VISIT KUCHING 2014 - PART 2

Semalam dah niat nak bangun awal. "Sahaja aku nak bangun awal esok pagi lillahi-taala". Cam tu ler lebih kurang lafaz niat dia. :-p
  
Awal tak awal pong, anakanda berdua memang leceh sikit kalo bab bangun pagi neh. Dalilnya, pagi2 kalau kejut pagi nak pergi sekolah, pitching suara mesti kena tinggi. 

Dalam kepayahan itu, anakanda terpaksa bangun jugak. Lepas tu paksa mandi. Nak harapkan diorang volunteer mandi sendiri, sampai ke tengah hari tak ke mana kita hari ni.

Gua punya plan hari ni nak pergi Pasar Serikin. Selama ni gua dah banyak kali dengar orang cerita pasal Pasar Serikin. Gua jer yang tak pernah jejak kaki merayau kat pasar ni. Serikin tu nama satu daerah yang agak pedalaman. Walau pun dalam, tapi takdelah mundur sangat. Ala2 pekan koboi gitew. Masih ada jalan raya yang berhubung antara Kuching dengan Serikin, dan masih ada line telefon disini. Takat nak update FB tu takde hal lah.  Tak perlu terlalu adventure kena redah hutan belantara ke, naik bot ke, atau naik pikap 4x4 ke, jangan kata kereta, Honda cup C70 pon boleh sampai takde masalah. Jarak dia dengan hotel 360xpress hanya sejam sepuluh minit sahaja. Tak caya cer google map!

Daerah Serikin ni pulak letaknya betol2 dekat sempadan Malaysia / Kalimantan. Mengikut cerita cerita di blog, ramai peniaga kat situ datang dari negara sebelah. Ni yang gua musykil… apsal orang sebelah pulak meniaga kat situ? Kenapa bukan tuan rumah? Penjajahan ekonomi? Hmmm… pikir punya pikir, memang tak tercapai dek akalmu.

Ikut perancangan dari minggu lepas lagi, gua dah set dengan encik sepupu kot lah dia boleh bawak gua pergi Serikin. Biasalah anak dagang ni… transport takde… terpaksalah mengharapkan belas ehsan orang kan… Dia cakap ok, so gua pun takdelah pikir nak pakai transport apa nak pergi sana.

Walau secantik mana pon perancangan kita, kita hanya mampu merancang. Yang menentukan segala-galanya hanya Allah SWT.

Alih2 malam tadi dia cakap tak pasti pulak, sebab kena keje. So gua terpaksa tunggu dia confirm balik pagi ni. Tunggu punya tunggu, sudahnya, dalam pukul 8.00 pagi camtu dia mesej, konfom tak boleh pergi. Kena keje pulak. Waaaa… gua meraung di dalam hati. How could you did this to me? Why???? Puiiiii!!! Dah tu nak gua nak buat camane? Dah orang tu kena keje. Tak bleh nak buat apa lah kan?

Masa tu gua dah bayangkan gua tak jadi pegi Serikin hari ni.  Jangan kata nak bertolak awal pagi, nak pergi pong macam takde selera dah ni. Dah ler hari ni Ahad, orang meniaga sampai pukul 2.00 jer katanya. Itu pasal gua plan nak gerak awal pagi. Kalau boleh pukul 8.00 nak gerak dah.

Dah tu nak pergi Serikin ape kejadahnyer transport takde ni? Nak naik bas gua memang tak ghetilah kan kat tempat orang ni. Stesen bas pon tak tahu kat mana. Nak ambik teksi kang over bajet pulak. Nak pergi ke tak ni… hmmmm… kalau tak pergi kang, bila lagi nak pergi? Apa aktiviti nak buat kalau tak pergi? Kalau pergi sekarang sempat ke ni? Mana nak cari transport lagi?

Masa bergerak pantas… ding dong ding dong dah pukul 9.00 pagi. Now what? Think think think!!! Gua cuba membuat analisa dengan pantas yang berkadaran dengan jarak, masa dan kos.

Dah alang2 sampai Kuching ni, rasa rugi lah pulak kalo tak pergi. Nak harapkan lain kali, ntah bila pulak ‘lain kali’ tu kan? Tapi masalahnya utamanya sekarang ialah… nak pergi dengan hape??? Kalau ada kereta setel masalah. Apa yang berlegar dalam kepala hotak gua sekarang adalah kereta sewa.  Tapi ada ke orang nak bagi kereta kalau booking ad-hoc macam ni. Positive thinking. Kita cuba dulu. Tak cuba tak tahu.

