Akhirnya kami sampai juga ke Bukit Gambang Resort City. Selama ini hanya mendengar namanya sahaja walau pun saya punya impian untuk bercuti di sini sambil menganjurkan family day sendiri tapi tak jadi lah tahun ni sebab ramai sangat adik beradik, sepupu sepapat naik pelamin. Tup tup sampai jugak atas dasar family day kampeni yang best jugak sebenarnya sebab ramai kawan dan yang paling best sekali ialah entrance, makan, minum ditanggung oleh kampeni.
Saya bergerak dari rumah sehari sebelum hari kejadian kerana tidak mahu tergesa-gesa bertolak awal pagi pada hari kejadian. Ikut jadual, event start pukul 10am, so paling lambat kena gerak dari rumah pukul 7am, which is not possible lah dengan budak keciknyer lagi. Hari2 kerja pun selalu sangat terbabas sampai 7am baru nak bangun. So to be safe, gerak awal, tido sana dulu semalaman. Ada pulak diskaun ditawarkan untuk staf yang bermalam. Tempah satu unit family suite, dua bilik, kongsi dengan seorang sahabat neh. MAsing2 anak tak ramai, boleh lah share.
Walau bagaimanapun, saya rasa sedikit bersalah pada diri sendiri kerana ikut jalan lain, yang ternyata jauh dan tak best untuk sampai ke BGRC. Saya dengan sengaja mengambil keputusan untuk merentasi jalan ke selatan dahulu, melalui seremban, senawang, bukit putus, kuala pilah, jempol sebelum tembus di muazzam shah. sebab ada sahabat dari Nilai nak lalu jalan tu. Saya dengan girang mengoffer diri untuk konvoi sama2 kerana mengikut kata sahabat, jauh perjalanan tak banyak beza, kereta tak banyak dan bestnyer takde tol langsung. Mendengar tawaran yang hebat itu, saya mengoffer diri untuk konvoi dengan tujuan nak explore jalan yang belum pernah saya lalui.
Rupanya indah khabar dari rupa. Sebelum nak sampai ke muazzam shah tu, melalui jalan kampung dan bandar, banyak trafik light dan juga kenderaan, menyebabkan perjalanan tidaklah selancar yang dibayangkan. Hanya beberapa ketika, apabila merentasi jalan yang lurus di tengah ladang kelapa sawit, saya pecut meninggalkan sahabat tadi jauh di belakang. Maka untuk sampai ke Gambang mengambil masa kira-kira 5 jam, campur dengan berhenti makan. Kalo ikut hiway LPT, 5 jam tu saya dah sampai kemaman. Oh, cukuplah sekali ini sahaja. Lepas ni, kalo nak ke pantai timur, tak lalu dah jalan ni.
Coco Beach bukanlah sebuah pantai seperti namanya yang ada perkataan 'beach' itu. Ianya sebuah kolam buatan manusia yang sangat besar, namun anda akan merasai kenikmatan seperti mandi-manda di pantai kerana ada ombak yang beralun-alun sehingga menghempas konkrit. Untuk rekod, ombak di coco beach merupakan ombak buatan manusia yang paling kuat geloranya hinggakan ikan pun tak berani nak hidup di dalamnya berbanding dengan taman tema air lain di Malaysia, namun tidaklah sehingga membahayakan bot-bot kecil, tapi sangat merbahaya kepada anak-anak kecil.
Ucapan perasmian dari pengerusi badan penganjur, sambil Tan Sri CEO sedang meneliti teks ucapan yang akan disampaikan sebentar nanti. Menemani beliau di sisi merupakan Puan Sri dan orang-orang besar di kampeni, maksud saya pangkat yang besar... bukan badan besar ok! Dan orang-orang besar itu hanya yang duduk atas stage itu sahaja. Yang berdiri kiri kanan bawah daripada stage itu adalah kuli macam saya jugak. Dan yang pakai baju batik itu bukanlah staf dari kampeni saya.
Ucapan dari YB Tan Sri CEO merangkap Presiden kampeni. Selain dari dapat masuk percuma ke BGRC, hadiah dan makan free, Tan Sri juga mengumumkan bonus tambahan sebanyak RM50 untuk cover duit minyak dan tol dari KL ke BGRC. Kira ok lah tu. Dah lah suruh kita pergi bercuti, lepas tu dia tanggung lagi. Alhamdulillah... syukur.
Air yang tenang jangan disangkan tiada pengganas. Jangan bimbang, pahlawan pingu sedia menentang! Fire!!! Ok cukup merepek di situ. Ini adalah pemandangan sebelum gimik perasmian dilakukan.
Orang yang dalam bot tu akan mendayung sampai ke darat, lepas tu buat tembakan rambang pong pang pong pang konon2 macam pengganas menyerang, lepas tu bagi senapang tu kat tan sri. Lepas tu tan sri pulak tembak sedas dua. Lepas tu banner pun turun. Rasmi!
Sementara orang tengah kusyuk tengok persembahan gimik tadi, saya akan shoot apa sahaja yang indah, kerana saya manusia normal yang sukakan kepada keindahan. Lanskap, potret... apa sahaja. Ini juga boleh dikira sebagai pemandangan yang indah bukan? Ekceli minah ni bukan dari kampeni saya. So jangan tanya saya siapa dia, memang saya tak kenal pon. Kalo nak jumpa dia, sila ke BGRC.
Antara objektif utama saya menyertai hari keluarga tahun ini (walau pun sebenarnya memang setiap tahun join) adalah untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Tapi seperti biasa, asal ada jer cabutan bertuah saya macam tak berapa bertuah. Jangan kata first prize, last prize pon tak naik2 jugak nombor neh. Hadiah kecik yang banyak giler tu pun tak dapat. Walau bagaimanapun hati sedikit teruja bila yang menang grand prize adalah sahabat dari same department. Tahniah mud! Anda memang bertuah giler!
Ikut plan asal saya memang malas nak membasahkan diri. Swimming trunk pon saya tak bawak. Saya cuma nak pegang kamera yang memang manja tak boleh basah langsung sambil shoot moment yang menarik. Tapi kesian pulak tengok along sorang-sorang jer main kat gigi air macam tak de thrill langsung anak jantan main2 kat tepi kolam. Saya pon cargas jer pergi cari gift shop dan mencari short yang paling murah. Dapatlah yang paras lutut dengan corak bunga-bunga ala hawaii dengan harga RM12.90. Huh mahal jugak tuh! Nyesal tak bawak short yang berlambak kat rumah tu. Lepas tu cepat2 pergi sewa pelampung, terus bawak ke tengah.
Punya lah thrill main ombak beralun-alun atas pelampung sampai satu ketika saya dan along tercampak jatuh ke lautan samudera. Kelam kabut saya selamatkan along dari menjadi mangsa lemas pertama di BGRC. Mamat life guard yang berdiri kat situ pun macam dah standby nak campak pelampung keselamatan. Nasib baik kolam tu masih boleh jejak lagi. Cepat-cepat saya dukung along dan bawak dia naik ke darat, sambil dia teresak-esak sebab terkejut terpaksa minum air klorin. Kalau dalam dia sampai tak boleh jejak saya belum ada pengalaman selamatkan orang. Selamatkan diri sendiri tu boleh lah.
Wet playround untuk anak-anak. Ada gelongsor, ada buaian ada piranha...
Main punya main sampai basah dan koyak seluarku tapi tiada siapa yang tahu, dekat pukul 6pm baru lah saya bergerak pulang ke KL, tapi singgah sebentar di bandar Maran untuk solat dan isi minyak kenderaan. Konfem lalu hiway, tak lalu jalan lain dah.
Sampai rumah dekat pukul 10pm... penat tapi nak kena iron baju pulak esok nak keje. Huhuhuhu!
Sekiang!
No comments:
Post a Comment