VISIT KUCHING 2014 - PART 3

Sila bangun dan bersiap sebelum jam 9.00 pagi.

krik krik... krik krik... (bunyi cengkerik daaaa).

Breakfast kat kedai sebelah. Mi kolok yang keempat dalam masa 3 hari.

Ini mi kolok paling murah dalam banyak2 mi kolok yang gua dah makan setakat tiga hari ni. Murah ke, mahal ke, pada gua, rasa dia lebih kurang sama jer. Yang membezakan mereka hanya lah MSG. Ada yang kuat, ada yang mild. Bahaya kot kalau hari2 makan mi kolok. Botak kepala!

Hari ni gua punya plan nak pergi Cultural Village (CV), atau dalam bahasa ibundanya disebut Kampung Budaya.

Kata orang, kalau datang melancong ke Sarawak, memang tak sah kalau tak jejak kaki ke CV. Datang CV ni seolah2 macam kita dah melancong ke seluruh negeri Sarawak. Macam tu lah katanya...

Maknanya kat sini kita boleh jumpa dan dan pergi ke rumah semua etnik yang ada kat dalam negeri Sarawak ni. Semuanya berkumpul dalam satu tempat, dalam CV ni. Mudah dan senang. Maknanya lu tak yah nak travel satu negeri Sarawak ni kalau nak jumpa semua etnik yang lu nak. Macam tu lah maksud sebenarnya.

Malam tadi gua dah setel bayar tiket plus transport ngan pihak hotel. Ambik pakej lah senang. Lagi pon, kereta yang gua sewa semalam dah pulang balik, so better gua ambik jer transport dengan hotel. Kalo ambik teksi mahu berpuluh puluh hengget tuuuu...

Tiket nak masuk CV tu memang dah tetap sorang dewasa 60 hengget, kanak2 30 hengget. Tak boleh nak diskaun dah! Top-up lagi dewasa sorang doblas hengget, kanak2 tujuh hengget untuk transport, so total semua perbelanjaan pergi balik CV ialah RM218.

Harga masuk CV gua rasa agak kurang mesra rakyat. Bagi pelancong luar ok lah. Pitih diorang mahal. Takat namploh hengget apelah sangat. Patutnya bagi diskaun lagi kat pemegang MyKad. Barulah industry pelancongan domestik kita berkembang maju gitew. Ini harga dia hanya mesra pada student sahaja. Dah mana gua nak carik student card gua masa zaman remaja dulu kalo nak dapat diskaun. Kalau ada pon nanti dia kata gua pakai kad matriks adik gua pulak. Nampak muka dalam kad muda remaja gitew...

Walau pun gua rasa mahal sebab kena payung empat kepala sekaligus, tapi seriously, gua rasa berbaloi. Kat sini best siot!

CV ni letaknya di kaki Gunung Santubong.

Inilah rupanya Gunung Santubong. Dari kejauhan lagi dah nampak masa on the way. Gunung ni kan glamer. Siap ada lagu lagi kan… Putri Santubong, Putri Sejinjang, menjaga gunung negeri Sarawak. Lalalala... lupa lirik lah plak...

Mula2 masuk diorang akan bagi passport.

Benda ni macam pas lawatan jugak. Dalam pasport tu ada checklist rumah2 etnik yang ada dalam CV ni. So, your mission, pergi ke setiap rumah etnik tu dan dapatkan chop stamp menandakan kita dah sampai dan melawat rumah tu.

Melawat pon bukan sebarang melawat beb. Ini baru betol dikatakan lawatan sambil belajar. Gua boleh tengok sendiri senibina rumah diorang macam mana, rupa diorang macam mana, pakaian diorang, hiasan diorang, aktiviti diorang, main muziklah, buat kuih lah, meriah beb!

Mula2 sampai gua dah kena cabaran fear factor. Meniti atas titi buluh.


Dari situ, maka bermulalah penjelajahan dalam CV. Mula2 ziarah rumah Iban.

Rumah Iban direka memanjang. Maka sebab itu, ianya dipanggil rumah panjang. Luas betul ruang tamu dia. Kalo takat nak buat kenduri kawen, tak yah sewa khemah dah rasanya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalm rumah panjang ialah bermain caklempong. Takde pulak pengetuk dia neh. Kat mana diorang simpan ntah!

Melihat demontrasi pembuatan kuih tradisional masyarakat iban - biskut beras. Macam kuih karas pon ada. Bukan takat lihat, anda juga boleh berbual2 dengan makcik pembuat kuih neh. Kalau nak makan kena beli. Sini takde free meal.

Berkenalan dan berbual mesra dengan pahlawan iban yang segak lagi gagah perkasa.

And last but not least, dating dengan awek Iban yang cun melecun!

Errr... saya rasa make up awak tebal sangat lah.

Dalam rumah Iban ni jugak, diorang ada simpan tengkorak.

Ini tengkorak betul hoccay!!! Bukan tipu. Ini adalah amalan pahlawan Iban zaman dahulu kala yang suka potong kepala orang. Mereka lah yang digelar The Head Hunter. Baek punya diorang gantung dalam rumah ni, siap dengan perasap bawah unggun api. Bukan saje2 diorang gantung dan perasap. Ada ritualnya disini. Gua pong tak gheti lah nak explain panjang lebor...

Giler ah main potong2 kepala neh. Terus tak jadi ngorat awek Iban tadi. Jom gi ngorat awek rumah sebelah pulak!

Ini rumah masyarakat Penan. Rumah tak rumah jugaklah. Lebih kepada pondok. Kecik jer macam pondok orang jaga durian dalam hutan.

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Takat nak menyumpit boleh lah...

Rezeki kami dapat jumpa makhluk tuhan paling seksi. Awwww!!!

Ok next house... Rumah Orang Ulu.

Bapak besar rumah eh...

Gua kagum camane dia orang boleh bina rumah sebesar ni, dan setinggi ni dalam hutan banat tanpa menggunakan mesin yang canggih. Kren Tadano memang takdelah kan... Nak tegakkan tiang sebesar sebesar pemeluk manusia tu, kasi pacak dalam tanah... and make sure kukuh tak roboh... fuhhhh... hebat sehhhh!!!

Tangga nak naik turun naik ke rumah Orang Ulu, pakai batang pokok kayu yang ditakik menjadi tangga. Orang kalau tak biasa memang gayat. Tapi jangan bimbang. Takut guna tangga tradisional, tangga yang biasa tu ada kat bahagian belakang.

Dalam rumah Orang Ulu ni, sepatutnya ada persembahan kebudayaan diorang sendiri. Gua sampai tak kena time. Show baru jer abis dan diorang tengah siap2 nak keluar pergi auditorium untuk persembahan kebudayaan yang lagi grand. Maka terpaksalah gua buat persembahan kebudayaan sendiri bagi menghiburkan diri sendiri. Sape yang ada tali punya korang letak kat mana weh???

Sebelum beredar, jangan lupa dapatkan chop stamp tanda dah sampai.

Chop stamp kat sini best lah. Awak tak macam awek kat rumah Iban tadi kan? Kat sini takde potong potong kepala ni kan? Apesal saya rasa gembira jer datang rumah Orang Ulu ni? Ekceli saya pon orang ulu jugak... Ulu Klang (hahhhh!!! tetiba ngkau mengaku orang UK plak!!!)

Dah dah... jom pergi auditorium. Show dah nak start!

Dia punya cultural show memang terbaekkkk!!! World class!!! Power!!!  Tak caya lu tengok video ni. Gua rakam sendiri beb. Gua duduk seat row paling depan sekali.


Dah memang keje dia hari2 buat persembahan... memanglah power beb!

Rupanya yang duk menari tu pon ada antara mereka yang datang dari rumah2 etnik dalam CV neh. Maknanya, selain dari menjadi penyeri kat rumah2 tadi, bila cukup time mereka akan datang sini untuk buat persembahan. Penggunaan human resource yang efisyen. Tak yah nak gaji ramai2 orang kan? Yang jadi anchor dalam persembahan ni abang yang dekat rumah Iban tadi tu. Errr... awek Iban tadi pon ada gak. Elok jer dia menari. Tak nampak macam nak potong kepala pon??? Hahahahaha!!!

Lepas diorang buat show, masa dekat nak habis tu diorang akan jemput penonton2 yang ada bawah ni ramai2 naik stage untuk menari bersama mereka. Ala2 joget lambak. Kalo tak gheti menari lu belasah je buat breakdance ke, shuffle ke. Asal goyang sudah!

Puas hati beb bayar mahal. Lain kali boleh repeat, tapi tak tahu lah bila. Mahal punya pasal, tak boleh nak amalkan selalu.

Sehari ada dua kali show. Sesi pagi sekali, sesi petang sekali. Orang memang ramai. Full house auditorium tuh. Sampai ada yang kena duduk atas tangga. Masa gua pergi ni weekdays. Hari kerja pon dah ramai. No wonder lah masa sembang ngan abang Iban tadi, dia cakap kalau time cuti sekolah sampai kena buat 4,5 show satu hari sebab orang sangat ramai. Nasib baik gua tak datang time cuti sekolah. Kalau tak, sesak!

Setel bergembira kat dalam auditorium, kita teruskan penjelajahan dalam CV neh. Ada beberapa rumah lagi tak pergi. Kena habiskan semua. Rugi weh tak dapat rasa semua.

Rumah Orang Cina.


Walau pun bukan pribumi, jumlah mereka yang sangat ramai di Sarawak ini menjadikan mereka salah satu etnik utama. Jadi untuk menambah variasi, mereka buat jugaklah satu replika rumah Cina. Jom tengok apa ada dalam rumah ni.

Moden sikitlah orang Cina ni. Ada radio... piring hitam. Latar belakng tahun 70-an. Takdelah kuno mana pon.

Mesin kisar. Kisar ape ntah? Lada hitam? Beras?

Demonstrasi membuat kuih Ang Koo.

Ada apek pakai jersi  AC Milan baru balik dari kebun sayur.

Habis rumah Cina, kita merayau ke rumah Melayu pulak.

Lebih kurang sama jer macam typical rumah Melayu yang ada kat belah semenanjung ni. Tapi sebab nak buat pameran kan, kenalah ambik rumah Melayu level orang kaya-kaya. Kurang2 level tok penghulu kalau rumah macam ni.

Pepehal pon ambik gambar dulu kat ruang tamu. Gua rasa dah macam hari raya pulak!

Jangan pandang belakang congkak boleh?

Ketahuilah anakku bahawa congkak itu memang diciptakan untuk dimainkan dua orang. Tak guna main sorang satu.

Masuk dalam sikit ada makcik buat persembahan. Main gendang sambil menyanyikan lagu tanda alu-aluan selamat datang. Walau pun makcik ni dia makan gaji kat sini, tapi dia buat basking jugak pada sapa2 yang sudi menghulurkan sumbangan.

Kat dapur, ada demo membuat kuih bahulu. Mula2 beli satu set (tak hinggat dah ada berapa dalam dia). Sedaplah pulak. Beli satu set lagi sebelum keluar.

Standard rumah Melayu yang jenis tinggi ni kan, kat bawah dia mesti ada buai.

Next, rumah Melanau.


Kalau tadi gua macam kagum sangat dengan rumah Orang Ulu, kali ni kekaguman gua berganda ganda bila tengok rumah Melanau. Sangat besar hokkay!!! Seolah-olah macam dewan.  Puak Melanau ni dia lebih kurang macam puak Iban jugak, suka duduk ramai2 bawah satu bumbung. Cuma rumahnya tidak dibina memanjang. Ia dibina melebar dan meninggi. So kat dalam tu dah jadi macam satu kompleks. Ada bilik tidur, bilik berubat, dapur, ruang itu ruang ini. Lepas tu sampai tiga tingkat yang dibina atas tiang2 dari pokok kayu sebesar satu atau dua pemeluk. Bayangkan dalam hutan, tanpa mesin dan teknologi canggih, kudrat jenis apa korang nih? Tabik spring lah kat korang!

Inside the Malanau's. Tangga yang diorang gunakan untuk pergi dari tingkat ke tingkat. Tengok pada rupa tangga, gua cuba buat kesimpulan bahawasanya orang Melanau ni takde yang obes.

Macam rumah lain jugak, ada orang buat kuih tradisional yang ada sangkut paut dengan kaum dia tu.

Walau pun kerja dia buat kuih, beliau juga merangkap pemandu pelancong dan juga kaunter pertanyaan kepada sesiapa yang nak tanya hal ehwal yang berkaitan dengan Melanau. Maka dengan itu, beliau sangat fasih berbahasa Inggeris.

Memandangkan takde siapa yang sudi menghiburkan kami dengan persembahan kebudayaan Melanau, maka kami pon cubalah menghiburkan diri sendiri dengan membuat tarian sendiri. Gua namakan tarian ini sebagai 'Tarian Buluh Gaya Orang Semenanjung'

Last but not least, let's go to Bidayuh's House.

Rumah pertama gua singgah takde orang. Penat gua ketuk pintu, kunci lah pulak. Gua bagi salam tak berjawab. Gua tanya orang mana pergi orang, mana pergi rumah Bidayuh ni? Budak tu cakap, diorang dah pindah bang. Pindah ke mana? Tuuuu!!!

Laa... pindah rumah baru rupanya. Lagi besar, lagi nampak kukuh dan lagi nampak cantik compare to rumah lama. Rumah lama macam ni rupanya...

Nampak tak perbezaannya. Rupa lebih kurang sama. Atap dia meruncing ke atas, dan design rumah dia bersegi-segi. Lupa plak nak kira berapa GON dia ada. Pentagon kah? Heksagon kah? Atau Oktagon?

Ada satu sudut dalam rumah Bidayuh ni, mereka memaparkan keratan akhbar, majalah dan artikel yang berkaitan dengan ratu terjun negara, Pandalela Rinong. Laaa... gua baru tahu! Pandalela ni orang Bidayuh rupanya. Bangga betol diorang ni dengan Pandalela. Almaklumlah... mana lagi nak carik orang Bidayuh yang terkenal dan berjaya mengharumkan nama negara gitu.

Orait... Iban, Penan, Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh... semua rumah dah pergi. Maka lengkaplah lawatan kami ke Kampung Budaya Sarawak ni. Betollah... rasa macam dah melancong ke seluruh negeri Sarawak. Suke suke suke!

Sampai hotel, rehat, guling2 atas katil, lepas asar keluar.

Misi pertama, bergambar kat tugu kucing yang super femes kat bandaraya ni. Jalan kaki dari hotel sambil bersiar-siar menyedut udara yang nyaman. Selain dari dapat membakar lemak, ia juga dapat mendekatkan diri kita dengan suasana bandaraya ini.


Sambil jalan sambil bergambor. Memang betol2 rasa macam pelancong lah. Silap kulit jer agak sawo matang. Kalau pan-asian, mesti orang ingat mat saleh dah ni...



Misi kedua, pergi  waterfront, naik sampan pergi seberang dan beli kek lapis dan ikan terubuk masin yang super femes kat kuching ni.

Nampak tak variasi tour ni. Dari naik kapalterbang, lepas tu naik van, lepas tu kereta, lepas tu sampan pulak.

Mula-mula naik sampan atas darat dulu. ambik feel dulu kasi mari...

Tak pasti pulak berapa rate sebenar bot penambang ni. Ada orang bagi tiga pose, ada bagi lima posen. Agak2lah kan... ikut ikhlas hati. Pergerakkan dari tebing ke tebing tak jauh pon. Kalau menjerit pon orang seberang boleh dengar. Sebab tak jauh tu lah rasa tak best pulak, kejap bebenor dapat bersampan.

Jadi untuk menambah masa supaya berada lebih lama dalam sampan, gua gigih jugak berjalan pergi ke jeti yang jauh sikit. Orang tempatan mungkin nak cepat sampai, gua yang jadi pelancong nak lambat sampai. Gua kasi selai duit seringgit untuk cover empat orang. Terlebih terkurang mintak halal yer pakcik!


Sampai seberang... pepehal pon posing dulu. Cantek sangat view kat sini. Rasa macam pertembungan dua tamadun pulak, yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai. Belah sana bandaraya moden, ada bangunan tinggi, lawa pulak tu... belah sini kawasan kampung, tradisional pulak tu.



Next beli terubuk masin. Walau pun pada dasarnya gua tak berapa gemor benda masin2 neh, tapi beli jugaklah pasal dinda nak bagi souvenir kat kawan2 dia. Haaa pilih kak… 3-10 ada, 2-10 ada… pileh kak… nanti kita pack baek punya boleh bawak naik flight.

Lepas pilih ikan, sambil2 tunggu diorang packing, kita gi shopping kek lapis pulak.

Sebelum ni gua dah try Dayang Salhah. Sekarang gua nak try Mira pulak. Ini dinamakan pengagihan kekayaan. Dulu Dayang Salhah dah paw duit gua, sekarang gua nak kasi Mira pulak.


Dari segi rasa, gua rasa takde beza pon. Lebih kurang jer... Mira pon sedap jugak, especially Mira yang ada cheese tu. Rasa macam cheese cake, tapi bukan cheese cake.

Tempat yang jual ikan dan kek tu, kalau tak silap gua nama dia Kampung Boyan. Perkampungan orang Melayu. Ada 2,3 bijik surau kat situ. Dekat2 pulak tu. Memang meriah bila time azan.

Lepas maghrib gua gi cari makan pulak. Ada satu restoran ni, dalam Kampung Boyan jugak. Nama dia Barok Bistro. Kalau ikut tekak gua, gua rasa menu dia biasa2 jer. Yang bestnya, suasana kat sini. Boleh makan duduk bersila, lepas tu suasana dia macam ala2 kampung gitew. Design restoran pon macam rumah kampung. That’s why gua datang nak makan sini.

Tapi apsal ayam penyet je ada ni? Dulu masa gua datang, rasanya ada macam2 jenis menu kat sini. Kali ni takde benda lain. Semua menu ayam penyet. Gua tak kesah pekena ayam penyet. Tapi anakanda gua cerewet. Tekak macam mat saleh. Tak leh makan sambal pedas ni. Last2 tak jadi. Dengan rasa kecewa, gua melangkah keluar dari restoran dan menghala ke food court. Sebelah restoran je pon. Macam biasa mi kolok mesti ada.

Mi kolok kelima pada hari ketiga di Kuching. Gua rasa muka gua pong dah macam penjual mi dah...

Dah makan, semua dah kenyang patah balik naik sampan. Lepas tu jalan kaki balik hotel.

Today mission accomplished!

No comments: