"Photographing cars is all about creating images that make them look their absolute best"
Tidak kiralah apa jenis kenderaan yang anda rakam, buruk atau baru, murah atau mahal, kecil atau besar, objektif utama merakam kenderaan adalah untuk menjadikannya nampak hebat, gah dan menarik. Objektif ini akan menjadi bertambah penting sekiranya gambar kenderaan tersebut digunakan untuk tujuan iklan serta pemasaran bagi mendapatkan pelanggan. Walau pun kenderaan tersebut sudah terpakai, gambar adalah elemen penting untuk menarik perhatian pelanggan bagi sesebuah iklan.
beberapa buah model VW diletakkan di atas pentas peragaan, lalu mereka bergerak seiringan dalam bentuk pusingan ketika sesi pengenalan kepada penonton. |
Justeru, dengan kehadiran VW Auto Show 2011 di perkarangan Stadium Nasional baru-baru ini saya cuba memanfaatkan peluang ini untuk menceburkan diri dalam bidang “Car Photography” seterusnya melatih diri sendiri merakam gambar kenderaan.
Dengan sedikit kajian dan ulangkaji yang diperolehi daripada pembacaan di media cetak dan elektronik, terasa diri seumpama jurugambar profesional dari majalah Top Gear pulak. Ini adalah cubaan pertama saya merakam gambar kenderaan dengan gaya ala profesional.
Volkswagen, atau singkatannya VW merupakan sebuah jenama kereta yang berpengkalan di Wolfsburg Jerman. Dari segi bahasa, Volkswagen bermaksud “Kereta Rakyat” (People’s Car). Mula diasaskan pada tahun 1937, ianya telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia dengan model Beetle (Type 1) atau juga dikenali dengan VW Bug, kerana reka bentuknya yang unik dan tidak seperti kereta sedan yang biasa dilihat di jalan raya, serta mencatat pelbagai rekod yang membanggakan bagi pengeluar dan pemiliknya. Ia menjadi sebuah kereta yang paling laris jualannya dalam sejarah dengan catatan sebanyak lebih daripada 21 juta unit.
Kemudian daripada itu, nama VW agak tenggelam dalam industri kereta di Malaysia (tak pasti pula dengan pasaran dunia) sehinggalah baru-baru ini VW melancarkan operasi pemasaran secara besar-besaran dengan slogan yang mudah dan ringkas; Das Auto, yang bermaksud “The Car”. Jika diterjemah ke bahasa melayu, maksudnya ialah KERETA. Itu sahaja? Sangat simple!
Nampak simple dan cinonet sahaja slogan itu, tapi ia membawa maksud yang sangat besar. Mereka cuba mendefinasikan semula makna sebuah kereta daripada alat pengangkutan biasa kepada sesuatu yang lebih bermakna. Ianya lambang inovasi, nilai dan tanggungjawab kepada manusia, memandangkan kereta sekarang sudah menjadi barang keperluan bagi setiap isi rumah yang berkemampuan.
Mengambil kira faktor harga model VW di Semananjung Malaysia sahaja sudah agak mengerikan,dimana ianya berlegar sekitar RM108,888 hingga RM428,888, saya kira promosi dan kaedah pemasaran mereka adalah berkesan memandangkan model2 VW ini walau pun mahal namun telah mendapat sambutan dan mula menjalar di jalan raya.
Mari saya perkenalkan dengan model VW yang dipamerkan pada hari kejadian.
POLO
GOLF
GOLF GTI
SCIROCCO
PASSAT CC
EOS
TIGUAN
TOUAREG
Oh VW! Tetap bangga menggunakan bahasa ibunda mereka untuk pasaran ke seluruh dunia. Kereta kita jangan kata slogan, nama & model kereta pun dah menjurus arah kebaratan. Awal2 dulu jer bernama kemelayuan.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.