Pada zaman dahulu, sewaktu saya baru mendirikan rumah tangga, outdoor photography (fotografi luaran) pengantin baru belum lagi menjadi suatu trend khususnya di kalangan kaum melayu. Malah saya sendiri, pada ketika itu, tidak terfikir langsung untuk mengambil gambar di luar sebagaimana yang dilakukan oleh pengantin pada zaman ini. Selain dari gambar hari pernikahan dan persandingan yang biasanya hanya berlegar di sekitar alas nikah, meja makan, potong kek, pelamin dan bilik tidur pengantin, kepada yang berkemampuan dan teruja untuk mendapatkan sedikit kelainan, sesi outdoor photography lebih bertumpu di studio sahaja, dengan backdrop yang boleh ditukar mengikut citarasa jurugambar dan teknik pencahayaan cara konvensional. Costume pon boleh tukar-tukar dari baju melayu sampailah ke baju kaum entah dari negara mana saya pun tak tahu. Saya fikir boleh lagi dikira sebagai outdoor sebenarnya dalam konteks aktiviti tersebut berlaku di luar rumah. Cuma ianya tidak berlaku di kawasan terbuka seperti di taman bunga, kawasan pantai dan sebagainya sebagaimana yang berlaku hari ini.
Kini dengan teknologi kamera digital, outdoor photography bukan lagi menjadi sesuatu yang asing, malah hampir pasti menjadi satu kemestian bagi mengabadikan saat-saat romantis untuk kenangan hingga ke akhir hayat. Oh... zaman saya dahulu masih lagi analog (kamera guna filem), kerana itu kos untuk membuat sesi fotografi luaran amat mahal, maka ianya tidak begitu meluas.
Maka bersempena dengan aidilfitri baru-baru ini, pengantin lama ini mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan ala pengantin baru buat outdoor photography. Asik ambik gambar orang jer, sendiri punya pun takde. Lagi pun dulu masa kahwin benda neh belum popular lagi, jadi tak sempat lah buat benda-benda neh. Anak dah dua baru nak buat. Itu pun shoot sendiri, pakai tripod dan auto self-timer sahaja. Mana nak carik photographer? Semuanya cuti beraya :-)
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment