Semalam dah niat nak bangun awal. "Sahaja aku nak bangun awal esok pagi lillahi-taala". Cam tu ler lebih kurang lafaz niat dia. :-p
Awal tak awal pong, anakanda berdua memang leceh sikit kalo
bab bangun pagi neh. Dalilnya, pagi2 kalau kejut pagi nak pergi sekolah,
pitching suara mesti kena tinggi.
Dalam kepayahan itu, anakanda terpaksa bangun jugak. Lepas
tu paksa mandi. Nak harapkan diorang volunteer mandi sendiri, sampai ke tengah
hari tak ke mana kita hari ni.
Gua punya plan hari ni nak pergi Pasar Serikin. Selama ni gua
dah banyak kali dengar orang cerita pasal Pasar Serikin. Gua jer yang tak
pernah jejak kaki merayau kat pasar ni. Serikin tu nama satu daerah yang agak
pedalaman. Walau pun dalam, tapi takdelah mundur sangat. Ala2 pekan koboi
gitew. Masih ada jalan raya yang
berhubung antara Kuching dengan Serikin, dan masih ada line telefon disini. Takat nak update FB tu takde hal lah. Tak perlu terlalu adventure kena redah
hutan belantara ke, naik bot ke, atau naik pikap 4x4 ke, jangan kata kereta,
Honda cup C70 pon boleh sampai takde masalah. Jarak dia dengan hotel 360xpress
hanya sejam sepuluh minit sahaja. Tak caya cer google map!
Daerah Serikin ni pulak letaknya betol2 dekat sempadan Malaysia
/ Kalimantan. Mengikut cerita cerita di blog, ramai peniaga kat situ datang dari negara
sebelah. Ni yang gua musykil… apsal orang sebelah pulak meniaga kat situ?
Kenapa bukan tuan rumah? Penjajahan ekonomi? Hmmm… pikir punya pikir, memang
tak tercapai dek akalmu.
Ikut perancangan dari
minggu lepas lagi, gua dah set dengan encik sepupu kot lah dia boleh bawak gua
pergi Serikin. Biasalah anak dagang ni… transport takde… terpaksalah
mengharapkan belas ehsan orang kan… Dia cakap ok, so gua pun takdelah pikir nak
pakai transport apa nak pergi sana.
Walau secantik mana pon perancangan kita, kita hanya mampu
merancang. Yang menentukan segala-galanya hanya Allah SWT.
Alih2 malam tadi dia cakap tak pasti pulak, sebab kena keje. So gua terpaksa tunggu dia confirm balik pagi ni. Tunggu punya tunggu, sudahnya, dalam pukul 8.00 pagi camtu dia mesej, konfom tak boleh pergi. Kena keje pulak. Waaaa… gua meraung di dalam
hati. How could you did this to me? Why???? Puiiiii!!! Dah tu nak gua nak buat camane? Dah orang tu kena keje. Tak
bleh nak buat apa lah kan?
Masa tu gua dah bayangkan gua tak jadi pegi Serikin hari
ni. Jangan kata nak bertolak awal pagi,
nak pergi pong macam takde selera dah ni. Dah ler hari ni Ahad, orang meniaga
sampai pukul 2.00 jer katanya. Itu pasal gua plan nak gerak awal pagi. Kalau boleh pukul 8.00 nak gerak dah.
Dah tu nak pergi Serikin ape kejadahnyer transport takde ni?
Nak naik bas gua memang tak ghetilah kan kat tempat orang ni. Stesen bas pon
tak tahu kat mana. Nak ambik teksi kang over bajet pulak. Nak pergi ke tak ni…
hmmmm… kalau tak pergi kang, bila lagi nak pergi? Apa aktiviti nak buat kalau
tak pergi? Kalau pergi sekarang sempat ke ni? Mana nak cari transport lagi?
Masa bergerak pantas… ding dong ding dong dah pukul 9.00
pagi. Now what? Think think think!!! Gua cuba membuat analisa dengan pantas
yang berkadaran dengan jarak, masa dan kos.
Dah alang2 sampai Kuching ni, rasa rugi lah pulak kalo tak
pergi. Nak harapkan lain kali, ntah bila pulak ‘lain kali’ tu kan? Tapi
masalahnya utamanya sekarang ialah… nak pergi dengan hape??? Kalau ada kereta setel masalah. Apa yang berlegar dalam kepala hotak gua sekarang adalah kereta sewa. Tapi ada ke orang nak bagi kereta kalau booking ad-hoc macam
ni. Positive thinking. Kita cuba dulu. Tak cuba tak tahu.
Malam tadi gua ada ternampak kat lobi hotel, ada orang letak
iklan sewa kereta kat situ. Tak tahu lah sape. Kroni2 hotel jugak kot. Paling
murah, Viva manual – RM120. Macam mahal jer sebab gua pernah baca blog,
standard price viva manual satu hari 24 jam boleh dapat RM90.
Tiba2 ada sebiji mentol menyala atas kepala gua. Cepat2 gua
bukak iPad, dan google “kereta sewa murah
Kuching”. Objektif gua nak dapatkan
kereta paling murah, tak kesah lah viva manual pong. Asal boleh sampai ke
destinasi, tak panas, tak kena hujan, sudah. Nak hambik kete canggih mahal2 pon, sampai sama jugak. Beberapa nombor telefon pengusaha kereta sewa gua salin, dan gua call orang2 ni.
Cubaan pertama gagal. Kereta takde. Semua dah habis sebat
kat orang. Kan… gua dah cakap. Booking last minit cam neh, mana nak ada kereta
dah.
Takpe… kita cuba lagi. Orang kedua ni pulak kata nak check dulu,
lepas tu nanti dia call balik dalam 10 minit. Lepas 10 minit gua tunggu,
dia tak call. Gua kasi diskaun lagi 5 minit, dia tak call jugak. Last2 gua jugak
call dia balik. Sorry encek… kereta takde. Lu bikin panas lah beb. Kalau takde
cakaplah takde. Jangan buang masa gua! Lu tahu tak gua nak pakai urgent!
Cubaan ketiga gagal jugak. Mula2 macam elok jer perbualan
kami tu, tapi bila gua cakap nak pakai sekarang, dia punya intonasi seolah2
macam nak bagitau “lu gila ka mau pakai sekarang? Mana ada kereta lorrr… lain
kali booking awal lah”. Walau pun bunyik dia tak macam tu, tapi gua berani bet
dalam hati dia mesti cakap macam tu.
Cubaan keempat. Akhirnya gua berjaya! Kereta ada! Yess! See…
never give up!
Mamat ni pulak, dia rasa gua desperate kot sebab suruh
hantar sekarang, so dia letak harga RM95. Nasib baik gua dah study dulu
standard price sewa kereta kat Kuching, gua kawtim RM90 dah lah. Ok dia setuju.
Gua cuba kawtim lagi nak sewa half day boleh tak, sebab gua rasa nak pakai
sampai petang jer. Dia kata tak boleh. Minimum kena 24 jam jugak. Ok lah… 24
jam pon 24 jam lah! 90 hengget je pon! Huhuhuhu!
So sesapa nak sewa kereta murah kat Kuching dengan segera,
sila telepon nombor ni 016-8593205. Ekceli takdelah murah below market price.
Standard price jugak. Sorry gua lupa nama brader tu. Yang pasti dia Melayu.
Orangnya pon mesra.
Sambil2 tunggu kereta sampai, gua gi breakfast kat satu
restoran kat luar hotel. Pekena mi kolok seafood pulak. Mi kolok kedua dalam
tempoh kurang dari 24 jam. Siap letak dalam kuali you! Ahaks!
Tak habis makan lagi, kereta pong sampai. Viva manual, kaler
putih. memang dah janji ngan dia nak jumpa kat restoran. so dia datang restoran.
Urusniaga berlaku kat restoran tu jugak. Prosedur dia senang
jer. Dia akan mintak IC dengan lesen. Itu tidak bermakna dia akan hangkut mesin
fotostat sekali untuk salin dokumen tu. Cara yang paling mudah dan murah untuk
menyimpan rekod penyewa adalah dengan mengambil gambar sahaja. Pakai henpon
pulak tu. Senang, cepat dan mudah. Kereta dan duit pon bertukar tangan.
Dah pukul 11 baru nak gerak. Check waze, 1 jam 10 minit
boleh sampai. Kalau gua langgar undang2 had laju, maknanya gua boleh sampai
less than 70 minit. Jangan buang masa lagi. Let’s go now!
Sememangnya gua sangat bergantung harap pada Waze untuk
memandu arah ke Serikin. Bukankah teknologi itu diwujudkan untuk memudahkan
kehidupan manusia? Andai kata kedatangan gua ni jatuh pada zaman takde GPS, mau
huru hara aktiviti pelancongan gua. Nak harapkan peta dengan kompas, secara
kasar boleh lah. Ini dengan jalan raya bersimpang siur, sign board pon kurang
pulak tu, tanpa teknologi gua rasa kena tambah lagi effort dan masa lagi nak
sampai Serikin. Time tu, kalau dapat sampai Serikin pon, habuk pon tadak.
Satu perkara lagi yang menjadi kerisauan gua pada hari ni
ialah cuaca. Cuaca memang tidak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Semalam masa
turun dari flight cuaca hangat. Hari ni nampak mendung jer. Dalam perjalanan ke
Serikin, most of the time memang hujan je lah.
Hujan ke, tak hujan ke, the show must go on. Kat sini hujan,
kat depan belom tahu, walau pun pada hakikatnya mendung jer sepanjang
perjalanan tu. Dengan hujan tu jugak, gua tak boleh nak speeding. Bermakna
jangan harap gua boleh sampai less than 70 minutes.
Seperti dijangka, akhirnya gua berjaya menjejakkan kaki ke
Pasar Serikin dalam masa lebih kurang 75 minit gitew, dengan disambut oleh
gerimis halus. Boleh lagi nak jalan2 ni.
Sebelum sampai sini, dalam kepala otak gua takde bayangan barang apa nak beli pon. Memang datang nak jalan2 jer, window shopping. Dalam pada kata window shopping tu, gua rasa mesti ada jugak barang yang akan dibeli ni. Tengoklahhhh…..
Parking lot kena bayar RM2 per entry.
Pasar Serikin ni bukanlah macam pasar tempat jual sayur,
jual ikan yang biasa tu. Nama jer pasar, tapi takde pon orang jual ikan. Aku
rasa nama “pasar” tu agak kurang tepat. Patutnya dipanggil bazar. Cehhh ko neh…
baru sampai sekali, memandai jer nak tukor nama.
Takdelah… sebab apa gua rasa bazaar lebih sesuai? Sebab kedai2
kecil dia tu yang nampak macam dibuat sendiri, dan kelihatan agak usang di kiri
kanan sebatang jalan kecil. Aku syak jalan ni, kalau kita terus ke depan lagi,
mesti sampai sempadan ni.
Macam2 benda lah ada jual kat sini. Majoritinya benda2 macam
pakaian, telekung, barang2 souvenier, alat muzik, kain langsir, ala2 macam kat
Nilai 3 jer. Cuma dia takde struktur bangunan yang sempurna jer. Macam takde CF jer neh. Ahahaha!
Walau
pon kami sampai tengah hari, beberapa minit lepas pukul 12pm, sempat lagi lah
meronda dari hujung ke hujung. Cuma masa
nak patah balik tu, ada kedai2 kat situ dah mula kemas barang nak tutup
kedai. Hari Ahad diorang meniaga separuh
hari. Kalau datang hari Sabtu diorang niaga sampai ke petang. Takpe… nak
berlama lama sangat kat sini pong nak buat hape?
Masa nak balik, anakanda sorang ni nak buang air pulak. Dah
nak gagau kat mana toilet tengah2 pekan koboi ni. Tadi masa jalan nampak jugak
public toilet kat celah2 kedai tu. Walau pun dia ada tulis nak masuk kena bayar
lima posen (bapak mahal… kat KL tiga posen je), tak tahu lah camane tahap
kebersihan dan kelesaan dia camane. Tengok dari luar dinding kayu macam toilet
koboi je. Tak kuasa ah nak patah balik. Nak tumpang toilet kedai makan kat
situ, dia suruh pergi public toilet tu jugak. Last2 kitorang jalan je dulu, kot
lah terjumpa masjid ke, surau ke, boleh singgah. Tak lama lepas tu nampak
pondok polis pekan Bau. Macam ada toilet je kat situ. So gua pong masuklah
sebab gua nampak bangunan toilet tu asing dengan balai polis.
Tapi, ntah mana ntah polis dia. Sunyi jer balai ni. Sorang pon takde.
On the way balik ke Kuching, nampak beberapa ekor
dinosaur tepi jalan. Dah dinosaur sape pulak yang terlepas ni???
Kat depan sikit dari mini zoo tu ada sebuah gua. Gua tak
tahu lah apekenama gua ni. Gua nampak ramai je orang singgah kat situ, gua pon
tergerak lah nak singgah sekali.
Nak masuk gua tu kena bukak kasut. Rupanya gua tu dah jadi
rumah ibadat agama Buddha. Adalah beberapa biji patung Buddha siap dengan
tempat bakar colok. Kecik je gua tu. Bersih pon bersih. Takde wow factor sangat! Layan ambik gambor je lah.
Dari gua misteri tu, gua ingat nak singgah Gua Angin. Nama
tempat tu memang Gua Angin, bukan gua yang hangin. Ikut je signboard, ada tulis
Gua Angin. Luas rupanya Gua Angin ni. Nak masuk dalam kena jungle trekking.
Kalau datang awal lagi boleh lah nak redah masuk ke dalam. Dah petang cenggini,
sekadar di pinggiran gua jer lah. Tak daya dah nak masuk ke dalam derrr...
Dari Gua Angin, pandu laju2 back to the town. Nak pergi
Muzium Kucing. Lambat2 kang tutup pulak.
Muzium Kucing ni letaknya di tengah2 bandaraya. Lebih
spesifik lagi, dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Senang jer nak kenal bangunan ni. Dia kat atas bukit, dan bentuknya unik ada sebiji kubah, sekali pandang macam masjid. Dua kali pandang, macam UFO pong ada…
Senang jer nak kenal bangunan ni. Dia kat atas bukit, dan bentuknya unik ada sebiji kubah, sekali pandang macam masjid. Dua kali pandang, macam UFO pong ada…
Muzium ni dia tak cerita sangat pasal bandaraya Kuching, macam
asal usul bandaraya ke, populasi penduduk ke, semua benda mak nenek pasal
bandaraya Kuching. No no no! semua info tu takde kat sini. Kat sini kita cerita
pasal kucing cat meow. Apa yang gua nampak, lebih kepada patung, hiasan dan
segala mak nenek kucing. Tapi kucing hidup sekor pon takde. Kucing jadian ada ler...
Oklah nak jalan2 bawak anakanda ambik gambar dengan patung kucing. Punyalah besar patung neh. Lagi besar dari manusia.
Oklah nak jalan2 bawak anakanda ambik gambar dengan patung kucing. Punyalah besar patung neh. Lagi besar dari manusia.
Nak masuk sini ekceli tak payah bayar pon. Dia Cuma caj harga kamera sahaja. Harga ikut saiz kamera, sama ada kamera fon, kompak or DSLR.
Kadang2 gua rasa macam mengarut pulak bila benda2 remeh macam Hello Kitty ngan Friskies pon nak tayang dalam muzium ni. Dah takde benda lain nak pamer gamaknya.
Garfield pong boleh jadik bahan… mentang2 lah lu kucing.
Setel layan Muzium Kucing sampai tutup. Sebelum berambus,
solat jamak zohor – asar dulu kat surau kat sini.
Punyalah lagho berjalan ke hulu ke hilir sampai lupa nak makan.
Tengah hari tadi tak terasa lagi sebab pagi tadi punya breakfast heavy pukul
11.00 baru habis, lepas tu masa kat Serikin makan kepek, la ni gua dah lapor.
Nak makang!
Ekceli gua dah survey tempat makan menarik tertarik yang ada
kat bandaraya ni. Salah satu daripadanya adalah restoran Kopi O Corner.
Gua pon tak gheti nak explain camane lokasi restoran. Biasalah, assistant gua, Mr. Waze akan jadi penunjuk arah.
Gua pon tak gheti nak explain camane lokasi restoran. Biasalah, assistant gua, Mr. Waze akan jadi penunjuk arah.
Antara menu special yang gua order kat sini…
Roti peratha telur dia… perghhhhhh!!! Macam roti canai telur
biasa jer, tapi digulung dan ditabur dengan segala macam jenis sos kat atas
dia, nampak power siot! Inilah yang dinamakan inovasi. Tak payah makan dengan
kari.
Mi kolok ketiga dalam masa dua hari. Saje ah nak test power kedai mana serve mi kolok paling power.
Kalau ikutkan plan, gua ingat nak balik hotel dulu, mandi ke, rehat ke. Tapi memandangkan masa yang agak tersasar dari jadual asal gara2 takde transport nak pergi Serikin pagi tadi, gua buat keputusan untuk pergi jer ke destinasi seterusnya.
Mi kolok ketiga dalam masa dua hari. Saje ah nak test power kedai mana serve mi kolok paling power.
Kalau ikutkan plan, gua ingat nak balik hotel dulu, mandi ke, rehat ke. Tapi memandangkan masa yang agak tersasar dari jadual asal gara2 takde transport nak pergi Serikin pagi tadi, gua buat keputusan untuk pergi jer ke destinasi seterusnya.
Kali ni nak pergi waterfront pulak. Nak menikmati suasana
malam di waterfront. Kalo korang rasa nak berhibur, tapi tak nak keluar duit satu sen haram pong, walau pon pada hakikatnya diorang ni buat basking sebenarnya, datang ler ke waterfront. Macam2 jenis persembahan hiburan ada. Tradisional ada, akustik ada, rock pong hade...
Operasi membeli fridge magnet dan key chain untuk dijadikan ole2.
Jalan punya jalan sampai boring. Walau pon malam masih muda,
gua dah letih lah. Nak balik hotel, nak mandi, nak rehat pulak. Nak booking trip lagi, esok nak pergi Cultural
Village.
Operasi membeli fridge magnet dan key chain untuk dijadikan ole2.