Untuk mengusung kamera DSLR ke hulu ke hilir bukanlah suatu perbuataan yang praktikal malah boleh dianggap sumbang sekiranya tidak kena pada tempatnya. Contoh, masuk tandas awam. Banyak lagi contoh lain... lu pikirlah sendiri!
Kamera kompak lebih praktikal, tapi kadang-kadang timbul masalah seperti terlupa atau kehabisan bateri. Bukankah itu boleh menyakitkan hati dan perasaan menjadi hancur berkecai?
Di kala itu, telefon bimbitlah menjadi penyelamat nusa dan bangsa. Di zaman komunikasi ini, di zaman telefon menjadi satu keperluan, pergi mana-mana mesti mau bawa telefon kan? Ada orang keluar rumah, kalau tak bawak telefon, dan-dan rasa tak sedap badan jer. Maknanya telefon sentiasa bersama dengan kita.
Walau pun kualitinya mungkin tidak secemerlang kamera sebenar, kita harus akur dengan merakam menggunakan telefon yang dilengkapi kamera, bukannya kamera yang dilengkapi dengan telefon. Fungsi utamanya masih sebuah telefon dimana kamera adalah fungsi tambahan sahaja. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita menggunakan apa sahaja alat yang boleh merakam ketika itu kerana disaat-saat yang darurat seperti itu, yang penting adalah gambarnya, bukan kualitinya.
Kualiti boleh diperbaiki menggunakan perisian-perisian tertentu. Yang paling popular sekarang adalah Instagram. Tapi moment itu tidak mungkin akan berulang kembali. Maka guna sahaja apa yang ada.
Sesetengah telefon bimbit pintar masa kini mempunyai keupayaan merakam gambar (dan video) pada tahap yang boleh dibanggakan. Untuk melengkapi kesempurnaan gambar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah kreativiti yang terletak di dalam kepala otak individu itu sendiri. Kerana itu, walau pun alat yang diguna untuk merakam itu sama, tapi hasil rakaman belum tentu sama. Segalanya bergantung kepada daya pemikiran individu. Yang ni takde sape dapat tolong walaupun anda menggunakan telefon berkamera yang paling mahal dan maju di pasaran.
Kalaulah kualiti telefon berkamera lebih handal daripada kamera sebenar, bisnes kamera dah lama tutup kedai!
Mari kita tengok contoh gambar yang dirakam menggunakan telefon berkamera. Amaran! Mungkin ada diantara gambar-gambar berikut tidak best pun bagi anda, tapi selagi saya rasa best, i don't care. In fact, this is my blog... ikut suko kawe lah...
ini gambar masa tengah kursus. nampak tak cikgu kat depan tu tengah bagi speech. menggunakan pantulan pada bahagian siling untuk menggambarkan perjalanan kursus |
dirakam dari tingkat 20 bangunan pejabat tempat saya bekerja. pergi kerja manalah nak bawa kamera kan? masa tu nak hujan, jadi sebelah pemandangan dah mendung dan gelap, sebelah lagi masih terang. |
terserempak dengan kemalangan ini dimana sebuah kereta telah terperosok kedalam longkang besar. |
abang baru lepas gunting rambut. takkanlah bawak budak pergi gunting kat kedai nak bawa kamera pulak kan? dengan tidak semena-mena hindu kedai gunting tu memacakkan rambut abang dengan teguh sekali. |
2 comments:
teknik pengambilan gbrnya gmna nih? bagi ilmu dong
waduh... ngak ada teknik yang spesifik dong. guna hand phone aja. maka kreativitinyanya harus menjadi keutamaan.
Post a Comment