Bahirah is a cousin from my mother's side. She works in a hospital in Kota Bharu.
Tidak hingin saya menjadi official photographer kepada sepupu saya sendiri memandangkan jarak yang jauh dan saya pon jarang-jarang dapat jumpa dia, hatta setahun sekali pada hari raya pon belom tentu dapat berjumpa, sementelah kerjaya beliau sebagai jururawat sudah tentu tak kira waktu, raya ke, cuti umum ke, kalau dah kena duty, terpaksalah menurut perintah.
Saya hadir ke majlis pon tak bawa DSLR. Hanya compact camera sahaja, dan gambar-gambar yang wujud dalam cerita ini semuanya berasal dari compact sahaja.
Walau pun begitu, dari kejauhan ini, atas rasa hormat terhadap keluarga pengantin, kami sekeluarga telah melapangkan diri untuk bertandang ke rumahnya di Kampung Darat Pak Chan, Marang, Terengganu, untuk bersama-sama meraikan hari yang bahagia ini. Juga untuk bertemu sanak saudara, yang jauh dan dekat, bersama-sama membanting tulang bagi membantu apa yang patut bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini.
Selain ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di bawah khemah masakan, saya secara rasmi telah dilantik sebagai juru acara majlis ketika majlis bersanding berlangsung. Takdelah susah mana pun, asalkan ada keyakinan untuk bertutur di depan khlayak. Draf ucapan telah disediakan oleh tuan rumah. Cuma perlu baca serta ditambah serikan lagi dengan kosa kata yang bersesuaian dengan majlis serta diselangi lawak spontan serta usik mengusik bikin orang tersenyum.
Sendiri punya katering. Pakat gotong royong anak beranak, ahli keluarga. Lama dah rasa suasana begini. Kalau di KL, sediakan wang dan ordar sahaja. Semuanya kontraktor katering yang sediakan. Senang memang senang, tapi manisnya tiada. Tak rasa suasana meriah, hiruk pikuk di dapur. Tak rasa penat lelah tapi puas hati menyediakan hidangan sendiri. Dan tak perlu risau pukul 4.00 petang makanan dah habis sebab katerer nak balik. Buat macam nie tak yah ikut time, selagi stok masih ada, datang jer.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni... hoh dah sampai ke gunung perginyer, takat nak cedok lauk, nak ke gunung hapenyer.
Khemah khas yang didirikan untuk menanak nasik, menggulai lauk serta kerja-kerja yang berkaitan dalam bidang masak memasak.
Tapi tangan ni tak boleh tahan lahhh.... nak shoot wedding jugaks!
Pelamin with all the hantaran from pengantin perempuan.
IKLAN:
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada
majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi,
sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang
maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
Maka tersebutlah sebuah kisah, beberapa purnama yang lalu, saya telah diarahkan untuk melaksanakan satu misi korporat, ke sebuah pulau yang bernama Borneo. Eh korang semua tahu tak Pulau Borneo ni duduk ranking nombor berada dalam senarai pulau-pulau terbesar dunia? I told you... nombor tiga... selepas Greenland dan New Guinea. Maknanya, Borneo ni lagi besar dari Sumatera taw (nombor 6).
Sebut pasal Borneo ni, maknanya saya terpaksa cover dua negeri sekali gus, iaitu Sabah dan Sarawak. Brunei dan Kalimantan tiada perlu kerana mereka bukan warganegara Malaysia. Kita kan 1 Malaysia!
Walau pun ini bukanlah kali pertama saya menjelajah ke Borneo, tapi sudah lama jugalah saya tidak ke sana. Seingat saya kali terakhir ianya berlaku pada tahun 2006. Ini sudah Disember 2011. Wah... sudah 5 tahun tidak ke Borneo. Apa khabar orang Borneo?
Seperti mana yang dirancang, saya ditemani oleh seorang lagi rakan sekerja telah memulakan perjalanan dari Puchong ke Borneo, bermula dari rumah menuju ke airport KLIA, menaiki airport taxi atau lebih glamour disebut limo. Saya pasti limo adalah singkatan dari perkataan limousine, yang takde kena mengena langsung dengan orang kelate atau negeri sembilan. Kalau dari segi istilah, limousine biasanya merujuk kepada kereta mewah... besar... panjang. Kitorang naik Proton Waja... itu pun kira limo jugak ke?
Sampai ke airport dalam suatu masa yang masih dikategorikan awal dari waktu pelepasan. Walau pun sahabat saya dah buat online check-in sejak dari rumah lagi, patutnya kami bolehlah gerak dalam keadaan lenggang kangkung... maknanya tak perlu terlalu awal dan tergesa-gesalah. Tapi entah kenapa, semangat tu berkobar-kobar nak berkhidmat kepada negara ni kan, rasa nak cepat sampai jer. Lagi pun duduk rumah lama-lama bukan ada sape pon.
Melihat gelagat pesawat terbang keluar masuk sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlepas
Tepat jam 1120, seperti mana yang tercatat di dalam tiket penerbangan, pesawat Boeing 737-400 milik Malaysia Airlines meluncur laju membelah landasan menuju ke angkasa raya, membawa kami ke check point seterusnya, iaitu Bintulu. Naik MAS okkay... tak mainlah Air Asia... murah2 nie mak elergik tawww! Pffttttttt!!! Time kena bayor sendiri ko cari Air Asia jugak kan!
Terbang selama 2 jam 10 minit tanpa henti menggunakan pesawat MAS, ditemani oleh gadis-gadis pramugari yang manis-manis belaka (mekap tebal... cuba buang mekap tengok!), serta disajikan pula dengan hidangan yang enak-enak belaka membuatkan perjalanan terasa begitu pantas sekali. Cumanya pasal duduk kelas ekonomi kan? Satu row tiga seat, terasa jugaklah kesempitan hidup di situ. Tambah pulak orang sebelah kita tak kenal. Secara semulajadinya, nak baca paper tangan kena kangkang. Maka terasalah sedikit ketidak selesaan disitu. Nak seribu daya kan... nak baca jugak paper tu, sempit pun sempit lah, buat lah macamana pon. Lipat paper tu jadi kecik-kecik ke, nak carik-carikkan helaian tu ke, janji boleh baca, kerana hidup amat bosan jika tidak membaca.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 1330, di waktu khatib sedang membacakan khutbah di masjid-masjid yang berada di semenanjung Malaysia. Kerana musafir ini, kami tidaklah dapat berjemaah bersama. Nak berjemaah di Bintulu lagi lah tak sempat. Masjid dah kosong, diorang dah balik, solat dah habis. Kat sini, waktu solat awal lebih kurang sejam dari semenanjung.
Sampai jugak ke Bintulu. Horrayyyy!
Sampai-sampai jer rasa nak ke toilet lah pulak. Jadi saya singgah lah ke toilet di airport tersebut dan tiba-tiba berasa terkesima melihat nota ini.
Kalau hisap jugak memang jenis tak gheti bahasalah orang itu. Cakap melayu sudah, inggeris sudah, bahasa iban pun ada sekali
neh!
Tanpa melengahkan masa lagi, yerlah... nak duduk kat airport tu lama-lama bukan ada apa pon, kami terus ambik teksi lalu menuju ke sebuah hotel yang telah ditempah khas untuk kami merehatkan badan yang sasa ini. Parkcity Everly Hotel Bintulu nama diberi.
Kunjungan kami kali ini disambut meriah oleh Pak Santa dan rusa-rusanya. Xmas is just around the corner bro... sambutan xmas di Borneo pastinya lebih meriah dengan followers yang meraikannya lebih ramai dari semenanjung. Time ni, setiap hotel yang saya pergi pasti dihias meriah dengan dekorasi yang bergemerlapan.
Dan pokok xmas itu pun dah kadi macam cendawan lepas hujan. Dia punya tumbuh tu sedar-sedar jer dah besar,.
Bilik yang nice dan selesa
Walau semewah mana pun bilik hotel yang disediakan, kami terpaksa melupakan aktiviti untuk bersenang lenang sambil menonton TV dibawah selimut yang tebal itu kerana masih banyak tugas yang perlu dilangsaikan. Lalu, kami bergegas keluar untuk melaksanakan tugasan seterusnya. Buat kerjalah.... apa lagi!
Pasal kerja tak yah lah cerita sini. Biarlah rahsia ;-p
Di waktu malam selepas menangguhkan kerja yang belum berkesudahan itu untuk keesokkan harinya, kami dibawa oleh rakan sekerja cawangan menjamu selera di sebuah tempat makan yang dianggap istimewa oleh penduduk tempatan.
Restoran Seribu Bintang nama diberi. Nama bukan main jiwang lagi tapi jangan main-main wooo ini restoran. Korang cakap jer nak makan apa semua ada. Masakan thai, cina, melayu, india, indonesia dan makanan eksotik penduduk tempatan semuanya under one roof. Eksotik tu maksud saya takdelah benda-benda pelik macam tenggiling masak kicap ke, otak sedut ke, sup tulang harimau ke. Maksud saya terlampau macam-macam menu dia sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikutkan hati nak jer order semua, biar dapat rasa semua benda yang kata spesel sangat tu. Tapi apakan daya, saya masih punya rasa malu, malu pada kawan-kawan terutama sekali dari cawangan yang baru dikenali kang dia ingat apehal pelahap sangat orang KL neh. Ehhh... sorry, saya orang Terengganu okkay! Terengganu nellang sokmo!
Makan malam bersila didalam teratak beratap nipah, saya sempat merasai keenakkan ABC special dan sup gamat kaw tak henggat! Pekat, melikat dan rasa pedas lada hitam dia sangat power.
Lepas berpeluh ketiak pekena sup gamat, kami terus pulang ke hotel penginapan untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan kami di hari pertama berada di Pulau Borneo ini. Kena tidur awal, esok mau kerja lagi. zzzzzz!
Keesokkan harinya, selain dari melakukan pekerjaan yang telah diamanahkan, kami sempat juga bersiar-siar di pesisir Sungai Bintulu yang dikenali dengan nama Bintulu Promenade. Dekat jer dengan hotel... tak melibatkan masa dan kudrat yang banyak pun. Jalan kaki jer.
Bintulu
Promenade merupakan sebuah taman rekreasi ala waterfront yang terletak
berhampiran dengan muara Sungai Bintulu. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan disini termasuklah bersiar-siar sambil berjalan kaki,
berjogging, berdating atau termenung. Sewaktu kehadiran saya, tak
nampak pula kelibat manusia seolah-olah suram jer taman ni macam takde
sambutan. Orang Bintulu ni tak suka bersosialkah atau saya yang pergi
salah time?
Sungai Bintulu mengalir lesu, airnya keruh penuh dengan kayu. Nak cari kayu datanglah ke sungai Bintulu.
Selain dari melawat sungai yang dah macam teh susu itu, saya juga sempat bersiar-siar di sekitar bandar Bintulu yang terkenal dengan industri petroleum itu. Bersiar-siar pun di sekitar lokasi tempat bekerja sahaja kerana untuk memanjangkan langkah ke tempat-tempat menarik yang lain, tiada supir yang boleh membawa kami. Ehhh... kau datang ni nak keje ke nak melancong?
Pertama kali bertemu dengan motor seperti ini, di semenanjung ada ke?
Tugu Council Negri Sarawak (or should I spell it NEGERI?) yang dibina (oleh siapa?) sebagai memperingati tempat ini sebagai tempat pertama persidangan DUN
negeri Sarawak dan persidangan DUN yang tertua di Malaysia, dimana persidangan tersebut telah
bersidang pada 8 September 1867 di antara Charles Brooke yang merupakan
Raja Sarawak ketika itu dengan pegawai kerajaan British dan ketua-ketua
kaum Melayu dan Melanau. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana dan
di mana secara spesifiknya persidangan itu telah diadakan. Tidak mungkin
ianya berlaku di blok komersil yang ada di situ. Saya juga tidak
pasti bilakah tugu ini mula didirikan, adakah seawal tahun 1867 atau pun
sejurus selepas persidangan tersebut diadakan? Macam tak logik jer kan? Mungkin ianya terbina di era kemodenan ini.
Tiga hari di Bintulu, saya yang menurut perintah ini akhirnya berjaya melaksanakan misi yang diamanahkan dengan cemerlang mengikut jadual. Ikut jadual punya pasallah kami terpaksa bertungkus-lumus dari pagi hingga ke malam, kerana hayat kami di Bintulu tidak lama. Delay is not a reason. Tiket flight dan hotel semuanya sudah ditentukan. Kami harus terbang lagi menuju ke destinasi seterusnya. Khidmat kami diperlukan di negeri Sabah pula.
Perjalanan dari hotel ke Lapangan Terbang Bintulu mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan teksi yang mudah didapati di sekitar pusat bandar Bintulu. Bagi sebuah bandar yang tidak berapa sibuk lagi tiada kesesakkan, 30 minit itu boleh dikira jauh jugaklah. Sempatlah nak melelapkan mata barang seketika dalam teksi tu.
Namun begitu, tahukah anda bahawasanya suatu ketika dahulu, sebelum millenium, Bintulu mempunyai sebuah lapangan terbang utama yang berada betul-betul di dalam kawasan bandar. Kami sempat menyinggah di situ dan memandu kereta yang dipinjam di atas kawasan landasan lama yang kini menjadi lokasi bagi masyarakat setempat melakukan aktiviti yang sesuai dengan keluasan tempat tersebut. Takat nak buat koonsert? Majlis kahwin? Takde masalah... luas sangat!
Baiklah... kita tinggalkan Bintulu. Nak pergi Sabah pulak neh! Memandangkan penerbangan MH3330 hanya akan bergerak pada jam 1600, dan waktu check-out hotel pula ikut waktu standard semestinya jam 1200, itu pun kami cuba-cuba nak ngelat check-out jam 1300, tanpa arah tujuan tak tahu nak pergi mana pun kat Bintulu neh, kami nekad untuk terus ke airport sahaja. Awal memang awal lah. Dua jam lebih sangap kat airport tak tahu nak buat apa, hatta pergi minum dan makan roti sekali pun tidak dapat menghilangkan rasa kesangapan itu. Saya sempat tertidur lagi, siap baring lagi atas kerusi dalam hall yang lengang itu.
Jam 1530 barulah pintu balai pelepasan dibuka dan kami pun masuk. Nampaklah pesawat penerbangan kami.
Ya benar... kami naik kapal kecil. Memang sudah ku duga, walau pun dugaanku tersasar sedikit kerana saya menjangkakan kami akan naik Fokker 50. Dulu pernah naik, itu yang teringat Fokker. Kali ini kami kena naik ATR72-500, pesawat kedua terkecil dalam barisan penerbangan komersil MAS. Walau pun kecil, cabin crew masih ada untuk melayan karenah penumpang. Kalau tidak, terasa macam naik bas sahaja.
Pesawat yang terbang merentasi kepulauan Borneo ini dipanggil MASWings, anak syarikat MAS jugak, tapi khas untuk perkhidmatan trans-borneo sahaja. Jangan harap anda dapat menaiki pesawat ini untuk kembali ke semenanjung.
Walaupun kecil kalau nak dibandingkan dengan boeing apatah lagi airbus, tapi sangat selesa, malah lebih selesa daripada pesawat Boeing yang dinaiki dari semenanjung tempoh hari. Saya mengharapkan skrin lcd yang tergantung di atas kepala ini akan menyiarkan filem-filem box-office, namun harapan itu tidak kesampaian apabila material yang disiarkan menjurus kepada promosi dan pengiklanan berkaitan dengan pelancongan negeri Sarawak sahaja. Mungkin sebab saya take-off from Sarawak, so dia cerita pasal Sarawak. Kalau saya take-off from Sabah, mungkin cerita pasal Sabah pulak kot? Lagi pun apalah tujuannya disiarkan movie box-office kalau baru suku cerita, sudah kena mendarat.
Harus diingat ini pesawat ATR yer tuan-tuan. Hanya untuk perjalanan jarak dekat sahaja. Macam pesawat ini, terbang 30 minit dah sampai Miri. Kena turun, transit kat sini dulu kejap. Ingatkan boleh bersenang-lenang dalam flight sambil baca surat khabar,rupanya kena turun jugak dan tunggu dalam balai berlepas,. Lepas tu terbang lagi, tak sampai sejam dah sampai KK pulak. Makan pun takde taw. Hidang air jer.Huhuhuhuhuhu....
Sejenak di lapangan terbang miri. Termenung sana, termenung sini... haishhhh apa pon tak boleh!
Untuk menaiki pesawat ATR ini memerlukan disiplin yang tinggi kerana terpaksa beratur macam naik bas ekspress. Dia takde macam skybridge (entah apelah nama spesifik dia?) yang terus bawa anda masuk dari departure hall terus ke perut pesawat. Kalau panas, panaslah... kalau hujan mungkin mereka beri payung. Tak perlu berebut kerana masing-masing akan dapat tempat duduk macam yang tercetak atas tiket penerbangan anda. Selain dari itu, anda juga harus mempunyai daya tahan panas kerana semasa tengah beratur itu, pilot akan warm-up enjin dahulu dan haba dari enjin yang tergantung pada sayap akan tersembur tepat menuju ke arah penumpang yang sedang beratur itu, macam angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup ditepi laut pada waktu petang, cuma bezanya angin tepi laut tu sejuk, angin yang keluar dari enjin pesawat ni panas.
Kita teruskan penerbangan ini menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu.
Mengikut perancangan, misi yang bakal dilaksanakan di negeri Sabah ini tidak akan berlaku di Kota Kinabalu. Dari KK, kami sepatutnya meneruskan perjalanan ke sebuah daerah di pedalaman Sabah yang bernama Keningau. Walau pun begitu, memandangkan Keningau tiada lapangan terbang yang sesuai bagi pendaratan pesawat komersil mahu pun jet pejuang, maka kami harus transit di KK terlebih dahulu selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau pada keesokkan harinya melalui jalan darat.
Kita tidur di KK dulu bah.
Horizon Hotel yang menggamit kedatangan kami. Hotel baru, bilik cantik dan kelihatan agak mewah.
Saya anugerahkan hotel ini sebagai hotel terbaik sepanjang eksplorasi kami kali ini.
Keesokkan harinya, kami bangkit seawal pagi bagi menikmati keindahan bandaraya KK yang menjadi nadi penting kepada segala macam kegiatan ekonomi, pentadbiran, perniagaan,
pendidikan dan segala-galanya lah, sesuai dengan status beliau sebagai ibu
negeri Sabah.
Sebagai seorang yang opportunist, alang-alang dah sampai KK ni kan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bersiar-siar sebelum kami dihalau dengan sopan (check-out) dari hotel ini.
Tapi saya tidaklah begitu kebulur untuk pergi ke segala macam
tempat yang ada di sekitar KK. Dengan kekangan terhadap masa dan
pengangkutan yang dikenakan terhadap saya, cukuplah sekadar melawat ke tempat yang boleh dijengah dengan hanya berjalan kaki sahaja yang terdapat di sekitar
hotel penginapan kerana di situ pun menarik juga.
Usai bersarapan, kami meniti tangga-tangga jejantas pejalan kaki menuju ke pasar KK. Walau pun saya tidak berminat dengan aktiviti pasar memasar neh, namun ku gagahkan jua mengikut jejak langkah sahabat saya yang sorang ni. Sepanjang jejantas itu, ada ramai peniaga kecil yang terdiri dari kaum wanita
sedia menunggu pelanggan yang sudi singgah membeli barang
dagangan mereka. Cara perniagaan mereka agak unik. Kalau tengok pada
tapak dia tu pun simple jer. Bentang jer kanvas atas lantai, susun barang2, dah siap! Inilah yang dipanggil orang sebagai "street hawker".
Nampak macam jauh sayup jer perjalanan nak ke pasar KK bila ikut
jejantas neh. Walau bagaimanapun, perasaan penat berjalan itu dapat
diserap dengan kehadiran peniaga-peniaga atas jejantas yang bila kita tengok barang jualan mereka terasa menghiburkan juga.
Pasar besar KK yang memang besar tapi saya tak terpanggil pula nak masuk
tengok apa ada kat dalam tu. Sekadar lalu sahaja kerana pada masa ini
saya tidak ada perasaan nak beli barang basah atau lauk-pauk
mentah.
Kami terus lajak ke belakang pasar tu, ada jeti bot nelayan dan bot
penumpang.
Bot nelayan, bot penumpang dan bot seludup orang tengah parking baeek punya. Kami turut disapa oleh beberapa orang driver bot yang bertanya sama ada kami mahu ke pulau, tapi dengan manja saya hanya menolak pelawaan mereka. Saya pun musykil jugak pulau mana yang mereka maksudkan. Sambil2 check google, mungkin mereka maksudkan dengan Pulau Gaya barangkali. Lain kali lah kita pergi ok? Hari ni abang sibuk ada kerja lain nak dibuat.
Berdekatan dengan jeti tu, ada lah tempat lepak-lepak, rilek-rilek tengok orang, tengok bot. Nama dia Segama Waterfront. Sebut betul2 ok... senggama!!!
Dah boring lepak kat situ, hari pun dah panas, kami jalan patah balik ke hotel bagi memperkemaskan diri untuk menjelajah ke pedalaman negeri Sabah.
Tugu Peringatan Malaysia ini terletak betul-betul di depan hotel
penginapan kami. Senang cerita, keluar je pintu hotel, terus nampak
monumen ni. Kenapa dan untuk apa ianya didirikan tidaklah pasti
Agak-agak tengah hari sikit, beberapa minit sebelum masuknya waktu check-out, kami mula bergerak meninggalkan KK menuju ke Keningau, menaiki teksi yang berbentuk MPV kerana tugasan yang hendak dilaksanakan di Keningau agak kritikal dan kami memerlukan sejumlah tenaga kerja yang ramai. Maka dengan itu, kekuatan pasukan haruslah ditambah dengan kehadiran vendor yang turut serta dalam misi kali ini. Ramai tak ramailah, tapi penuh jugaklah satu MPV jenis Toyota Innova 2.0 transmisi manual.
Pengembaraan ke Keningau berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami menempuh laluan pesisir pantai melalui pekan Putatan sebelum masuk ke jalan Kimanis, seterusnya masuk ke daerah pedalaman Papar.
Setelah melalui laluan persekutuan menyusuri pekan dan kampung,
lebih kurang 1 jam 15 minit kemudian kami tiba di Mapit. Ianya
ibarat R&R terakhir sebelum perjalanan diteruskan dengan laluan
gunung sama di daki, lurah sama dituruni. Nak pergi toilet, nak makan,
nak minum,nak beli jajan inilah tempatnya.
Last pit stop sebelum mendaki banjaran Crocker
Adalah menjadi satu kepelikkan bagi kita yang baru pertama kali melihat kejadian ini, apabila abang-abang drebar teksi ini memenuhkan tangki yang telah diubahsuai di bahagian tempat duduk belakang dengan mengisi cairan bukan petrol, tetapi air. Maka untuk menyiasat akan perkara ini, satu sesi temubual telah
diadakan dengan pemandu teksi tersebut. Mengikut kata beliau setelah
ditokok tambah sesedap rasa oleh saya, ini adalah satu teknologi
yang biasa diguna pakai oleh pemandu teksi yang sering berulang alik
dari KK ke Keningau, bertujuan untuk menyejukkan disk brake dari kepanasan
melampau akibat aktiviti penggunaan brek yang ekstrem ketika menuruni
banjaran crocker. Air tersebut akan disalurkan melalui sebatang paip
khas yang telah diubahsuai menuju ke ruang roda kenderaan, secara tidak langsung ianya dapat memanjangkan jangka
hayat pad brek yang konfem cepat haus kalo asik bergesel dengan disk.
Kedudukan salur paip air tersebut. Air akan keluar apabila satu suis khas diaktifkan oleh pemandu, dan air itu akan memancut-mancut keluar menyiram bahagian roda kasi dia sejuk.
Setelah abang drebar menyiapkan kenderaan dengan bahan-bahan yang sepatutnya, kami meneruskan pendakian merentasi gunung-ganang di tengah banjaran Crocker. Memang kecut perut dibuatnya naik teksi ni. Dia punya driver dah macam bawak kereta rally. Berdesup perginya. Dah ler jalan nak ke Keningau bukan jenis lurus ke, highway ke. Jalan bukit tahulah macam mana, bengkang-bengkok turun naik bukit. Ada ketikanya, boleh dia layan selekoh dalam kelajuan 140km/j! Memang gerun siot naik teksi dengan brader neh.
Walau pun laju, tapi nampaklah dia ni berpengalaman. Dah memang kerja dia, ntah-ntah hari2 dia ulang alik lalu jalan ni kot. So dia macam dah tahu selekoh mana yang bahaya, selekoh mana yang selamat. Kitorang yang tak tahu apa-apa neh diam je lah, layan je dia punya laju tu. Dalam hati duk berzikir, bertahmid, takbir semua ada.
Maka tersebutlah kisah, di sebuah tempat, di tengah banjaran crocker,
di sebatang jalan raya, antara bukit-bukau yang menurun dan menaik itu, terdapat sebuah lokasi yang dikenali oleh penduduk setempat dengan panggilan Bukit
Magnet. Apa yang peliknya di sini ialah anda akan melalui
sebatang jalan raya yang lurus. Lalu jalan raya lurus pun pelik? Ok...jika dilihat dari pandangan mata
kepala kasar, ternyata jalan tersebut berada dalam keadaan
menurun bukit (atau menaik jika anda datang dari arah Keningau). Terjadilah suatu perkara yang tidak logik dan melawan hukum graviti
newton disini apabila objek bergolek yang berada di atasnya cuba melawan hukum
tersebut dengan bergolek ke atas. Of coz ia menjadi suatu kepelikkan bagi orang-orang yang pertama kali melalui jalan ini.
Atas ehsan drebar teksi tersebut,beliau bersetuju untuk menunjukkan kepada kami keajaiban Bukit Magnet. Selang beberapa lama perjalanan, kami pun tibalah ke lokasi kejadian. Kami dari KK, so jalan bukit tu dia jadi arah menurun. Kat atas jalan tu jugak, selepas dipastikan bahawa tiada kereta lain yang datang dari belakang, drebar teksi tu pun berhentilah kat tengah jalan tu lalu meletakkan gear kenderaannya pada posisi neutral (free gear). Tiba-tiba jer kitorang rasa kereta tu tiba-tiba mengundur ke belakang, wal hal jalan tu menurun bukit, patutnya kami ke depanlah. Dalam perasaan yang penuh takjub tu, kami mula rasa pelik dan misteri nusantara mula menyelubungi kami.
Nak siasat jugak apa yang sebenarnya berlaku, kami nekad untuk turun dari kenderaan yang dinaiki. Brader teksi tu pun tak kesah, layan jer kehendak kami lalu parking di tepi jalan. Brader teksi tu mencadangkan kami menjalankan ujikaji dengan meletakkan botol air minuman kami di atas jalan untuk melihat dia bergolek.
Korang tengok sendiri hasil daripada ujikaji kami
Yang menjadi persoalannya di sini ialah:
Kenapa objek itu bergerak melawan hukum graviti?
Dinamakan bukit magnet kerana ia mampu menarik sesuatu objek menuju ke arahnya. Sekiranya benar kawasan ini ada tarikan magnet, kenapa ia boleh bertindak balas dengan objek bukan logam? Contohnya, botol air.
Beberapa ketika disini, dengan dibantu ooleh peralatan ujikaji yang sesuai, kami sebenarnya telah menemui jawapan kepada persoalan ini. Saya tinggalkan persoalan ini supaya anda lebih seronok merasai pengalaman di bukit magnet, selain menjadikan rencah cerita ini supaya lebih saspen. Saya juga tidak mahu mengguris perasaan penduduk tempatan yang percaya kepada misteri yang berlaku disini, walau pun secara saintifiknya, saya dapat membuktikan apa yang berlaku sebenarnya. Cuma satu nasihat saya kepada anda yang berminat untuk ke sini, bawa timbang air :-)
Walau pun begitu, masih terdapat satu persoalan yang belum terjawab hingga ke hari ini: ilusi apakah yang menjadikan mata kami melihat jalan di depan itu dalam keadaan menurun?
Baiklah, mari kita teruskan perjalanan, tak sampai Keningau pon lagi neh!
Walau pun penuh dengan misteri, jangan ingat banjaran crocker ini horror sangat. Kat
sini pun ada resort, nak bercuti rilek-rilek tenangkan fikiran dalam
hutan.
Setelah berpenat lelah hingga ke tahap kecut perut merentasi banjaran crocker yang nyaman dan indah, akhirnya kami tiba di Keningau. Tadaaa! Pemandangan dari bilik hotel kami.
Kami menginap di Hotel Perkasa. Nama jer perkasa macam dah gagah sangat kan, tapi sebenarnya hotel lama. Tengok rupa bilik pun macam style 80-an. Bilik air pun pakai marble lagi. Tak kesah sangat sebab datang sini bukan nak duduk bersenang lenang dalam bilik. Ada tempat tidur, tempat berteduh, tempat mandi pun dah cukup syukur. Breakfast pun tak banyak pilihan. Ada tiga jenis jer bagi yang tak nak top-up duit, makan ikut pakej sekali dengan penginapan. Itu pun kena order ala-carte. Mi goreng, bihun goreng dengan kue tiaw goreng. Walau pun rasa dia agak kureng sikit, kadang-kadang masin, kadang-kadang tawar, kaler pun cheroi jer, tapi portion dia banyak. Saya makan sorang pun tak habis. Dan servis dia amatlah siput. Sudah order kalu, kalau takde 15 minit, takkan sampai makanan tu.
Walau pun nampak old-skool, artis pun lepak sini tau. Tak yah sebutlah sape, walau pun terkenal tapi pada saya takdelah superstar sangat. Suam-suam kuku jer. Selain tu, ada rombongan 2,3 bijik bas, nampak macam orang gomen jer. Ada event apa ntah kat Keningau neh. Lagi pun kat Keningau ni, tak banyak pilihan hotel.
Bandar Keningau ni kecil sahaja tetapi sangat sibuk. Jalan-jalan yang kami lalui untuk ke tempat kerja asyik jem sahaja, terutama pada waktu puncak. Traffic light takde, tapi banyak roundbout. Sebab tu selalu jem kot
Nak korek sikit info pasal Keningau neh, khabarnya nama Keningau ini berasal dari sebatang pohon yang disebut orang sebagai Cinnamomun burmannii, atau lebih mesra disebut Kayu Manis... ala kulit kayu manis tu, takkan tak kenal. So apa kena mengena Keningau dengan kayu manis atau cinnamon? Takde bunyi Keningau pun? Sipi2 pun takde.
Hehehehe... sape kata takde? Tahu kah anda, di kalangan penduduk tempatan, kulit kayu manis itu dikenali dengan nama Koningau. Hah! kan sama tu... Koningau, lama2 jadi Keningau. Tak tahulah pulak kalau ada pengaruh negeri sembilan kat sini, tapi macam tak logik jer kan?
Pagi di Keningau penuh dengan kabus, fenomena yang biasa berlaku apabila berada di kawasan tanah tinggi.
Sepanjang empat hari berada di Keningau, selain daripada buat kerja, balik hotel, buat kerja, balik hotel, kami ambik jugaklah kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan setempat bagi melihat tempat orang. Alang-alang dah sampai, first time pulak tu, amatlah rugi jika tidak meluangkan sedikit masa untuk pergi bersiar-siar.
Ekceli, takdelah ke mana sangat pun. Kat dalam kawasan bandar jugak, sekitar kawasan tempat kerja.
Salah satu tempat yang saya kira menarik itu adalah pasar malam. Ek eleh... pasar malam jer? Kat semenanjung pun banyak dan lagi hebat taw! Betul... di semenanjung memang banyak dan lebih hebat, tapi ada ke yang jenis bukak hari-hari? Kalau tak kerana Ramadhan, takdenyer bukak hari-hari kan? Kat Keningau ni, hari-hari ada pasar malam, di tempat yang sama, waktu yang sama dengan peniaga yang
sama dengan barang dagangan yang sama. Maka anda tidak perlu sehingga minggu depan sekiranya anda terlepas untuk membeli sesuatu.
Grilled & BBQ, kegemaran masyarakat setempat. Ikan bakar jenis ini memang sangat popular di Sabah, dari KK hinggalah ke Keningau. Malah di pasar
malam ini sahaja, saya agak ada 5 ke 7 peniaga menjual ikan
yang hampir serupa, harga pun lebih kurang sama, sebelah meyebelah pulak tu, tak gaduh pon. Harganya
pon teramaaatttt lah murahnya.
Ini ada satu lagi benda pelik kat Keningau neh. Nak kata manik, ada
dahan pulak tu. Nak kata telur ikan, besar sangat. Kaler hijau pulak tu.
Apekah ia? Inilah gamai, sejenis rumpai laut yang boleh dimakan dan
hanya terdapat di Sabah sahaja (kot?). Ini gamai kedua yang saya jumpa
sepanjang hidup saya setakat ini. Yang pertama di sebuah restoran di
Pasar KK, yang tu dah siap dimasak tunggu nak ngap sahaja. Yang di
Keningau ni masih fresh. Masih mentah. Belum berkesempatan lagi untuk
merasa, Insya-Allah lain kali kalau ada peluang pasti rasa.
Walau pun jauh dari laut, terpaksa naik turun bukit pulak tu, saya dapat rasakan harga makanan laut di Keningau masih murah, malah jauh lebih murah dari KK yang berada di tepi laut sana.
Bayangkan hidangan makan malam kami. Empat orang dewasa meratah dua ekor ikan yang besar-besar belaka. Ikan susu masak tiga rasa dan ikan merah sweet sour. Campur dengan nasi dan segala macam air, saya menjangkakan harganya paling koman pon mesti RM70 neh, tapi alangkah terkejutnya beruk mat yeh bila dapat bil... hek elleh... 47 hengget jer. Tak lebih RM50 pon? Amazingggg!
Setelah berhari-hari mencurah bakti di Keningau, maka tibalah masanya untuk pulang. Direct flight terus ke KLIA. Sebelum dapat naik flight itu, haruslah singgah ke KK dulu kan. Dah airport ada kat sana.
Walau pun penerbangan kami hanya akan berangkat pada lewat petang, tapi kami harus bergerak awal dari Keningau memandangkan ada rakan-rakan yang nak singgah berjalan-jalan dan membeli belah di KK. Seperti mana datang, kami pulang menaiki teksi MPV jenis Innova jugak, tapi mujurlah pemandunya berlainan serta lebih berhemah. Kalau tak memang kempis lah perut kami kena kecut perut sekali lagi.
Dalam perjalanan, abang teksi singgah di sebuah kawasan yang banyak orang jual ikan bilis kat tepi jalan. Tak pasti pulak kawasan tu kat mana. Kimanis ke, Papar ke?
Yang kitorang ni pun turun jugaklah tengok-tengok apa yang ada. Dari cara tanya tu, nampak gaya macam nak beli, tapi bila fikir balik, takat bilis neh, kat kampung aku pon banyak!
Tiba di KK pada waktu tengah hari dan makan di sebuah Restoran Sri Keningau. Laaa... Keningau lagi!
Usai bersantap, kami pun jalan-jalan di sekitar Pasar Filipina tu dibawah terik sinaran mentari. Mula-mula masuk kedai cenderamata. Pusing-pusing dalam kedai, tengok benda yang sama jer. Mutiara, brooch, t-shirt, barang-barang perhiasan. Beli jugaklah sikit sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
Bosan layan Pasar Filipina, kitorang gerak pergi pasar kering pulak. Diorang panggil Pasar Ikan Masin. Tapi bukan takat ikan masin jer, segala jenis mak nenek hidupan laut kering ada dijual di sini. Semuanya yang kering-kering sahaja taw. Nak yang basah, kena pergi pasar sebelah.
Dah habis melayan diorang ni beli barang kering, nak pulak beli barang basah. Pergi pulak kat sebelah tu, layan barang basah. Bukan dalam pasar besar tu, kat sebelah pasar kering tu je, belah belakang sikit, sebelum sampai pasar besar. Nama tempat tu Sabah Fish Marketing, under LKIM kot. Dia cuma jual barang mentah seafood yang dah froozen sahaja. Sangat frozen hinggakan makanan tu semua dah duduk dalam bongkah ais yang sangat keras. Boleh bawak balik semenanjung, naik flight. Dia akan pack dengan cantik dan kemas, supaya tahan lama dan tidaklah terjejer-jejer bila dibawa.
Jangan lupa tulis nama supaya tidak tertukar semasa di ruangan kargo penerbangan, dan juga nombor telefon bagi memudahkan pihak penerbangan menelefon anda sekiranya barang anda tersesat ke destinasi yang tidak sepatutnya.
Dah puas shopping macam-macam (orang lainlah, bukan saya), kami pun ambil teksi lalu menuju ke lapangan terbang KK. Sampai airport dalam jam 1600, check-in, jalan-jalan lagi sementara nak menunggu waktu keberangkatan pulang yang dijadualkan pada jam 1800.
Hujan petang menyebabkan penerbangan kami terpaksa ditangguhkan selama 30 minit, membuatkan saya rasa bosan kerana telah menunggu agak lama di airport. Tapi kena sabarlah kan? Safety first... takkanlah tengah hujan ribut nak terbang jugak.
Hujan di sore ini
Jam 1830, akhirnya kami terbang jua. Kalau kat Sabah ni, 1830 tu dah kira senja taw. Mula-mula cuak jugak dengan gegaran demi gegaran sejurus lepas take-off. Banyak langgar awan tebal kan. Tapi lepas tu hati cukup terhibur melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Pertama kali menyaksikan saat-saat matahari terbenam nun jauh di ufuk sana, (yang paling best) pada ketinggian 20-30 ribu kaki!
Timbunan awan-awan tebal membentuk gunung-gunung kapas berlatar belakangkan matahari terbenam.
Sesungguhnya ini adalah satu pengalaman yang begitu berharga buat diri saya, meninggalkan kampung halaman, menjelajah lapangan ke lapangan, terbang di udara, merentas belantara, dari hotel ke hotel, desa ke desa, bandar-bandar ke bandar, dengan satu tujuan yang sama, berbakti kepada bangsa dan negara, demi mencari rezeki yang halal, untuk menyara keluarga.
Seronok? Terpulang.... Sekiranya anda sanggup meninggalkan keluarga untuk
satu jangka masa yang panjang serta bersedia untuk menyerahkan jiwa
dan raga bagi melaksanakan tugasan yang diberi dari pagi sejak orang mula masuk opis sampai lah ke malam orang dah balik dari opis tapi kita tak
balik-balik lagi. Anda juga terpaksa menghabiskan masa hujung minggu
sabtu dan ahad bekerja di perantauan tanpa mengharapkan ganjaran lumayan serta rela ditempatkan di mana-mana sahaja tanpa banyak komplen. Dan yang paling penting sekali, buatlah dengan ikhlas, Insya-Allah anda akan merasai keseronokkan itu.
IKLAN:
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada
majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi,
sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang
maaaa.... Sila hubungi kami di sini.