RINJANI CHALLENGE BY SANTHIKS

Ini adalah kisah pengembaraan sekumpulan pendaki dari Malaysia, 
Mengerah keringat dan tenaga, 
Demi menawan puncak kedua tertinggi gunung berapi di Indonesia.
Siapa kami???
Slowly... but surely we conquer!

Sila like page Facebook kami untuk maklumat lanjut. Kami izinkan anda menjadi stalker kami.




20 orang pendaki, menggelarkan diri mereka SANTHIKS (singkatan daripada SANtai HIKerS) sudah bersiap sedia ibarat tak sabar-sabar lagi nak menjajah bumi Rinjani. Latar belakang, usia, jantina serta karier kami berbeza, tapi kami berkongsi minat dan matlamat yang sama. Kami bersahabat, bersama-sama meneroka serta menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, selain daripada aktiviti riadah for healthy life style. 

Ini cara kami melancong.
Bukan santai2 jalan dalam bandar atau melawat muzium.
Eksplorasi hutan dan gunung, agak ektrem itu yang kami kunjung.

First time guna nama SANTHIKS. 
Projek sebelum ni, tanpa sebarang nama khas, kami sudah berjaya menakluk puncak Kinabalu dan Irau. Ini adalah pendakian ketiga kami di bawah satu kumpulan yang sama tapi tampil lebih matang lalu menggelarkan diri mereka... SANTHIKS.

Idea untuk terbang ke Lombok dan menjajah Rinjani muncul selepas projek menawan Irau pada Julai 2017. Seharusnya KPI projek mega yang perlu dilaksanakan adalah sekali setahun.

Majoriti ahli grup SANTHIKS berpengkalan di Terengganu. Namun dengan adanya teknologi telefon pintar, kami dapat berbincang dan berkomunikasi dengan mudah bukan sahaja sesama ahli grup, malah dengan tour guide yang berpengkalan di Lombok Indonesia. Alhamdulillah... segala persiapan berjalan lancar.


Sebelum memulakan perjalanan, molek kiranya saya berkongsi senarai barang yang harus dibawa sebagai panduan kepada pendaki-pendaki di luar sana. Sharing is caring...

Pakaian:

1) Winter jacket (make sure cukup ketebalan yg diperlukan): cuaca malam / awal pagi teramatlah sejuk. Lebih kurang sejuk macam Kinabalu jugak. So kalau tak tahan sejuk, sila bawak jaket tebal.

2) T-shirt lengan panjang: suhu waktu siang dan malam agak ketara perbezaaannya. Siang panas, boleh terbakor kulit especially bila melalui kawasan padang rumput savannah. Pakai lengan panjang untuk mengelakkan lengan berbelang. Kalau nak pakai t-shirt lengan pendek, saya nasihatkan padankan dengan stoking lengan. Pakai yang nipis sudah. Nanti bila dah jalan sampai tempat sejuk, kalau tak tahan sejuk standby dalam back pack jaket yang nipis sikit macam wind breaker.

3) Thermal shirt - untuk menghangatkan badan diwaktu suhu sejuk. Pakai bersama dengan winter jacket.

4) Stoking tebal utk tidor - malam yang sejuk walau pun berkelubung dalam sleeping bag. Kalau tak tahan kaki sejuk, bawak stoking tidur.

5) Stoking mendaki panjang yang tebal (stoking bola sesuai) - balut kaki dengan kemas supaya rasa selesa dan kaki tak melecet.

6) Sarung tangan untuk tido - malam yang sejuk... bawak yang tebal.

7) Sarung tangan uuntuk mendaki (half finger @ winter glove @ glove mesin rumput yang ada lapisan getah) for hand protection - bawak yang tebal dan nipis. Tebal untuk malam, nipis untuk siang.

8) Topi untuk perlindungan dari terik mentari.

9) Pakaian dan persalinan lain mengikut keperluan dan citarasa masing2. Namun harus diingat, lagi banyak, lagi berat.



Peralatan lain yang harus diconsider jugak:

1) Kasut tak masuk pasir (hi-cut boot @ lid attached to out-sole)- kalau pakai low cut shoe, pakejkan ngan gaiters sekali. Penting bawak selipar juga. Selipar jepun pon ok. Selain untuk dipakai disekitar campsite, pada beberapa lokasi mendaki atau menurun, lebih selesa dengan berselipar sahaja, terutama apabila jari jemari kakimu mula sengal2 dan melecet. Porter semua pakai selipar je, siap bawak beban lagi. Mereka takpe... dah biasa.. keje mereka hari2 turun naik. Sebagai pendaki yang melancong, pakailah kasut lebih selesa. Selipar pakai kat sekitar camp site sahaja.

2) Tongkat - secara peribadi, saya kurang bertongkat apabila hiking. tapi di Rinjani, saya rasa tongkat sangat penting bukan sekadar untuk membantu pendakian, malah sangat berguna untuk menambah grip ketika menurun permukaan trek yang berbatu kerikil menyebabkan kasut kekurangan geseran. Harus diingat perjalanan pergi dan pulang boleh mengambil masa sehingga 10 jam sehari. Jadi tongkat berguna untuk memindahkan beban kepenatan. Satu sudah memadai, tapi waktu ke puncak, dua lebih afdhal, dapat pegang kiri dan kanan, lebih grip dan selesa.

3) Serkup kepala - yang tebal dan yang nipis. Tebal pakai masa sejuk, nipis pakai masa panas untuk reduce the sun burn.

4) Spek mata hitam - pakai masa panas untuk kurangkan silau dan melindungi kornea daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.

5) Bantal kecik (yang buleh tiup lebih sesuai @ air pillow outdoor style) untuk buat alas kepala masa tidur. Bantal tidak disediakan oleh penganjur. Worse case, alas dengan beg pun boleh.

6) Head lamp (bateri jgn lupa - kene spare banyak utk 4 malam - biasanya satu set untuk dua malam).

7) Power bank 2 biji - tiada sumber elektrik boleh ditemui dalam jangka masa 4 hari 3 malam sepanjang naik turun Rinjani. Maka kalau anda banyak gadget, bawak lah lebih untuk kerja-kerja mengecas. Sebelum terbang, check dengan laman web AirAsia berkenaan polisi power bank. Tak semua jenis power bank boleh bawa.

8) Bag pack saiz kecil - jika hanya anda menyerahkan hiking bag anda kepada porter untuk dibawa. Beg ini perlu untuk mengisi barang keperluan sepanjang perjalanan seperti makanan ringan, air, kamera, telefon, baju hujan, ubat-ubatan, head lamp dan barangan kecil yang lain. Jangan harapkan porter untuk membawa barang2 ini. Mereka dah lesap hilang entah kemana. Kat campsite baru jumpa balik. Kalau boleh cari yang jenis kalis air, atau kalau takde bungkus barang2 senang basah dengan plastik. In case hujan.

9) Sleeping bag dan sleeping mat - kalau nak bawak sendiri punya silakan... tapi kalau sanggup pakai yang diorang punyer takyah bawak lah. Tak teruk sangat pun diorang punya. Cuma kurang tebal.

Ubat ubatan:

1) Panadol atau pain killer - penting pada yang ada alahan AMS.

2) Sun block - sapu kat anggota badan yang terdedah pada matahari.

4) Handyplast - in case ada luka2 kecil.

5) Minyak angin cap kapak atau yang sewaktu dengannya. Vicks pun boleh in case kalau pening2, mabuk2, muntah2. Lega sikit dapat benda berangin nih.

6) Emez Yokoyoko untuk melegakan kesengalan otot.

7) Lip balm @ vaseline - biasanya terlalu sejuk pon bibir buleh kering.

8) Zyrtec (pil selsema @ gatal @ elergic)


Personal hygiene - ini penting sebab sepanjang dalam kawasan pergunungan, takde punca air yang sesuai untuk mandi manda lalalala.

1) Hand sanitizer

2) Toiletries (ubat / berus gigi, ubat kumur)

3) Kain tuala - saiz kecil sudah memadai sebab tak mandi.

4) Botol spray untuk wuduk (tak wajib ada - still buleh pakai botol air biasa, tapi motifnya adalah untuk menjimatkan air seberapa yang boleh).

5) Tisu basah dan tisu kering untuk berinstinjak.

6) Bedak / parfurm / deodoran / body spray - 4 hari tak mandi... tak busuk pon walau pun tak mandi, tapi pakailah deodoran... bau ketiiii... pening woooo!


Untuk hiking bag nak bagi porter, kami menggunakan strategi 2 in 1, dimana dua orang punya barang sumbat masuk dalam satu bag. Strategi ini mampu menjimatkan kos. Saya menggunakan beg deuter saiz 75L + 15 L... memang berat. Timbang kat airport sikit lagi nak cecah 20kg. Ngam2 bayar untuk check-in luggage.


Dingdong dingdong, tanggal 28 April 2017, maka bertemulah kami 16 orang pendaki SANTHIKS di KLIA untuk penerbangan AK308 ke Lombok. Ini baru satu batch. Esok ada satu batch lagi empat orang akan tiba. Mereka lewat sedikit. Ada hal katanya.


Flight ke Lombok mengambil masa kira2 3 jam suku. Tambang boleh check di laman web AirAsia. Kadar berbeza2. Memandangkan dari pagi tadi memang dah jangka tak sempat breakfast, so order siap2 makan dalam flight. Sambil tu, macam biasa, masuk Indonesia kena isi borang kastam. Just for declaration ada bawak barang kena tax ke tidak. Kalau ada, bayor ler..


Selesai segala prosedur masuk negara asing, kami menuju ke Mataram untuk check-in hotel disana dengan menaiki kenderaan pilihan ramai rakyat Indonesia... Toyota Kijang! Harga tak tahu berapa... dah siap2 bayar semua all-in. Satu kereta je dah penuh dengan bag. So kena tambah lagi dua van untuk bawak orang.


Waktu di Lombok sama seperti di Malaysia, tiada perubahan pada jarum jam. Cuma masa di sana lebih awal macam kat Sabah Sarawak.

Jarak airport ke Mataram mengambil masa kira-kira 45 minit, bergantung kepada kadar kemacetan.

Sebelum sampai hotel, kami dibawa ke sebuah restoran yang nampaknya agak eksklusif (harga pun eksklusif) untuk menikmati hidangan makan tengah hari ala Lombok.

Menu istimewa kat sini... ayam taliwang. Semacam ayam panggang yang dibakar menggunakan sos khas yang khabarnya orang Lombok sahaja tahu membuatnya.





Kami check-in dan menginap di Biduri Hotel, sebuah hotel nan budget, lengkap dengan swimming pool dan pusat karaoke. Tapi kami takde masa nak layan tu semua. Bizi bebenor. Lepas check-in je terus keluar pergi shopping keperluan akhir.

Urusan check-in, logistik di uruskan oleh ketua kumpulan kami, Encik. Pogba!


Sementara kami awok-awok nih lepak2 kat lobi menanti acara seterusnya.

Lepas dapat bilik, rehat2 jap, kami ramai2 keluar jalan dekat2 situ. Pergi Mataram Mall, beli sim card untuk dapatkan line mobile internet. Dapat aktifkan whatsapp pun jadi dah. Walaupun dalam kawasan pergunungan Rinjani tu majoritinya takde line, tapi ada masa dan ketikanya dapat jugak line sikit2. Biar je phone tu on, nanti lama2 adalah message masuk.


Lepas tu kami terjah pulak ke supermarket yang ada dalam mall tu. Cadangnya nak beli air nak bawak esok. Tak perlu banyak sebab nanti kat atas porter akan top up bekalan air. Tapi kena ada bekaslah. Beli sekadar nak bawak masa dalam perjalanan je. Boleh jugak letak dalam beg yang nak bagi porter bawak.


Selesai bab shopping, kami balik hotel kejap letak barang2.. lepas tu keluar lagi cari santapan makan malam. Makan kat warung tepi jalan, harga mesra rakyat. Tapi menunya tersangatlah terhad. Itu takde, ini takde. Tinggal mi ayam dengan ayam taliwang je. Siang malam taliwang. Hadap je lah dah itu rezeki dariNya. Kali ni taliwang siap dengan kepala. Hahaha... eksotik!



Lepas makan balik hotel tunggu Pak Juan mountain guide kami datang untuk menjelaskan bayaran dan berbincang tentang agenda seterusnya. Let's the leader do the talking. Lain2 buat hal masing2.

End of day one.

Day two, no rush sebab kami dah plan nak check-out from the hotel pada jam 10.30 pagi. Breakfast di kafe hotel sahaja. Check-out dulu untuk beberapa hari sebab lepas turun dari Rinjani nanti, kami akan kembali check-in disini. Atas izin kakitangan disitu, barang2 yang tiada kegunaan di pergunungan kami tinggalkan di lobi. Nak bawak buat apa tak guna. Tambah beban jer.

Sambil2 menunggu kenderaan datang pikap kami, gambor2 dulu lah dalam sekitar kawasan hotel.

Hari ni sedondon pakai t-shirt kaler pink masa trip pergi Irau tahun lepas. Yang tak pakai tu maknanya dulu tak ikut gi Irau... hahaha!

Mana barang yang nak bawak, loading dalam MPV. Sekali lagi, penuh sarat MPV dengan hiking bag masing2.

Untuk orang2 ni pulak disediakan sebuah van dan sebuah coaster bus luas dan selesa.

Destinasi kami selepas ini adalah kembali ke Lombok Airport untuk pikap lagi empat orang yang baru terbang pagi tadi.

Tunggu punya tunggu, lama jugak, sampai diorang muncul, baru lah kami bergerak ke Sembalun, sebuah perkampungan di kaki gunung tempat kami akan memulakan pendakian.

Perjalanan ke Sembalun sepatutnya mengambil masa tiga jam sahaja. Tapi disebabkan ada beberapa persinggahan, kami tiba agak lewat petang.

Mula2 singgah di sebuah restoran ntahapanamantah pekena makan tengah hari dan solat. Ambik pakej satu hidangan makan dua orang. Ada ayam taliwang lagi. Tapi ikan goreng talapia hitam itu agak sedap walau pun goreng simple macam tu je.

Lepas makan, jalan lagi beberapa jam hingga ke laluan mendaki. Kami singgah di sebuah masjid di satu perkampungan sewaktu mendaki tu, untuk berehat dan ke tandas. Masa ni jalan dah mendaki, so terasa hawa sejuk dan segar dari luar.

Jalan lagi di kawasan bukit bukau Taman Wisata Pusuk Sembalun untuk berehat dan ambik gambar. Cantik view dari kawasan ni. Nun jauh dihujung sana kawasan perkampungan dalam kawasan lembah gunung. Monyet pun jinak2. Tunggu je orang hulur makanan. Ada sedikit bayaran dikenakan kalau nak masuk dalam. So, standby duit kecik.



Lepas tu sambung jalan lagi sampailah ke perkampungan Sembalun. Dah pukul 5.30 petang. Agak lewat...tak lama lagi dah nak malam. But the show must go on...

Maka bag semua dipungah dan dikumpulkan di satu tempat untuk dibawa oleh porter.


Dingdong dingdong, jam 6.05pm, kami memulakan langkah dengan misi untuk menjelajah sehingga ke puncak Rinjani. Bermula dari jalan tepi rumah orang, sawah bendang, hutan2 kecil hinggalah ke kawasan padang rumput ala savannah. Hari dah gelap. Elok je jalan 10 minit, sayup kedengaran azan maghrib dilaungkan bersahut-sahutan. Rasa bersalah pulak time2 maghrib baru nak jalan masuk hutan. Dah jadualnya macam tu. Nak buat camane? I follow...



Alam sekitar pun dah semakin menggelap. Kami pun pasanglah head lamp bagi menerangi jalan yang lurus... mendaki dan ada kalanya bengkak bengkok.

Berjalan di tempat asing dalam kegelapan malam agak mencabar juga sebenarnya. Kita tidak nampak pemandangan di sekeliling. Maka arah kita hanya fokus pada jalan di bawah. Takde masa nak jalan sambil tengok handphone.
Moral of the story: Hikers is focus.

Sudah lah begitu, banyak 'bom' bertaburan di atas laluan. Errr... taik lembu daa... Masih fresh lagi... Kalau terpijak, yakkkss!!! Hahaha... Kerana fokus, kami semua terselamat. Bila terjumpa bom ditengah jalan, kru di depan akan beri amaran kepada orang di belakang supaya lebih berhati-hati jangan sampai terpijak. Alhamdulillah... semua terselamat.
Moral of the story: Kerjasama dan alert!

Hanya tour guide kami, Pak Jamal sesekali terbabas lalu menyebabkan beberapa biji bom berkecai. Sadis... tapi nampak macam dah biasa. It's ok...

Sampai ke POS 1, Jalur Sembalun.

Mula-mula ingat macam dah sampai boleh camping kat sini. Rupanya belum daaaa. Matlamat kami pada malam itu adalah Pos II. Ada lagi 1.4km pendakian landai sebelum sampai ke destinasi. Ayuh gerak!

Kami sampai di Pos II sekitar jam 9.00 malam setelah menempuh perjalanan lebih tiga jam. Segmen pendakian malam ini saya boleh katakan masih kurang mencabar dengan trek yang agak landai dan suhu yang sesedap badan. Persekitaran yang gelap juga menghalang kami untuk melihat keadaan sekeliling, maka kita tak tahu sudah berapa jauh dan berapa jauh lagi kita nak berjalan. Maka mental kurang memainkan peranan di situ. Kita jadi lebih positif.

Setibanya kami di Pos II, deretan khemah sudah siap didirikan oleh kru porter yang bertugas. Cepat betul diorang sampai. Makanan juga sudah disiapkan. Cuma tunggu masa nak hidang.


Kami pun memilih khemah masing2 untuk meletakkan barang serta melegakan tubuh badan. Tak lama kemudian, kru porter akan menghantar hidangan makan malam ke pintu khemah masing2. Alahaiii... siap ada pelayan. Terharu sangatttt!!!

Menu makan malam kita di campsite pertama ini adalah nasik lauk maggie... hahahaha... telur dua bijik, cukup untuk cover protein kasi build up balik muscle.


Memang takde lauk. Dah jangka macam tu, kami bawak bekal serunding dan sambal bilis. Selera sikit lah ada lauk nak makan nasik. Saya makan maggie je. Saya cuba elak nasik dan cuba untuk makan dalam kuantiti yang sedikit. Takut nak memerut. Toilet kat sini sangat primitif.

Cerita pasal toilet, saya panggil toilet pacak. Berdinding kanvas, tinggi pun takat leher je, dalam ada lubang sudah gali. Lepas bisnes, sila kambus, tapi jangan kambus habis. Kambus sikit sekadar boleh mengaburi pemandangan orang dan tak berbau. Lama2 bila tanah yang dikambus dah penuh, bagitau kru porter, nanti diorang alih toilet tu gali lubang kat tempat lain pulak. Bab alih toilet ni nampaknya mereka memang cekap.



Nak cuci, kena jimat2 guna air. Sebab tu suruh bawak tisu basah. Boleh guna untuk istinjak.

Lepas makan, semua masih segar dan excited lagi. Takde buat apa, kami pakat2 memburu Bima Sakti. Taburan bintang yang bergemerlapan indah tanpa gangguan cahaya bulan membuatkan kami teruja dengan pemandangan yang sudah lama tidak disaksikan begitu. Hasilnya...








Cucuk bintang sampai puas... hahaha.. kat Malaysia tak leh buat macam ni...

Bila dah puas, memasing masuk khemah. Tidur... Esok perjalanan masih jauh.


Hari ketiga di Pulau Lombok; hari kedua misi pendakian ke Puncak Rinjani...

Pagi2 dah bangun. Sejuk betul nak wuduk walau pun guna spray je. Sambil2 tunggu breakfast di siapkan oleh kru, kami menikmati cuaca pagi yang indah di padang rumput savannah. Lebih kurang macam Bukit Broga sikitlah kat sini. Padang rumput tinggi bercampur lalang.














Subhanallah... Memang power ah view kat sini. Tapi perjalanan masih jauh. Harus diingat kita baru berada di fasa pertama pendakian yer. View dah cengginiiii...

Sarapan pagi presentation agak bagus. Tapi saya tak seleralah nak makan. Terasa hambar... Tapi kena makan juga untuk tenaga.


Selesai makan, siap2 untuk berangkat... Let's go.

Jam 7.45 pagi. Kami meneruskan langkah menuju ke campsite seterusnya... Crater Rim Sembalun. Nama cam canggih. Camane rupa? Wallahua'lam... Jom jalan...

Masih awal pagi, tapi cuaca sudah panas. Ditambah lagi dengan haba yang keluar dari badan akibat pembakaran kalori, pakai baju selai je cukup. Lumur sun burn banyak2 tak nak bagi kulit hangus terbakor. Kalo tak rugi jer pakai Qu Puteh mahal2...  huhuhu...




Nampak macam sungai, tapi bukan sungai. Itu adalah bekas laluan larva gunung berapi yang mengalir sehingga tempat tu hangus rentung terbakor.

Jalan punya jalan sambil bergalok bergelak ketawa, sejam lepas tu kami pun sampailah di pondok rehat ni. Stop kejap minum dan makan makanan ringan kasi tambah tenaga.

Lepas tu jalan lagi. Naik bukit, turun bukit, tapi banyak naiklah daripada turun, sampai lah ke POS III. Dah 1.7km kami jalan rupanya, dengan masa perjalanan santai2 lebih kurang sejam 20 minit. Ok fun... tak penat sangat.


Bermula dari POS III, maka bermulalah style pendakian pacak. Cuaca dingin dan kering menambah keselesaan untuk mendaki. Kabus dan awan, datang dan pergi menyelubungi persekitaran, menutup pandangan. Tanpa kabus, ku lihat hijau saujana mata memandang.


Sampailah satu masa, suka atau tidak, kami perlu mendaki tiga anak bukit secara berturut-turut. Nama bukit ini ialah Bukit Penyesalan. Persis namanya, memang rasa nak menyesal je daki bukit ni. Nyesal masa tu je lah. Dah balik Malaysia, rindu-rinduan jadi kenangan gitew.





Bukit Penyesalan benar2 menguji kemampuan fizikal dan mental seorang pendaki. Dalam grup kami, dah mula ada yang cramp, ada yang sakit lutut, ada jugak yang kena AMS sampai termuntah.


Tapi itulah cabaran yang kami harus tempuhi. Dalam hiking, tidak semua indah belaka. Pasti ada suka dan duka. Dan kedukaan itulah yang bisa menggamit memori sehingga boleh menjadi bahan bila balik ke Malaysia.

Jam 2.00ptg, kami selamat mendarat di Crater Rim Sembalun. Khemah sudah siap terpasang. Geng kru poter punya kerja lah ni. Mereka sangat laju mendahului kami.


Ini adalah camp site untuk kami bermalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada tengah malam nanti. Dari sini, pemandangan sekeliling tak nampak sangat sebab sentiasa berkabus. Cuaca juga lebih dingin jika dibandingkan dengan camp site malam tadi. Kena pakai baju yang agak tebal sikit. 


Punca air pun takde. Memang tak mandi lagi lah hari ni. Sejuk2 ni nak mandi pun tak selera. Jangan kata nak mandi, tengok pada toilet pun, nak buang air besar pun tak selera. Bertabahlah duhai pendaki...

Menu makan tengah hari kami hari ni... Tak tengah hari sangat dah. Dah masuk petang pun. Nasi putih lauk maggie goreng served with telur dadar slices. Alhamdulillah... ada lagi rezeki lauk maggie.


Kalau tak kena selera, memang susah nak telan. Stok serunding dan sambal ikan bilis masih banyak. Boleh lah makan nasi tu sikit. Syukur Alhamdulillah.

Aktiviti petang ni takde apa sangat. Lepas makan, kami rehat2, santai2 je. Mana yang nak tidur tu, tidurlah. Mana yang nak bergambor tu, carry on. Buat lah apa korang suka.





Nak solat, kat mana2 pun boleh. Asalkan ada tanah lapang sikit, bentang tikar ke alas apa ke, boleh solat. Saya solat atas kanvas pinjam group Indonesia. Mereka tengah baik punya massage laki pompuan. Dia nampak saya macam nak solat, dioarang offer... terus stop massage duduk diam. Hahaha!
Moral of the story: 'Innas sholata tanha 'anil fahsa iwal munkar'.


Khemah untuk kru berehat dan memasak juga sangat simple. Semalam tak nampak sebab sampai malam dan khemahnya agak tersorok sikit dalam lalang. Hari ni baru jelas kat sebelah khemah oren kitorang je. Nampak macam khemah pelarian pun ada... hahaha... itulah kehidupan malim Gunung Rinjani.


Cerita pasal kru porter ni, mereka sangat awesome! Dengan pakaian macam nak chill2 kat rumah je, tak perlu berkasut berseluar hiking bagai, selamba je pikul beban guna kandar. Majoriti semua macam tu. Alah bisa, tegal biasa. Yang galas beg tu, normally porter lah. Yang pikul kandar ni, normally kru yang setup khemah, tukang masak dan sebagainya. Terharu melihat kegigihan manusia mencari rezeki demi menyara kehidupan sekeluarga.


Dari petang bawak ke malam. Aktiviti free and easy. Nak tidur, mata tak mau lelap lagi. Maka terkeluarlah idea untuk membuat lukisan cahaya. Guna kamera phone je sebab DSLR takde. Dengan berlatarbelakangkan bintang2 bergemerlapan, kami belasah je ikut kreativiti yang ada.




Takde keje. Orang lain dah senyap, dah tidur agaknya. Kami kat luar lagi main2 torch light.

Dah penat main torch light, kami pun masuk khemah. Tidurlah pulak. Esok nak bangun seawal jam 12 tengah malam.

Jam 12 tengah malam, kami dah bangun dengan semangat berkobar-kobar untuk menuju ke puncak. Sejuk bangat. Khemah pulak lembab, kena embun barangkali, atau pun air bawaan kabus / awan yang melekat di khemah.

Dalam kesejukkan itu juga, kami mengenakan pakaian yang paling tebal lalu bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Khabarnya lima jam juga nak sampai ke puncak. Jauh meh nak daki lima jam.

Jam 1 pagi, kami memulakan pendakian. Fasa pertama pendakian pun dah terasa kecungapannya. Dengan pacaknya, dengan tanahnya berbatu kecil menyukarkan kasut hiking kami untuk mencengkam permukaan bumi. Asyik mengelusur je. No wonder lah lima jam. Bukan sebab jauh sangat, tapi sebab trek pendakian agak ekstrem.

Sesekali berhenti dan menoleh ke belakang, nun di kejauhan sana, deretan lampu pendaki jelas kelihatan.


Waktu orang di Malaysia tengah syok tidur, kami mengatur langkah demi langkah, sambil sesekali mencari pelabuhan untuk meredakan seketika keletihan. Gelap punya pasal, kami jalan je ikut trek tak nampak pemandangan apa.




Sampai satu masa, nun di kejauhan sana, fajar mula menyingsing, menandakan masuknya waktu subuh. Kena cari port untuk solat.

Masa ni terobek balik masa kecik2 dulu, belajar 'tanda-tanda masuk waktu solat' yang semakin dilupakan lantaran adanya jam dan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah. Memang bagus, tapi tahukah anda bagaimana perkiraan waktu2 solat itu diperoleh? Contohnya... subuh; terbit fajar saddiq. Zohor, Asar, Maghrib, Isyak... mostly berkaitan dengan kedudukan dan cahaya matahari.

Mendaki bukan sekadar mendaki.

Fikir dan relate balik dengan ilmu2 duniawi dan ukhrawi. Planet, bumi, langit, gunung ganang, bulan bintang, matahari... Semua ada dalam Quran.

Bukankah kita di galakkan berfikir tentang alam sekitar dan tanda2 kebesaran Allah? Tapi kenapa bangsa orang putih yang conquer? 

NO... jangan kata saya pandai. Kita sama2 belajar.... dan berdakwah.

Waktu Subuh kami di celah2 batuan gunung berapi. Dari terbit fajar, hingga terbit mentari. Puncak Rinjani semakin jelas kelihatan. Malangnya nampak dekat di mata, tetapi jauh di kaki.


Perjalanan diteruskan walau pun ada antara kami yang sudah kecundang. Jiwa masih kental, namun apakan daya, atas faktor keselamatan dan kesihatan, mereka pasrah untuk berhenti disini. To these wira dan wirawati yang tidak didendang. Anda sudah sampai ke satu tahap yang ramai lagi orang lain diluar sana belum capai.

Semakin menghampiri puncak, setiap langkah semakin mencabar disebabkan faktor permukaan tanah yang polos dan berbatu. Two steps up, one step down. Kelebihan kalau bawak dua tongkat, boleh dapatkan lebih cengkaman di sini.


Tough but not so tough. Kena banyak sabar dan jangan cepat give up. Remember the tagline... slowly but surely we conquer... hahaha!!

Jalan dan terus berjalan, hinggalah akhirnya...

SAMPAI KE PUNCAK RINJANI!!!
Phewiiittttt....

Hadoiiii... punyalah jauh. 3 hari baru sampai.... hahahaha.

Achievement unlock!
















Grup photo di puncak pon tak cukup korum sebab grup terpecah, sampai berperingkat. Ada yang cepat, ada yang lambat.

Tak leh lepak lama. Cuaca makin panas. Matahari bersinar garang. Gersang tanpa sebatang pokok pun untuk berteduh. Puas bergambor, tengok view, celebrate the achievement, saya segera turun meninggalkan geng2 lain yang masih berpesta meraikan kejayaan menawan puncak Rinjani.

Sebab dah lapor, nak cepat sampai khemah, lagi pun panas cengceng, saya turun dengan agak speeding. Ada ketikanya saya berlari2 anak. Beberapa kali tergelonsor terjatuh terduduk sebab permukaan yang kurang mencengkam. Saya rasa itu perkara biasa. Saya sorang2 je masa ni. Dua jam lepas tu, saya sampai ke campsite. Ada tiga orang yang tak naik puncak tadi. Dah sampai lama yer?

Saya mintak makan. Lapor... dari jam 1.00 pagi semalam tak makan. Ini dah jam 11.30 pagi. Dah gaya orang puasa dekat 12 jam tak makan.


Menu sarapan pagi tadi nampaknya. Diorang dah siap prepare lama. Kami je lambat turun.


Sebenarnya kami sudah jauh tersasar dari jadual asal. Sepatutnya tengah hari tu kami harus bergerak menuju ke campsite Danau Segara Anak. Namun memandangkan masih ramai tak sampai lagi, perjalanan terpaksa ditunda beberapa jam.

Ikut jadual asal, bila jam 12 tengah hari bertolak, sampai ke danau masih siang, so dapat jumpa fresh water, boleh mandi, mancing, main air etc. Tapi kalau dah pukul 3 baru nak bertolak, malam lah sampai ni karang. Takpelah... kasi chance pada members untuk menakluk puncak Rinjani. Bukan selalu datang sini. Biar lambat, asalkan objektif untuk menawan puncak tercapai. Demi masa, kami tinggalkan dua orang ahli yang akan follow lewat petang sedikit, sebab diorang last baru turun dari puncak. Bagi diorang rehat dan kemas apa yang patut.


Segara Anak adalah kawasan tasik yang nampak dari puncak Rinjani tadi. Yang tengah2 ada Gunung Berapi kecik sikit tu. Yer... kami mahu kesana. Bermalam di sana.




Hari ni paling banyak dan lama berjalan. Dari jam 1.00 pagi tadi dah start jalan pergi ke puncak, lepas tu turun... Rehat kejap, sambung jalan lagi  ke Segara Anak dari petang membawa ke malam.

Mujurlah trek tak daki sangat dah. Banyak menurun dan mendatar. So jalan pun happy2 jer... buleh bergalok bergelak ketawa. Tapi awas, mata harus liar memerhatikan bom2 yang bersepah ditepi trek. Kali ni bukan buatan lembu lagi dah... tapi buatan manusia. Silap langkah, buruk padahnya. Bersepai wa cakap lu... bom tu... yucksss!!










Banyak betul jalan hari ni. Sampai ke malam, boleh pulak jumpa orang sesat. Group Vietnam.

Mamat tu sorang, masa saya turun dari puncak tadi, bukan main laju lagi dia. Siap berlari. Tak tegur pun. Ini jumpa balik, baru tegur. Dari Vietnam rupanya. Laki pompuan 4 orang. Kapel lettew. Dia kata nak pegi Segara Anak, tapi guide dia tinggal dia. So diorang tak tahu nak pegi mana. Takut sesat. Pak Jamal kata jom follow group kitorang. Kita satu jalan.

Moral of the story: hikers saling bantu membantu tanpa mengira siapa.


Jalan punya jalan dalam hutan lalang dan pokok pine, dalam 2-3 jam jugak rasanya, kami pun tiba di campsite; Danau Segara Anak. Buat pertama kalinya dalam masa 3 hari, dapat jumpa dengan air bersih yang banyak. Puas jumpa air, berus gigi, ambik wuduk semua kat tasik. Tapi nak mandi malam2 ni sejuk. Alang2 dah tiga hari tak mandi. Lajak lah lagi satu hari... 


Sampai2 je kena bukak kasut mengarung air paras betis sebab campsite kami belah seberang sungai kecik ni je.


Macam sebelum ni jugak, khemah sudah siap dipacak dan makan malam menanti untuk dihidangkan. Nasik lauk maggie lagi. Selongkar beg, carik serunding dan sambal. Agak berselera juga saya makan sebab lapor banyak jalan hari ni.

Esok bangun pagi, gigil lagi. Baru lah nampak pemandangan Danau Segara Anak. Wahhh... ada gunung berapi di tengah2 tasik yang membiru.


Gunung itu masih aktif. Nampak wap naik kepul2 ke udara menjadi awan. Sama konsep masak air panas, keluar wap. Tapi air tasik ini sangat banyak. Sampai kat dalam kawah Gunung Barujari tu, dia jadi wap.


Kerana air itu sudah dipanaskan oleh alam, maka suhu air tasik terasa suam2. Masih mampu untuk mandi kalau mahu.




Pemandangan di sini cantinya Ya Rabbiii.... ibarat lukisan.















Sudah sarapan, sudah berfotografi, kemas barang... pukul 8.00, jalan.


Fasa pertama perjalanan hari ni... jalan tepi tasik. Di lereng2 bukit. Sesekali menoleh ke arah Gunung Barujari. Moment yang indah di pagi hari.


Sesekali memang kena berhenti jugak untuk bergambor. Ruginya tak bergambor dah datang sesukar ini.


Habis perjalanan tasik, maka bermulalah fasa pendakian, Lebih kurang sama dengan Bukit Penyesalan. Hutan rumput sama pokok pine.







Memang kena mendaki untuk keluar dari kawasan tasik tu. Sebab kita sekarang dalam kawah. Dalam mangkuk. Sekarang nak keluar dari mangkuk tu.


Sampai lah ke puncak bukit, next trek is layan lereng gunung lagi... agak mendatar tapi sesekali kena buat aksi rock climbing.













Start dari sini, saya dan Arifi mula mengorak langkah maju ke hadapan, meninggalkan teman2 yang lain .


Berjalanlah kami berdua, bertemankan kabus dan awan, sampai habis lereng rock climbing tu, kami tiba di puncak bukit.




Dari sini, bermulalah perjalanan menurun secara total.


Jalan punya jalan, turun punya turun, dari batu bertukar lalang, lepas tu masuk pulak hutan hujan tropika, dari pukul 8 tadi membawak ke 3 petang, sampailah kami ke check point seterusnya di Pos III untuk berehat dan makan. Legaaaa...


Kami penat... nak minum... nak makan.

Sabar dulu... tunggu yang lain sampai baru makan.

Lepas solat, saya baring2 cuba untuk melelapkan mata seketika sambil menunggu geng yang lain sampai. Dalam sejam jugak menunggu, mereka pun muncul lah sorang demi sorang. Dah ramai sampai, baru lah dapat makan nasik lauk maggie. Err... serunding mana, serunding?


Selesai makan, kami jalan lagi. Kali ni merentas hutan hujan tropika pulak. Tak jauh beza macam hutan kat Malaysia, macam kat area Timpohon Kinabalu. Pokok banyak. Cuaca redup.

Saya, Arifi dan Safuraa... kami bertiga nekad to lead the grup jalan pace paling depan. Motif nak cepat sampai, kalau boleh sebelum gelap. Tapi tak tercapai jugak. Sampai POS 1, dah masuk maghrib, dah mula gelap. Kena pakai head lamp. Hujan dah start turun. Dalam hutan, malam pulak tu susah nak agak lebat mana. Tapi pokok banyak, otomatik jadi filter. Bila jauh atas kami macam rintik2 je. Tak basah lencun, tapi lembab jugaklah baju dan seluar. Pasrah...


Derap langkah kami terus membelah kepekatan malam dalam hutan yang tebal. Trek jelas kelihatan, so tak risau sangat soal kesesatan. Cuma perlu fokus. Tujuan kami adalah ke Pintu Senaru. Disitu jalan keluar dari Rinjani.


Akhirnya, jam 8.00 malam, kami tiba ke Pintu Senaru dengan lega dan puas. Saya sujud syukur... hahaha... penat lelah perjalanan 4 hari sudah tiba penghujungnya.


Pendaki2 diminta untuk melaporkan diri dengan menulis nama dalam sebuah buku khas bagi menandakan selamat turun. Ada pondok2 kecil dan sebuah kedai minuman di buat daripada buluh disitu. Paling terharu sekali... dapat jumpa tandas moden.


Meraikan kejayaan turun, beli air tin Coke, dan minum dengan nikmatnya. Barang gunung memang mahal.. satu tin RP15,000. Tak kisahlah... dah banyak hari tak berbelanja.

Tunggu dan tunggu lagi hinggalah semua sebilangan besar ahli grup sampai. Kami ingat dah boleh terus naik bas balik hotel dah. Rupanya belum...

Dari situ, perjalanan keluar ke perkampungan terdekat lengkap dengan jalan raya ada lagi kurang dari dua kilometer. Uk alohhh... kena jalan lagi...

Tak nak jalan boleh. Perkhidmatan gojek ada disediakan dengan bayaran tertentu. Gojek, macam uber jugak tapi versi motorsikal. Teksi moto sapu untuk bawak keluar pendaki ke kampung terdekat. Bayarannya agak mengerikan, tapi kalau pandai mengayat, boleh mintak kurang.

Disebabkan harga yang mengerikan itu, saya, Safuraa dan Boja mengambil keputusan untuk berjalan lagi. Kami jalan lagi dengan penuh sabar dan tawaduk meredah hutan ala2 dusun tu tapi ada jalan tanah merah. Sampailah jumpa jalan konkrit, lepas tu jalan tar. Nampak bas... lega...

Mujur jugak tak naik gojek. Pengalaman ahli grup lain yang naik gojek, naik motor kapcai dengan jalan tanah merah yang licin dan tak rata sambil menurun bukit adalah cabaran terunggul. Dia punya extreme macam bonceng naik motorcross. Siap ada yang mengalami peristiwa mistik lagi... Heiii... seram!


Apa pun dah naik bas, dah selamat, duduk2 dalam air cond. 3 jam tunggu sehinggalah semua ahli grup sampai, baru boleh jalan... Dengan lapor tak makan malam lagi... Ntah nak makan apalah tengah2 malam ni. Badan pun dah letih. Tidur adalah lebih baik. Maka sepanjang2 perjalanan tu lah saya tidur. Letih dan lapor. 


Ngam2 azan Subuh barulah kami dapat sampai di hotel. 


Fuhhh... pengalaman sungguh!

Semua cerita dan gambar tadi memaparkan keindahan Rinjani sebagai salah satu destinasi pelancongan outdoor yang terulung di Indonesia. Dek kerana keindahan itu, ramai yang terlupa Rinjani juga ada sisi gelapnya. Jika tidak dirawat dan dicegah sekarang, suatu hari nanti memang sakit mata bila pergi Rinjani. Masakan tidak... keindahannya ternoda dengan longgokan sampah dan najis manusia yang bertaburan sama ada di lokasi perkemahan atau pun di trek laluan. Saya tak paham macamana najis boleh berada hampir dengan trek. Logiknya, kalau nak kencing ke, berak ke, mesti lah pergi menyorok jauh2 tempat orang tak nampak baru lah membuang. Ini tidak, tepi2 trek tu jer. Kalau ada adab sikit, dia tutuplah dengan tisu. Kalau tisu tu terbang, atau memang jenis tak ada adab, terdedah macam tu je lah. 

Sampah sarap semakin mencemari alam Rinjani. Keseronokkan menikmati pemandangan ciptaan Tuhan sering terganggu apabila melihatkan sampah yang bertaburan di sana sini. Jika berterusan begini, suatu hari nanti, musnahlah keindahan Rinjani. Busuk lah baunya dan penyakit boleh datang. Sebahagian kecil mungkin datang dari pendaki, tapi saya pasti sebahagian besar sampah yang ditinggalkan tersebut datang dari kru campsite. Lepas masak, campak begitu sahaja. Tolonglah ada kesedaran sivik sikit. Jangan buat sampah. Jangan cemari alam sekitar ini. Kasihanilah Rinjani. Kami orang luar datang jauh2 nak appreciate keindahan Rinjani. Tapi kalau macam ni lah rupanya, sangat mengecewakan...

Tak guna hiking, jadi hero kononnya kau lah pencinta alam sekitar kalau pembungkus gula2 pon ko campak macam benda tu terurai dengan segera bila jatuh atas tanah.

Walau pun ada kru pembersihan (tak pasti dibayar atau sukarela), yang mengumpul sampah dan membawanya turun, saya fikir jumlahnya tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kuantiti bahan buangan yang ditinggalkan.

Bagi mengekalkan kelestarian alam, saya fikir Taman Nasional Gunung Rinjani harus diuruskan dengan lebih sistematik.

Semoga menjadi panduan kepada anda yang akan ke Rinjani.


Sebagai rangkuman, saksikan dalam bentuk video pula.



Wassalam.

Captured by Casio Exilim, Galaxy S7 and Fujifilm.


No comments: