I mean Gunung Kinabalu.
Kota Kinabalu banyak kali dah.
Aku bukan kaki gunung sangat, tapi kalau ada peluang dan timing yang sesuai, aku on jer. Dalam sejarah hidup aku, gunung yang mula2 aku daki adalah Gunung Tebu, Besut. Lama dahhh... masa tu form 1.
Lain2 gunung, Gunung Datok N9, Gunung Irau Cameron Highland, dan last sekali kira-kira sebulan sebelum ke Kinabalu, Bukit Broga Semenyih. Tak berapa nak gunung sangat kan, but still... kena mendaki.
Kerana aku sudah jatuh cinta dengan aktiviti outdoor.
Treking masuk hutan, Taman Negara Kuala Tahan, Taman Negara Endau Rompin, Tasik Kenyir, Tasik Chini, candat sotong, macam2 lagi lah.... mission accomplished.
Penat is Fun!
Aku dah lama aim nak menuju puncak Kinabalu.
Sekurang-kurangnya sebelum masuk 4 series aku kena jejak gak atas puncak Kinabalu.
Dari hari ke sehari, tak jumpa geng yang sama2 nak panjat Kinabalu.
Nak layan sengsorang, tak fun langsung kan?
Sehinggalah pada suatu hari makcik aku offer panjat Kinabalu.

Pergi dengan geng2 lawyer dia from Terengganu.
Ini peluang yang sangat baik.
Tengok date... ok, tiada komitmen lain yang lebih mendesak.
Terus submit nama pada penganjur.
Last minute, atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, makcik aku pulak tarik diri. Huhuhuhu!
Astalavista makcik.
Perjuangan harus diteruskan.
Perjuangan harus diteruskan.
Walau pun haram tak kenal sape team member aku nih, tapi aku yakin kami mesti ada chemistry.
Sebab bagi geng2 outdoor ni jiwa dia lain.
Senang buat kawan.

Objektif kami sama dan kami semua datang dari negeri yang sama. Memudahkan pergaulan dari segi bahasa. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal memang sempoi baq hang!
Dari segi persiapan fizikal, takde apa sangatlah nak dibuat.
Exercise almost everyday tu rutin.
Kalo tak naik gunung pon aku exercise gak, demi kekonsistenan kecergasan dalam menyertai aktiviti larian.
Cuma bila nak naik Kinabalu ni, aku tambahkan sikit dengan mengguna pakai tangga compare to elevator. Lapan tingkat sehari kat opis, 14 tingkat kat rumah. Penat? Hadap je lah. Dah kata nak adventure sangat kan.

Dari segi material, sila bawa barang2 keperluan yang diperlukan.
Kalau takde kena beli.
Kat kedai Mr. DIY banyak barangnyer.
Harga murah Made in China.
Head lamp:
Perlu ada untuk menyuluh laluan ke puncak, kerana pendakian akan bermula pada jam 3.00 pagi.

Snow mask:
Perlu ada untuk melindungi kepala termasuk muka, telinga dan leher dari kesejukkan.

T-shirt lengan panjang:
Perlu dipakai ketika mula mendaki dari bawah hingga ke Laban Rata. Kalau rasa diri tu kaya boleh beli thermal shirt.
Ekceli pakaian mendaki ni agak subjektif, bergantung kepada tahap ketahanan seseorang terhadap kesejukkan. Ada org pakai jaket, pakai sweater. Ada orang pakai t-shirt biasa je, rilek jer seluar pendek. Paling aku tak paham ada je pakai singlet. Ko ni takde deria rasa ke apa?

Jaket tebal ala2 musim salji:
Kalau banyak wang sila beli kat butik outdoor macam Universal Traveller.
Aku budget traveler, selamber jer layan bundle.
Harga ratus2 dengan harga puluh2, sama jugak boleh tahan sejuk.
Suhu Laban Rata sampai ke puncak tersangat sejuk menyucuk-nyucuk.
Kalo hujan, lebih rendah lagi, takde jaket memang teruk.

Sarung tangan:
Aku bawak dua.
Satu jenis cotton untuk pakai santai2 kat Laban Rata.
Satu water resistance untuk pakai ketika mendaki ke atas sana.
Kenapa kena ada water resistance glove?
Biasanya tali yang akan kita gunakan untuk berpaut sewaktu pendakian ke puncak agak lembab (lembab basah, bukan lembab slow), nak2 kalau petang atau malamnya hujan. Kalo guna sarung tangan cotton akan menyerap air. Tambah pulak dengan kesejukkan melampau, giler weh tangan ko macam pegang ais.
Kalo perlu pakai dua lapis, pakailah. Jangan malu2.
Nak test power boleh tahan sejuk ke tidak, sila kepal ais ketul kat rumah selama mana termampu.

Tongkat:
Bukanlah satu keperluan mendesak, tapi boleh membantu memindahkan beban ketika mendaki. Jadi anda akan menjadi lebih kuat bertenaga. Sangat sesuai untuk pendaki yang ragu2 dengan fitness diri sendiri.

Seluar:
Pakailah yang longgar dan tebal. Aku pakai cargo pants. Seluar trek atau seluar pendek 3 suku sudah memadai sebenarnya, and again bergantung kepada tahap ketahanan sejuk masing2. Yang penting tutup aurat boss. Jangan ngengada nak pakai jeans ketat pulak. Kang haus kulit peha kang. Sebagai tambahan, aku bawak selai tight legging untuk menahan sejuk betis dan peha sewaktu mendaki pada waktu awal pagi nanti.

Camel bag:
Walau pun ada porter yang tolong angkat barang2, beg galas bersaiz kecil kena bawak sendiri untuk mengisi barang yang diperlukan 'segera' seperti botol air, makanan ringan, baju hujan, kamera, telefon dan pakaian spare (in case kalo hujan baju basah nak tukar baju baharu). Jangan beri barang2 itu kepada porter kerana kemungkinan besar disaat anda memerlukan benda2 tu, porter takde. Ye lah... porter tu takdelah nak ikut bontot ko jer. Diorang ada pace diorang sendiri. Misi diorang bawak barang sampai atas je. Yang jaga korang tu nanti nama dia Malim Gunung.

Tuala:
Penginapan di Laban Rata tidak menyediakan tuala.
Logiknya, kat sini takde mesin basuh.
Kalo basuh pon seminggu belum tentu kering.

Stokin:
Sekurang-kurangnya bawalah 2 pasang.
In case, kalo berbau, ada berganti.
Tak daya der nak hadap bau stokin ko tuh.

Kasut:
Gunakan kasut mendaki yang sesuai, bergantung kepada bajet masing2. Kasut getah orang panggil kasut menoreh pon dah mencapai objektif sebenarnya. Antara selesa dengan tak je lah. Yang penting bunga tapak kena tebal bagi menambahkan daya geseran dengan permukaan bumi. Macam tayar on road dengan off road. Ada beza bukan?

Selipar / sandal:
Boleh jugak nak bawak untuk memudahkan pergerakkan jarak dekat, macam nak pegi toilet ke.

Lain2 pakaian harian, tshirt, seluar, kain pelikat, sejadah serta barang2 make up sila bawa ikut keperluan masing2. Kalo bajet malas mandi, bawak perfume ngan deodoran.
Lip balm pon kalau perlu bawaklah sebab bibir cepat kering. Aku lupa nak bawak. Terpaksalah merajinkan diri untuk membasahkan bibir dengan air. Itu pon kering jugak sebab masa tido tak de lah nak bangun cari air derrr.
Semua dah siap.
Let's go to Kota Kinabalu.
15.05.2015
Almusafirin ila Kota Kinabalu mengunakan pesawat AK5112.
Sampai KK, dah ada 2 buah van travel agent tunggu. Memang on time sesangat.
And yes, we are using travel agent service.
Kami tahu pakej yang disediakan berjumlah RM1,5**.00 (untuk ground sahaja) seorang agak mahal.
Tapi what you pay is what you get.
Travel agent kami memberikan perkhidmatan yang sangat memuaskan.
Transportation dua hala dari KK Airport ke Kinabalu Park.
Mana kami nak berhenti solat dia ikut.
Mana kami nak makan lepas touch down dia turut.
Mana kami nak berhenti pergi toilet dia bawak.
Mereka juga amat ramah. Segala penerangan diberi secara tidak langsung sewaktu dalam perjalanan ke Kinabalu Park.
Harga yang agak mahal ini juga bagi menampung kos penginapan dua malam di Laban Rata.
Kenapa dua malam? Nanti aku cerita.
Teruskan membaca kerana membaca jambatan ilmu.
Satu lagi servis travel agent ni yang bagus bila mana aku tertinggal satu barang dalam shuttle diorang masa balik KK. Sampai hotel baru perasan. Cepat2 telefon customer service. Then diorang trace balik kenderaan mana, driver mana. Malam tu jugak driver datang hotel hantar barang tertinggal tu. Terima kasih AMAZING BORNEO.
Anyway... kita belum sampai Gunung Kinabalu yer. Kaki gunung pon jauh lagi.
Masih di KK.
Lepas makan kat Grace Park, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Masa tu dah petang. Time orang balik kerja. Bukan calang2 punya jammed kat KK nih. Punyalah merangkak sampai simpang kat UMS nun baru clear. Rasanya lepas satu jam lebih baru dapat keluar dari bandaraya. Hari dah gelap.

Bila dah start jalan mendaki all the way to Kundasang, jalan melingkar lebih kurang macam jalan Tapah nak naik Cameron.
Bila ada kenderaan berat lead the way, sila beratur sebelum dapat memotong.
One pit stop di Kampung Nabalu untuk memberi laluan peserta rombongan pergi ke tandas.
Suasana hening dan berkabus.
Tak nampak kelibat manusia lain.
Dah masuk bilik agaknyer.
Hanya kami dan kakitangan resort sahaja.

Kami diminta segera turun ke restoran bagi menikmati hidangan makan malam.
Selesai makan, kami kembali ke lobi untuk check-in, ambik kunci dan ambik barang2.
Jarak antara lobi ke bilik dalam 5 minit jalan kaki.
Semua beg dibawa menggunakan van milik resort, dengan beberapa orang penumpang yang rasa nak naik van.
Aku dengan beberapa orang lagi jalan kaki sudah.
Sambil2 menikmati keindahan malam di Kinabalu Park.
Gelap dan suram... memang indah sangat!
Gelap dan suram... memang indah sangat!
Yang bujang share bilik.
Bilik air diluar. Satu lelaki dan satu perempuan.
Setiap bilik mandi ada dua tempat sinki, 3 pintu tandas dan 3 pintu bilik mandi.
Maknanya kami kena share bilik air dengan penghuni lain.
Tak jadi masalah.
Bilik air dia bersih dan airnya tersangatlah sejuk.
Walau pun ada water heater, tapi rasa tak selera nak mandi.
Badan pun masih bersih lagi.
Sebelum melelapkan mata, kami berkemas dan asingkan barang2 yang mana nak ditinggal kat resort, yang mana nak bawa sendiri, yang mana nak bagi porter bawak.
Kami share bagasi supaya jumlahnya menjadi minimum.
Habis packing kami tidur.
Tidur awal wehhh. Esok, perjalanan masih jauh.
16.05.2015
Kami bangkit seawal jam 5.00 pagi bagi menunaikan kewajiban.
Ini Sabah bah... subuh awal.
Ini Sabah bah... subuh awal.
Dah siap semua, jom usung bag bawak tepi jalan, tunggu van semalam. Katanya nak datang pick-up kami. Janji pukul 7.00, pukul 6.45 lagi kami dah terpacak. Tunggu punya tunggu 7.15 baru muncul. Tak kisah pon kalau jalan jer pergi ke lobi nun. Tapi barang2 ni... ada yang dekat 20 kilo.
Sambil menunggu van...
Menu sarapan lazat-lazat semuanya.
Tapi kan tak elok tau makan ikut nafsu.
Nak daki ni macam exercise jugak.
Sebelum exercise tak elok makan banyak. Kang muntah!
Kasi alas perut sudah.

Kat lobi... wahhh meriah betol.
Ramai orang.
Pendaki, malim gunung, porter... errr drebar van, travel agent masing2 sibuk dengan urusan masing2.
Di sini kami dianugerahkan permit mendaki sorang sebijik.
Semuanya diuruskan oleh travel agent.
Sedar2 dah dapat pas.
Kalau nak manage sendiri, bayar satu-satu memang leceh kot. Pakai travel agent senang. Tak payah pikir nak bayar kat sapa. Semuanya ditanggung beres.
Kat sini jugak lokasi pertemuan antara pendaki, malim gunung dan porter.
Malim gunung ni dia punya power bukan setakat penunjuk arah jer, malah mereka juga boleh menjadi porter.
Dapat kot extra income kat diorang. Takpelah... rezeki diorang.
Bagasi ditimbang bagi ditentukan berat.
Standard price: 1kg = RM10.
Memandangkan kami akan berada di Laban Rata selama dua malam, maka harga terpaksa up 1kg = RM15.
Fair to them sebab mereka dah hilang punca pendapatan selama satu hari.
Kalo ikut basic schedule, biasanya hari pertama naik, hari kedua turun, so hari ketiga mereka boleh jadi porter untuk orang lain pulak.
Oleh kerana hari ketiga mereka masih menunggu kami, maka hilanglah satu hari punca pendapatan bagi mereka.
Bagi kami yang seramai 12 orang nih, 4 orang porter diperlukan untuk membawa barang2 kami.
Selesai semua urusan kat Kinabalu Park, kami naik van travel agent menuju ke titik permulaan kami.
Timpohon Gate.
Satu lagi laluan untuk ke puncak adalah melalui Mesilau Gate.
Kalau ikut Mesilau ada tambahan jarak sebanyak 2 kilometer.
Walaupun lebih jauh, khabarnya persekitarannya lebih cantik.
Kita ni ikut orang jer, janji sampai puncak jadi ikut mana pon buleh.
Lagi pon first timer.
Lain kali kita try ikut Mesilau pulak.
Pendakian bermula jam 9.20 pagi, selepas final briefing dari encik malim gunung.
Ajaibnya walau pon beliau bukan beragama Islam (berdasarkan pada nama beliau), tapi beliau menggalakkan kami membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
Kalau encik memang Islam sila maafkan saya.
Cuaca sangat baik. Dari Timpohon Gate seakan sudah nampak kita sudah berdiri sama tinggi dengan awan. Maknanya permulaan pendakian tu dah memang tinggi dari aras laut. Takdelah kita daki dari zero point. Semalam dah daki dengan van rupanya.
Mula2 harmoni je gerak dalam satu kumpulan.
Sehinggalah sampai ke pondok Kandis, pace masing-masing sudah berbeza.
Yang power terus ke depan.
Yang tak berapa nak power pelan2 ketinggalan di belakang.
Pondok Kandis, pondok persinggahan pertama yang ditemui dalam pendakian ke Laban Rata.
Dibina oleh pihak pengurusan sebagai tempat rehat pendaki.
Lengkap dengan tandas yang bersih dan bekalan air paip yang diambil dari air gunung yang sejuk.
Boleh digunakan untuk top up botol air buat bekal sepanjang perjalanan.
Paling bagus kalau minum air isotonik sebenarnya.
Lebih kandungan garam dan mineral.
Biasa rasa sengal2 di bahagian peha dan betis kan?
Selain dari otot yang lemah akibat kurang exercise, itu juga simpton dalam badan kurang garam.
Logiknya, makan beberapa cubit garam sepanjang perjalanan juga boleh membantu.
Bukan Kandis sahaja, malah kita ada Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Villosa dan yang terakhir Paka sebelum sampai ke Laban Rata.
Jarak antara satu pondok ke pondok seterusnya, secara purata dalam 500 meter.
Ikut pace saya mendaki, 500 meter = purata 40 minit.
Sepanjang perjalanan, cuaca baik.
Bertemu dan berselisih dengan pendaki dan porter yang turun naik, takdelah risau kalau kita jalan sorang2.
Semakin mendaki, semakin jelas kelihatan puncak Kinabalu, bagaikan memanggil-manggil namaku, "cepatlah... cepatlah... i tunggu you ni...".
Pukul 1.40pm. Horayyyy dah sampai! 4 jam 20 minit... Not bad for first timer.
Pada ketinggian 3272.7 meter, sambil2 tunggu geng lain sampai, lepak kat restoran.
Sambil tunggu waktu makan jugak.
Dinner start pukul 4.30 petang sampai 7.30 malam.
Dinner buffet style.
Makanlah puas-puas. Awal pagi karang nak daki lagi.
Waktu makan kat sini memang ada jet lag sikit.
Tak sama dengan waktu makan kat bawah darat sana.
Reason why, nak sesuaikan dengan waktu mendaki.
Average climbers akan sampai antara 3 - 6 petang.
So lunch not provided.
Dinner served by 4.30 - 7.30pm.
Meaning, lepas berpenat lelah sampai, dapat makan.
Then lepas dinner, lepas maghrib boleh tidur.
Kena tidur awal, rehat supaya dapat tenaga secukupnya untuk bangun seawal jam 2.00 pagi.
Pendakian ke kemuncak akan bermula seawal 3.00 pagi.
Since lunch not provided, they will provide supper seawal jam 2.00 pagi.
Boleh makan dulu.
Lepas makan baru daki.
Then there will be breakfast starting from 7.30 pagi.
Ngam2 masa lepas turun dari kemuncak.
Normally orang akan duduk satu malam sahaja di Laban Rata.
Lepas breakfast start turun.
Latest check-out Laban Rata by 10.30am.
Dapat kunci bilik, kami terus ke kabin penginapan.
Panar Laban Hut.
Satu kabin ada enam katil.
Ada dua kabin - satu laki satu pompuan.
2 kabin share 1 pantri.
Tandas dan bilik air kat luar. Bersih. Tapi air panas takde. Share ramai-ramai.
Tapi cerek tu kan, lama-lama dia rosak pulak.
Tekan tak nyala.
Sudahnya memang layan air sejuk je lah.
Azab sungguh bila ambik air semayang.
Laju2 ambik dan cepat2 lap.
Mandi memang tak sanggup lah kan.
Dari Kinabalu Park lagi dah tak sanggup nak mandi sebenarnya, membawak ke Laban Rata, keseluruhannya TIGA hari I tak mandi you!
Eleh... apa nak heran. Ko ingat mat saleh masa winter mandi tiap2 hari ke?
Janji hensem...
Lepas solat dan membersihkan diri seminima mungkin, pakai pakaian tebal siap dengan glove. Kalau boleh nak bungkus semua satu badan. Sejuk wehhhh.
Lepak2 luar kabin sambil menyaksikan pemandangan indah saujana mata memandang.
Nak tidur awal lagi. Tunggu maghrib dulu lah.
Lepas maghrib dah siap berbungkus pakaian tebal, baring atas katil cuba untuk melelapkan mata.
Memang payah nak lelap bila keadaan sejuk melampau nih, dengan baju tebal berbungkus satu sut dari kepala sampai ke kaki, memang lain macam sikit tidur hari ni. Nak tak nak kena paksa jugak. Tak nak tidur ko punya pasal, tapi tak syok meh esok nak panjat tapi ngantuk. Peluang sesekali datang nih, kalo buleh i try to make it perfect.
17.05.2015
Tak payah kejut, jam 2.00 pagi otomatik terbangun sendiri.
Tidur dalam kesejukkan melampau nih, bukannya lena sangat pon.
Tak lama lepas tu malim gunung kami datang tengok keadaan kami dah ready ke belum.
Yes... we are ready.
Let's muvit muvit.
Dalam dingin pagi tu kami mula mendaki.
Awal2 jalan nampak mcm jammed sikit sebab orang ramai mcm serentak memulakan pendakian.
Dah lama sikit, start daripada tempat mendaki pakai tali sampai atas, baru ada gap.
Dah dua jam daki, tak sampai2 lagi ke puncak nih.
Nampak dari Laban Rata macam tak jauh dah.
Kalo diukur tingginya, Panar Laban ke Low's Peak cuma kurang lebih 780 meter sahaja.
Kalo diukur jarak nak menapak tu, jauhnya kurang lebih dalam 2.7 kilometer sahaja.
Whatsss??? 2.7km bapak jauh.
Patut lah berejam nak sampai.
Dah ler kawasan pendakian tu nampak landai, tapi sebenarnya bercerun. Tak berapa nak perasan sebab gelap. Mengah jugaklah nak langkah laju2. Tambah pulak dengan bekalan oksigen makin nipis. Dah ler tinggi, pokok satu hapah pon takde. Batu je semua.
Dalam mengah pon syok woooo.
Bila tengok keadaan sekeliling, pandang atas nampak bintang2 berkerdipan memenuhi angkasa.
Tak macam duduk KL nak nampak bintang pon susah.
Pandang bawah, nampak lampu2 bergemerlapan dari kampung dan pekan di bawah sana.
Memang rasa macam top of the world sangat dah masa ni.
Last check point sebelum sampai puncak, nama dia Sayat Sayat.
Sebelum meneruskan pendakian, semua orang kena lapor diri kat sini dulu.
Kena tunjukkan pas pendakian kat officer yang bertugas.
Nanti officer tu akan tanda nama kita dalam rekod diorang, tanda korang dah ada kat atas puncak tu.
Nak turun nanti kena singgah jugak, lapor diri sekali lagi bagitau korang dah turun.
Ini adalah sebagai langkah keselamatan, nak pastikan korang selamat naik, selamat turun.
So, paling penting sekali. JANGAN LUPA BAWAK PAS.
Gambor post Sayat Sayat ni aku ambik masa nak turun.
Masa naik gelap. Satu hapah pon tak nampak.
Fuhhh... bangga siot dapat buang air kat toilet tertinggi nih.
Kalo tahan air sejuk, boleh jugak nak wuduk siap2 kat sini.
Aku yang memang siap2 ambik wuduk sebelum daki tadi tak sabar2 tunggu subuh masuk.
Rasa nak terkentut sangat2.
Tak larat dah terkemut-kemut tahan kentut nih.
Tak daya dah nak bukak baju jeket semua nak ambik wuduk balik.
Tak buleh tahan dia punya sejuk.
Kalo korang buleh tahan, bawak lah air mutlak sebotol dua untuk wuduk.
Kalo aku memang tak lah kan...
Sekali masuk waktu subuh.
Cepat2 carik permukaan yang rata.
Bukak phone, carik kiblat.
Fuhhh legaaaa....
Now boleh meneruskan pendakian sambil kentut.
Mendaki atas permukaan batu ni sebenarnya tak susah sangat.
Dia agak rata dan ada tali sebagai tempat berpaut.
Selain dari tempat berpaut, tali ni juga berguna sebagai panduan laluan pendakian.
Daki dalam gelap gulita kan, kalo takde guideline ni, ntah mana2 sesat pulak karang.
Dah permukaan tu pon nampak sama je semua.
Bagi kebanyakkan orang, klimaks pendakian ni adalah untuk melihat matahari terbit.
Alhamdulillah, aku sempat.
Ngam2 beberapa minit sebelum terbit, aku dah sampai kat kaki Low's Peak.
Dapat port baek punya, betol2 tepi gaung Low's Gully.
Giler misteri Low's Gully ni weh.
It has been described as the most inhospitable place in the world.
Patutlah porter tu tegur bila aku menjerit, konon2 nak buat gema.
Rupanya itu tempat suci, tempat dimana roh nenek moyang mereka dipercayai bersemadi.
Sorry tok... anak cucu tak tahu.
Low's Peak depan mata dah.
Kejap lagi aku akan menawan puncak Kinabalu.... hahahaha.
Tapi macam ramai pulak orang kat atas nih.
Lepak dulu lah kasi chan kat diorang.
Diorang ni rushing kot sebab nak turun balik... nak brekfes... nak check out.
Member2 lain mana nih? Nak mintak tolong ambik gambor. Hmmm... terpaksalah ambik gambor sendiri. Terpaksalah aku layan selfie lah sengsorang.
Finally, the dreams come true.
Setelah berpenat lelah, berkorban masa dan tenaga, tidak dilupa wang ringgit, akhirnya I'm on top of the world. Hahahahahaha!!!
Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Makan nasik kuoh singgang cicoh budu pon tak rasa puas macam ni.
Ini port wajib ambik gambar, tanda dah sampai puncak.
Low's Peak adalah puncak bagi segala puncak.
Tak jauh beza sangat dengan puncak kat sebelah tu.
Puncak St.John... hoh... nama Mat Saleh lah sangat.
Mat Saleh datang, semua taruk nama dia.
Sekali pandang nampak macam St.John's Peak lagi tinggi dari Low's Peak.
Jangan tertipu... jangan terpedaya... Low's Peak punya tinggi lebih 4.5 meter jer dengan St.John's Peak.
Sir Hugh Low wins!
Selain dari dua puncak ni , overall ada 7 lagi puncak atas permukaan tertinggi Kinabalu nih.
Dalam tujuh tu, satu jer nama Melayu ambik nama perdana menteri Malaysia pertama.
Empat nama Mat Saleh... yang lain2 tu nama ntah hape2... telinga keldai? kakak buruk? whatever...
Ngko baru first time datang banyak komen lak. Ada lah tu sebab dia ko mana tahu???
Dalam tujuh puncak ni jugak, yang paling ikonik nama dia South's Peak.
Walau pun bukan yang tertinggi, tapi dia paling cun.
Duit kertas paling tinggi value pon ambik gambar dia nih.
Belakang duit singgit (lama) pon ada gambar dia nih.
Sebab tu orang panggil dia nih 'Puncak Singgit'.
Walau apa pun, landskap puncak Kinabalu memang terbaik.
Tak gheti nak cakap macam mana.
Biarlah gambar2 ini berbicara.
Yang ko ni pakai baju melayu pulak dah kenapa?
Kenapa? Baju Melayu kan pakaian tradisi kita. Salah ke?
Takdelah salah. Tebiat apa pulak pakai baju Melayu atas gunung nih? Tak sejuk ke?
Tak sejuk sangat dah. Tak nampak tu matahari memancor punya lah terang.
Sejuk sikit2 tu tahan je lah. Janji style.
Kombinasi alam ciptaan Tuhan dengan baju Melayu, hasilnya... masterpiece... hehehehe.
Kami tinggal dua malam di Laban Rata.
Reason why kami berlama-lamaan di Laban Rata, sebab tak nak rushing.
Semalam daki, seawal pagi ni naik ke puncak pulak, lepas tu terus turun ke darat pada hari yang sama sangat meletihkan bagi sebahagian besar rombongan kami.
Rombongan kami bukannyer jenis fit belaka.
Nak rehat lebih, stay lah dua malam kat Laban Rata.
Kena bayar lebih sikit lah.
Tak kisah kot sebab memang berbaloi...
Sebab boleh lepak lama kat puncak.
Tak macam orang lain, majoriti yang ambik pakej satu malam sahaja di Laban Rata kena turun cepat nak kejar masa check-out, nak packing barang, nak brekfes. So between 7 to 8 am dah kena gerak turun Laban Rata.
Bila ambik dua malam ni, takde had masa nak turun. Kitorang sepuas-puas hati lepak kat puncak sampai dah tak nampak group lain.
Tinggal group kitorang jer terkontang-kanting kat atas tu.
Malim gunung kitorang ni pulak layankan jer. Lantak ko lah kata dia.
Sepuas-puas hati jugak posing ambik gambar takde orang lain enter frame.
Abaikan jer brekfes yang start pukul 7.30 tu.
Hari2 boleh brekfes.
Berada di puncak Kinabalu... priceless.
Last2 group kitorang berpecah.
Mana yang turun dulu, mana yang nak turun kemudian ikut suka.
Malim gunung akan tunggu sampai orang paling last beredar.
Balik kabin, lepak jer atas katil.
Sangap... tak tahu nak buat apa.
Nak tidur mata tak mo lelap.
Nak tengok tv, tv pulak takde.
Nak duduk luar sejuk lak.
Nasik goreng tapau sampai, makan sikit tak lalu pulak rasa. Tasteless.
Mentang2 kitorang je yg order lunch, macam tak ikhlas je masak bang?
Yes... lunch ekceli not provided here.
Ikut time makan kat sini memang takde lunch.
Logiknya, yang mana dah check-out tengah on the way nak turun.
Yang baru nak naik, tengah on the way mendaki.
So normally, tengah hari tak ramai orang kat sini.
Kami dapat lunch ni pon atas ehsan travel agent dia kawtim camane ntah dengan management resort ni.
Kira lump sum masuk sekali dalam pakej la.
Sangap punya pasal, bungkus badan ngan baju tebal siap glove, cuba jugaklah pejamkan mata.
Petang tu hujan lebat.
Dapatlah tengok air terjun turun dari puncak Kinabalu.
Deras airnya.
No wonder kalo hujan lewat malam atau awal pagi, tak boleh daki puncak.
Bahaya giler. Ko menangis air mata darah sekali pon, tok sah haraplah ko dapat tawan puncak Kinabalu. Redho jelah setakat sampai kat Laban Rata.
Sudahnya sampai ke malam lah sangap tak de aktiviti.
Dah nak rehat sangat kan.
Rehat lah puas2.
Esok nak balik dah.
18.05.2015
Pepagi lagi dah bangun.
Menggelupur lagilah aku pagi ni ambik wuduk nak solat subuh.
Packing barang, kemas2. Asingkan beg mana nak bagi porter, mana nak bawak sendiri.
Tunggu abang malim datang, lepas tu turun brekfes.
Lepas brekfes posing lagi sekitar Laban Rata... bergambor lagi kitew.
Cuaca masih dingin tapi ada panas sikit. So tak perlu rasanya nak pakai tebal sangat.
T-shirt lengan panjang dah cukup.
Nanti jalan, badan akan mengeluarkan haba lagi.
Kurang lebih pukul 9.00am kitorang start turun.
Aku punya target nak sampai bawah dalam tiga jam.
Sape lambat aku tinggal.
Risau gak kalau hujan macam semalam.
Kalau boleh nak elak hujan.
Sambil2 turun mata melilau carik periuk kera ngan cacing gergasi.
Periuk kera jumpa.
Cacing tak jumpa.
Selisih ngan orang tanya kot diorang ada nampak.
Sorang pon tak nampak.
Mana cacing ni?
Rupanya cacing tak keluar kalo tak hujan.
Tanah lembab pon dia tak main.
Kena tunggu hujan baru dia nak keluar.
Dah kata gergasi tu besar mana?
Kata orang panjang dia kurang lebih satu hasta, besar dia pulak ada sebesar ibu jari.
Takde rezeki nak jumpa.
Tak nak putus asa, jalan dan jeling2 lagi atas tanah kot ada.
Memang sampai ke sudah tak jumpa.
Sedang gua syok2 layan photoshoot kat Carson Fall ni tiba2 rasa air menitis dari langit.
Apalagi... cargas gerak.
Timpohon Gate sikit je lagi.
Nak sampai dah.
Sampai Timpohon Gate pukul 12.30pm.
Ngam2 langkah masuk je pintu pagar tu, tu dia nalla punya hujan.
Fuhhh selamat.
Naya kat ahli rombongan lain.
Masih berjuang di perbatasan.
Mesti diorang basah.
Harap2 baju hujan diorang berfungsi dengan cemerlang.
Basah satu hal. Sejuk lagi.... huhuhuhu!
Aku yang sampai awal ni, lepak2 dulu lah kat Timpohon Gate.
Sejam lepas tu baru ada geng sampai.
Tunggu lagi sampai semua geng sampai.
Then gerak balik Kinabalu Park naik van.
Sampai Kinabalu Park, buffet lunch ada lagi.
Dah nak hujung2.
Pepehal makan dulu.
Nanti dah kemas apa pon tak dapat.
Lepas makan, ada upacara ringkas penyerahan sijil, yang secara simboliknya mengesahkan kami telah menawan puncak Kinabalu.
Medal tu optional.
Kalau nak kena bayar.
Memandangkan aku lebih minat medal daripada sijil, apedehal RM25 jer.
Janji boleh buat collection, letak sebaris dengan medal2 larian aku.
Now pegi ambik beg yang simpan dalam storage bag kat reception counter Kinabalu Park.
Beg yang tak perlu bawak kat atas, sebelum daki boleh tinggal kat situ.
Ada bilik khas siap berkunci.
In terms of security nampak takde masalah.
Angkut beg banyak2 tu longgok kat surau.
Dah takde tempat nak pergi. Mana ada bilik lagi dah.
Surau ler jadi mangsa.
Cukuplah sekadar nak bersihkan diri serba sikit, tukar baju.
Tak leh lama2.
Bas dah tunggu.
Kena gerak gi KK pulak.
Overall, tak susah sangat nak panjat Kinabalu ni sebenarnya.
Walau pon menduduki tangga teratas sebagai puncak tertinggi di Asia Tenggara, tapi cabarannya saya rasa Gunung Tebu lagi tough kot. Gunung Tahan tok sah citer lah... Koman2 tiga hari baru sampai.
Kinabalu... Naik turun balik hari pon buleh. Ramai je porter yang buat.
Macam budak ni. Umor baru 15 tahun.
Masih bersekolah.
Jadi porter hujung minggu cari duit poket.
Selamba bawak barang 16 kilo pikul kat belakang (bayangkan korang bawak tong gas kosong panjat gunung).
Bagus budak ni.
Tak macam budak 15 tahun yang lain.
Melepak jer keje... manja. Tak boleh buat keje berat sikit, merungut.
Hahaha... tetiba emo lak!
Abang nasihat dik... bukan senang nak senang. Hidup penuh cabaran.
Dia bukan porter group kami.
Keje dia hari tu angkat barang ke Laban Rata resthouse.
Tak tanya pulak barang apa. Barang2 masak kot.
Dia pon tak tahu agaknya. Orang lain dah packing siap2, dia cuma angkat jer.
Pace kami hampir seiring. Dalam beberapa keadaan aku nampak penat budak nih.
Tapi semangat beliau sangat kuat. Terus melangkah, mendaki dan mendaki dengan powernya.
Beliau sampai Laban Rata pada waktu tengah hari, beberapa langkah je depan aku.
Selepas berehat seketika, beliau turun.
Esok (Ahad) mungkin beliau naik angkat barang lagi.
Begitulah kegigihan seorang porter dan malim gunung mencari rezeki demi menyara keluarga. Merekalah hero sebenar di Kinabalu.
Porter nih, ko bagilah barang apa pon, semua dia angkut.
Bukan barang jer, orang pon dia buleh angkut.
Asalkan ada pengerasnya pak!
Ini porter paling legend. Dulu aku pernah tengok dokumentari pasal pakcik ni dalam Majalah 3. Tak sangka plak hari ni buleh jumpa, walo pon dalam gambar.... hehehe.
Berbalik cerita betapa santainya Kinabalu nih. Trail pon cantik. Nak sampai Laban Rata, boleh kata 90 peratus bertangga, tak kisahlah dalam bentuk artifical atau semula jadi, asal ada rupa tangga. Cabarannya bila kita nak kena naik tangga tu dalam jarak 3 - 4km. Hmmm... ada orang tu kadang2 setingkat pon naik lif kan? Kalo ada keuzuran tu lain citer lah beb.
Setiap 500 meter sekali, ada pondok rehat yang selesa siap dengan toilet yang bersih dan bekalan air paip.
Bukan air pair sangat ekceli.
Mungkin air dari gunung. Boleh guna untuk minum. Takde beza sangat dengan air mineral kot.
Takde halangan langsung.
Pokok tumbang ke, nak kena redah sungai ke, jeram ke.
Barang2 ada orang bawak. Tak perlu nak usung bag 20, 30 kilo. Tak perlu bawak makanan dalam tin, periuk belanga, penunu bunsen, sleeping bag, khemah bagai.
Sampai Laban Rata tak perlu pacak khemah, nyalakan api, cari punca air bagai.
Tempat tidur selesa, makan ada orang masak... macam2 jenis lauk.
Ada sorang akak dalam group aku terkena sindrom altitude sickness, sakit badan, dan muntah2, elok je sampai Laban Rata. Dua hari lepas tu turun balik.
Cepat dengan lambat je lah.
Tak kisahlah... kita bukan nak race dapat hadiah ke apa.
Kita mencari keseronokkan dan cabaran dalam berekreasi.
Janji sampai sudah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Yang paling penting adalah mentaliti.
Antara mampu atau tidak.
Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!
Tahap kecergasan hanya mempengaruhi cepat atau lambat sahaja.
Budak2, makcik veteren ada je yang naik. Nak seribu daya...
Kami meninggalkan Kinabalu dalam rintik hujan, bersama pengalaman dan kenangan yang tak boleh dijual beli.

Our strategy to get warm water?
Masak dalam cerek letrik, isi dalam baldi, campur dengan air sejuk. Tadaaa... dapat air suam.Tapi cerek tu kan, lama-lama dia rosak pulak.
Tekan tak nyala.
Sudahnya memang layan air sejuk je lah.
Azab sungguh bila ambik air semayang.
Laju2 ambik dan cepat2 lap.
Mandi memang tak sanggup lah kan.
Dari Kinabalu Park lagi dah tak sanggup nak mandi sebenarnya, membawak ke Laban Rata, keseluruhannya TIGA hari I tak mandi you!
Eleh... apa nak heran. Ko ingat mat saleh masa winter mandi tiap2 hari ke?
Janji hensem...
Lepas solat dan membersihkan diri seminima mungkin, pakai pakaian tebal siap dengan glove. Kalau boleh nak bungkus semua satu badan. Sejuk wehhhh.
Lepak2 luar kabin sambil menyaksikan pemandangan indah saujana mata memandang.
Nak tidur awal lagi. Tunggu maghrib dulu lah.
Memang payah nak lelap bila keadaan sejuk melampau nih, dengan baju tebal berbungkus satu sut dari kepala sampai ke kaki, memang lain macam sikit tidur hari ni. Nak tak nak kena paksa jugak. Tak nak tidur ko punya pasal, tapi tak syok meh esok nak panjat tapi ngantuk. Peluang sesekali datang nih, kalo buleh i try to make it perfect.
17.05.2015
Tak payah kejut, jam 2.00 pagi otomatik terbangun sendiri.
Tidur dalam kesejukkan melampau nih, bukannya lena sangat pon.
Tak lama lepas tu malim gunung kami datang tengok keadaan kami dah ready ke belum.
Yes... we are ready.
Let's muvit muvit.
Dalam dingin pagi tu kami mula mendaki.
Awal2 jalan nampak mcm jammed sikit sebab orang ramai mcm serentak memulakan pendakian.
Dah lama sikit, start daripada tempat mendaki pakai tali sampai atas, baru ada gap.
Dah dua jam daki, tak sampai2 lagi ke puncak nih.
Nampak dari Laban Rata macam tak jauh dah.
Kalo diukur tingginya, Panar Laban ke Low's Peak cuma kurang lebih 780 meter sahaja.
Kalo diukur jarak nak menapak tu, jauhnya kurang lebih dalam 2.7 kilometer sahaja.
Whatsss??? 2.7km bapak jauh.
Patut lah berejam nak sampai.
Dah ler kawasan pendakian tu nampak landai, tapi sebenarnya bercerun. Tak berapa nak perasan sebab gelap. Mengah jugaklah nak langkah laju2. Tambah pulak dengan bekalan oksigen makin nipis. Dah ler tinggi, pokok satu hapah pon takde. Batu je semua.
Dalam mengah pon syok woooo.
Bila tengok keadaan sekeliling, pandang atas nampak bintang2 berkerdipan memenuhi angkasa.
Tak macam duduk KL nak nampak bintang pon susah.
Pandang bawah, nampak lampu2 bergemerlapan dari kampung dan pekan di bawah sana.
Memang rasa macam top of the world sangat dah masa ni.
Last check point sebelum sampai puncak, nama dia Sayat Sayat.
Sebelum meneruskan pendakian, semua orang kena lapor diri kat sini dulu.
Kena tunjukkan pas pendakian kat officer yang bertugas.
Nanti officer tu akan tanda nama kita dalam rekod diorang, tanda korang dah ada kat atas puncak tu.
Nak turun nanti kena singgah jugak, lapor diri sekali lagi bagitau korang dah turun.
Ini adalah sebagai langkah keselamatan, nak pastikan korang selamat naik, selamat turun.
So, paling penting sekali. JANGAN LUPA BAWAK PAS.
Gambor post Sayat Sayat ni aku ambik masa nak turun.
Masa naik gelap. Satu hapah pon tak nampak.
Kat Sayat Sayat ni jugak, ada toilet dan sumber bekalan air bersih paling last sebelum sampai atas.
Khabarnya, ini adalah toilet tertinggi di Asia Tenggara.Fuhhh... bangga siot dapat buang air kat toilet tertinggi nih.
Kalo tahan air sejuk, boleh jugak nak wuduk siap2 kat sini.
Aku yang memang siap2 ambik wuduk sebelum daki tadi tak sabar2 tunggu subuh masuk.
Rasa nak terkentut sangat2.
Tak larat dah terkemut-kemut tahan kentut nih.
Tak daya dah nak bukak baju jeket semua nak ambik wuduk balik.
Tak buleh tahan dia punya sejuk.
Kalo korang buleh tahan, bawak lah air mutlak sebotol dua untuk wuduk.
Kalo aku memang tak lah kan...
Sekali masuk waktu subuh.
Cepat2 carik permukaan yang rata.
Bukak phone, carik kiblat.
Fuhhh legaaaa....
Now boleh meneruskan pendakian sambil kentut.
Mendaki atas permukaan batu ni sebenarnya tak susah sangat.
Dia agak rata dan ada tali sebagai tempat berpaut.
Selain dari tempat berpaut, tali ni juga berguna sebagai panduan laluan pendakian.
Daki dalam gelap gulita kan, kalo takde guideline ni, ntah mana2 sesat pulak karang.
Dah permukaan tu pon nampak sama je semua.
Bagi kebanyakkan orang, klimaks pendakian ni adalah untuk melihat matahari terbit.
Alhamdulillah, aku sempat.
Ngam2 beberapa minit sebelum terbit, aku dah sampai kat kaki Low's Peak.
Dapat port baek punya, betol2 tepi gaung Low's Gully.
Giler misteri Low's Gully ni weh.
It has been described as the most inhospitable place in the world.
Patutlah porter tu tegur bila aku menjerit, konon2 nak buat gema.
Rupanya itu tempat suci, tempat dimana roh nenek moyang mereka dipercayai bersemadi.
Sorry tok... anak cucu tak tahu.
Low's Peak depan mata dah.
Kejap lagi aku akan menawan puncak Kinabalu.... hahahaha.
Tapi macam ramai pulak orang kat atas nih.
Lepak dulu lah kasi chan kat diorang.
Diorang ni rushing kot sebab nak turun balik... nak brekfes... nak check out.
Member2 lain mana nih? Nak mintak tolong ambik gambor. Hmmm... terpaksalah ambik gambor sendiri. Terpaksalah aku layan selfie lah sengsorang.
Ini ada satu benda rare aku jumpa masa nak panjat Low's Peak.
Ada kawasan ni, nun jauh di bawah sana, terlindung dengan bayang2 gergasi bentuk segi tiga.
Mana datang bayang2 tu? Hah... cer teka.
Maka jadinya di kala kawasan sekitarnya dah panas dengan sinaran mentari pagi, kawasan ni tetap redup terlindung dengan bayang2 Gunung Kinabalu, sampailah ketika matahari naik tinggi lagi.
Macam lambat panas lah kawasan nih.
Setelah berpenat lelah, berkorban masa dan tenaga, tidak dilupa wang ringgit, akhirnya I'm on top of the world. Hahahahahaha!!!
Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Makan nasik kuoh singgang cicoh budu pon tak rasa puas macam ni.
Ini port wajib ambik gambar, tanda dah sampai puncak.
Low's Peak adalah puncak bagi segala puncak.
Tak jauh beza sangat dengan puncak kat sebelah tu.
Puncak St.John... hoh... nama Mat Saleh lah sangat.
Mat Saleh datang, semua taruk nama dia.
Sekali pandang nampak macam St.John's Peak lagi tinggi dari Low's Peak.
Jangan tertipu... jangan terpedaya... Low's Peak punya tinggi lebih 4.5 meter jer dengan St.John's Peak.
Sir Hugh Low wins!
Selain dari dua puncak ni , overall ada 7 lagi puncak atas permukaan tertinggi Kinabalu nih.
Dalam tujuh tu, satu jer nama Melayu ambik nama perdana menteri Malaysia pertama.
Empat nama Mat Saleh... yang lain2 tu nama ntah hape2... telinga keldai? kakak buruk? whatever...
Ngko baru first time datang banyak komen lak. Ada lah tu sebab dia ko mana tahu???
Dalam tujuh puncak ni jugak, yang paling ikonik nama dia South's Peak.
Walau pun bukan yang tertinggi, tapi dia paling cun.
Duit kertas paling tinggi value pon ambik gambar dia nih.
Belakang duit singgit (lama) pon ada gambar dia nih.
Sebab tu orang panggil dia nih 'Puncak Singgit'.
Walau apa pun, landskap puncak Kinabalu memang terbaik.
Tak gheti nak cakap macam mana.
Biarlah gambar2 ini berbicara.
Yang ko ni pakai baju melayu pulak dah kenapa?
Kenapa? Baju Melayu kan pakaian tradisi kita. Salah ke?
Takdelah salah. Tebiat apa pulak pakai baju Melayu atas gunung nih? Tak sejuk ke?
Tak sejuk sangat dah. Tak nampak tu matahari memancor punya lah terang.
Sejuk sikit2 tu tahan je lah. Janji style.
Kombinasi alam ciptaan Tuhan dengan baju Melayu, hasilnya... masterpiece... hehehehe.
Kami tinggal dua malam di Laban Rata.
Reason why kami berlama-lamaan di Laban Rata, sebab tak nak rushing.
Semalam daki, seawal pagi ni naik ke puncak pulak, lepas tu terus turun ke darat pada hari yang sama sangat meletihkan bagi sebahagian besar rombongan kami.
Rombongan kami bukannyer jenis fit belaka.
Nak rehat lebih, stay lah dua malam kat Laban Rata.
Kena bayar lebih sikit lah.
Tak kisah kot sebab memang berbaloi...
Sebab boleh lepak lama kat puncak.
Tak macam orang lain, majoriti yang ambik pakej satu malam sahaja di Laban Rata kena turun cepat nak kejar masa check-out, nak packing barang, nak brekfes. So between 7 to 8 am dah kena gerak turun Laban Rata.
Bila ambik dua malam ni, takde had masa nak turun. Kitorang sepuas-puas hati lepak kat puncak sampai dah tak nampak group lain.
Tinggal group kitorang jer terkontang-kanting kat atas tu.
Malim gunung kitorang ni pulak layankan jer. Lantak ko lah kata dia.
Sepuas-puas hati jugak posing ambik gambar takde orang lain enter frame.
Abaikan jer brekfes yang start pukul 7.30 tu.
Hari2 boleh brekfes.
Berada di puncak Kinabalu... priceless.
Last2 group kitorang berpecah.
Mana yang turun dulu, mana yang nak turun kemudian ikut suka.
Malim gunung akan tunggu sampai orang paling last beredar.
Balik kabin, lepak jer atas katil.
Sangap... tak tahu nak buat apa.
Nak tidur mata tak mo lelap.
Nak tengok tv, tv pulak takde.
Nak duduk luar sejuk lak.
Nasik goreng tapau sampai, makan sikit tak lalu pulak rasa. Tasteless.
Mentang2 kitorang je yg order lunch, macam tak ikhlas je masak bang?
Yes... lunch ekceli not provided here.
Ikut time makan kat sini memang takde lunch.
Logiknya, yang mana dah check-out tengah on the way nak turun.
Yang baru nak naik, tengah on the way mendaki.
So normally, tengah hari tak ramai orang kat sini.
Kami dapat lunch ni pon atas ehsan travel agent dia kawtim camane ntah dengan management resort ni.
Kira lump sum masuk sekali dalam pakej la.
Sangap punya pasal, bungkus badan ngan baju tebal siap glove, cuba jugaklah pejamkan mata.
Petang tu hujan lebat.
Dapatlah tengok air terjun turun dari puncak Kinabalu.
Deras airnya.
No wonder kalo hujan lewat malam atau awal pagi, tak boleh daki puncak.
Bahaya giler. Ko menangis air mata darah sekali pon, tok sah haraplah ko dapat tawan puncak Kinabalu. Redho jelah setakat sampai kat Laban Rata.
Sudahnya sampai ke malam lah sangap tak de aktiviti.
Dah nak rehat sangat kan.
Rehat lah puas2.
Esok nak balik dah.
18.05.2015
Pepagi lagi dah bangun.
Menggelupur lagilah aku pagi ni ambik wuduk nak solat subuh.
Packing barang, kemas2. Asingkan beg mana nak bagi porter, mana nak bawak sendiri.
Tunggu abang malim datang, lepas tu turun brekfes.
Lepas brekfes posing lagi sekitar Laban Rata... bergambor lagi kitew.
Cuaca masih dingin tapi ada panas sikit. So tak perlu rasanya nak pakai tebal sangat.
T-shirt lengan panjang dah cukup.
Nanti jalan, badan akan mengeluarkan haba lagi.
Kurang lebih pukul 9.00am kitorang start turun.
Aku punya target nak sampai bawah dalam tiga jam.
Sape lambat aku tinggal.
Risau gak kalau hujan macam semalam.
Kalau boleh nak elak hujan.
Sambil2 turun mata melilau carik periuk kera ngan cacing gergasi.
Periuk kera jumpa.
Cacing tak jumpa.
Selisih ngan orang tanya kot diorang ada nampak.
Sorang pon tak nampak.
Mana cacing ni?
Rupanya cacing tak keluar kalo tak hujan.
Tanah lembab pon dia tak main.
Kena tunggu hujan baru dia nak keluar.
Dah kata gergasi tu besar mana?
Kata orang panjang dia kurang lebih satu hasta, besar dia pulak ada sebesar ibu jari.
Takde rezeki nak jumpa.
Tak nak putus asa, jalan dan jeling2 lagi atas tanah kot ada.
Memang sampai ke sudah tak jumpa.
Sedang gua syok2 layan photoshoot kat Carson Fall ni tiba2 rasa air menitis dari langit.
Apalagi... cargas gerak.
Timpohon Gate sikit je lagi.
Nak sampai dah.
Sampai Timpohon Gate pukul 12.30pm.
Ngam2 langkah masuk je pintu pagar tu, tu dia nalla punya hujan.
Fuhhh selamat.
Naya kat ahli rombongan lain.
Masih berjuang di perbatasan.
Mesti diorang basah.
Harap2 baju hujan diorang berfungsi dengan cemerlang.
Basah satu hal. Sejuk lagi.... huhuhuhu!
Aku yang sampai awal ni, lepak2 dulu lah kat Timpohon Gate.
Sejam lepas tu baru ada geng sampai.
Tunggu lagi sampai semua geng sampai.
Then gerak balik Kinabalu Park naik van.
Sampai Kinabalu Park, buffet lunch ada lagi.
Dah nak hujung2.
Pepehal makan dulu.
Nanti dah kemas apa pon tak dapat.
Lepas makan, ada upacara ringkas penyerahan sijil, yang secara simboliknya mengesahkan kami telah menawan puncak Kinabalu.
Medal tu optional.
Kalau nak kena bayar.
Memandangkan aku lebih minat medal daripada sijil, apedehal RM25 jer.
Janji boleh buat collection, letak sebaris dengan medal2 larian aku.
Now pegi ambik beg yang simpan dalam storage bag kat reception counter Kinabalu Park.
Beg yang tak perlu bawak kat atas, sebelum daki boleh tinggal kat situ.
Ada bilik khas siap berkunci.
In terms of security nampak takde masalah.
Angkut beg banyak2 tu longgok kat surau.
Dah takde tempat nak pergi. Mana ada bilik lagi dah.
Surau ler jadi mangsa.
Cukuplah sekadar nak bersihkan diri serba sikit, tukar baju.
Tak leh lama2.
Bas dah tunggu.
Kena gerak gi KK pulak.
Overall, tak susah sangat nak panjat Kinabalu ni sebenarnya.
Walau pon menduduki tangga teratas sebagai puncak tertinggi di Asia Tenggara, tapi cabarannya saya rasa Gunung Tebu lagi tough kot. Gunung Tahan tok sah citer lah... Koman2 tiga hari baru sampai.
Kinabalu... Naik turun balik hari pon buleh. Ramai je porter yang buat.
Macam budak ni. Umor baru 15 tahun.
Masih bersekolah.
Jadi porter hujung minggu cari duit poket.
Selamba bawak barang 16 kilo pikul kat belakang (bayangkan korang bawak tong gas kosong panjat gunung).
Bagus budak ni.
Tak macam budak 15 tahun yang lain.
Melepak jer keje... manja. Tak boleh buat keje berat sikit, merungut.
Hahaha... tetiba emo lak!
Abang nasihat dik... bukan senang nak senang. Hidup penuh cabaran.
Dia bukan porter group kami.
Keje dia hari tu angkat barang ke Laban Rata resthouse.
Tak tanya pulak barang apa. Barang2 masak kot.
Dia pon tak tahu agaknya. Orang lain dah packing siap2, dia cuma angkat jer.
Pace kami hampir seiring. Dalam beberapa keadaan aku nampak penat budak nih.
Tapi semangat beliau sangat kuat. Terus melangkah, mendaki dan mendaki dengan powernya.
Beliau sampai Laban Rata pada waktu tengah hari, beberapa langkah je depan aku.
Selepas berehat seketika, beliau turun.
Esok (Ahad) mungkin beliau naik angkat barang lagi.
Begitulah kegigihan seorang porter dan malim gunung mencari rezeki demi menyara keluarga. Merekalah hero sebenar di Kinabalu.
Porter nih, ko bagilah barang apa pon, semua dia angkut.
Bukan barang jer, orang pon dia buleh angkut.
Asalkan ada pengerasnya pak!
Ini porter paling legend. Dulu aku pernah tengok dokumentari pasal pakcik ni dalam Majalah 3. Tak sangka plak hari ni buleh jumpa, walo pon dalam gambar.... hehehe.
Berbalik cerita betapa santainya Kinabalu nih. Trail pon cantik. Nak sampai Laban Rata, boleh kata 90 peratus bertangga, tak kisahlah dalam bentuk artifical atau semula jadi, asal ada rupa tangga. Cabarannya bila kita nak kena naik tangga tu dalam jarak 3 - 4km. Hmmm... ada orang tu kadang2 setingkat pon naik lif kan? Kalo ada keuzuran tu lain citer lah beb.
Setiap 500 meter sekali, ada pondok rehat yang selesa siap dengan toilet yang bersih dan bekalan air paip.
Bukan air pair sangat ekceli.
Mungkin air dari gunung. Boleh guna untuk minum. Takde beza sangat dengan air mineral kot.
Takde halangan langsung.
Pokok tumbang ke, nak kena redah sungai ke, jeram ke.
Barang2 ada orang bawak. Tak perlu nak usung bag 20, 30 kilo. Tak perlu bawak makanan dalam tin, periuk belanga, penunu bunsen, sleeping bag, khemah bagai.
Sampai Laban Rata tak perlu pacak khemah, nyalakan api, cari punca air bagai.
Tempat tidur selesa, makan ada orang masak... macam2 jenis lauk.
Ada sorang akak dalam group aku terkena sindrom altitude sickness, sakit badan, dan muntah2, elok je sampai Laban Rata. Dua hari lepas tu turun balik.
Cepat dengan lambat je lah.
Tak kisahlah... kita bukan nak race dapat hadiah ke apa.
Kita mencari keseronokkan dan cabaran dalam berekreasi.
Janji sampai sudah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Yang paling penting adalah mentaliti.
Antara mampu atau tidak.
Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!
Tahap kecergasan hanya mempengaruhi cepat atau lambat sahaja.
Budak2, makcik veteren ada je yang naik. Nak seribu daya...
Kami meninggalkan Kinabalu dalam rintik hujan, bersama pengalaman dan kenangan yang tak boleh dijual beli.
*Sewaktu "berita" ini ditulis, negara digemparkan dengan peristiwa gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Gunung Kinabalu. Peristiwa luar jangka ini bukan sahaja telah merosakkan landskap Gunung Kinabalu, malah turut mengorbankan nyawa beberapa orang pendaki dan malim gunung. Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kinabalu mungkin tidak seperti dulu lagi. Semoga Kinabalu terus gah menjulang di nusantara.
1 comment:
Terbaek la bro....
Post a Comment