Showing posts with label Potrait. Show all posts
Showing posts with label Potrait. Show all posts

ROMANTIKA DI CYBERJAYA

Maka tersebutlah kisah kami menghabiskan waktu senggang kami di Cyberjaya.


Lebih spesifik lagi, di Cyberview Lodge Resort & Spa.

Objektifnya di sini adalah bagi menghuru-harakan lagi majlis sambutan hari keluarga peringkat opis yang diadakan di sini. Tak tidur pon. Datang untuk makan jer.

Setelah membuncitkan perut dengan segala jenis makanan yang enak dan lazat, kami berlegar-legar di sekitar resort bagi merakamkan kenangan terindah, bukti kehadiran kami di sini. Maklumlah, first time. Jangok sikit lah. Landskap dia cantik dengan pepohon rendang yang menghijau serta deruan air terjun dari kolam, terasa diri umpama berada di dalam hutan. Sesuai bangat kalau nak buat wedding photography.

Takde nak cerita apa sangat pasal Cyberview neh. Jalan-jalan... lepak-lepak... buat sesi fotografi syok sendiri... Let the pictures tell you the story.

Gambar2 ini diambil sendiri yer, tanpa bantuan pihak ketiga, keempat atau kelima. Sindri berlakon, sindri jadi model, sindri jadi tukang gambar. Macam orang kampung aku cakap - "self potrait".

Anyway, kalau ada sapa2 nak guna model untuk busana muslimah ke, pakaian kanak2 ke, pelakon iklan ke, boleh lah menghubungi saya selaku manager diorang untuk tempahan. Harga talak mahal... boleh bincang maaaa! Huahuahua!

















IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

WEDDING: HANAFI & ILINA

"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)
 
Keunggulan Cinta
Sentuhan klasik
Senyum dan tawa
Cintamu mekar di hati
Genggam erat tanganku, sematkan di dalam hatimu
Kau satu-satunya
Dua insan sedang bercinta
A gift to the special one
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada
Kawasan berbatu-batan juga boleh dijadikan latar belakang yang menarik
Gua cinta
Ku tetap setia
Pokok sawit yang ada 3, 4 batang ni pun gua henjut jer...
How do i live with out you?
Dua hati jadi satu bila kita bertemu
Laluan pejalan kaki pun gua henjut jer sebagai foreground
Selain menitik beratkan komposisi dan latar belakang, moment yang indah turut menjadi elemen penting ketika mengabadikan kenangan indah pengantin baharu
Ada ketika, props juga boleh dijadikan subjek utama
Sesi penggambaran outdoor kami lewat petang itu telah menginjak hingga ke waktu senja lalu saya tidak melepaskan peluang untuk merakam pasangan mempelai berlatar belakangkan senja nan merah
Saya menggunakan tona warna 'sephia' bagi mewujudkan kesan drama
 IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

BATEQ ORI

“Mudahnya mereka berkahwin. Tiada hantaran, tiada jamuan dan tiada persandingan. Kalau orang kita mahunya ditolak bulat-bulat pinangan aku jika tiada semua itu,” bisik seorang rakan apabila mendapat tahu bagaimana Orang Asli Bateq mendirikan rumah tangga.

Jika begitu ringkasnya majlis perkahwinan, tentu saja upacara merisik dan meminang lagi mudah. Tertarik dengan perkara berkaitan perkahwinan kaum itu, saya bertanya kepada Mahyuddin, seorang pemandu pelancong berketurunan Melayu tetapi begitu hampir dengan kehidupan suku kaum Bateq di Taman Negara Pahang.

Inilah Mahyuddin, kalau lebih mesra dengan panggilan Din. Melihatkan pada rupa paras beliau, pada mulanya kami fikir beliau adalah salah seorang dari kalangan kaum Bateq, tapi beliau tidak mengaku. Logik jugak... tengok pada nama dan percakapan, macam Melayu jer mamat neh.

Kata Mahyuddin, urusan meminang dan merisik orang Bateq memang mudah. Walau pun tidak sama dengan budaya Melayu, tidak bermaksud mereka tiada adat, cuma caranya berbeza.

Jika terdapat seorang lelaki jatuh hati kepada seorang perempuan, keluarga lelaki berkenaan akan bertemu dengan keluarga perempuan bagi menyatakan tujuan mereka. Jika malu atau segan, Tok Batin boleh menjadi wakil bagi keluarga lelaki.

Setelah kedua-dua keluarga bersetuju, maka keputusan terakhir sekarang terletak kepada si perempuan. Untuk satu malam, pasangan ini akan dibiarkan berdua-duaan di dalam sebuah rumah untuk mengenali hati budi masing-masing. Tiada aksi terlarang kerana mereka sangat patuh kepada adat. Sekadar berbual-bual sahaja barangkali.

Andainya masing-masing sudah suka, perkara itu akan disampaikan kepada pihak keluarga. Hanya dengan persetujuan, perkahwinan mereka sudah dikira sah dan mereka diisytiharkan sebagai suami isteri. Selesai! Tak perlu akad ke, nak daftar ke, hantaran, pelamin, kenduri-kendara, pendek kata tak perlu keluar duit satu sen pun!

Undang-undang rimba tidak perlu terlalu kompleks. Life is simple!

Walau pun mudah, tapi proses untuk menjadi lelaki sejati bukanlah senang. Rukun nikah yang paling agung bagi lelaki kaum Bateq ialah kewajiban menguasai kemahiran menyumpit dan berburu. Tak pandai berburu, tak boleh kahwin. Ini bagi menunjukkan mereka mampu menyara dan menjaga keluarga sesudah berkahwin.

Walau di bandar, mahu pun di rimba, tanggungjawab lelaki tetap sama, mencari nafkah untuk keluarga.

Menyumpit adalah suatu kemahiran yang mesti ada pada kaum lelaki Orang Asli Bateq.

Aduhhhh... seorang mangsa yang telah berjaya disumpit.

Kaum Bateq sejak kecil lagi diasuh dengan kehidupan memburu haiwan seperti monyet, tupai dan burung. Mereka merupakan satu-satunya kelompok manusia yang dibenarkan berburu di dalam kawasan Taman Negara dan tidak tertakluk kepada mana-mana akta perhilitan atau perhutanan, dengan syarat hasil tersebut hanya untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarganya sahaja.

Mengikut kepercayaan mereka, haiwan di atas pokok atau tinggal di tempat tinggi lebih suci daripada haiwan yang melata dibumi. Bukan bermakna mereka tidak makan haiwan yang melata di bumi, cuma jika diberi pilihan, haiwan yang berada di atas itu lebih baik dari di bawah.

Indeks prestasi pemburuan lelaki Bateq diukur melalui tanda yang diukir pada buluh sumpit. Tanda itu menunjukkan bilangan korban yang berjaya disumpit oleh pemiliknya. Namun begitu bukan boleh main tanda suka hati jer beb... Hanya Tok Batin sahaja yang layak menanda buluh sumpit berkenaan. Camane cara diorang tanda, korang kena pergi tengok sendiri.

Setiap sumpit yang dihasilkan itu dibuat khas secara eksklusif untuk seorang pemilik sahaja. Kira macam costume made lah! Maknanya tak bolehlah nak sharing-sharing walaupun sharing is caring, melainkan sumpit yang digunakan sebagai produk pelancongan, that one boleh sharing. Yang kita ni pulak duk hembus ke sumpit tu, dari mulut ke mulut... yennadeyyy... Orang Asli pun tahu hygiene tau tak? That's why mereka hidup walau pun cukup ala kadar dengan keperluan asas sahaja seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tapi mereka sihat tau dan jarang dijangkiti penyakit. Makanan mereka hanya dari sumber asli, takde campur chemical ke, bahan pengawet ke, artificial ke.

Maka kerana itu, saiz dan panjang sumpit itu berbeza, bergantung kepada keselesaan si pemilik. Ia ibarat aset peribadi yang harus dijaga dengan cemerlang. Ia bukan sahaja bertindak sebagai senjata, malah jodoh mereka juga ada tercatat di situ.

Baby Bateq

Lawatan singkat ke perkampungan kaum Bateq yang terletak di pinggir Sungai Tahan itu ternyata anugerah berharga apabila berpeluang mengenali peribumi yang dipercayai telah wujud sejak 1000 tahun sebelum Masehi. Itu pun berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Mungkin lebih lama dari itu, wallahuaklam.

Orang Asli kaum Bateq berasal daripada kumpulan Negrito yang mempunyai beberapa ciri fizikal yang sama dengan populasi pigmi-afrika (pigmi; bertubuh kecil dan berbadan rendah). Tubuh mereka agak kurus, dengan kulit yang lebih gelap serta rambut kerinting afro semulajadi.

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan terhadap makhluk halus dan juga roh. Mereka tidak menafikan kewujudan Tuhan kerana mereka bukanlah ateis.

Perkampungan Orang Asli Bateq di pinggir Sungai Tahan boleh dilawati melalui pakej pelancongan yang disediakan di jeti Kuala Tahan.

Perjalanan menggunakan bot panjang tidak sedikit pun menjemukan. Malah kami disajikan dengan pemandangan indah hutan hujan tropika yang tertua di dunia sambil sesekali melayan hilai tawa rakan-rakan yang teruja dengan percikan arus sungai yang membasahkan penumpang di dalam bot.


Suku kaum Bateq sentiasa berpindah-randah disebabkan faktor sumber makanan yang menyusut atau apabila berlaku kematian dalam kampung itu. Mereka tinggal bertebaran dan tidak menetap di satu kawasan. Berdasarkan kajian, dipercayai mereka ini antara kumpulan nomad terakhir memandangkan kaum Orang Asli lain telah mula menetap di sesuatu kawasan serta menerima kehidupan yang lebih moden sesuai dengan arus pembangunan setempat.


“Kaum Bateq masih menghabiskan masa di dalam hutan dan tidak bersedia meninggalkan tradisi mereka. Mereka selesa tinggal di hutan dan masih berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Mereka juga lebih selesa tinggal di pondok buluh beratapkan rumbia daripada tinggal di dalam rumah batu,” Mahyuddin meneruskan ceritanya dengan lebih lanjut. Ternyata beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal ehwal yang berkaitan dengan kaum Bateq.

Anak-anak suku kaum Bateq. Jika anda bercadang untuk ke sini, sila bawa gula-gula, keropok jajan atau wang kecil untuk diagih-agihkan kepada anak-anak ini. Mereka pasti gembira!
"Anak-anak mereka pernah dihantar ke sekolah dengan bantuan penuh daripada kerajaan dari segi pengangkutan, keperluan sekolah dan sebagainya, namun ianya tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian, mereka berhenti dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa," kata Mahyuddin sambil menghembuskan asap rokok berkepul-kepul naik ke udara.

Seperkara lain yang menarik mengenai budaya kaum ini ialah tradisi mengebumikan mayat di atas pokok.

Menurut Mahyuddin, pokok yang menampung "kubur" berkenaan tidak semestinya besar tetapi perlu kuat untuk menampung mayat.

Pondok untuk menempatkan mayat dibina daripada kayu hutan dan atapnya daripada daun pokok. Kuburan itu dibina jauh ke dalam hutan dan mengambil masa perjalanan yang lama serta sukar ditemui orang.

Mereka percaya dengan menempatkan mayat di atas pokok, ia membantu roh si mati supaya lebih mudah naik ke atas dan tidak mengekori serta mengganggu ahli keluarga yang lain.

Kami dipertontonkan dengan demonstrasi menyalakan api secara tradisional menggunakan hasil hutan seperti batang kayu dan rotan. Walau pun mereka sudah tahu menggunakan lighter bagi memudahkan kerja, namun kaedah tradisional tidak dilupakan.

Mula-mula gesekkan tali rotan pada batang kayu. Kayu pun tidak boleh sebarang kayu. Ada kayu-kayu tertentu sahaja. Gesek punya gesek sampai keluar habuk yang berbara.
Kejap jer, tak sampai seminit dah berbara. Cepat-cepat letak bara itu atas rumput kering. Tiup-tiup sikit bagi hidup apinya.
Tadaaa... dah dapat api!!! Hungga Hungga!!!
Pokok pulai daun meranti,
Anak tapir dua sejoli,
Kalau tuan nak tengok kami,
Datanglah ke Tahan kami menanti.

ewahhh... berpantun pulak dia!
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

SPOOKY FACE



"Abang, tolong tutup lampu dalam bilik."
"Abang, tolong ambil lampin adik dalam bilik."
"Abang, lepas minum pergi letak gelas ni kat dapur."

Selalunya, arahan-arahan tersebut jika diberikan kepada anak teruna saya yang berumur enam tahun itu berlaku pada waktu malam, kesudahannya pasti mengecewakan. Apatah lagi jika lokasi yang harus dituju itu suram, gelap dan tiada orang.

Haruskah saya menyalahkan cerita-cerita seram yang sering berkumandang di kaca televisyen, atau setidak-tidaknya iklan cerita seram yang bakal atau sedang ditayangkan di pawagam?

Kini adiknya yang baru berumur dua tahun telah menunjukkan reaksi yang sama. Malah beliau sendiri, tanpa segan silu telah berupaya untuk menjadi hantu.