VISIT KUCHING 2014 - PART 1

Maka tersebutlah kisah pengembaraan kami empat beranak, buat pertama kalinya ke tanah Borneo sempena meraikan promosi tiket tambang murah AirAsia yang kebetulan jatuh pada cuti umum maulidur-rasul 1435 Hijriah. Biasalah... nak terbang together gether ni kena tunggu time ada offer dulu. Tak murah, tak pergi!

Destinasi ria kami ini ialah Kuching, Sarawakkkkk!!!


Tagline macam kena sponsor… padehal sendirian berhad je nih!

This is not the first time gua datang Kuching. Kalau tak silap perhitungan gua, ade larr 3,4 kali sudah. Cuma bezanya, sebelum ni gua datang dengan member sebab kena buat kerja. Ada misi yang perlu dibereskan kat kampeni punya cawangan. Dalam pada bertugas tu pong, sempat jugaklah member gua ajak gua (ke gua yang ajak member gua?) pusing2 bandaraya Kuching ni, jalan2 cari makan ke, cari terubok masin ke, kek lapis ke. Jadi pengalaman masa tu sangat berguna bila gua datang bawak anak bini jadi pelancong full time. Sekurang-kurangnya dah tahu apa nak buat, mana nak pergi, apa benda yang best, benda tak best.

Walau pon begitu, gua bukan lah terror bebenor. Takat 3,4 kali je datang… bukannyer 3,4 tahun duduk sini. So gua tak boleh lah nak poyo sangat macam tahu segala benda kat Kuching nih. Jadi untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang sektor pelancongan di bandaraya Kuching, gua kena gali lagi maklumat sebelum bermusafir kat tempat orang tanpa bantuan penduduk tempatan mahu pun travel agent. Seperti biasa, mangsa gua adalah laman web dan blog. Google jer… berderet dia keluar.

Kata pepatah mat saleh, failing to plan is planning to fail. Menjadi tanggungjawab gua sebagai ketua rombongan untuk memastikan percutian ini menjadi satu pengembaraan yang menggembirakan lagi berjalan lancar, gua dah plan baeekk punya siap buat itinerary aktiviti nak buat, mana nak pergi, pukul berapa, anggaran masa perjalanan dan yang paling penting sekali, dana yang perlu diperuntukkan untuk melaksanakan segala misi yang telah dirancang. Canggih macam mana pon lu punya perancangan, kalu takde pitih tak guna beb!

Pikir punya pikir, kaji punya kaji, lebih kurang ginilah hasilnya. Lu nak tiru, nak jadikan panduan, takde hal... gua tak mintak royalty pong.  

Sabtu
2.00pm: LCCT
3.25pm: flight berlepas
5.10pm: sampai kuching airport
6.00pm: check in hotel 360xpress
8.00pm: dinner @ kubah ria

Ahad
8.00am: visit pasar serikin - need car
12.00pm: jalan2 cari makan
2.00pm: visit cat museum
5.00pm: balik hotel
7.00pm: jalan2 waterfront 

Isnin
8.00am: visit sarawak cultural village - hotel got shuttle
1.00pm: jalan2 cari makan
4.00pm: balik hotel - rehat
6.00pm: waterfront -  naik sampan, shopping kek lapis, dinner

Selasa
8.00am: check-out hotel - naik teksi pergi airport
10.15am: kapal berlepas

AA ni biasalah. Lu nak murah, kena book tiket awal. Lagi awal, lagi afdhal. Gua book bulan Jun 2013. Nak fly Januari 2014. Dah sampai masa karang, kalau ada hal yang tak boleh dielakkan, memang wassalam je lah RM lebih dari 600 (pergi balik / 4 orang) hangus terbakar. Itulah risikonya kalau nak tambang murah. Tapi kalau kena gaya, memang murah betol beb!

So nak kata gua punya tiket ni murah sangat, tak jugak. Sedang2 jer. Itu pong gua book tiket basic jer, plus seat selection. Makan tak ambik, baggage pon tak hambik. Insurans lagi lah tak hambik.

Strateginya ialah untuk menggunakan hak kelayakkan carry on baggage seramai empat orang ni. Semua orang kena bayar tiket full. Takde infant2. Anak gua semua dah masuk kategori baby lanjut usia. Setiap orang boleh bawak maksimum 7kg bawak naik flight.

So, modus operandinya ialah, since setiap bag boleh mewakili setiap orang, takat nak duduk sana 4 hari 3 malam jer, tak perlu nak bawak baju berkoyan-koyan.  Satu hari 2 pasang cukup. Siang sepasang, malam sepasang. Boleh limit lagi sebab ada pakaian yang boleh cover untuk 4 hari sekaligus, macam kain pelikat, seluar jeans dan pakaian belah dalam (gamble jer… kalau kotor beli lain).Takat 4 hari, kain baju hape yang sampai 7 kilo, unless kalo lu pakai baju ngan cawat besi. Campur aksesori ubat gigi, berus gigi, deodoran, minyak wangi bagai, still tak sampai 7 kilo sorang. So, gua bawak 2 back pack Deuter 26 liter ngan 40 liter plus 2 biji beg roda saiz besar jugaklah kalo ikut saiz kanak2. Bagi orang dewasa kecik je tuh. Packing punya packing, tak penuh pong. Ekceli boleh jer nak isi 2 bag jer. Tapi gua dah nampak vision, lagi empat hari nak balik semenanjung, mesti ada tambahan barangan yang nak dibawak balik. Jadi kena standby lagi extra beg. So, the key word here is “pengagihan”. Agihkan barang2 ke dalam 4 bag berlainan supaya setiap bag tidak mencapai berat maksima.


Let say gua kena check-in bag, ada lagi urusan dia. So kena datang awal. Kalau dah takde tu, tak perlu lah nak tergesa-gesa lagi. Nak pergi awal ke LCCT tu bukanlah satu benda yang menyeronokkan pong. Jadi gua set time 12.00pm baru keluar rumah. Lepas tu siap pergi makan kenduri kahwin lagi. Itu yang kami tak ambik in-flight meal. Kenyang lagi. 12.45pm start driving pergi Nilai. Park kete kat rumah member, lepas tu dia hantar ke LCCT.

Dalam pada nak set time ngam2 tu pong, kami sampai awal jugak. Takde mende nak buat, hambik je lah gambor anakanda berposing sakan sekitar airport nih... Ok jugaklah ada deko deko chinese new year ni kan...




Satu benda yang gua suka dalam flight ke Kuching ni, bila time nak mendarat tu. Dia punya pemandangan, dengan lingkaran sungai berliku liku saujana mata memandang, Subhanallah... mables beb!


Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kurang lebih jam 5.30pm gitew. On time jugaklah… takde delay. Macam biasa, gua akan jadi orang yang paling last kluar kapatebang, sebab gua tak suka nak bersesak tengah lorong dalam kapatebang, bila flight berenti semua pakat bangun macam kapatebang tu nak meletop, padehal  kapatebang tu baru je full stop, lori yang bawak tangga tu pong baru nak start henjen. Nothing to rush. Kasi clear jalan dulu. Walau pon gua paling last keluar flight, tapi gua antara yang terawal keluar dari airport sebab gua tak yah tunggu bag. Gua kan takde check-in bag. Nak tunggu mende?

Kluar airport, gua nampak encik sepupu dah tercongok tunggu menyambut ketibaan kitorang kat balai ketibaan. Salam salam, tanya khabar, sembang lebih kurang, tak leh lama2 sebab ada benda yang menunggu kat luar airport nun. Lagi pun karang nak gi dinner sama2 kan. Malam karang kita sembang panjang.

Sebenarnya gua dah book shuttle van hotel yang punya. Encik sepupu boleh jer nak tolong hantarkan, tapi masa gua interview dia sehari sebelum mendarat, beliau berkata ada kerja tak boleh datang airport. So gua pon booking lah shuttle. Gua tak ambik teksi. Dah ada kemudahan, kenapa perlu bayar lebih? Tengok2 beliau ada pulak kat airport.

Hotel tempat gua nak tido malam ni memang ada provide transport untuk angkut dia punya customer dari airport ke hotel (and vise versa). What you need to do is masa booking tu bagitau siap2 yang lu nak suruh dia ambik kat airport. Kalau lu booking tru phone, lu bagitau lah dalam phone tu. Kalau lu booking tru dia punya website, boleh add-on dalam dia punya website yang lu nak pakai dia punya transport untuk pergi hotel.

Walau bagaimanapun, servis ni bukan percuma beb! Kena bayar jugak, tapi jimat banyaklah compare lu ambik teksi nak gi hotel tengah bandaraya Kuching nun. Tiga hengget je pong satu kepala, compare to a taxi, 26 hengget satu kereta. Gua empat orang, total baru doblas hengget. Jimat? Memang jimat…

Cerita pasal hotel ni pulak, nama dia 360xpress hotel.


Alaaa… hotel bajet je pong. Takat nak tido melelapkan mata, nak mandi, nak tengok tv sikit2, hotel  pon selesa, bersih, takde nyamuk, takde lipas, ada wifi dan internet free (tapi kat lobi je lah), lokasi pon sesuai tengah2 bandaraya, ok sangat dah tu. Dapat info pasal hotel ni dari seorang blogger. Baca dia punya review, dia cakap ok… gua rembat je lah!


Ikut rate dia, bilik gua ni saiz dia sedang2. Harga pon sedang2… maknanya bukan paling murah, dan bukan paling mahal. Katil dua bijik, saiz super single. Masa booking tu, gua dah tanya, apa beza super single dengan single biasa? Orang hotel tu kata, kalo super single ni dia besar sikit dari katil bujang. Besar sikit je pong... tak mencapai tahap queen size lagi.

Gua bajet satu katil untuk budak, satu katil lagi share mak bapak budak. Sudahnyer… haraammmm… jadi satu katil laki, satu katil pompuan pulak. Anak dara sorang ni tido nak bertepek jugak dengan bonda dia… haishhhh… rosak ana punya program! Next time kalo bajet cuti nak honeymoon ala2 romantika, jangan bawak hanak, okay!

Maklumat lanjut pasal hotel, sila layari http://www.360xpress.com.my/. Kalau gua cerita semua kang, berjela pulak entry nih!

Sampai hotel, gua lepak je, rehat2 kat bilik sementara nak tunggu 8.00 malam.

Pukul 8.00 malam, encik sepupu pong sampai. Objektif malam tu nak pergi dinner. Takde pikir dah mana nak pergi. Semua gua dah set. Tanya encik sepupu pong beliau kata ikut jer gua nak pergi mana pong. Dah macam gua pulak tuan rumah. Dengan tidak membuang masa, let’s go to Kubah Ria!


By default, gua pon tak tahu mende ada kat Kubah Ria ni. Gua excited ni pon sebab ada orang tulis dalam blog, kat sini ada foodcourt menjual pelbagai jenis makanan yang mables. Daripada masakan tradisional, hinggalah ke makanan luar negeri. Lagi orang cerita, kubah Ria ni dekat jer dengan Medan Niaga Satok. Plan gua, lepas makan, nak jalan2 kat pasar tengok apa kat sana.

Besar rupanya Kubah Ria ni. Tapi gua tak perasan kat celah mana kubah dia tu. Sebab malam kot, gelap... tak nampak… ke memang takde pong kubah tu sebenarnya.

Sebesar-besar kubah ria ni, dia punya tempat parking amatlah azab. Sampai ke belakang cari parking, last2 susah2 sangat parking je kat hujung lorong sempit jalan mati tu. Nak kluar karang, pikir lain.

Dia punya foodcourt punyalah luas. Ini bukan foodcourt lagi dah… ini super foodcourt! Dah ko rambang mata pulak tak tahu nak order apa.

Asal kat Sarawak jer, gua dah set nak makan mi kolok.  Setahu gua, dalam bab makanan ni, yang menjadi trademark kat sini kalau tak mi kolok, mesti laksa Sarawak dengan kek lapis. Anakanda gua yang gadis ni memang hantu mi. So memang nekad lah nak makan mi kolok. Gua share dengan dia.

Lepas makan, masa nak jalan pergi pasar baru perasan, rupanya kat sebelah kubah ria tu pong ada foodcourt jugak. Siap ada open karaoke lagi. Berapa banyak tempat makan kat sini daaa. Tak kesahlah diorang nak meniaga kan... cuma gua terpikir, how they survive? Tinggi bebenor demand pemakanan kat sini barangkali.

Lepas makan gua plan nak bersiar-siar kat Medan Niaga Satok. Ekceli this is Pasar Satok yang famous kat Jalan Satok sebelum ni. Kerajaan diorang buat satu bangunan ni, lepas tu suruh peniaga semua pindah kat sini. Khabarnya kalau malam minggu, 24 jam ada orang meniaga.
.
Mula2 gua duk bayang pasar ni macam pasar malam gitew. Nak tengok jugak benda2 rare macam biawak ke, batu geliga ke, buah dabai ke, benda2 yang ada kat hutan nun diorang bawak masuk ke bandar. Ini macam takde mende pon. Ada orang jual buah dengan ikan jer. Bosang lah. Moh kita balik.

Seperti dijangka, nak kluar dari tempat tu memang azab, dengan keadaan parking yang tak sempurna tu, terpaksa lah gostan pelan2 sambil mengelak kereta orang parking tepi kiri kanan. Ntah berapa kali ke depan, ke belakang ntah, last2 baru dapat keluar.

Ikut plan, lepas makan nak terus balik hotel je. Kena tido awal beb. Esok pagi2 nak bangun, nak pergi Pasar Serikin pulak. Walau bagaimanapun, memandangkan malam masih muda, encik sepupu dengan suka hati telah membawa kitorang pusing2 bandar Kuching untuk menikmati suasana malam di bandaraya. Singgah jugaklah kejap ambik gambar dengan tugu Kuching.



Malam di Kuching tidak lah sepi sangat. Banyak je kenderaan lalu lalang ikut suka diorang nak pergi mana pong. Kedai2 makan, restoran masih penuh dengan manusia. Paling meriah sekali, pub dengan bar yang memang bersepah menjual air kencing setan. Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan orang ramai, of coz lah water front. Tapi gua tak singgah pong. Water front belom masuk dalam planning malam ni. Lain hari baru kita lepak water front.

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Dah… jom balik hotel.

Sebenarnya ada 2 benda yang gua tak puas hati sket dengan bilik hotel ni. Lupa plak gua nak cerita dalam perenggan dia atas tadi.

First, jamban dia takde paip. Ini memang masalah tahap kritikal. Dah tu gua nak istinjak macamane beb? Gua tak gheti nak main lap pakai tisu jer. Hampeh betol lah bila keperluan sepenting ini takde dalam bilik. Nak komplen… aisehman takde talipon pulak. Terpaksalah guna menapak turun ke lobi dekat gadis penunggu kaunter check-in tu. Dia janji nak hantar baldi ngan gayung. Tak sampai 5 minit baldi ngan gayung sampai, tapi bukan dia hantar lah. Budak housekeeping yang hantar.

Second, bilik ni takde tingkap. Mungkin sebab hotel bajet kot, dah tu gua ambik non-smoking room, jadi tingkap bukanlah satu keperluan utama, memandangkan tiada asap yang perlu dibebaskan keluar. Tapi ia menjadi masalah besar pada anak bini gua bila time nak tido, tutup semua lampu, gelap gelita macam dalam lubang kubur, cahaya sebesar zarah pon takde dalam bilik ni . Ibarat kata, kalau tutup semua lampu, lepas tu duduk diam jer dalam bilik tak keluar pegi mana, memang tak tahulah kat luar dah siang ke, malam ke. Gua tak kisah sangat sebenarnya, darker is better. Sekali sekala duduk dalam kegelapan boleh mendamaikan fikiran. Tapi anak bini gua dia punya takut macam nampak hantu. Padahal dah gelap camni, kalau ada hantu pon tak nampak. At least kalo ada tingkap, gua bajet ada lah cahaya dari luar mencuri-curi masuk. Nak bukak lampu suram, yang malap, nak buat lampu tidur, takde pulak yang jenis macam tu dalam bilik ni. Semua jenis sekali petik terang benderang macam lampu stadium pulak. Try bukak lampu bilik air, terang jugak sebab dinding bilik air ni diperbuat daripada kaca. Bukan kaca jernih yang jenis transparent tu. Kaca dia blur… gua pong tak tahu apa nama spesifik dia… yang jenis orang luar tak nampak pon orang dalam, dan orang dalam tak nampak pon orang luar sebenarnya, but still, cahaya boleh menembusi dinding itu.

Pikir punya pikir, tiba2 tingggg!!! Ada mentol menyala atas kepala gua. Malangnya gua tak boleh guna mentol tu sebagai lampu tidor.

Gua bukak tv, pasang cerita ntah hape2 ntah, tapi at the same time, gua tutup dia punya suara. So jadilah tv tu sebagai lampu tido kami. Still rasa silau jugak sebab tv LCD dia besar. Dah itu yang jer cahaya paling malap yang ada dalam bilik ni. Nasib kaw lah tv terbukak sampai pagi.


No comments: