CLINIC CAFE SEBERANG JAYA

There was a day I went to Seberang Jaya, Penang.

Bukan saje pergi suka2 melancong ke, melawat sedara ke hape. Kita pergi buat kerja kena outstation taw!
Beberapa hari duduk situ, buleh kata hari2 pekena nasik kandaq.  Siang malam kari. Naik cemuih!

Nak dijadikan cerita, berdekatan dengan tempat kita buat kerja tu, adalah satu restoran ni yang boleh bikin hati tertarik. 

Manusia ni kalau sakit dan tak sihat akan pergi klinik. Tapi di Seberang Jaya, kalau lapar dan dahaga pun boleh pergi klinik. Klinik di sini bukan sekadar tempat untuk mendapatkan rawatan, tetapi ianya telah berkembang menjadi tempat makan. Saya tak pasti ada berapa banyak klinik seumpama ini di Malaysia. Mungkin ini satu-satunya.

Takde sape pun yang rekemen suruh saya makan kat sini. Jadi saya belum tahu tahap kesedapan menu yang disajikan. Lagi pun pada saya, sedap itu subjektif. Sedap bagi kita, mungkin tidak bagi orang lain. Dan ianya bergantung kepada keadaan tahap kelaparan sewaktu mengadap makanan tu. Kadang2 kita rasa biskut kering cicah teh-o pon sodap giler bila tahap kebuluran mencapai tahap gaban. Kadang2 tu pulak makang nasik lauk ikang singgang dengan ulang cicoh budu sedapnya bukang kepalang. Maka kerana itu saya mengamalkan prinsip daun serai, daun gaharu, belum try, belum tahu. 

Nak kata makanan dia healthy sangat tak jugak. Ada jer ala carte goreng2 dengan kandungan beribu-ribu kalori.  Kesimpulannya di sini, it’s not about the food. It’s about the concept, theme and decoration.

Café ni terletak di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang, bertentangan pula dengan Supermarket Billion berhampiran dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival. Ianya berada di satu kawasan dimana ia cuba memberi cabaran kepada beberapa buah restoran nasi kandar bertaraf gergasi yang terdapat berhampiran dengannya.   

Sekali pandang memang tak perasan ianya sebuah café. Dua kali pandang  mungkin kedai menjual peralatan untuk klinik. Tiga kali pandang, baru perasan. Restoran rupanya. 

Saya tidak pasti siapakah pemilik restoran ini. Walau pun begitu, perasaan saya lebih terarah kepada ianya dimiliki oleh non-muslim.  Kerana itu, sebelum masuk, saya cuba menggunakan hak saya sebagai pengguna. Ada seorang wanita berpakaian uniform putih, lagaknya seperti jururawat sahaja, nampak tercegat di muka pintu sambil memegang buku menu.

“Restoran ni halal ke?”
“Halal lah encik… kalau tak takkan saya kerja kat sini”, akak itu berkata dengan fasihnya dalam bahasa Malaysia.
“Oh, kalau macam tu, boleh lah kita makan kat sini”, saya membalas kenyataan akak tersebut dengan berkata kepada rakan saya.
“Eh… boleh apa pulak tak boleh. Ramai jer Melayu makan kat sini”, kata akak sambil menjemput kami masuk.
“Memanglah muka akak nampak Melayu… kot lah Indon ke, Sabah Sarawak ke”, saya berkata balik, tapi dalam hati je lah.

Maka dengan keyakinan dan iman yang teguh, kami melangkah masuk ke restoran ibarat seorang seorang pesakit mencari tuan doktor.

Saya terkesima dengan dekorasi restoran ini.  Ia membuatkan saya terasa seolah-olah seperti berada di satu sudut dalam sebuah hospital. Setiap benda yang ada di restoran ini ada kena mengena dengan hospital, klinik dan kesihatan. Poster yang menghiasi dinding restoran penuh dengan informasi biologi hal ehwal dalaman tubuh manusia. 

Cuma secara peribadi, saya rasakan ianya terlalu merah. Ada ke klinik / hospital yang guna warna merah? Owh... mungkin pemiliknya peminat pasukan "Setan Merah" agaknyer. Jadi bila gabungkan kelab bolasepak dengan kesihatan, inilah jadinya. Hahahaha... pandai2 jer aku buat kesimpulan.

Orang tak ramai, mungkin kerana di luar waktu makan. Kami datang 4.00 petang, baru nak lunch, apa barang!!!

Nurse tengah ambik order.

Lampu bilik bedah yang digunakan untuk membedah makanan dia atas meja makan.

Diorang guna bekas ni untuk letak sudu, garfu dan tisu. Sama jugak kalau kat hospital diorang letak pisau, gunting dan peralatan bedah lain.

Kelalang kon diguna untuk isi air minuman.

Bekas makanan yang biasa digunakan untuk letak peralatan bedah. Harap2 benda ni bukan bekas terpakai yang dibeli dari hospital.

IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

KAPCAI DURIAN CHAMANG

Ini adalah kisah pengembaraan sekumpulan rakan sekerja dengan motor kapcainya, mengembara dari Kuala Lumpur ke Bentong menggunakan laluan persekutuan 68. Laluan persekutuan 68 ialah sebatang laluan persekutuan yang menghubungkan Gombak di Selangor hingga ke Kampung Ketari di Bentong, Pahang. Di Selangor, laluan ini dinamakan sebagai Jalan Gombak manakala di Pahang ia dinamakan sebagai Jalan Kuala Lumpur. Itu sedikit info yang dicedok dari wikipedia.

Objektif kali ini adalah air terjun dan durian.

Apa kena mengena air terjun dan durian? Apekah mereka akan makan durian dekat air terjun? Apekah makan durian dulu lepas tu terjun dalam air terjun? Apekah mereka akan terjun bersama-sama buah durian? Mari kita ikuti kisah pengembaraan ini bersama-sama.



Macam nilah perangai diorang. Umur bukannya muda lagi. Tapi kapcai tetap di hati. Asal ada masa lapang hujung minggu, tunggang lah kapcai tu bawak merata. Adventure punya pasal, kenalah keluar dari KL. Asik jalan kat KL jer, hari2 pergi balik kerja dah hafal dah jalan kat KL.

Mengikut perancangan kali ini, kami akan menyusuri jalan lama bermula dari laluan 68, atau lebih popular dengan nama Jalan Lama Gombak, terus ke Genting Sempah (short form: GS) dan kemudiannya meneruskan lagi perjalanan itu ke Bandar Bentong. Kena ikut jalan lama supaya nampak lebih adventure. Lebuhraya Karak dah biasa sangat. Ada orang yang dah bertahun-tahun ulang-alik ke Pantai Timur pun tak kenal lagi jalan lama ni. Jalan ni dah lama wujud, sebelum Lebuhraya Karak ada, dia dah ada. Cuma tak pasti pulak jalan lama ni pernah menjadi jalan utama satu ketika dahulu, atau pun laluan utama tu atas tapak Lebuhraya Karak sekarang ni yang sudah dinaik taraf. Kalau tengok pada jalan, rasa macam tak, sebab sempit dan sangat berkoner. Kalau ada lori atau bas berselisih rasa macam bahaya jer. Nak tanya sape ni??? Hmmmm....

Kami bertemu di perkarangan stesen minyak Shell berkembar MRR2, dekat Taman Melati Gombak, sebelum susur keluar ke Tol Gombak dengan kekuatan sebanyak lapan buah jentera beroda dua dan sebuah jentera beroda empat. Walau pun majoriti bawak kapcai, ada jugak yang bawak skuter SYM dan sebuah jentera berkuasa 250cc. Itu pun jentera pinjam saje nak test power katanya. Yang beroda empat tu pulak, asalnya beliau memang pengikut tegar konvoi kapcai, tapi sebab anak bini dia nak ikut, maka terpaksalah beliau membawa kereta. Ok jugak tu. Ada orang boleh tolong ambilkan gambar sewaktu penunggang2 lain beraksi di jalanan.

Tunggu punya tunggu, sayalah orang yang last sampai, beberapa minit jer lagi sebelum jam 8.30 pagi. Janji tayar golek pukul 8.30. Walau pun begitu, saya masih on time. Janji ditepati.



Dah cukup semua, kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan 68 dengan keterujaan untuk meratah selekoh2 tajam. Walau pun jalannya sempit penuh berliku, tapi sesuai sangatlah bagi kami yang naik motor tak berapa nak besar ni, memang syok layan korner. Dah rasa macam cub prix pulak. Suasana pun redup jer dengan pepohon nan rendang memayungi jalan. Kereta tak banyak. Boleh dikatakan sepanjang masa perjalanan, susah nak jumpa kereta. Jalan sangat clear. Semua dah ikut highway agaknya. Cuma sesekali kami terserempak dengan penunggang basikal yang sedang beriadah menyusuri laluan tersebut. Jalan Lama Gombak ni dah jadi trek basikal rupanya.



