TELUK INTAN: A DIAMOND IN THE SILVER
Sesuatu yang menarik tentang Teluk Intan adalah Menara Condong yang telah sekian lama menjadi ikon untuk bandar yang terbesar di daerah Hilir Perak ini.
Menara Condong... hmmmm nak cerita apa lagi kan?
Kita cerita bab sejarah sikitlah... orang kata, jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan. Alang-alang dah sampai, kita buat lah sedikit penyelidikan pada tempat yang kita lawati. Sekadar untuk menambahkan pengetahuan.
Mengikut catatan sejarah moden hasil nukilan di wikipedia, asal usul nama Teluk Intan ini sebenarnya adalah Teluk Mak Intan. Mak Intan ini merupakan seorang pedagang wanita yang berasal dari Mandailing di Sumatera sana yang datang pada tahun 1528. Dialah yang datang dan teroka kawasan ni.
Jadi asal nama Teluk Intan dari nama orang lah yer? Selama ni orang ingat Teluk Intan dapat nama sebab banyak intan berlian ke... hehehe... salah tu.... lain kali kena kaji sejarah dik...
Bila orang putih datang ke Teluk Mak Intan, suka-suka hati dia pulak tukar nama Teluk Mak Intan ni jadi Teluk Anson. Kononnya sempena mengambil nama seorang Liutenant-Governor Inggeris yang bernama Sir Archibald Edward Harbord Anson di atas jasanya melukis pelan pembangunan untuk pemodenan bandar. Ini berlaku pada tahun 1882.
100 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1982, dengan perkenan Sultan Perak, nama Teluk Intan dikembalikan semula, yang mana tujuannya saya tidak pasti kenapa, tetapi sekurang-kurang telah kembali memelayukan bandar ini, walau pun hanya pada nama.
Dan kita di sini masih terpesona dengan nama-nama Inggeris.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment