ENDAU ROMPIN ADVENTURES DAY 2

Bangun pagi dengan penuh semangat jitu. Banyak program nak buat hari ni. Cargas! Cargas!

Breakfast kat café. Not bad… makanan semua heavy2. Nasik lemak, nasi goreng, nasi dan nasi. Gua makan sikit. Takut lah nak makan banyak. Kang nak memerut dalam hutan satu masalah pulak.

Hari ni kena dressing yang sesuai dengan status pengembara yang akan menjelajah masuk ke dalam hutan. Bukan takat jalan dalam hutan, malah kena meranduk beberapa batang sungai untuk ke seberang. Gua menggunakan kasut getah yang biasanya menjadi pilihan penoreh getah profesional. Selain daripada sesuai digunakan dalam keadaan kering atau basah, paling konfem sekali tapak dia takkan tertanggal punya. Tak perlu rasanya nak pakai hiking bootlah konon, atau kasut sport. Untuk makluman adik2 yang baru berjinak jinak dalam aktiviti jungle trekking, kasut sport sangat tidak sesuai untuk masuk hutan hoccay! Kasut sport untuk bersukan, bukan untuk masuk hutan. 

Sebab apa tak sesuai?

Sebab tapak kasut sport tidak tahan dengan permukaan lantai hutan yang lembab, apatah lagi jika digunakan untuk meraduk air. Keadaan ini akan menyebabkan tapak kasut akan bercerai dari badannya. Biasa kan tengok orang masuk hutan elok jer kasut dia, bila keluar tapak kasut terikat pulak dengan tali kasut, atau tak pon tali rafia.

Hiking boot ada sedikit kelebihan. Cuma kalau nak raduk air kena bukak kasut, lepas tu nak pakai balik. Bukak pakai bukak pakai... agak membosankan dan membuang masa. Harganya pula agak mengerikan.

Paling senang, murah, tahan, ekonomi, senang cuci, gunakanlah kasut getah.

Paling penting, pastikan anda mendapat perlindungan sempurna untuk mengelakkan diri anda dari serangan PACAT! Masuk hutan waktu pagi, dengan keadaan lantai hutan yang lembab, pacat sedang bermaharajalela. Walaupun takde lagi dalam sejarah orang mati darah kena sedut dengan pacat, tapi bagi anda yang penggeli, pacat bukanlah makhluk yang boleh diberi muka. Kalau tak geli pon, gigitan pacat boleh memberikan sedikit rasa gatal. Anda juga mungkin tidak enak melihat darah anda mengalir akibat luka digigit pacat kan?


Maka pakailah pakaian yang sesuai, yang menutup keseluruhan kaki, betis dan peha. Jangan bagi ada ruang sebesar zarah untuk pacat masuk. Petua lain gua belajar, lepas dah bungkus semua bahagian kaki tu, lumur pulak keseluruhan kasut. stokin dan seluar especially kat bahagian peha dengan sabun. Apa jenis sabun tak kisah. Sabun mandi ke, sabun basuh ke. Tak sempat nak kaji camane sabun boleh berfungsi untuk mengelak pacat. Gua pikir dengan adanya sabun, mungkin permukaan pacat nak naik tu rasa licin, atau mungkin rasa sabun, so mereka tak minat nak hinggap.

Boleh pulak member2 ni ada pakai seluar pendek, pakai sandal macam nak jalan dipasiran pantai pulak. Konfem nak derma darah kat pacat lah tew.

Aktiviti hari ni akan dibantu oleh beberapa orang tour guide yang merupakan penduduk tempatan yang berasal dari etnik Jakun.

Taklimat ringkas sebelum memulakan perjalanan, diiringi bacaan doa memohon keselamatan ketika berada di dalam hutan. Kami dipecahkankan kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan diketuai oleh seorang guide. 

Mula2 je berdisiplin jalan dalam kumpulan. Lepas tu berterabur main ikut suka jer.

Dari resort, jalan kaki sikit dalam 500 meter menuju ke jeti bot. Dalam perjalanan tu, lalu perkampungan orang asli Jakun. Maju dah diorang. Rumah batu, ada motor, ada kereta, ada astro. Hebak!

Kat jeti bot dah ready. Bot panjang dan agak nipis. Naik ramai2 maksimum 14 orang satu bot. Untuk keselamatan, sila pakai life jaket.


Kami menyusuri Sungai Endau dalam cuaca yang sangat baik. Perjalanan sejauh 6.5km menuju ke Jeti Pacau. Setibanya di Pacau, maka bermulalah jungle trekking. 

Tempat kami landing tu rupanya laluan sang gajah.  Banyak betol peninggalan mereka. Tak tahulah bila mereka datang sini. Mungkin malam tadi. Sekarang ni tak tahulah mereka lepak mana. Jadi kemungkinan untuk terserempak dengan gajah pada waktu ini amatlah tipis. Tak dapat gajah, taik gajah pon jadilah.

Dari jeti pacau, maka bermulalah penerokaan hutan ini. Sambutan hangat yang diberikan oleh encik pacat menjadikan perjalanan ini meriah dengan teriakkan manja gadis2 veteran yang kegelian dengan serangan pacat.

Perjalanan menuju ke Kuala Marong. Tak ingat berapa minit, tapi takde lah penat sangat memandangkan laluan landai. Sikit2 mendaki tu tak terasa pon. Redah sungai lagi. Sambil2 redah tu boleh cuci muka dengan air sungai sejuk kasi segar balik. Wajah pon tampak berseri jelita. 



Menariknyer Kuala Marong... Errr... takde apa yang menarik sangat kat sini. Ia lebih kepada hentian R&R kepada trekker yang akan meneruskan perjalanan sama ada ke Upeh Guling atau Tasik Biru. That’s why kat sini ada beberapa pondok kecil dan tandas.

Lepak kejap kat Kuala Marong untuk membuang pacat serta bergambor.

 

Dari Kuala Marong, kami jalan lagi bagi menerokai air terjun Upeh Guling. Tak jauh dari Kuala Marong, sign board kata 500 meter sahaja, tapi ekceli tak sampai pon 500 meter.

Upeh Guling… air terjunnya memang cantik, tapi awas! Tidak dibenarkan mandi manda disini kerana lubuknya berpusar dan dalam.


Macam ni punya lawa tapi tak bleh nak mandi. Apa nak buat… safety first. Kita piknik sambil mulut mengunyah bekalan yang dibawa. Nom nom nom nom…

Dari Upeh Guling, gerak pergi Tasik Air Biru pulak. Tak jauh. Patah balik ke Kuala Marong lepas tu lajak ke depan sikit dalam 500 meter gitew, sampai Tasik Air Biru.


Sebagaimana namanya, tasik ni airnya memang biru kehijauan. Tahap kedalaman lebih dari dua meter rasanya, especially dekat kawasan yang berwarna biru tu. Sape yang terer berenang, memang best layan terjun tiruk kat situ. Yang warna cekelat tak dalam sangat.

On the other part of Tasik Air Biru, ada anak sungai. Boleh piknik, makan2 bekalan yang dibawa.

Pada yang tak mandi, hidangan disediakan. Masak Maggie siap ngan dapur gas portable kitorang bawak taw. Meriah beb! Dah rasa macam ada kenduri pulak dalam hutan neh.

Mandi sedap, makan sedap… tidur pon sodap nih… kalau gua tido kat sini konfem kena tinggal. Jadi untuk mengelakkan diri dari ketinggalan, simpan dulu tidur tu time nak balik karang.

Ok… kemas semua barang. Kutip segala sampah sarap. Dilarang keras meninggalkan sebarang benda kecuali tapak kaki. Sayangilah hutan kita. Ku lihat hijauuuuuu.... arghhh tetiba!

Balik semula ke dorm. Sama jalan macam tadi. So sila baca balik posting ini dari bawah ke atas. Sambil2 tu ada lar ambik gambar sikit buat kenang-kenangan.



Sampai dorm dah dekat pukul empat. Cepat2 bersihkan diri, kemas barang dan berkumpul kat padang untuk naik 4x4. 

Jalan balik ke pekan Kahang pon sama jugak masa datang. 

Lepas makan dan solat, pukul 8.00 malam barulah rombongan bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Gua pengsan lagi. Sedar2 pukul 1.00 pagi, dah sampai rupanya.

Habislah ini cerita. 

No comments: