ANIMAL PLANET

"Let's go the zoo, there's lot of things to do, and the food is fingers lickin' good!"
Ok... who ever knew this song, don't you think you are young, lads! 

Satu ketika dahulu, sewaktu saya masih kecil, lagu ini sering berkumandang di kaca televisyen sebagai iringan kepada sebuah iklan sebuah restoran makanan segera. Walau pun puluhan tahun telah berlalu, dan restoran itu pun sudah tidak wujud lagi dalam perkarangan zoo, apatah lagi iklan dan lagu tersebut, tapi entah mengapa melodinya masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini. Ngiangan itu semakin kuat tatkala hati terpanggil untuk melawat Zoo Melaka.

At the entrance

Ok... ini kali pertama saya ke Zoo Melaka. Walau pun sudah banyak kali ke bandaraya bersejarah ini, saya ulang sekali lagi; ini kali pertama saya berada di Zoo Melaka, lebih tepat lagi sebagai pelancong, pelawat dan pengunjung yang terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk masuk ke taman haiwan ini.

Sesuai dengan statusnya sebagai zoo kedua terbesar di negara ini, dan lokasinya yang berada jauh dari dari Lembah Kelang (di Lembah Klang kan semuanya mahal!), harga tiketnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Zoo Negara Kuala Lumpur. Dengan hanya RM7.00 dewasa dan RM4.00 kanak-kanak berumur 5-12 tahun, anda boleh 'bermesra' dengan lebih daripada 200 spesis haiwan yang sentiasa menunggu kehadiran anda. Kawasannya yang luas meliputi 54 ekar tanah membolehkan anda membakar lemak dan kalori dengan berkesan sekali sekiranya menjelajah menggunakan kaki. Sekiranya anda tiada kudrat untuk mengunakan kaki, perkhidmatan trem ada disediakan dengan bayaran serendah RM2.00 sahaja untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.Boleh pusing berapa banyak anda suka!
On the trem

Waktu operasinya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk sesi siang, manakala malamnya pula dibuka sekali lagi dari jam 8.00 hingga 10.00 malam.

Wah! Ada siang dan malam pula?

Benar, kerana tidak semua haiwan itu aktifnya pada waktu siang. Jadi untuk melihat perlakuan sebenar haiwan yang hanya aktif di waktu malam, kenalah datang Zoo Melaka, hanya pada hari sabtu, ahad, cuti sekolah dan cuti am sahaja malam buka.

Untuk rekod, Zoo Melaka terletak di bawah seliaan kerajaan iaitu PERHILITAN manakala Zoo Negara adalah di bawah pengurusan badan NGO iaitu Malaysian Zoological Society.

Ok, jom kita jenguk apa yang ada kat Zoo Melaka
Perghhh dah lah hensem, macho lak tu, posing tak henggat!

Burung kakak tua hinggap dijendela nenek sudah tua giginya tinggal dua.
Dragonfly bukanlah dragon, maka takkan dapat ia melawan buaya
Memerang bukan amran
Barking deer a.k.a rusa menyalak?
Misai tebal ular sawa
Landak bukan sekadar landak, tapi ini landak raya tau!
Flamingo atau bangau?
Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu konon
engkau bagai merak kayangan
enggang sama enggang
burung hantu tidur siang
Apa tengok-tengok?

Nak kata itik bukan itik, nak kata burung ada lah bau-bau bacang sikit.

Dia kata lahir kat Texas, itu pasal tanduk panjang macam Texas Longhorns
tak tahu apekebendanyer neh
kak zirafah yang sangat susah nak ambik keseluruhan badannya

Seladang ni mesti rajin gi gym. Dia punya muscle macam mr. muscle

Burung hering pemakan daging (sebut bangkai kang kecik hati pulak)

Kakak sedang menunjukkan skillnya
Last sekali pesanan dari kakak: jangan buang sampah merata-rata, tak baik berdosa!


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.


2 comments:

Nai @ TPJ said...

Muzium Melaka ye? Asyik2 gi Taman Boya je kat sana, nx time bleh la try.. Kalu kat A Famosa, ngeri sket sebab shuttle selalu mati enjinnya kat open space kawasan singa dan rimau.. Eiii...!

Zuri Aqim said...

mistaken identity... tak pe je? siapa?