Majestically poised at a breathtaking height of 421 metres, the tower doubles as Kuala Lumpur best known ambassador, as well as KLCC Twin Towers. Completed in May 1996 and was open to the public on 23 July 1996, it was officially launched by Mr. Prime Minister on 1st October 1996. The Seri Angkasa Revolving Restaurant, the place that we had our event was standing at 282 metres. This tower was own by Telekom Malaysia.
Berbelas-belas tahun duduk KL, keje KL, study dekat KL, hari2 tengok menara KL, this is the first time I pay my visit to Menara KL. Ekceli bukan first time lah since sebelum the event wa dah penat naik turun menara ni, to be exact 2 kali, to discuss with the tower's management regarding to the event. Beberapa kali naik dan turun hinggakan dapat berkenalan dengan 2 minah salleh dari england ni, fay & susan.
Cun menggoda iman jugak diorang neh. Kisahnyer minah tu mintak tolong ambik gambar sebenarnya. Saya ingat lagi mereka neh menggunakan kamera Canon EOS 500D. So, si fay (baju putih) pon berialah bagi tahu function kamera dia, mana nak petik, mana nak bukak flash, nak ambik dari angle mana... wa dengan selamber cakap "It's okay dude... I am a photographer and I used to work with the DSLR camera. More over, I am a canon user too". Cheh... tetiba jer macam excited lah pulak minah saleh tu, "So we are choosing the right person", kata si fay... lepas tu gelak2... lepas snap beberapa gambar, pastu kami borak... bujang lagi rupanya ;-)
Ok... kembali ke pangkal jalan cerita ni, officially wa ke menara kerana menghadiri ofis punya event. Bukan setakat menghadiri, tapi kena jadi AJK dan buat kerja dan jadi MC lagi. MC punya pasal, wa kena banyakkan bercakap dari makan. Gambar pun adalah snap sikit2.
Sape yang ada penyakit gayat dinasihatkan tidak makan di restoran berputar ini kerana dari dinding cermin yang condong itu, pandangan agak mengerikan. Takut makanan yang terkeluar dari perut lagi banyak dari yang masuk ke dalam perut. Wa biasa lah... hero... tak ngeri pon.
Photo tips: Cuba rendahkan exposure kepada 1 atau 2 stop untuk mendapatkan background pemandangan KL yang lebih jelas. Otherwise, background akan menjadi over exposed kerana limpahan cahaya matahari yang sangat terang. Dan jangan lupa gunakan flash untuk menerangkan subjek di depan. Time ni wa guna pop-up flash sahaja sebab malas nak usung speed lite naik ke atas.
No comments:
Post a Comment