Malam tadi gua ada ternampak kat lobi hotel, ada orang letak iklan sewa kereta kat situ. Tak tahu lah sape. Kroni2 hotel jugak kot. Paling murah, Viva manual – RM120. Macam mahal jer sebab gua pernah baca blog, standard price viva manual satu hari 24 jam boleh dapat RM90.

Tiba2 ada sebiji mentol menyala atas kepala gua. Cepat2 gua bukak iPad, dan google “kereta sewa murah 
Kuching”. Objektif gua nak dapatkan kereta paling murah, tak kesah lah viva manual pong. Asal boleh sampai ke destinasi, tak panas, tak kena hujan, sudah. Nak hambik kete canggih mahal2 pon, sampai sama jugak. Beberapa nombor telefon pengusaha kereta sewa gua salin, dan gua call orang2 ni.

Cubaan pertama gagal. Kereta takde. Semua dah habis sebat kat orang. Kan… gua dah cakap. Booking last minit cam neh, mana nak ada kereta dah.

Takpe… kita cuba lagi. Orang kedua ni pulak kata nak check dulu, lepas tu nanti dia call balik dalam 10 minit. Lepas 10 minit gua tunggu, dia tak call. Gua kasi diskaun lagi 5 minit, dia tak call jugak. Last2 gua jugak call dia balik. Sorry encek… kereta takde. Lu bikin panas lah beb. Kalau takde cakaplah takde. Jangan buang masa gua! Lu tahu tak gua nak pakai urgent!

Cubaan ketiga gagal jugak. Mula2 macam elok jer perbualan kami tu, tapi bila gua cakap nak pakai sekarang, dia punya intonasi seolah2 macam nak bagitau “lu gila ka mau pakai sekarang? Mana ada kereta lorrr… lain kali booking awal lah”. Walau pun bunyik dia tak macam tu, tapi gua berani bet dalam hati dia mesti cakap macam tu.

Cubaan keempat. Akhirnya gua berjaya! Kereta ada! Yess! See… never give up!

Mamat ni pulak, dia rasa gua desperate kot sebab suruh hantar sekarang, so dia letak harga RM95. Nasib baik gua dah study dulu standard price sewa kereta kat Kuching, gua kawtim RM90 dah lah. Ok dia setuju. Gua cuba kawtim lagi nak sewa half day boleh tak, sebab gua rasa nak pakai sampai petang jer. Dia kata tak boleh. Minimum kena 24 jam jugak. Ok lah… 24 jam pon 24 jam lah! 90 hengget je pon! Huhuhuhu!

So sesapa nak sewa kereta murah kat Kuching dengan segera, sila telepon nombor ni 016-8593205. Ekceli takdelah murah below market price. Standard price jugak. Sorry gua lupa nama brader tu. Yang pasti dia Melayu. Orangnya pon mesra.

Sambil2 tunggu kereta sampai, gua gi breakfast kat satu restoran kat luar hotel. Pekena mi kolok seafood pulak. Mi kolok kedua dalam tempoh kurang dari 24 jam. Siap letak dalam kuali you! Ahaks!


Tak habis makan lagi, kereta pong sampai. Viva manual, kaler putih. memang dah janji ngan dia nak jumpa kat restoran. so dia datang restoran.

Urusniaga berlaku kat restoran tu jugak. Prosedur dia senang jer. Dia akan mintak IC dengan lesen. Itu tidak bermakna dia akan hangkut mesin fotostat sekali untuk salin dokumen tu. Cara yang paling mudah dan murah untuk menyimpan rekod penyewa adalah dengan mengambil gambar sahaja. Pakai henpon pulak tu. Senang, cepat dan mudah. Kereta dan duit pon bertukar tangan.

Dah pukul 11 baru nak gerak. Check waze, 1 jam 10 minit boleh sampai. Kalau gua langgar undang2 had laju, maknanya gua boleh sampai less than 70 minit. Jangan buang masa lagi. Let’s go now!

Sememangnya gua sangat bergantung harap pada Waze untuk memandu arah ke Serikin. Bukankah teknologi itu diwujudkan untuk memudahkan kehidupan manusia? Andai kata kedatangan gua ni jatuh pada zaman takde GPS, mau huru hara aktiviti pelancongan gua. Nak harapkan peta dengan kompas, secara kasar boleh lah. Ini dengan jalan raya bersimpang siur, sign board pon kurang pulak tu, tanpa teknologi gua rasa kena tambah lagi effort dan masa lagi nak sampai Serikin. Time tu, kalau dapat sampai Serikin pon, habuk pon tadak.

Satu perkara lagi yang menjadi kerisauan gua pada hari ni ialah cuaca. Cuaca memang tidak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Semalam masa turun dari flight cuaca hangat. Hari ni nampak mendung jer. Dalam perjalanan ke Serikin, most of the time memang hujan je lah. 

Hujan ke, tak hujan ke, the show must go on. Kat sini hujan, kat depan belom tahu, walau pun pada hakikatnya mendung jer sepanjang perjalanan tu. Dengan hujan tu jugak, gua tak boleh nak speeding. Bermakna jangan harap gua boleh sampai less than 70 minutes.

Seperti dijangka, akhirnya gua berjaya menjejakkan kaki ke Pasar Serikin dalam masa lebih kurang 75 minit gitew, dengan disambut oleh gerimis halus.  Boleh lagi nak jalan2 ni.


Sebelum sampai sini, dalam kepala otak gua takde bayangan barang apa nak beli pon. Memang datang nak jalan2 jer, window shopping. Dalam pada kata window shopping tu, gua rasa mesti ada jugak barang yang akan dibeli ni. Tengoklahhhh…..

Parking lot kena bayar RM2 per entry.

Pasar Serikin ni bukanlah macam pasar tempat jual sayur, jual ikan yang biasa tu. Nama jer pasar, tapi takde pon orang jual ikan. Aku rasa nama “pasar” tu agak kurang tepat. Patutnya dipanggil bazar. Cehhh ko neh… baru sampai sekali, memandai jer nak tukor nama.


Takdelah… sebab apa gua rasa bazaar lebih sesuai? Sebab kedai2 kecil dia tu yang nampak macam dibuat sendiri, dan kelihatan agak usang di kiri kanan sebatang jalan kecil. Aku syak jalan ni, kalau kita terus ke depan lagi, mesti sampai sempadan ni.

Macam2 benda lah ada jual kat sini. Majoritinya benda2 macam pakaian, telekung, barang2 souvenier, alat muzik, kain langsir, ala2 macam kat Nilai 3 jer. Cuma dia takde struktur bangunan yang sempurna jer. Macam takde CF jer neh. Ahahaha!







Walau pon kami sampai tengah hari, beberapa minit lepas pukul 12pm, sempat lagi lah meronda dari  hujung ke hujung. Cuma masa nak patah balik tu, ada kedai2 kat situ dah mula kemas barang nak tutup kedai.  Hari Ahad diorang meniaga separuh hari. Kalau datang hari Sabtu diorang niaga sampai ke petang. Takpe… nak berlama lama sangat kat sini pong nak buat hape?

Masa nak balik, anakanda sorang ni nak buang air pulak. Dah nak gagau kat mana toilet tengah2 pekan koboi ni. Tadi masa jalan nampak jugak public toilet kat celah2 kedai tu. Walau pun dia ada tulis nak masuk kena bayar lima posen (bapak mahal… kat KL tiga posen je), tak tahu lah camane tahap kebersihan dan kelesaan dia camane. Tengok dari luar dinding kayu macam toilet koboi je. Tak kuasa ah nak patah balik. Nak tumpang toilet kedai makan kat situ, dia suruh pergi public toilet tu jugak. Last2 kitorang jalan je dulu, kot lah terjumpa masjid ke, surau ke, boleh singgah. Tak lama lepas tu nampak pondok polis pekan Bau. Macam ada toilet je kat situ. So gua pong masuklah sebab gua nampak bangunan toilet tu asing dengan balai polis. Tapi, ntah mana ntah polis dia. Sunyi jer balai ni. Sorang pon takde.

On the way balik ke Kuching, nampak beberapa ekor dinosaur tepi jalan. Dah dinosaur sape pulak yang terlepas ni???



Ekceli, kat situ ada mini zoo. Ntah hape jenis binatang ada kat dalam tu tak tahu lah. Gua singgah kejap jer untuk ambik gambor dengan dinosaur.


Kat depan sikit dari mini zoo tu ada sebuah gua. Gua tak tahu lah apekenama gua ni. Gua nampak ramai je orang singgah kat situ, gua pon tergerak lah nak singgah sekali.


Nak masuk gua tu kena bukak kasut. Rupanya gua tu dah jadi rumah ibadat agama Buddha. Adalah beberapa biji patung Buddha siap dengan tempat bakar colok. Kecik je gua tu. Bersih pon bersih. Takde wow factor sangat! Layan ambik gambor je lah.




Dari gua misteri tu, gua ingat nak singgah Gua Angin. Nama tempat tu memang Gua Angin, bukan gua yang hangin. Ikut je signboard, ada tulis Gua Angin. Luas rupanya Gua Angin ni. Nak masuk dalam kena jungle trekking. Kalau datang awal lagi boleh lah nak redah masuk ke dalam. Dah petang cenggini, sekadar di pinggiran gua jer lah. Tak daya dah nak masuk ke dalam derrr...


Dari Gua Angin, pandu laju2 back to the town. Nak pergi Muzium Kucing. Lambat2 kang tutup pulak.

Muzium Kucing ni letaknya di tengah2 bandaraya. Lebih spesifik lagi, dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara.


Senang jer nak kenal bangunan ni. Dia kat atas bukit, dan bentuknya unik ada sebiji kubah, sekali pandang macam masjid. Dua kali pandang, macam UFO pong ada…


Muzium ni dia tak cerita sangat pasal bandaraya Kuching, macam asal usul bandaraya ke, populasi penduduk ke, semua benda mak nenek pasal bandaraya Kuching. No no no! semua info tu takde kat sini. Kat sini kita cerita pasal kucing cat meow. Apa yang gua nampak, lebih kepada patung, hiasan dan segala mak nenek kucing. Tapi kucing hidup sekor pon takde. Kucing jadian ada ler...


Oklah nak jalan2 bawak anakanda ambik gambar dengan patung kucing. Punyalah besar patung neh. Lagi besar dari manusia.






Nak masuk sini ekceli tak payah bayar pon. Dia Cuma caj harga kamera sahaja. Harga ikut saiz kamera, sama ada kamera fon, kompak or DSLR.


Kadang2 gua rasa macam mengarut pulak bila benda2 remeh macam Hello Kitty ngan Friskies pon nak tayang dalam muzium ni. Dah takde benda lain nak pamer gamaknya.



Garfield pong boleh jadik bahan… mentang2 lah lu kucing.


Setel layan Muzium Kucing sampai tutup. Sebelum berambus, solat jamak zohor – asar dulu kat surau kat sini.

Punyalah lagho berjalan ke hulu ke hilir sampai lupa nak makan. Tengah hari tadi tak terasa lagi sebab pagi tadi punya breakfast heavy pukul 11.00 baru habis, lepas tu masa kat Serikin makan kepek, la ni gua dah lapor. Nak makang!

Ekceli gua dah survey tempat makan menarik tertarik yang ada kat bandaraya ni. Salah satu daripadanya adalah restoran Kopi O Corner.


Gua pon tak gheti nak explain camane lokasi restoran. Biasalah, assistant gua, Mr. Waze akan jadi penunjuk arah. 

Antara menu special yang gua order kat sini…
Roti peratha telur dia… perghhhhhh!!! Macam roti canai telur biasa jer, tapi digulung dan ditabur dengan segala macam jenis sos kat atas dia, nampak power siot! Inilah yang dinamakan inovasi. Tak payah makan dengan kari.


Mi kolok ketiga dalam masa dua hari. Saje ah nak test power kedai mana serve mi kolok paling power.


Kalau ikutkan plan, gua ingat nak balik hotel dulu, mandi ke, rehat ke. Tapi memandangkan masa yang agak tersasar dari jadual asal gara2 takde transport nak pergi Serikin pagi tadi, gua buat keputusan untuk pergi jer ke destinasi seterusnya.

Kali ni nak pergi waterfront pulak. Nak menikmati suasana malam di waterfront. Kalo korang rasa nak berhibur, tapi tak nak keluar duit satu sen haram pong, walau pon pada hakikatnya diorang ni buat basking sebenarnya, datang ler ke waterfront. Macam2 jenis persembahan hiburan ada. Tradisional ada, akustik ada, rock pong hade...




Operasi membeli fridge magnet dan key chain untuk dijadikan ole2.


Jalan punya jalan sampai boring. Walau pon malam masih muda, gua dah letih lah. Nak balik hotel, nak mandi, nak rehat pulak.  Nak booking trip lagi, esok nak pergi Cultural Village.

No comments: