WEDDING: NABIL & EMA

Date: 11.06.2011
Venue: Taman Johan Setia, Klang, Selangor.
The wedding was different. Instead of makan2 time which normally done during lunch time, this wedding was servicing dinner for it guests. 
It was not just an ordinary dinner, eating on a buffet style or served on the round table. It was like pasar malam style, got a few stalls located on the road side and the guests could easily get the foods at which ever stalls they like.
Waktu petang sebelum maghrib orang tak ramai lagi memandangkan majlis sebenar bermula selepas maghrib.
Tapi anda janganlah ingat nak makan free jer. Dah nama pon kenduri kahwin, sendiri mau ingat lah time salam tu. Tuan rumah nak prepare semua benda ni pun bukannya dapat percuma. Makan tetap makan, cuma konsepnya sahaja yang berlainan.
Gerai yang mendapat sambutan paling meriah, hinggakan ayam tak sempat masak, berduyun-duyun orang sudah menunggu.
Antara cabaran shoot wedding kali ini adalah kerana ianya dilakukan pada waktu malam, maka sumber cahaya yang kedapatan amatlah terhad. Maka saya terpaksa menggunakan flash hampir setiap masa dan meningkatkan kadar ISO semaksimum mungkin, menjadikan kualiti gambar agak terjejas dengan noise. Kepantasan shutter speed juga terpaksa dikurangkan untuk mendapatkan lebih banyak bukaan cahaya, menyebabkan kebanyakkan gambar menjadi kabur. Walau bagaimanapun, saya tetap mencuba untuk mendapatkan rakaman menarik untuk tatapan dan kenangan pengantin dan keluarga.

Semua rakaman ini hanya dilakukan di dalam bilik tidur pengantin sahaja. Maka saya terpaksa menjadi super-creative untuk menggunakan apa sahaja props dan latar belakang di dalam bilik tidur tersebut yang amat terhad dengan keadaan ruang yang agak sempit, maka wide-lens menjadi pilihan.

Berikut adalah beberapa karya yang terhasil pada hari kejadian tersebut.








IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.


No comments: