Showing posts with label NoName. Show all posts
Showing posts with label NoName. Show all posts

PHONE PHOTO

Ada ketikanya kita perlu mengambil gambar di waktu kamera takde dengan kita terutama sekali apabila kita tak merancang nak ambil gambar pun, tapi tiba2 kita nampak ada benda menarik yang harus kita rakam dan kongsi dengan orang lain.

Untuk mengusung kamera DSLR ke hulu ke hilir bukanlah suatu perbuataan yang praktikal malah boleh dianggap sumbang sekiranya tidak kena pada tempatnya. Contoh, masuk tandas awam. Banyak lagi contoh lain... lu pikirlah sendiri!

Kamera kompak lebih praktikal, tapi kadang-kadang timbul masalah seperti terlupa atau kehabisan bateri. Bukankah itu boleh menyakitkan hati dan perasaan menjadi hancur berkecai?

Di kala itu, telefon bimbitlah menjadi penyelamat nusa dan bangsa. Di zaman komunikasi ini, di zaman telefon menjadi satu keperluan, pergi mana-mana mesti mau bawa telefon kan? Ada orang keluar rumah, kalau tak bawak telefon, dan-dan rasa tak sedap badan jer. Maknanya telefon sentiasa bersama dengan kita.

Walau pun kualitinya mungkin tidak secemerlang kamera sebenar, kita harus akur dengan merakam menggunakan telefon yang dilengkapi kamera, bukannya kamera yang dilengkapi dengan telefon. Fungsi utamanya masih sebuah telefon dimana kamera adalah fungsi tambahan sahaja. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita menggunakan apa sahaja alat yang boleh merakam ketika itu kerana disaat-saat yang darurat seperti itu, yang penting adalah gambarnya, bukan kualitinya.

Kualiti boleh diperbaiki menggunakan perisian-perisian tertentu. Yang paling popular sekarang adalah Instagram. Tapi moment itu tidak mungkin akan berulang kembali. Maka guna sahaja apa yang ada.

Sesetengah telefon bimbit pintar masa kini mempunyai keupayaan merakam gambar (dan video) pada tahap yang boleh dibanggakan. Untuk melengkapi kesempurnaan gambar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah kreativiti yang terletak di dalam kepala otak individu itu sendiri. Kerana itu, walau pun alat yang diguna untuk merakam itu sama, tapi hasil rakaman belum tentu sama. Segalanya bergantung kepada daya pemikiran individu. Yang ni takde sape dapat tolong walaupun anda menggunakan telefon berkamera yang paling mahal dan maju di pasaran.

Kalaulah kualiti telefon berkamera lebih handal daripada kamera sebenar, bisnes kamera dah lama tutup kedai!

Mari kita tengok contoh gambar yang dirakam menggunakan telefon berkamera. Amaran! Mungkin ada diantara gambar-gambar berikut tidak best pun bagi anda, tapi selagi saya rasa best, i don't care. In fact, this is my blog... ikut suko kawe lah...

terowong ke hape nama ntah dekat taman permainan kanak-kanak tu. masa tengah rilek-rilek melayan kanak-kanak riang bermain di taman, tiba-tiba nampak moment bila keluar dari terowong tu macam ohsem jugak.

at level 28, GTower Building, Jalan Tun Razak. Datang  sini sebab kena kursus sebenarnya. Kursus time kerja manalah nak bawak kamera kan? Lainlah kalau kursus fotografi ke, sah-sahlah kena bawa kamera kan? Selama ni pergi kursus pon ape sangatlah yang menariknya. Tapi kursus kat sini, kat tingkat 28 ni menarik sebab ada certain part of the floor was made from the see-tru glass. pandangan menerobos ke bawah tanpa halangan.

ini gambar masa tengah kursus. nampak tak cikgu kat depan tu tengah bagi speech. menggunakan pantulan pada bahagian siling untuk menggambarkan perjalanan kursus

dirakam dari tingkat 20 bangunan pejabat tempat saya bekerja. pergi kerja manalah nak bawa kamera kan? masa tu nak hujan, jadi sebelah pemandangan dah mendung dan gelap, sebelah lagi masih terang.

terserempak dengan kemalangan ini dimana sebuah kereta telah terperosok kedalam longkang besar.

bercanda di pasiran pantai yang indah dengan niat nak bawak budak2 ni jalan-jalan jer, tapi si abang dengan tekun telah menggali lubang dan lepak dengan selesa di dalamnya sebab dia tak pernah perkara seumpama ini sebelum ini. 
abang baru lepas gunting rambut. takkanlah bawak budak pergi gunting kat kedai nak bawa kamera pulak kan? dengan tidak semena-mena hindu kedai gunting tu memacakkan rambut abang dengan teguh sekali.

20102010

20.10.2010
It just a date, right? Sama macam tarikh2 lain yang datang dan pergi begitu sahaja, dan tidak akan kembali untuk kedua kalinya. Istimewanya tarikh ini hanya dari segi aturan digitnya sahaja yang seakan beritma.
So, untuk mengingati tarikh yang spesel neh, ambe ingat nak buat something yang boleh diingati. Biasanya tarikh2 macam ni orang akan buat majlis pertunangan lah, perkahwinan lah yang mana tidak mungkin berlaku pada diri ambe.
What I am going to do to remember this date are:
1) Writing this article.
2) Keluar duit sikit from ASB untuk bekalan pulang ke kampung. At least ada tertulis dalam form dan passbook.
2) Balik kampung menziarahi bapa yang sakit.

That day, masa date 101010, ambe takde buat benda yang spesel sangat, sementelah time tu ambe berada di JB menguruskan adik yang hendak memulakan pekerjaannya. Nak tulis blog pon takde peluang. Cuma ada satu trajedi yang betol2 ambe ingat pada tarikh tu ialah kes kemalangan ngeri yang berlaku di lebuhraya PLUS, berhampiran Simpang Ampat... alaaa kes bas eksiden tu... yang ramai mati tuuu... memang sadis sebab ambe rasa ini bukan kes pertama bas eksiden dengan ngeri lalu menyebabkan ramai kematian. Dah banyak kali. Yang ambe tak puas hati, tiap kali berlakunya kemalangan macam ni, maka pihak2 yang tertentu tu mulalah bising2... kononnya nak buat itu lah, inilah... tapi time tu je lah... lepas tu senyap. Bila jadi lagi, kecoh lagi, lepas tu senyap...

ok! cepat2 publish this post sebelum 20102010 berlalu.