Memandangkan ini adalah jalan lama yang tidak berapa digunakan orang, condition-nyer agak tidak memuaskan nafsu kami untuk meratah selekoh sampai cecah lutut, ibarat kata pepatah "sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi". Ada banyak bahagian yang tidak rata serta berlubang.


Selang beberapa ketika, dalam 40 minit gitu, kami pun sampai ke kawasan RnR Genting Sempah. 40 minit perjalanan dari Shell tadi memanglah berbeza dengan 20 minit perjalanan menggunakan highway. Kena ambik kira faktor kondisi jalan raya, kelajuan dan persekitaran. Nak cepat ikut highway, nak seronok sambil menikmati kehijauan alam sekitar ikut Jalan Gombak. Tapi kalau nak cepat time musim cuti perayaan contohnya, bila highway jammed, boleh jugak redah jalan lama.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas keadaan Jalan Lama Gombak ke GS, ini ada satu video saya copy dari youtube, seorang raider telah merakamkan perjalanannya menggunakan Jalan Lama Gombak dengan menggunakan on-board camera.




Kami tak singgah pun kat Genting Sempah (short form: GS) memandangkan rasa macam cepat pulak sampai. Nak breakfast pun tak selera tatkala keinginan untuk menunggang masih membuak-buak ibarat lahar gunung berapi gitu. Lalu kami teruskan sahaja perjalanan ke Bentong, ikut jalan lama lagi. Kondisinya masih sama. Ada beberapa kawasan yang tidak rata serta tidak terjaga dengan sempurna. Lihatlah jalan yang tak berapa nak cantik itu.



Walau pun begitu, secara keseluruhannya, jalan dari GS ke Bentong lebih lebar dan elok berbanding dengan jalan dari Gombak ke GS tadi. Ini mungkin disebabkan adanya beberapa penempatan manusia yang menjadikannya lebih bertamadun berbanding dengan Jalan Gombak - GS yang banyak hutan dan gaung jer.
Tambahan pula, saya sudah biasa dengan jalan ini ketika cuba untuk mengelak kesesakkan di lebuhraya. Jimat RM3.00 tak kena bayar Tol Bentong. Waktu perjalanan, lebih kurang setengah jam jugaklah.

Sebelum sampai Chamang, kami singgah di Bandar Bentong untuk mengisi minyak dan mengisi perut. Makan kat satu gerai dekat ngan stesen bas. Menu dia semua nasi. Nasi lemak ada, nasi dagang ada, nasi minyak ada, nasi kerabu pun ada. Dulu masa trip pergi Cameron makan kat sini jugak. Gemor bebenor kome dengan gerai ni yer? Bukan ler gemor sangat yeop! Teman tak familiar sangat bandar Bentong neh. Manalah nak tahu kat mana specialnyer.

Usai sarapan dan melegakan diri, kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Chamang. Waktu perjalanan dengan kondisi jalan raya yang banyak kenderaan adalah selama kira-kira 15 minit dengan jentera bergerak perlahan-lahan kerana kesesakkan bandar dan kemudiannya jalan nak ke air terjun banyak selekoh serta jalannya pun kecil sahaja.



Kekuatan Air Terjun Chamang ni memang power lah. Teman tengok pon seriau. Ini bukan kecik anak punya air terjun. Pandelela pun tak berani nak terjun sini. Air jer yang berani terjun kat sini. Jabatan Perhutanan pun dah kasi warning, tak boleh mandi. Tersangatlah merbahaya. Siap ada papan tanda statistik kematian setahun di kawasan air terjun ini. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik itu.



Lorrr... tak boleh mandi. Dah sampai kat tempat air terjun, takkan tak mandi?

Boleh nak mandi ke, nak berendam sampai kecut ke. Ada kawasan2 yang dibenarkan, ditempat yang landai dan selamat. Lepas dia terjun, kita biarkan air tu bertenang dulu, baru boleh mandi. Kat sini konfem, air yang tenang memang takde buaya.



Yang kitorang ni pulak, sebelum sampai konon berialah sangat nak mandi. Sudahnyer tak basah pun. Bila pikir2 balik rasa macam tak berbaloi pulak nak basahkan baju dan seluar. Masing2 pakat duduk tercongok atas batu tengok orang.



Setelah agak kebosanan melepak di Chamang, kami meneruskan lagi perjalanan untuk mencapai objektif seterusnya, iaitu durian. Bentong sangat meriah dengan durian. Apabila musim durian melanda, maka muncullah gerai2 menjual durian di tepi jalan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Durian mereka sangat banyak. Boleh dimakan di gerai atau ditapau begitu sahaja.

Secara spesifik, kami tidak menetapkan gerai durian mana yang harus dikunjungi sebab kami pun tak tahu durian mana yang paling enak dan lazat dengan harga berpatutan di Bentong. Walau pun telah bertanya dengan seorang renjer di Chamang tadi, kami tidak dapat membayangkan secara tepat lokasi yang dimaksudkan oleh renjer tersebut. Maklumlah, Bentong bukan tempat kami. Jadi kami mengambil kaedah "jalan jer, kalau jumpa gerai durian yang boleh bikin hati tertarik, kita singgah!".

Jalan punya jalan, terjumpalah satu gerai ni tak jauh dari simpang nak masuk Chamang. Gerai dia besar, durian banyak, ada kerusi meja untuk makan. Oh sangat menarik, hati tertarik! Boleh singgah!



Macam-macam jenis durian. Harga timbang kilo. Durian apekenamantah, RM4.00 sekilo kalau tak silap. Bukan Musang King, bukan D24. Kalu Musang King tak dapatlah harga cenggitu kan?

Apalagi... Pilih pilih pilih! Timbang timbang timbang! Makan makan makan! Tak cukup kasi tambah. Tak elok boleh tukar. Memang heaven lah ini kedai!







Tak cukup durian, tambah lagi dengan rambutan, duku, langsat, manggis, ape jenis buah tempatan ko nak ko cakap jer. Boleh jugak dibawa pulang. Tapi naik kapcai camane yer nak bawak durian dengan durinya lagi takkan nak letak dalam bakul celah kangkang? Silap kepit, menjerit you!

Jangan bimbang! Di kedai ini ada penyelesaiannya. Mereka akan kopek kulit durian tu, korek isinya dan masuk dalam bekas plastik.

Punyalah melantak durian sampai naik muak, mintak bil, dia cas dalam RM100++. Kira oklah tu... kitorang kan ramai... average dalam RM10.00 jer sorang... lebih kurang macam makan kat KL jugak!

Puas melantak durian, kami bergerak pulang menuju ke ibu kota. Tapi sebelum tu, rasa nak makan aiskrim pulak dah. Nak sejukkan balik anggota badan yang kepanasan akibat durian. Singgah Kedai Kopi / Warung Aiskrim Kow Po dulu. Glamer dowh kedai Kow Po ni. Kat Bentong, diorang ni memang legend lah. Dulu saya pernah cerita pasal Kow Po ni. Tak perlu lah nak repeat balik, kan? Korang klik jer cerita pasal kedai Kow Po tu kat sini. 



Ok! Dah puas makan durian, dah kenyang makan aiskrim, moh ler kita balik. Nampak awan mendung jer... nak balik ikut mana ni weh? Kita ikut highway lah pulok, cepat sikit sampainyer. Tak daya doh nok layan korner.

Dah lepas bandar Bentong sikit, sebelum masuk highway, hujan pun turun mencurah2. Cepat2 kami cari tempat perlindungan untuk menukar uniform. Jumpa lah satu bus stop ni.



Cantik pulak bus stop tu siap ada kawasan lapang untuk parking motor. Eh betul ke bus stop? Ntah2 memang tempat mat motor berlindung.

Bila semua orang dah siap sedia, kami pun meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karak menuju ke Kuala Lumpur. Hujan pun sekejap jer tadi. Kat highway tak hujan pulak. Lalu kami mengambil peluang ini untuk memecut dalam kelajuan maksimum. Pakai baju hujan dalam cuaca panas tersangatlah merimaskan. Terasa peluh menitik2 dalam baju. Tapi masing2 tak nak berhenti. Merempitlah jugak dalam kepanasan tu sampailah ke Tol Gombak baru berhenti bukak baju hujan. Ahhh... lega!

Sebelum 4.00 petang masing-masing sampai ke rumah. Maka tamatlah short trip kami kali ini. Wassalam.

Upacara memakan durian yang ditapaudari Bentong.


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.