BAHIRAH - THE UNOFFICIAL STORY

Bahirah is a cousin from my mother's side. She works in a hospital in Kota Bharu.

Tidak hingin saya menjadi official photographer kepada sepupu saya sendiri memandangkan jarak yang jauh dan saya pon jarang-jarang dapat jumpa dia, hatta setahun sekali pada hari raya pon belom tentu dapat berjumpa, sementelah kerjaya beliau sebagai jururawat sudah tentu tak kira waktu, raya ke, cuti umum ke, kalau dah kena duty, terpaksalah menurut perintah.

Saya hadir ke majlis pon tak bawa DSLR. Hanya compact camera sahaja, dan gambar-gambar yang wujud dalam cerita ini semuanya berasal dari compact sahaja.

Walau pun begitu, dari kejauhan ini, atas rasa hormat terhadap keluarga pengantin, kami sekeluarga telah melapangkan diri untuk bertandang ke rumahnya di Kampung Darat Pak Chan, Marang, Terengganu, untuk bersama-sama meraikan hari yang bahagia ini. Juga untuk bertemu sanak saudara, yang jauh dan dekat, bersama-sama membanting tulang bagi membantu apa yang patut bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Selain ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di bawah khemah masakan, saya secara rasmi telah dilantik sebagai juru acara majlis ketika majlis bersanding berlangsung. Takdelah susah mana pun, asalkan ada keyakinan untuk bertutur di depan khlayak. Draf ucapan telah disediakan oleh tuan rumah. Cuma perlu baca serta ditambah serikan lagi dengan kosa kata yang bersesuaian dengan majlis serta diselangi lawak spontan serta usik mengusik bikin orang tersenyum.

Sendiri punya katering. Pakat gotong royong anak beranak, ahli keluarga. Lama dah rasa suasana begini. Kalau di KL, sediakan wang dan ordar sahaja. Semuanya kontraktor katering yang sediakan. Senang memang senang, tapi manisnya tiada. Tak rasa suasana meriah, hiruk pikuk di dapur. Tak rasa penat lelah tapi puas hati menyediakan hidangan sendiri. Dan tak perlu risau pukul 4.00 petang makanan dah habis sebab katerer nak balik. Buat macam nie tak yah ikut time, selagi stok masih ada, datang jer.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni... hoh dah sampai ke gunung perginyer, takat nak cedok lauk, nak ke gunung hapenyer.
Khemah khas yang didirikan untuk menanak nasik, menggulai lauk serta kerja-kerja yang berkaitan dalam bidang masak memasak.

Tapi tangan ni tak boleh tahan lahhh.... nak shoot wedding jugaks!

Pelamin with all the hantaran from pengantin perempuan.



IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

No comments: