Menjelajah ke kawasan kediaman elit yang terletak di Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan (tahu kat mana? tanya
google maps) untuk menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Tun Mahathir Mohamad dan keluarga begitu mengujakan.
Kami tiba di perkarangan rumah Tun ketika mentari memancarkan sinarnya dengan garang. Walau pun perkarangan rumah Tun sudah siap dipasang khemah dan kanopi, dengan kipas di beberapa tempat, namun dengan keadaan suasana yang cukup sesak, ditambah dengan suhu kepanasan melampau, keadaan agak tidak selesa. Kami menunggu lebih dari setengah jam untuk bertemu, bersalam dan bergambar dengan Tun, which was consider tak lama jika dibandingkan dengan tetamu normal yang lain, thanks to brader pakai spek dan berbaju melayu kuning tu yang kasi kitorang potong que lepas tengok qistina meragam mungkin sebab rimas dan panas, mungkin juga sebab lapar. Kalo nak beratur dari belakang mau tiga jam baru dapat jumpa. Kawan brader yang kasi kitorang celah tu, yang cuma selang 2,3 orang dari kami kata dia pon dah tunggu 2 jam kat situ. Lainlah kalo VIP atau OKU, masuk jer express lane, terus dapat jumpa Tun.
|
hadirin hadirat pelbagai jenis dan bangsa yang hadir memeriahkan majlis (ini baru 0.01%) |
Dah dapat bergambar tak berapa cun lah pulak memandangkan saya bawak tele lens 70-300mm, ruang tempat Tun duduk tu agak terhad, maka saya tak boleh nak ke belakang lagi sebab ada pagar, bodyguard, orang press dan orang ramai yang tak henti2 ambik gambar Tun kat belakang saya. Nak cari angle lain dan shoot lagi dan lagi dah tak sempat sebab orang seterusnya dah start masuk nak salam dan bergambar dengan Tun.
|
nak cepat sangat, kesian si abang... nampak sambut ngan kening jer. terbayang wajah keletihan si adik sampai time makan pun dia tertidur di pangkuan sambil pegang sate! |
Walau pun telah bersara, ternyata Tun masih lagi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan peminat yang sangat ramai. saya rasa, PM selepasnya yang masih hidup itu pun agak suam-suam susu dan tidak mendapat publisiti meluas seperti Tun. Oh... Tun lain, berapa puluh tahun dia lead Malaysia, kan?
|
anakanda beliau turut hadir bagi memeriahkan majlis. anak-anak yang lain tak nampak pula. |
|
tetamu paling kehormat. tak payah sebut nama... semua orang kenal |
|
negarawan unggul, walau pun kadang2 ada jugak yang tak betul... takpelah, nobody's perfect, right? mereka bukan nabi yang maksum |
No comments:
Post a Comment