THE BURDEN RUN 2014

Project Run Away No.2

Organized by MetconX (Total Fitness Solution).
Date: 26 January 2014.
Start/Finish: Sport Science Stadium, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Distance: 10.2km - 4.5km run. Pick up the sandbag at sandbag station. Run with sandbag for the remaining 5.7km
Start Time: 7.00am.
Entry Fee: RM65.
Registration: MetconX online form.
Race Kit Collection: Sport Science Stadium, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Finisher Medal:


BURDEN RUN. Lari bawak beban. Hohohoho??? Giler tak?

Mula2 lari macam biasa. Ada orang lari2 anak pon tak berapa nak larat, kan? Inikan pulak kena pikul guni pasir. Nasib baik 10kg. Kalau dia bagi 50kg? Mampuihhh... Route dalam UM bukannyer jenis landai jer, berbukit bukau kau! Tak pikul guni 10kg pon ada part naik bukit gua jalan jer.

Untuk pompuan, dia kasi ringan sikit. 7kg.

Tapi itulah cabarannya. Once dah pikul guni tu, gua rasa ok jer. Boleh bawak lar. Tak heavy sangat. Ke sebab gua dah power sekarang? Ahaks!

Cuma tak berapa selesa sebab karung guni tu licin. Rasa macam nak terjatuh jer.

Ada time keeper, tapi takde timing chip. Walau pun gua dah set kat jam gua, tapi gua lost count sebab gua tak sengaja ter-reset timing masa tengah lari. So secara spesifiknya, gua tak tahu berapa timing gua. Tapi masa gua lalu dekat time keeper ni, gua rasa dalam sejam enam belas minit kalau tak silap.

Habis event, boleh bawak balik karung guni pasir tu. Kalau tak nak, boleh pulang balik. Gua ambik dua ketul. Bawak balik rumah, jadikan sebagai penyendal tayar kereta parking kat garaj rumah.

Habis lari, jalan2 dulu kasi cool down selain daripada mengambil kesempatan daripada apa yang ada. Benda free maaa... errr... tak free jugak sebenarnya since gua bayar nak masuk event ni taw!

Hampir kebanyakkan event yang gua follow, Milo tetap menjadi pilihan ramai. Masa gua sampai orang tak ramai. Kira laju jugak kot gua lari hari ni!

Free a can of Red Bull drink. Nak paw lebih tak bleh sebab dia akan bagi base on kupon dalam goodie bag.

Goodie bag and medal collection centre. Oklah... tak jem. Good job from the volunteers.

The winners. 1-2-3 pulun dek foreigners semua. Kudrat jenis apa ntah diorang neh?

Lepas lari, mari kita legakan otot2 betis kita menggunakan PERSKINDOL. I rasa kalau you yang urut lagi cepat baik neh.... hahahahaha!

Anyway, good race, and good experience for me too. Tahun depan kalau takde aral melintang pukang, gua nak masuk lagi.


Cuma kadang2 gua tak puas hati dengan orang yang ambik gambar. Kot iyer pon tunggu lah bagi clear sikit background tu, agak2 takde orang barulah snap. Semak jer gua tengok. Gua ambik gambar lu elok je kan? Haishhhhh!

No comments: