Bukan saje pergi suka2 melancong ke, melawat sedara ke hape.
Kita pergi buat kerja kena outstation taw!
Beberapa hari duduk situ, buleh kata hari2 pekena nasik kandaq. Siang malam kari. Naik cemuih!
Nak dijadikan cerita, berdekatan dengan tempat kita buat
kerja tu, adalah satu restoran ni yang boleh bikin hati tertarik.
Manusia ni kalau sakit dan tak sihat akan pergi klinik. Tapi di Seberang
Jaya, kalau lapar dan dahaga pun boleh pergi klinik. Klinik di sini bukan sekadar tempat untuk mendapatkan rawatan,
tetapi ianya telah berkembang menjadi tempat makan. Saya tak pasti ada berapa
banyak klinik seumpama ini di Malaysia. Mungkin ini satu-satunya.
Takde sape pun yang rekemen suruh saya
makan kat sini. Jadi saya belum tahu tahap kesedapan menu yang disajikan. Lagi
pun pada saya, sedap itu subjektif. Sedap bagi kita, mungkin tidak bagi orang
lain. Dan ianya bergantung kepada keadaan tahap kelaparan sewaktu mengadap
makanan tu. Kadang2 kita rasa biskut kering cicah teh-o pon
sodap giler bila tahap kebuluran mencapai tahap gaban. Kadang2 tu pulak makang nasik lauk ikang singgang dengan ulang cicoh budu sedapnya bukang kepalang. Maka kerana itu saya mengamalkan prinsip daun serai, daun gaharu, belum
try, belum tahu.
Nak kata makanan dia healthy sangat tak jugak. Ada jer ala
carte goreng2 dengan kandungan beribu-ribu kalori. Kesimpulannya di sini, it’s not about the food. It’s about the
concept, theme and decoration.
Café ni terletak di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang, bertentangan pula dengan Supermarket Billion berhampiran dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival. Ianya berada di satu kawasan
dimana ia cuba memberi cabaran kepada beberapa buah restoran nasi kandar
bertaraf gergasi yang terdapat berhampiran dengannya.
Sekali pandang memang tak perasan ianya sebuah
café. Dua kali pandang mungkin kedai
menjual peralatan untuk klinik. Tiga kali pandang, baru perasan. Restoran
rupanya.
Saya tidak pasti siapakah pemilik restoran ini. Walau pun
begitu, perasaan saya lebih terarah kepada ianya dimiliki oleh non-muslim. Kerana itu, sebelum masuk, saya cuba
menggunakan hak saya sebagai pengguna. Ada seorang wanita berpakaian uniform
putih, lagaknya seperti jururawat sahaja, nampak tercegat di muka pintu sambil
memegang buku menu.
“Restoran ni halal ke?”
“Halal lah encik… kalau tak takkan saya kerja kat sini”,
akak itu berkata dengan fasihnya dalam bahasa Malaysia.
“Oh, kalau macam tu, boleh lah kita makan kat sini”, saya
membalas kenyataan akak tersebut dengan berkata kepada rakan saya.
“Eh… boleh apa pulak tak boleh. Ramai jer Melayu makan kat
sini”, kata akak sambil menjemput kami masuk.
“Memanglah muka akak nampak Melayu… kot lah Indon ke, Sabah Sarawak ke”, saya
berkata balik, tapi dalam hati je lah.
Maka dengan keyakinan dan iman yang teguh, kami melangkah
masuk ke restoran ibarat seorang seorang pesakit mencari tuan doktor.
Saya terkesima dengan dekorasi restoran ini. Ia membuatkan saya terasa seolah-olah seperti
berada di satu sudut dalam sebuah hospital. Setiap benda yang ada di restoran ini ada
kena mengena dengan hospital, klinik dan kesihatan. Poster yang menghiasi dinding restoran penuh dengan informasi biologi hal ehwal dalaman tubuh manusia.
Cuma secara peribadi, saya rasakan ianya terlalu merah. Ada ke klinik / hospital yang guna warna merah? Owh... mungkin pemiliknya peminat pasukan "Setan Merah" agaknyer. Jadi bila gabungkan kelab bolasepak dengan kesihatan, inilah jadinya. Hahahaha... pandai2 jer aku buat kesimpulan.
Orang tak ramai, mungkin kerana di luar waktu makan. Kami
datang 4.00 petang, baru nak lunch, apa barang!!!
Nurse tengah ambik order.
Lampu bilik bedah yang digunakan untuk membedah makanan dia
atas meja makan.
Diorang guna bekas ni untuk letak sudu, garfu dan tisu. Sama jugak kalau kat hospital diorang letak pisau, gunting dan peralatan bedah lain.
Kelalang kon diguna untuk isi air minuman.
Bekas makanan yang biasa digunakan untuk letak
peralatan bedah. Harap2 benda ni bukan bekas terpakai yang dibeli dari hospital.
IKLAN:
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada
majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi,
sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang
maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment