Seperti kelaziman yang berlaku sejak 2009 lagi, kami memanjangkan lagi langkah kami untuk menikmati percutian mewah dengan harga bajet, di mana lagi kalau bukan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan Malaysia atau lebih mudah disebut RPP.
Setelah berjaya menjejakkan kaki ke
RPP Cameron Highlands pada 2009, lalu berehat sebentar pada 2010 sebab banyak sangat program percutian aliran swasta, 2011 pula ke
RPP Bukit Fraser, maka pada tahun ini iaitu 2012, dengan bangganya kami terjah ke RPP Morib pulak.
Apa ada dengan Morib? Best sangat ke Morib tu?
Best tak best tu subjektif. Bergantung kepada minat dan kecenderungan masing-masing. Ada orang pergi bercuti duduk dalam khemah pun best. Ada orang bercuti duduk diam-diam dalam rumah sendiri tak pergi mana-mana pun best. Ada orang pergi bercuti sampai ke hujung dunia pun masih tak best. Jadi bila saya ada kesempatan untuk bercuti dan berehat di sebuah rumah penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan semua ada, dan yang paling penting bayarannya tersangatlah minima seolah-olah tidak berpatutan dengan kemudahan yang disediakannya, maka mestilah saya kata best! Lagi pun pepatah Inggeris pernah berkata "one bad holiday is better than one working day". :-)
Jadi bergantung kepada individu itu sendiri. Nak kata Morib ni best sangat pun, pada saya
Pantai Teluk Lipat lagi best, sekurang-kurangnya pemandangannya lebih cantik dan ada banyak gerai-gerai penjual keropok lekor di pesisir pantai.
Jom kita tengok apa ada pada Morib.
Mula-mula kita check-in dulu di RPP.
|
batu tanda tepi jalan besar. kalo takde benda ni harus tak jumpa kat mana RPP Morib neh. |
|
tempat check-in dan check out, ambik kunci dan hantar kunci merangkap pejabat dan tempat pekerja lepak-lepak. juga tempat meminjam charger telefon bagi sesiapa yang ketinggalan charger macam orang rumah ku. |
|
papan tanda penunjuk arah tentang kemudahan yang di sediakan dalam jajahan RPP ini. semua nama unit telah dinamakan dengan nama pulau-pulau yang kedapatan di semenanjung malaysia. agak informatif kerana selama ini saya tak tahu pun pulau rumbia dan pulau angsa letaknya dengan mana. bila tengok papan tanda ni, dan dengan sedikit carian di google, kini saya dah tahu, secara tidak langsung telah menambah pengetahuan am saya berkenaan dengan pulau-pulau di malaysia. |
|
dewan serbaguna yang boleh disewa jika perlu. lupa pulak nak tanya boleh main badminton ke tidak kat dalam ni. kalau boleh, lain kali datang nak bawak reket. kalau datanglah... rasa macam nak letak dalam last choice jer "senarai rumah-rumah peranginan persekutuan kerajaan Malaysia yang ingin anda lawati" |
|
taman permainan untuk anak-anak pun banyak. so tak payah berebut. setiap blok ada tempat permainan. kalau datang weekday boleh konker sorang satu |
|
rumah penginapan kami yang disewa dari pihak kerajaan malaysia. dalam borang dia declare sebagai "unit berkembar 2-bilik". konsep dia macam semi-D, jadi satu atap mewakili satu unit. kami ambik satu unit jer pon. saje tak nak ambik lebih. kasi chan kat orang lain (buat mende lah banyak-banyak, bukan ada sape ikut pun). dengan meletakkan sebuah kereta exora berwarna putih sebagai hiasan telah menyerlahkan lagi keanggunan rumah penginapan tersebut. |
|
perhatikan unit ini pula. agak berlainan dengan unit tadi dari segi rekabentuk atap dan sisi yang ada balkoni, kerana sememangnya unit ini lebih besar dan grand dari unit tadi. besar memang besar sebab satu bangunan ni semua dia yang punya. dalam borang di declare sebagai banglo 3-bilik. banglo tak banglo jugak, rumah kayu jer tapi bila masa pulak banglo itu mesti dibuat daripada batu? kayu pon banglo aper... harga kasi up sikit dari unit berkembar 2-bilik tadi. dah besar kan, wang pon kena besar sikit lah. |
Itu cuma luarannya. Dalamannya ada apa ya?
|
ruang makan, rehat dan tengok tv. tak dapatlah tv lcd macam kat hotel mahal2 nun... tapi memadailah untuk menghiburkan hati. lagi pon kalau datang bercuti tapi asik tengok tv jer, baik duduk rumah, kan? |
|
ruang dapur yang selesa dengan macam-macam kelengkapan dan peralatan memasak. dari peti sejuk, periuk nasi, periuk keluli, kuali, pinggan, mangkuk, sudip, senduk sampailah ke sekecil-kecil sudu semua ada. nak masak, bawak bahan mentahnya sahaja dan jangan lupa! span dan sabun basuh pinggan... penting gak ni. takkan nak basuh pinggan dengan syampu rambut pulak. cuma teman nak komplen sikit lah ke bahagian pengurusan hartanah ni. awat lah banyok bebenor lipas nyer. siang takde... tapi bila malam ke hulu ke hilir dia merayaaap jer... pas tu terbang ke sana sini... ganggu teman nok beramas mesra dengan keluarga. tak pasal2 kena perambat dengan penyapu. teman geli taw main-main dengan lipas neh! |
|
bilik tidur utama. bantal sikit bebenor. ngam-ngam dua bijik. dapat sorang sebijik, itu pon mak bapak konker dulu. anak-anak tidur takde bantal. bantal extra tak dok pulak tu... |
|
bilik tidur no.2, kecik sikit dari bilik tidur utama tapi masih ada bilik air sendiri. |
Ok... dah puas ushar-ushar, riki-riki tengok apa ada kat RPP neh, jom kita gi pantai tengok apa menarik dan boleh dijadikan bahan tontotan dan kepelikkan terutama bagi orang KL yang tak biasa tengok laut.
|
mari kita ke pantai, hoi! |
|
pantai yang landai jauh ketengah, gunung daik bercabang tiga. hanya berlaku ketika air surut sahaja, nun jauh disana baru nampak laut. jenuh jugaklah nak berjalan ke laut time air surut neh. sekali pandang, macam tengah padang pasir yang ada oasis pun boleh jugak. time air pasang, jangan harap lah budak kecik nak berdiri kat pokok neh. |
masa air surut ni jugaklah boleh tengok macam-macam hidupan maritim sama ada mereka tengah bersiar-siar di atas darat atau pun telah meninggal dunia kerana tidak sempat ke laut ketika air surut. tapi musykil jugak, air kalau nak surut pun bukan boleh surut dalam sekelip mata. takkanlah mereka ini tak sempat cari air. bebal sangat tak pergi sekolah agaknya.
|
fugu ke nih? macam yang orang jepun makan tu? rasanya orang jepun tak makan spesis neh. ini spesis malaysia diorang tak gemor kot. kalu gemor, kaya raya orang kita buat bisnes pancing ikan buntal. mahal giler spesis fugu jepun dohhh! |
|
ni lagi sekor meninggal dunia di pantai yang surut. tapi yang ni kes dia lain, angkara manusia. satu teknik penangkapan ikan yang simple lagi berkesan. i likeeee! the idea is bila air surut, batang kayu akan dipacakkan di beberapa kawasan. kemudian, jaring akan di pasang diantara kayu-kayu tersebut lalu membentuk halangan seumpama pagar gitu. jadi, bila air pasang, apa sahaja mahkluk yang lalu atau berenang di antara jaring tersebut akan terperangkap. esoknya, bila air surut, manusia itu akan datang sambil berjalan kaki lalu mengutip hasil tangkapan mereka, ibarat memetik buah-buahan yang masak ranum di pohon yang rendang. owhhh... mungkin ikan buntal diatas itu merupakan salah satu hasil tangkapan yang telah dibuang oleh manusia kerana hodoh dan tiada nilai komersil. |
|
beginilah keadaan jaring ikan tersebut jika dilihat dari jauh. |
|
the exotic belangkas, atau nama saintifiknya limulus polyphemus. dah mati pun, tinggal casing jer. enjin tak tahu mana pergi. |
|
sukar ditafsirkan menatang apekah ini memandangkan kamus perbendaharaan hidupan maritim dan moluska saya yang sangat terhad. sape tahu sila hantar mesej. tq |
|
sejenis siput ape ntah. rasanya bukan jenis yang orang selalu masak lemak tu. kalau iyer, rasa nak termuntah pun ada sebab dah banyak siput masuk dalam perut. |
|
kupang atau remis, anda tentukan... yang pasti bukan kerang. |
|
spesis ketam yang bermaharajalela di sepanjang dataran pantai yang lembab-lembab basah ketika air surut. kecik kenot jer saiznya. yang kecik tu pon saya tak tahu taraf anak ke, taraf bapak ke sebab saiz lebih kurang sama jer. mereka ini banyak membuat sarang di dalam lubang yang digali sendiri tanpa menggunakan sebarang jentera moden. mereka juga amat pemalu kerana bila kita dekat, dia lari terus masuk lubang. |
|
bila dah ramai diahaiwan ni nampak macam gedeber pulak. bukan dengan kita si homo sapiens neh, tapi dengan geng-geng diahaiwan, macam ada puak berhaluan kiri dengan kanan. pantang jumpa mesti nak gaduh |
|
ini bukan sesi suai kenal ke, pesta muda mudi ke, tapi sebenarnya diahaiwan tengah bergaduh. ok cuba kita close up lagi. |
|
mentang-mentanglah sepit tu panjang, boleh tonyoh-tonyoh jer kepala... errr badan kot... ehhh kepala lah... ehhh badan lah.... hahaha konfius kepala ngan badan |
|
tiba-tiba datang king of ketam cuba meleraikan pergaduhan itu. |
ok... ok... cukup cerita pasal ketam. jalan pun tak betul, ada hati nak ajar orang pulak yer? so sekarang nak buat apa? jom kita pergi ke pantai morib. i mean the real pantai morib. tempat yang menjadi tumpuan pelancong, yang ada banyak aktiviti, ada tempat makan-makan, main-main, senang cerita macam pusat kegiatan aktiviti di pantai morib neh.
|
sama jer macam gambar kat atas nun, tapi ini versi waktu siang. benda ni lah ada kat pusat pantai morib neh. |
|
ada taman permainan kanak-kanak yang agak best jugak saya rasa ketika saya cuba membayangkan bahawa sayalah kanak-kanak tersebut. best sebab ada beberapa struktur permainan yang pelik-pelik dan lain dari yang ada di tempat lain. jadi takdelah rasa bosan sangat balik-balik buaian, jongkang-jongkit, gelungsur jer yang ada. |
|
banyak orang menjual layang-layang dan segala macam jenis permainan yang berjaya mempersonakan pandangan mata anak anda dan anak saya. nasihat saya, jika datang kesini, sila bawa sedikit wang supaya telinga anda tidak bingit mendengar rintihan anakanda yang mendayu-dayu meminta layang-layang (atau mungkin juga permainan) |
|
bila dah beli mesti lah nak main kan? takkan nak buat lapik tempat duduk pulak. maka silalah ke padang yang berdekatan dan terbangkanlah layang-layang itu. jangan bimbang pada angin, kerana mereka sentiasa ada, terutama sekali di waktu petang. bukan susah pun main layang-layang ni. budak kecik umur 2 tahun pun boleh main (setelah berjaya diterbangkan oleh orang dewasa). cuma masa main tu kenalah berhati-hati memandangkan layang-layang banyak terbang melayang di atas sana, lepas tu padang yang ada cinonet sahaja, maka kebarangkalian untuk berlaku cross line adalah sangat tinggi. banyak kali layang-layang putera dan puteri beta dilanggar garuda. dah orang tu pun tak gheti-gheti nak kasi dia punya layang-layang naik tinggi ke? |
|
setelah penat bermain layang-layang, kita lepak di sebuah taman yang bernama taman eksplorasi marin. lepak bukan sebarang lepak, tapi lepak cara berilmiah. sebab kat sini ibarat muzium haiwan marin. ada replika haiwan dengan penerangannya sekali. |
|
tapi tidaklah semua jenis hidupan marin dipamerkan disini. ianya lebih spesifik kepada haiwan jenis bercengkerang atau pun disebut moluska, seperti siput, kupang, kerang dan sebagainya. |
|
setelah penat bermain layang-layang dan berjalan-jalan di taman eksplorasi marin, boleh lah singgah di medan selera andai kata nak makan ke, minum ke. harga berpatutan. |
|
satu benda positif yang saya nampak di pantai morib ini adalah terdapatnya banyak papan tanda seperti ini yang memberi peringatan supaya tidak membuat maksiat. |
|
berada di pusat rekreasi pantai morib ini, agak susah untuk turun ke pantai bermain air kerana kawasan pantai ini telah ditambak dengan tembok bagi membolehkan struktur binaan dan bangunan didirikan. lagipun takde apa yang best pun kalau dapat rurun ke laut. airnya semacam keruh sahaja akibat bercampur lumpur barangkali. |
Itulah antara aktiviti yang boleh dijalankan ketika berada di pantai morib. Takdelah fun sangat, kan? Maka untuk mendapatkan keseronokkan yang lebih fun sedikit (keseronokkan yang lebih fun???), kami melajakkan diri
menuju ke Banting, atau lebih tepatnya di Kampung Kanchong Darat untuk melihat dan mengalami sendiri kemewahan membeli kerepek dengan harga runtuh dan harga borong.
|
inilah rupanya bangunan pusat operasi Fazz Enterprise yang merupakan pengedar, pembekal, pengilang, pembungkus dan segala-galanyalah pasal kerepek yang terkenal di banting itu. Ini adalah sebuah syarikat milik keluarga yang diwarisi daripada ayah mereka, Tuan Haji Mahmudin Haji Abas kepada anak-anak mereka iaitu Fazzly, Fazzilah dan Faizzal sebagai orang-orang penting dalam pengurusan kanan, sambil dibantu oleh isteri, anak menantu, cucu, pak sedara, mak sedara dan sebagainya. Now you know kenapa syarikat mereka digelar Fazz Enterprise kan? |
Tempat nie memang betul-betul dalam kawasan perkampungan orang melayu, yang jenis nak masuk kampung jalan kecik jer, kalau naik motor tak yah pakai helmet punye. dah lah tu, rumah pulak atas tanah lot. nampak luas jer halaman rumah diorang. premis Fazz Enterprise ni pulak sebelah menyebelah jer dengan rumah diorang. so boleh pergi-balik kerja bila-bila masa diorang suke, tak yah tension nak redah trafik jem ke hape sebab tak perlu bawak kenderaan pun pergi kerja. dah kata sebelah, jalan kaki jer lah. bahagia dapat hidup macam itu.
|
talking about kerepek, macam-macam jenis kerepek ada terjual di sini (saya cuba mencari kerepek ubi pedas basah, tapi tidak kedapatan... kehabisan stok barangkali). nak beli sikit dalam peket kecik boleh, nak beli borong dalam guni pun boleh. harga borong, macam mydin jugak, lebih murah dari biasa. |
|
bila dah melampau banyak tu, rambang mata lah pulak nak pilih yang mana nak beli. ada sign board sebagai panduan in case tersesat ke sebab mata dah rambang tak nampak jalan. |
|
bukan sekadar kerepek, malah pop corn pon ada juga. ehhh... sejak bila pulak pop corn menjadi jajan tradisional orang melayu? kalo jajan orang amareka logik lah jugak sebab pop corn ini berasal dari masyarakat pribumi amareka (sumber wikipedia). apa yang penting sebenarnya kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan dengan teknologi yang ada tidak menghadkan kepada jajan masyarakat melayu sahaja. semetelah pop corn bukan susah sangat untuk dihasilkan, jika ada ilmu dan peralatannya. sekiranya ia boleh mendatangkan hasil yang menguntungkan, segala jenis jajan yang ada dalam dunia ni kalau boleh nak buat. |
|
malah kepelbagaian produk industri kecil dan sederhana ini dikembangkan lagi dengan penghasilan makanan yang telah siap diproses seperti kek, baulu, dodol, serunding, acar buah... errr macam-macam lagilah. anda bayangkan sendiri. |
|
back to the beach, sesungguhnya langit itu tidak selalu cerah. kadang-kadang biru, kadang-kadang merah. satu perkara menarik yang boleh anda saksikan di pantai adalah keindahan alam ciptaan Tuhan di saat matahari terbenam. lazimnya, pemandangan seumpama ini tidak dapat anda saksikan di sebelah pantai timur semenanjung kerana dari segi geografinya, sebelah timur adalah tempat matahari naik. jadi jika anda hendak melihat pemandangan seumpama ini di sebelah pantai timur, sila bangun awal dan hadir ke pantai beberapa detik sebelum tamatnya waktu subuh. sama tapi tidak serupa, satu tempat di waktu pagi dan satu lagi di waktu petang. |
|
asal senja jer nak buat siluit (silhouette), asal siluit jer mesti nak tunggu senja. dah ini jer masa yang sesuai. kalau nak buat kat kampung susah kena bangun awal pagi. takde makna nyer hanya kerana siluit nak angkut budak-budak gi pantai pagi-pagi. ekceli nak buat siluit ni tak yah tunggu senja pun boleh, asal ada peralatan dan teknik yang sesuai, tengah hari panas terik pun boleh. |
|
selain dari siliut, anda juga boleh memanipulasikan cahaya senja itu dengan magik-magik yang boleh diterima akal seperti mengeluarkan aura kung-fu hikmat nafas tanpa bau jurus ke-9 |
|
atau menconteng langit menggunakan tongkat sakti |
camane? seronok pegi morib? boleh lah... makan cukup, tidur cukup, duit pun tak banyak habis, ada belen lagi boleh lah sedekah kat anak yatim ke, tabung masjid ke, insya-Allah :-)
IKLAN:
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada
majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi,
sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Sila hubungi kami di sini.
5 comments:
beh2.. wase nok etek. pekata gtahering wak kat sini je.. hihihihi
ingat senang ke nok buleh bilik RPP neh?
Nak gak tau, brp lapis prosedur nak kena lalui sblom dpt rumah ni? Menarik jek nampak.. Bleh masak2 plak tuh..
prosedur tak banyak... in fact sangat simple... semuanya boleh dilakukan online... kerajaan kita ni kan e-government...
segala-galanya bermula di sini:
http://peranginan.bph.gov.my/
sila ikut arahan step by step. bila dah approve, buat online payment. credit card juga diterima.
tapi boleh bikin hati panas tawww.
kerana persaingan dan bilangan unit yang sangat terhad, RPP sentiasa penuh. logiknya, anda terpaksa bersaing dengan lebih sejuta kakitangan kerajaan untuk mendapat tempat. kita andaikan ada 1/20 drpd mereka yang berminat untuk bercuti di sini, dah berapa ramai tu???
oleh itu anda haruslah merancang percutian anda seawal yang boleh. Paling afdhal, setahun sebelum bercuti dah start booking bagi menjamin tempat dan tarikh yang diingini.
Selamat bercuti.
Assalamualaikum,
very nice review..masyaAllah, kami bercadang ke morib next week...rpp gak...entry ini sgt membantu..
thanks!
Post a Comment