Parkir kereta di Putrajaya, naik ERL juga. Mudah, murah dan cepat. Tiada kerisauan trafik jem. Kadar sewa sehari enam ringgit sahaja. Kalau parking di KLIA2, sudah berapa?


Penantian satu penyiksaan. Maka isikan masa terluang dengan berfikir...

Kenapa saya bermusafir?


Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula. (
Al-Mulk ayat 15).


Kite ingat kite lambat doh... rupanya mereka lagi lambat... hahaha.. takpe.. dimaafkan. Mereka datang dari jauh. Flight pun lambat lagi. Subuh besok baru terbang.

Round2 KLIA2, dapat port tidur baik punya. Surau level bawah. Ada beberapa penumpang lain, tapi masih banyak ruang kami mencelah. Bentang kain, bentang sejadah, jam 1.00pagi, baru lah dapat melelapkan mata. 

4.00pagi dah kena bangun. Nak check-in bag, nak check passport bagai. Tiga jam je dapat tidur. Berpinau biji mata. Takpe... dalam flight karang kite sambung tidur. Nak jadi traveller kental tidur jangan berkira sangat. Carilah mana2 masa yang berkesempatan. Kena opportunist!

Flight seawal jam 6.10pagi berlepas mengikut jadual. Tak dan nak solat subuh aih... dah kena boarding. Terpaksa lah solat duduk dalam pesawat. Standby wuduk, ambik siap2 kat toilet sebelum masuk pesawat. 

Lepas solat, tidur... Jeling2 gak sunrise dalam keadaan separuh sedar... tapi mata ni berat sungguh... susah sangat nak terbukak.
Sedar2... dah sampai airport Hanoi. Sempatlah tidur dalam 3jam suku. Kena undurkan waktu satu jam ke belakang. Tiba di Hanoi jam 8.10pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 9.10pagi).
Tapi kami tak boleh kemana-mana. Kena tunggu di airport sehingga team Malindo dan team MAS tiba. Inilah padahnya bila beli tiket asing2, ikut citarasa dan komitmen masing2. Bertolak dari airport Malaysia waktu tak sama. Sampai di Hanoi kena berkumpul juga. Maka tunggulah kami sehingga semua tiba.
Aktiviti menarik di airport tiada. Maka jadilah kami gelandangan sekurang-kurangnya untuk tiga jam berikutnya. Puah duk saje, kite makan tapau dari pesawat AirAsia tadi, sebab expectation kami susah untuk dapatkan makanan yang halalan toyyiban di airport Hanoi, atau mungkin tiada langsung. Berdasarkan pemerhatian rambang, macam takde... So better beli makanan dengan AirAsia. Lebih diyakini halalan toyyiban.

Dah makan... baring2... tidur lagi... Gi toilet.. OMG! Toilet Hanoi Airport tiada air! Standby tisu basah, atau botol kosong... air ambik kat sinki. 

Dalam empat jam jugaklah menunggu, akhirnya team Malindo sampai, diikuti dengan team MAS. Bila semua dah sampai, barulah dapat keluar dari bangunan airport. Sambung makan lagi kepada sesiapa yang nak makan. Ada nasi impit dan serunding, bekalan dari Malaysia untuk mengalas perut, merangkap makan tengah hari. Amalan pemakanan di negara orang, manakan sama dengan negara sendiri. 


Tak lama kemudian, dua buah van transit datang mengambil kami, lalu terus bergerak ke pusat bandar. Destinasinya adalah di sebuah kawasan terletak di 52 Luong Ngoc Quyen. Hotel backpakers yang sempit dan usang. Empat buah bilik diberikan sekadar untuk transit sebelum bertolak ke destinasi seterusnya pada malam nanti. 
Walau pun sebegitu rupanya, ia sebenarnya berada dalam kawasan strategik, sibuk dan menjadi tumpuan pelancong. Sesekali feeling Petaling Street.

Persekitaran ini dipenuhi dengan pub, bar, dan kedai2 kecil di sebuah jalan yang sempit di tengah kota Hanoi. Sesekali kelihatan sang penjaja cenderamata, juga pengayuh beca mundar-mandir di jalanan mencari pelanggan. 

Kami tidak menunggu lama. Masih banyak misi perlu dilaksanakan. Selesai solat, serta merehatkan badan, kami keluar mencari makan. Maka bertebaranlah kami, meredah kesesakkan kota Hanoi. Destinasinya adalah sebuah restoran citarasa Indian. Apehal datang Vietnam carik makanan Indian. Tak jemu makanan mamak di Malaysia kah? 

Rasanya ini jer rumah makan halal yang berhampiran. Yang lain semua jauh. Kami tak pasti. Kena explore lagi... 
Sebenarnya ada je rumah makan halal lain kat Hanoi ni. Dah guide yang suruh datang sini. Kite ni tak tahu mende, ikut je. #lessonlearned
Bukan restoran sebarangan rupanya. Tengok pada dekorasi dalaman, macam level premium. Berhawa dingin pula. Mungkin kerana sudah petang, tiada orang lain datang. Cuma kite sahaja konker ini restoran.
Order samosa, ayam tandoori dan nasi beriyani. Mungkin kerana portionnya besar, nasi beriyani masih berbaki. Mohon ditapau untuk santapan dimalam hari.

Bila dapat bil, terkejut tak percaya. Untuk order yang tak seberapa, 4,620,000dong kami kena. Yes... 4 juta... bersamaan dengan lebih kurang RM825... bahagi 25 orang, purata seorang RM33. Anda rasa murah ke mahal?
Dah makan pun. Mujur sedap. Kolek duit sikit sorang cukupkan 4 juta lebih tu.

Perut dah kenyang, sambil berjalan pulang ke hostel, kite bersiar-siar sekitar kota Hanoi, menyingkap kehidupan masyarakat, aktiviti manusia di kota.


Hanoi merupakan ibu negara Vietnam. Walau pun berstatus ibu negara, dari segi populasi penduduk, ia berada di tepat kedua selepas Ho Chi Minh. Dianggarkan, ada lapan juta penduduk mendiami kota ini. 

Apa yang kite nampak, selain dari industri pelancongan, tekstil dan kopi merupakan antara produk komersil utama di kota Hanoi. 

Teringin nak merasai keenakkan kopi Vietnam yang popular itu, kite pon singgahlah di sebuah kedai tepi jalan. Tradisi orang disini barangkali, lebih selesa minum di kaki lima tepi jalan berbanding dengan minum dalam kedai. Mungkin dalam keadaan kedai yang sempit itu, ruang terhad, atau mungkin panas agaknya. No worries, travel is to know the local culture. Kite layankan aje, minum kopi cara Vietnam.




Ada kopi panas, ada kopi sejuk. Black or white... ada belake. Keharuman aroma kopi benar2 mencengkam jiwa. 

Sedang leka menikmati kopi, tiba2 hujan turun mencurah curah membasahi bumi. Subhanallah! Mula2 lebat sangat. Lepas tu reda sedikit tapi tiada tanda mahu berhenti. Memandangkan kekangan masa yang terhad kerana kami perlu bergegas ke hostel untuk bersiap dan mengambil barang sebelum menuju ke destinasi seterusnya, redah jugaklah sambil cuba berteduh di celahan kedai dan gerai yang ada. Mujur juga hostel sudah sudah tidak jauh. Basah tapi tak lencun. Lembab sedikit sahaja.

Dekat nak sampai dah, rupanya jalan depan hostel dilanda banjir kilat. Penuh dengan air bertakung sepanjang jalan. Takde pilihan, kena sinsing seluar, redah pelan-pelan. Kembang tekak geli geleman. Air kotor teringat pulak anjing yang berkeliaran dan sisa buangan. Depan hostel tadi pun ada orang jual sate babi. Ntah mana agaknya diorang buang sisa makanan. Euwwwww!!!

Sampai hostel cepat2 cuci kaki, tonyoh dengan sabun sampai wangi. Bila turun balik air dah takde. Dah surut mengalir ke longkang berhampiran agaknya. Cepatnya hilang. Kalau tahu tadi, tak sanggup nak berendam kaki sampai ke betis dalam. Euwwww lagi!

Jam 9.00 malam, kami harus bersegera ke stesen keretapi untuk berlepas ke Lao Cai yang jauhnya kira-kira 270km, atau 9 jam perjalanan keretapi. Oleh kerana jalan depan hostel ditutup kepada kenderaan roda empat pada malam itu, khabarnya ada pasar malam, maka kami terpaksa menapak lagi dalam 5 minit dengan membawa segala jenis bagasi dan beban untuk mencari teksi di simpang jalan. 

Tahan sahaja mana2 teksi yang berkeliaran, katakan mahu ke stesen keretapi. Tak jauh pun. Dalam 3km sahaja. Tapi perangai pemandu teksi di Hanoi ni jenis tak guna meter. Maka harga diorang caj ikut suke. Dalam 3 4 biji teksi yang kami naik, harga semua berbeza-beza. Ada standard price, ada yang letak caj berganda. Kite yang terpinga pinga, bayar sahaja. Bila masing2 pakat berkumpul di stesen, cerita punya cerita, kena paw lebih nampaknya. Hampeh!!! Tipah tertipu rupanya...

Mula-mula sampai ke stesen nampak lengang je cam kurang orang. Mungkin kami terawal kot. Tiba2 dah dekat nak berlepas baru lah nampak ramai jugak orang nak bermusafir di malam hari seperti kami.

Moment kekecohan sewaktu naik keretapi. Entah dari mana datangnya, tiba2 muncul seorang mamat tempatan berpakaian preman, selamba je mintak tiket suruh ikut dia masuk gerabak. Kite ingat dia kerja situ, so kite follow jer. Dia tunjuk bilik itu, bilik ini, kite pun masuklah.

Tiba2 konflik bila orang lain datang claim itu bilik dia. Hahahah sudah...sape betul, sape salah.


Udah ler nak bergerak dalam tren tu payah. Lorong kecik jer... ngam2 muat sorang. Dengan bawak beg besar, nak pusing badan pun susah. Kena jalan gostan... hahaha.


Kecoh jugak lah kejap, terjerit sana, terjerit sini. Terpaksalah staf yang beruniform datang. Terjerit2 jugak bongih nan hado. Kite yang tak reti bahasa ni tak tahulah kau mencarut ke hape, ikut je lah. Dah nak kena pindah bilik pulak. Selesai masalah. Haiyooooo!

Misterinya adalah... siapakah jejaka berpakaian preman yang suruh kite masuk bilik mula2 tadi. Bila tren bergerak, tak nampak pulak mana kau pergi musibat!!! Apakah kau manusia atau ulat?


Ok.. dah dapat bilik. Baru lah tenang, aman dan selesa. Satu bilik kongsi empat orang. Pertama kali dalam sejarah, bermalam dalam gerabak.



Malam masih muda. apa barang nak lelapkan mata. Nak tengok pemandangan di luar, gelaplah pula. Sudahnya sesi membawang pun bermula sambil menjamah hidangan supper, lebihan nasi impit dan nasi beriyani di siang hari. Cicah dengan serunding pun jadi. Seronok makan ramai2 dalam tempat sempit begini.

Kite tidur lena macam dalam buaian. Sedar2 dah subuh. Ruang yang terhad memaksa kami solat duduk atas katil sahaja. Nak berdiri pon bergoyang macam gempa bumi.

Kat luar dah mula cerah. Baru nampak pemandangan indah.

Tiba di stesen keretapi Lao Cai dalam gerimis hujan setelah menempuh perjalanan sejauh 9 jam. Suasana sibuk dengan penumpang yang tiba dengan seribu satu macam tujuan.


Stesen keretapi Ga Lao Cai, adalah stesen keretapi terakhir di Vietnam sebelum melepasi sempadan negara China. Andai kata terlepas stesen ini, maka cerahlah harapan untuk masuk negara China. Bila masuk negara China, lain pulak ceritanya. So kena alert, kena tahu jam berapa nak bangun, pukul berapa nak sampai. Boleh tanya staf dalam keretapi walau pun tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka amatlah mengecewakan. Ayam cakap ngan itik, guna bahasa isyarat sikit2 boleh lah faham.


Kenyataannya adalah stesen keretapi Lao Cai nampak lebih bersih, cantik dan moden berbanding dengan Hanoi yang usang. Mungkin ianya baru dibina berbanding Hanoi yang sudah berzaman usianya.

Di luar stesen, tersedia sudah sebuah bas persiaran, bersiap siaga membawa kite ke 35km berikutnya menuju ke bandar pelancongan Sa Pa.

Pengalaman pertama pabila duduk di sebelah driver dengan sistem pemanduan sebelah kiri. Nampak janggal sebab tak biasa. Kena adaptasi sedikit dengan perubahan persekitaran.

Kami meredah laluan berliku merentasi kawasan berbukit tatkala gerimis mengundang menyambut kedatangan kami. Pemandangan cantik, sedap mata memandang walau pun di luar masih hujan.



Jalan cantik. Banyak korner.... Kalau kering, layan motor lagi syiok!

Satu jam berikutnya, kami tiba di Sa Pa. Walau pun masih pagi, kami terus dibawa ke homestay penginapan untuk menyimpan barangan. Dapatlah kami berehat hingga tengah hari. Mandi, solat, tukar baju, makan, toilet etc.

Homestay ini tidaklah jauh dari pusat bandar. Kurang lebih 2km sahaja. Namun kerana akses jalanraya yang rosak teruk akibat kerja-kerja tarahan lereng bukit,mungkin untuk pembesaran jalan, kelajuan agak terbantut. Tambahan pula jalan licin kerana hujan tanpa henti. Perjalanan ulang-alik hanya teksi. Mau charter bus, kena bagitau awal. Ada ejen boleh uruskan.


Walau pun begitu, ia menjadi pilihan berdasarkan kemudahan yang disediakan, serta akses mudah ke trekking starting point pada esok hari. Bilik tidur yang luas, sekali masuk boleh muat 5-8 orang. Tandas cantik, bersih. Owner tu kata, baru dua tahun mula berniaga. Dan yang paling penting, dapur disediakan, kite boleh guna.. masak sendiri.



Ada anjing dua ekor. Kite suruh dia tambat. Duk dekat2 ngan orang, tergesel kang. Satu hal pulak nak kena cuci najis mughollazoh.





Menu pertama kami sejak turun dari keretapi dan tiba di Sa Pa, mihun goreng salah bajet masak tak cukup, orang lain tak dapat makan terpaksa makan meggie. Cobaaaannnnn!!! Hikers jiwa kental, kena tabah!

Kondisinya tidaklah mewah sangat. Standard backpacker seadanya. Yang penting, bersih dan selesa. Ada water heater. Sejuk kot air kawasan pergunungan nih.


Secondly paling penting, boleh guna dapur. Kuali, periuk belanga bawak sendiri. Gelas, pinggan, sudu garfu semua pun bawak sendiri. Kite bawak makanan sendiri dari Malaysia. Pastikan halalan toyyiban, baru makan. Beras, ikan boleh beli kat sini. Takde isu syubhah. Tukang masak import dari Malaya, pakar masakan maggie kembang.

Bukan sebab orang kat homestay masak tak sedap. Tapi tak tergamak nak makan, bekas dan gelas mungkin ada contact dengan babi.

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168).

Rilek2, golek2, makan2 dulu... tunggu setel solat zohor baru gerak gi Bandar Sa Pa.



Semasa kite tunggu bas kat luar homestay, ada dua orang gadis suku H'mong ni, kebetulan lalu depan homestay, nampak sangat gaya kami ni macam pelancong barangkali, tetiba singgah mencari rezeki suruh kami beli.


Ramah orangnya. Boleh cakap Inggeris sikit2. Jualan barangan kraftangan. Beg, fabrik, gelang.. benda manik2. Mitok maaf deh... Kite dok minat... Kite panggil saing2 kita mana nok beli. Alhamdulillah... ada rezeki mereka.


Tak lama kemudian, bas kami datang. Bas merah tadi jugak. Delay sejam dari waktu asal.
Kami diturunkan di sisi Sa Pa Town Square. Rasa macam pusat bandar nih. Ada plaza yang besar berserta hotel diluar nampak cam mewah. The Hmongs lebih ramai disini. Dari level cucu hingga level nenek. Confirm... ini tourist spot!



Be polite. Better ask for permission before taking photo with them. They have right to say NO!

Tepi tu ada pasar. Jom masuk pasar dulu tengok apa yang ada.

First impression, ini pasar kering. Meaning, hanya jual barang kering sahaja, takde barang basah seperti ikan, ayam atau babi. Kalau ada pun, buah-buahan segar dan rare.


Keduanya, ini tempat jual cenderamata Hmong. Almost Hmong conquered the places here. Barangan yang lebih kurang sama je dengan jalanan. Ada juga fabrik




Yeah! tudia colors of Sa Pa.

Saya macam takde apa nak beli sangat. Rakan2 Santhiks ada jugak berbelanja sekadar nak support bisnes diorang... So kita pusing2 bandar Sa Pa. 

Suasana di sini boleh diibaratkan seperti berada di Cameron Highland, to be specific; Tanah Rata or part of Brinchang. Sejuk dan nyaman. Aktif dengan aktiviti perniagaan. Sibuk.. ramai orang dan pelancong. Public transport senang. Cuma ada teksi. Bincang harga dulu sebelum hantar. Meter mereka rosak barangkali. Ada... tapi tak guna.

Selain meniaga, mereka juga bergantung kepada industri pelancongan sebagai penggerak ekonomi. Kerana itu, bas teksi sibuk keluar masuk. Kraftangan yang dijual, juga kepada pelancong. Hotel, restoran, pub serta pusat urut mostly ditujukan kepada pelancong. Yang ramai datang sini is European, Nak cari pelancong Asia, agak susah. Barangkali konsep pelancongan sebegini kurang menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia  

Disini lebih adventure. Kalau anda mahukan kelainan, travel bagpacker guna pengangkutan awam, minat hiking, sambil tu shopping barang2 outdoor.. disini adalah tempatnya. Ia sebuah bandar kecil yang menjadi transit kepada pelancong untuk ke Fansipan dan Ta Van. Akak2 yang minat sutera Vietnam, dinasihatkan tak yah datang sini. But for outdoor enthusiasm, this is Heaven! Barang outdoor terlajak murah brand North Face dan Columbia original licensed Made in Vietnam, harga memang hilang akal. Muroh 50% atau lebih dari Malaysia. Memang berbaloi.

Kita ni bukan jenis membeli belah sangat. Nak beli pon, kebanyakkan barang dah ada. Layan ke diorang berejam2, kite buat pemantauan dari kedai kopi sambil makan buah berangan. Murah2 kat sini. Antara 40k -50k dong. Around RM9 sekilo. Banyak... tapi ada perut tak tahan makan banyak. Angin keluar terkentut-kentut. Sila share dengan kawan2. Boleh main lawan kentut.  


Secangkir kopi Vietnam, sebuah kehidupan... pelbagai ujian ditempuhi dengan tabah #santaihikers #koya


Rata2 wanita disini, hatta budak kecil sekali pun, mereka tidak meminta-minta mencari sedekah. Mereka berusaha...meniaga produk kraftangan mereka. Dari sekecil-kecil benda, hatta seutas gelang fabrik, atau sebiji loceng kecil hiasan. Setakat yang kite tengok, tak jumpa pengemis. Mereka akan menyeru kita, menggunakan dialog yang sama, "Sir buy one from me sir...". Kalau tak berminat, tak nak beli buat cenderatangan, jangan layan sangat. Kesian dia habis dia keluarkan barang dalam bakul dia. Buang masa dia, nak kemas lagi. Suruh dia cari pelancong lain. Mungkin ada rezekinya disana.

This ladies, and children... were having my respect. Masyarakat kental tanpa banyak alatan moden, hidup dalam kawasan pergunungan, mengusahakan sawah bendang, membantu suami di ladang. Sementara menunggu musim menuai, jangan buang masa duduk saje.. Pergi keluar cari nafkah untuk keluar. Meniaga. Pelancong ramai di luar sana. 


 

Lihat dunia dari mata burung 
Atau lihat dari dalam tempurung 
Yang mana satu engkau pilih 
Dalam kalut ada peraturan 
Peraturan cipta kekalutan 
Di mana pula kau berdiri 
Di sini

Masuk waktu maghrib di Sa Pa. Group photo dulu satu kali. Lepas tu pulang ke homestay menunggu ke esok pagi.

Malamnya tiada aktiviti khusus. Makan, membawang dan kemudiannya mendengar taklimat perjalanan esok hari dari guide tempatan. Suspens... tomorrow gonna be a big day. Sleep tight. Good night.

To be continued:
Chapter 2: click here
Trekking Sa Pa - Ta Van by foot.

No comments: