ONCE UPON A TIME IN FRASER'S

There was a time when my family and I spent our precious moment on 1524 meter high of Fraser’s Hill.

Bukit Fraser turut bergelar dengan panggilan “The Little England” oleh siapa saya pun tak pasti kerana suasana, suhu dan struktur bangunan yang kedapatan di sini sebijik macam kawasan di England, lebih tepat lagi ibarat kawasan perkampungan di England. Tak boleh nak kata kawasan bandar sebab Bukit Fraser ini terlalu aman damai, tiada kesesakan, orang tak ramai, tiada sungai macam Thames dan masih banyak pokok hutan yang menghijau. Semestinya di bandaraya England tiada hutan tropika, bukan?
Semua ini adalah kerana penjajah kolonial British punya angkara yang mula-mula menemui dan bertapak di bukit ini. Habis semua binaan yang dibuat oleh mereka mengikut acuan nenek moyang mereka. Walaupun jengkel dengan budaya penjajah, namun ianya telah meninggalkan satu mercu tanda unik yang tidak kedapatan di resort percutian yang lain. Thanks but no thanks to Louis James Fraser. Memang hampeh mat saleh ni. Dasar lintah darat! Ko peras tenaga orang buat keje melombong bijih untuk ko, ko edar candu, bikin pusat perjudian kasi kikis harta orang! Where are you now? Khabarnya hilang tanpa berita. Kuburnya juga tiada. Mungkin dibaham harimau ketika bersiar di hutan gamaknya.
Walau pun kurang femes jika dibandingkan dengan resort percutian tanah tinggi lain yang wujud dalam jajaran banjaran titiwangsa, tapi saya sangat suka dengan persekitaran di sini kerana mencapai objektif percutian kali ini yang sememangnya untuk berehat sambil menikmati kedamaian serta kehijauan flora dan fauna, jauh dari hiruk pikuk kota dan masyarakat yang bermacam-macam telatahnya, dengan perbelanjaan paling minima. Maka, andainya objektif anda adalah untuk bersukaria ria sambil meleburkan duit di taman tema, atau memetik daun teh sambil menikmati masamnya strawberi, sila tukar hala tuju anda ke tanah tinggi Genting atau Cameron. Di sana lebih sesuai untuk berbelanja.
Untuk tiba ke puncak bukit, anda harus melalui jalan hutan penuh berliku merentasi bukit bukau sambil meratah selekoh-selekoh tajam yang menguji tahap pemanduan dan prestasi brek dan tayar kenderaan anda. Sementelah dengan keadaan kereta saya yang “lowered” maka keseronokkan melayan selekoh ibarat pemanduan kereta rally. Hasilnya, orang rumah saya empat kali muntah!
Saya mengambil jalan melalui pekan Rawang, Serendah seterusnya ke Kuala Kubu Bharu. Pendakian bermula sebaik melepasi empangan hulu selangor sehingga ke 30km berikutnya untuk sampai ke pintu Gap.(Noted: gambar sebelum pening dan muntah)
Gap merupakan satu lagi ciri unik yang terdapat di Bukit Fraser. Suatu ketika, ia menjadi satu-satunya laluan kenderaan untuk naik turun ke / dari Bukit Fraser. Laluan sepanjang 8km itu sangat sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja pada satu ketika, atau dalam erti kata lain tak boleh selisih langsung, melainkan anda naik basikal. Maka pihak pentadbir telah menetapkan masa-masa tertentu untuk kenderaan naik dan turun supaya mereka tidak bertembung di tengah jalan. Masa ganjil untuk kenderaan naik dan masa genap untuk kenderaan turun. Walau bagaimanapun, sistem gap ini sudah diabaikan kerana terdapat satu laluan berasingan telah dibuka menjadikan tiada lagi kekangan masa untuk kenderaan naik dan turun. Maka pada bila-bila masa yang anda suka, laluan gap ini menjadi jalan naik, manakala laluan satu lagi yang khabarnya dibuka pada tahun 2001 menjadi laluan turun. Namun begitu, menurut cerita penduduk tempatan, walaupun sudah wujud jalan baru untuk kenderaan turun, kadangkala sistem gap terpaksa juga dipraktikkan apabila terdapat kes tanah runtuh pada laluan satu lagi.
Ada banyak bunga-bungaan yang bermacam-macam, berwarna-warni lagi segar bugar. Ini baru sikit. Kalau nak tunjuk semua kang penuh pulak server blog neh :-p
Kawasan bandarnya pula tidaklah seperti bandar-bandar yang anda kenal di Malaysia ini. Ianya hanya tertumpu di sekitar menara jam yang menjadi ikon utama Bukit Fraser. Di sekitarnya pula hanya terdapat beberapa bangunan utama seperti pusat penerangan pelancongan, kelab golf, pejabat pos, balai polis, klinik kerajaan, kedai cenderamata, beberapa buah restoran ala Inggeris serta hotel.
Lebih menarik kerana anda boleh menjejakkan kaki di dua buah negeri pada satu masa dengan serentak. Walaupun berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Raub, dari segi geografi Bukit Fraser sebenarnya terletak di atas sempadan dua buah negeri iaitu Pahang dan Selangor. Lihatlah bagaimana anakanda berada di Selangor, sedangkan bonda berada di Pahang.
Masuk dalam sikit anda akan merentasi laluan bertar tapi kiri kanan penuh hutan untuk sampai ke sesuatu destinasi. Maka kebanyakkan banglo yang merupakan pusat penginapan milik persendirian, badan kerajaan dan swasta boleh diibaratkan seperti berada di tengah hutan, kecuali dua hotel utama yang paling besar dalam kariah Fraser's ini berada di kawasan bandar. Berani ke duduk sorang-sorang dalam banglo besar dalam hutan?
Untuk aktiviti makan-makan, kalau nak merasa kepelbagaian makanan timur dan barat dengan harga berpatutan, boleh singgah di “Food Garden”. Ibarat food court jugalah rupanya tempat ini.
Menginap di Rumah Peranginan Persekutuan hak milik kerajaan Malaysia, walaupun sarapan dan tuala tidak disediakan, tapi sangat berbaloi dengan harga dan kemudahan yang disediakan.
Biliknya sangat besar untuk sebuah bilik berstatus kecil sebagaimana yang tercatat dalam rekod tempahan. Anakanda boleh bermain dan berlari dengan riang.
Diluar ada taman kecil untuk bersiar-siar sambil anak-anak bermain, tapak BBQ dan kolam dengan air terjun yang comel
Ruang tamu yang cukup luas untuk lepak ramai-ramai sambil tengok tv dan ada astro lagi. Tapi kena share lah dengan tetamu dari bilik lain, tengok sama-sama. Takpelah, kita berkenalan sambil merapatkan sillaturrahim manalah tahu kot ada dato' ke, tan sri ke, boleh kita berbesan!
Ruang dapur yang lengkap dengan segala macam benda, dari sebesar-besar peti sejuk sampailah ke sekecil-kecil sudu.
Dapur gas untuk masak memasak. Senang cerita semua adalah bawak barang mentah jer.
Macam boring jer fraser neh? Apa yang boleh dibuat kat sini? 

Lorrr… dah kata nak relaks, berehat santai, kita relaks je lah kat sini. Takyah pening2 kepala nak jalan sangat, shopping ke, nak bersesak kat taman tema ke, nak belanja duit beli itu beli ini. Di sini adalah tempat berehat paling sejati. Kita buat aktiviti yang relaks dan dan santai, sesuai dengan tema percutian kali ini. Cukup sekadar untuk menghilangkan boring kalau terperap di bilik sahaja saban hari. 
Golf, but limited to golf fans only.
Jalan-jalan rumah mat saleh. Most of the banglo mat saleh ni diorang convert jadi hotel atau restoran. Restoran pon yang ala-ala mat saleh jugaklah. Beer mesti ada!
Kalu nak masuk jalan-jalan dan ambik gambar konon-kononnya berada di rumah mat saleh, sila masuk ke restoran. Masuk banglo karang kena perambat dengan penyewa pulak.
Horse riding
Apa yang berlaku disini adalah kuda tu dengan berlenggang akan jalan satu pusingan litar sambil dipimpin oleh tuan dia. Tak thrill langsung, maka saya tak hingin naik. Kasi anakanda dan bonda sahaja yang naik. Harga berbeza-beza mengikut penumpang. Dewasa, kanak-kanak dan dewasa + kanak-kanak, harga kira lain. Dewasa + dewasa tidak dibenarkan sama sekali, dibimbangi boleh membawa kecederaan kepada kuda itu. “Bukannya nak bawak korang jer, berpuluh-puluh orang nak kena bawak sehari. Kadang-kadang kena kerja overtime. Dah lah takde elaun, pencen pun takde”, kuda itu meluahkan perasaan kepada saya.
Memanah. Wah tak pernah-pernah memanah guna the real bow and arrow, tetiba bila dapat memanah rasa macam ada bakat pulak, since most of the arrow hit the target. Lepas ni nak memanah lagi lah!
Water Park. Ekceli water park dia takdelah ganas dengan segala macam splashing and wetting games. It just pedal boat. Kayuh lah keliling tasik tu macam kayuh basikal. Memang sesuai untuk senaman betis dan peha.
Tempat tu namanya adalah Allan’s Water. Kalau nak cerita dari segi sejarah, tasik ini pada asalnya berperanan sebagai empangan yang membekalkan air bersih kepada penduduk di Fraser’s. Orang yang bagi idea buat benda ni nama dia J.H Allan, seorang pembantu jurutera yang datang ke bukit ini pada tahun 1921.
Main bubbles kat taman. Kalau pergi kawasan food court memang bersepah bubbles ni berterbangan since ada orang jual kat situ lalu budak-budak pun tertarik. Mak bapak pulak kena keluar duit.
Dan yang paling penting, mesti ambik gambar di sini. Kata orang, kalau ke Fraser, memang tak lengkap kalo tidak bergambar di sini, the iconic structure of Fraser’s Hill. Maka berduyun-duyunlah manusia yang bergambar disini sampai kena tunggu turn.
Selain itu nak shopping pon boleh sebenarnya. Alaaa… shopping souvenir aje pon. T-shirt, key-chain, fridge magnet dengan emblem Bukit Fraser, berlambak-lambak!

Kepada yang berminat untuk masuk hutan, di sini ada beberapa denai yang memang khas untuk aktiviti jungle tracking, setiap satunya dinamakan sempena dengan nama tokoh-tokoh masa lampau yang ada hubung kait dengan Bukit Fraser. Walau pun jauh di sudut hati ini nak sangat masuk hutan tengok keindahan flora dan fauna, tapi masuk sorang-sorang tak syok ah! Kena ada geng. Nak ajak bonda, dah tu sape nak jaga anakanda? Tunggu ada geng, then kita repeat. Tak pon tunggu anakanda besar dulu, boleh masuk ngan anakanda.

Banyak dah tu aktiviti boleh buat. Memang ngam lah kalau dapat bercuti 3H2M kat sini. Lagi ngam kalo dapat terus duduk kat sini. Nyaman, aman dan tenteram.


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.


No comments: