ENDAU ROMPIN ADVENTURES DAY 1


Kisah sekumpulan rakan sekerja, dari kota metropolitan ke hutan belantara, pelbagai kisah suka dan duka, buat pengalaman di hari muka.

Ini adalah pengembaraan ke Taman Negara Endau Rompin.

*kawasan bertanda tu adalah gua punya territory. Gua dah kencing kat situ... hahahaha!!!

It is the second largest national park in Malaysia, after Taman Negara Pahang. Also second in the country, proclaimed by the government as a Taman Negara. But for me, this is my third visit to a jungle after Taman Negara Pahang and Royal Belum. Errr... Tasik Kenyir boleh consider visit to the jungle jugak ke?

Tepat jam 11.00 malam, kami meninggalkan hiruk pikuk kota, menaiki dua buah bas yang disewa khas, menuju ke selatan tanah air, ikut lebuhraya PLUS, lepas tu exit Ayer Hitam. Sejak dari tayar golek, sampailah ke subuh gua 'pengsan' sepanjang perjalanan akibat keletihan setelah sepanjang hari membanting tulang bekerja keras demi mencari sesuap nasi. 

Gua memang bajet nak tidur… nak rehat… sebab gua tahu, esok pagi bila dah sampai sana, takde chan nak tidor dah. Jadual pack. So baik gua tidor siap2 dalam bas, siap bawak gebor, bantal leher , eye mask dengan ear plug sekali. Lena betol gua tido dalam sejuk ekon bas tu. Dalam bas diorang layan movie lah, video muzik k-pop lah, gua hanyut dah.

Sedor2 bas dah landing kat sebuah masjid di Kampung Contoh untuk menunaikan solat subuh. Giler klasik nama kampong ni. Semoga menjadi penduduk di sini boleh menjadi contoh dan tauladan kepada penduduk kampong lain. Sempat jugalah solat subuh berjemaah dengan penduduk kampong, Alhamdulillah.

Lepak kat masjid sampai dekat pukul 7 pagi gitew, rombongan bergerak ke pekan Kahang untuk mencari sarapan pagi. Pekan Kahang tak besor. So nak cari restoren besor yang boleh muat 60 orang at one time, pagi2 bute pulak ni, memang agak mencabar. Base on riki-mendation dari pihak penganjur, ada lah satu restoran mamak ni. Asal boleh je lah kan. Dalam masa sejam lebih kat situ, kitorang je lah yang conquer. Orang kampong situ datang nak masuk pon tak berani. Apa ke meriah sangat kedai nih? Untung besor tokey kedai yang kami terjah tu… rombongan dua buah bas datang serentak, nak breakfast, order makan ngan minum macam2. But sorry to say, gua order tosei, kuah dia tak sedap langsung!

Habis makan, sape2 nak masuk Taman Negara Endau Rompin ni dia ada satu syarat penting. Nak tak nak, korang kena register dulu dengan pihak berkuasa. Tak register tak boleh masuk. Kalo korang masuk jugak secara haram, kepala mike akan dipancung!

Mula2 duk bayang Johor National Park Corporation punya office ni jauh kot, macam dekat pintu masuk ke hutan. So lepas makan masing2 pakat naik bas ingat perjalanan jauh lagi. Rupanya dekat2 kedai mamak tu jugak. Blok sebelah jer. Apekejadahnya kami naik bas kan?

Ada dua laluan utama kalau nak masuk Taman Negara Endau Rompin. Satu masuk ikut Peta, satu lagi ikut Selai. Selai ni kena ikut Yong Peng – Chaah – Bekok. Trip kitorang kali ni masuk ikut Peta.

Bila dah ramai2 ni, tak yah register sorang2 kan. Jenuh ler nak tunggu 60 orang punya register, pukul berapa nak habis? Cukuplah sekadar menghantar seorang wakil untuk register semua orang.

Dalam masa yang sama, kami menunggu ketibaan konvoi kenderaan 4x4 yang akan membawa kami masuk ke dalam hutan.


Ek elleh… apa barang naik 4x4… ingatkan jungle trekking?

Sabar dik… dari Kahang nak sampai ke pinggir hutan pon dah 30 kilometer. Jalan tanah merah pulak tu. Lalu ikut ladang sawit, kampong orang asli. Memang jauh ke dalam. Jalan tak rata. Melambung-lambung gua dalam 4x4 tu. Nak dapatkan gambar yang sharp pon punyalah payah.


Dalam sejam jugak lah gua kena lambung dengan tanah merah, akhirnya baru lah terjumpa dengan jalan tar. Lega rasanya dapat merehatkan bontot dengan selesa. Tak payah nak loncat loncat dah.

Gua tak kesah sangat sebenarnya. Inilah dinamakan adventure. Sikit je tu. Belum lagi betul betul masuk hutan guna 4x4 macam cabaran Camel Trophy. Itu lagi lasak beb. Takat jalan tanah merah ni, celah gigi je beb.
Tapi memandangkan konvoi kitorang ni ada makcik makcik, pakcik pakcik yang sudah mencapai 5 series, dan mungkin juga masalah osteoperosis, kami berhenti lah sekejap untuk merehatkan bontot yang teruk kena hentak tadi di atas sebuah jambatan yang nampaknya masih baru. 

Dari jambatan ni, jalan tar sampailah ke resort.


Sampai di Resort Kampung Peta. Not bad jugaklah resort ni. Ada chalet. Ada dorm. Ada kedai runcit kecil. Ada café. Ada dewan. Bolehlah nak buat wedding tertutup dan rahsia ala-ala in the jungle. Jemput sedara mara terdekat je. Naik 4x4 ramai2. Duduk dorm.


Oleh kerana rombongan kami ni ramai, maka penginapan dalam dorm yang paling sesuai. Ada dua dorm dalam satu bangunan ni. So laki duk atas, pompuan duk bawah. Bilik air dan toilet kat luar. Nak mandi, nak buang air kena turun bawah. Pompuan satu, laki satu. Kongsi ramai. Sebijik macam zaman duduk kat asrama dulu.Cuma kat asrama hostel laki ngan pompuan jauh. Dulu zaman budak2. Zaman remaja. Jiwa bergelocak, akal pendek. Sekarang dah dewasa, fikiran pun dah matang, duduk sebelah2 pon buleh pikir mana buruk mana baik. No worries.

Bekalan letrik agak terhad. Siang takde karan. Pukul 5.00 petang baru ada karan sampailah ke pagi. Bilik air dan toilet memuaskan. Bersih sambil kadang2 dihiasi dengan serangga rimba yang merayap dan berterbangan dalam bilik air. Tekanan air sangat perlahan kalau semua orang nak mandi serentak.
Masuk dorm, first thing kena buat ialah chup katil. Nasib baik gua cepat, dapat katil bawah. Tak suka ah tidur atas rasa macam open sangat, padehal kat rumah katil kat rumah satu layer jugak kan? Lepas tu pasang cadar, pasang sarung bantal, selimut pon ada diorang sediakan, kemas barang dalam locker.

Alright! Setel with the dorm!

Next activity ialah nak travel pergi Janing Barat. Objektifnya adalah nak pergi buat kerja amal sikitlah kan, datang dengan geng opis ni kena ada CSR sikit, barulah penajaan itu lebih bermakna. Gua pon tak pasti CSR yang jenis macam mana yang harus dilakukan. Gua membayangkan diri gua dikelilingi oleh gadis2 orang asli sambil gua beramah mesra dan membuat kerja amal dalam kampung mereka.

Lepas ambil lunch pack masing2 untuk dibawa bersama ke Janing Barat, nak makan kat café tak masuk lunch time lagi, kami pon bertolak menaiki 4x4. Kali ni boleh lah nak santai2 lepak kat belakang kenderaan. Kalau naik masa kat jalan tanah merah tadi, mau jahanam paru2 penuh dengan debu.

Tengah syok layan kehijauan hutan hujan tropika nih, tiba2 perjalanan dihalang oleh kerja2 korek jalan, nak tanam paip air katanya. Uk aloh! Memang tak expect langsung lah kan tetiba hari ni ada construction pulak melintang tengah2 jalan dalam hutan nih.


Konfem tak leh lalu! Melainkan kalau 4x4 nih boleh melompat.

Untuk tidak membuang masa menunggu kerja2 carigali siap, kami buat keputusan untuk melencong dulu ke dalam NERC sambil menikmati hidangan makan tengah hari. Something yang memang takde pon dalam jadual perancangan.

Jalan2 sekitar NERC, baru tahu bahawasanya NERC sebenarnya satu kompleks yang digunakan untuk buat penyelidikan pasal hutan ni. Gua kata kompleks sebab dia ada banyak struktur yang dibina, untuk tujuan penyelidikan ada, dewan makan ada, tempat penginapan ada, tandas ada, macam2 kemudahan asas lah ada. Cuma sedikit confuse sebab gua tak nampak orang lain pon kat sini melainkan kita2 ajer.

NERC stands for Nature Education and Research Centre. Ia dibiayai oleh Danish Corporation Environment and Development (DANCED) dan Malaysian Nature Society (MNS) serta disokong penuh oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Baik pulak orang Denmark neh boleh bagi share diorang kat sini.

Dalam sejam lebih gak lepak situ, dengan harapan kerja2 construction tadi diorang dah kambus balik jalan tu. Namun harapan tinggal harapan. Rupanya tak setel gak. Ahhh sudah… nak buat camane? Takkan nak patah balik dorm? Nak buat hape kat dorm? Dengan takde letrik. Nak tengok tv tak leh. Nak tido panas. Sangap lar weh!

Tiba tiba timbul satu idea. Tak tahu lah idea sape sebenarnya, agak brutal tapi brilliant. Objektif sekarang nak sampai Janing Barat walau dengan apa cara sekalipun. Maka utusan dihantar untuk berbincang dengan brader kontraktor sama ada mereka boleh menghantar kami menggunakan dua buah lori mereka. Dan perbincangan itu berjaya! Maka kami bertukar kenderaan, 4x4 dah jadi lori pulak.


Dalam hutan tebal dengan laluan tidak rata, naik lori tidaklah seindah macam naik 4x4. Kuasa lori tak macam 4x4. Dengan two wheels power, mendaki dengan muatan penuh manusia dewasa memang cabaran besar buat diri lori itu sendiri. Ditambah pulak dengan hujan turun mencurah-curah, laluan mendaki pulak licin, ada masa dan ketika kami terpaksa turun dan berjalan kaki.


Tapi meriah beb naik lori. Dah macam buruh paksa askar Jepun pulak rasa. Terhuyung hayang lalu jalan tak rata, dah ler takde tempat nak pegang, pandai-pandailah lu jaga diri. Duduk bersila ke, duduk bertinggung ke buat lah macam mana pon asalkan tak jatuh.

Kadang-kadang benda yang takde dalam plan tu lah yang akan jadi the best moment. Cabaran naik lori ni memang adventure habis. Nak sangat adventure kan? Nah rasakan….

Dalam kepayahan dan kemeriahan tersebut (payah tapi meriah?), akhirnya kami berjaya jugak sampai Janing Barat. Apatah lagi bila kami dihidangkan dengan pemandangan indah Sungai Jasin yang bagaikan memanggil manggil nama kami supaya terjun tiruk ke dalam sungai yang sejuk nyaman itu.

But wait the minute… sebelum you all terjun ke dalam sungai, ada tugasan yang perlu dibereskan. Jangan lupa ya projek CSR kita. That’s why kita disini.

Masuk resort rupanya... ingatkan kampung orang asli. Nak buat apa neh?

Mari kita bersama-sama bergotong royong mengindahkan lagi resort ini. Yeayyyy!!!



Setel gotong royong, maka tibalah masanya untuk berendam dalam sungai sambil mempamerkan skill kuak lentang, kuak dada, kuak kupu kupu dan gaya bebas.

Puas mandi sampai kecut, kami pon balik lah. Takkan nak tidur situ pulak kan? Kali ni balik naik 4x4. Ntah bila dia sampai tak perasan pulak. Maknanya jalan tadi dah elok lah tew!

On the way balik, lalu jalan tadi, memang dah boleh lalu pon. Lega tak yah naik lori dah. Ngam2 time nak balik hujan lagi. Naik 4x4 takde masalah lah ini macam.

Sampai dorm dalam pukul 5.00 camtu, karan dah ada. Sementara menunggu aktiviti malam, masing2 buat hal sendiri.

Makan malam meriah weh! Siap ada kambing golek.  Nom nom nom nom!


8.30 malam ada sesi taklimat yang disampaikan oleh kakitangan PTNJ. Taklimat pasal Taman Negara Endau Rompin je pon. Dia ceritalah segala hal-ehwal yang berkaitan dengan hutan ni, plus perancangan untuk aktiviti hari esok. Oklah… ada juga manfaatnya.


Abis taklimat, gua naik dorm. Tengok jam baru 9.30 malam. Member2 ada yang layan astro kat café, tengok bola barangkali. Gua mata dah rabak. Esok nak bangun awal pagi, nak trekking masuk hutan lagi. Perkara terbaik untuk dilakukan sekarang adalah tidur. Zzzzzzz

1 comment:

Unknown said...

Kalau guna kenderaan persendirian (suv) utk masuk dlm hutan boleh ke?