Sebut pasal Borneo ni, maknanya saya terpaksa cover dua negeri sekali gus, iaitu Sabah dan Sarawak. Brunei dan Kalimantan tiada perlu kerana mereka bukan warganegara Malaysia. Kita kan 1 Malaysia!
Walau pun ini bukanlah kali pertama saya menjelajah ke Borneo, tapi sudah lama jugalah saya tidak ke sana. Seingat saya kali terakhir ianya berlaku pada tahun 2006. Ini sudah Disember 2011. Wah... sudah 5 tahun tidak ke Borneo. Apa khabar orang Borneo?
Seperti mana yang dirancang, saya ditemani oleh seorang lagi rakan sekerja telah memulakan perjalanan dari Puchong ke Borneo, bermula dari rumah menuju ke airport KLIA, menaiki airport taxi atau lebih glamour disebut limo. Saya pasti limo adalah singkatan dari perkataan limousine, yang takde kena mengena langsung dengan orang kelate atau negeri sembilan. Kalau dari segi istilah, limousine biasanya merujuk kepada kereta mewah... besar... panjang. Kitorang naik Proton Waja... itu pun kira limo jugak ke?
Sampai ke airport dalam suatu masa yang masih dikategorikan awal dari waktu pelepasan. Walau pun sahabat saya dah buat online check-in sejak dari rumah lagi, patutnya kami bolehlah gerak dalam keadaan lenggang kangkung... maknanya tak perlu terlalu awal dan tergesa-gesalah. Tapi entah kenapa, semangat tu berkobar-kobar nak berkhidmat kepada negara ni kan, rasa nak cepat sampai jer. Lagi pun duduk rumah lama-lama bukan ada sape pon.
Melihat gelagat pesawat terbang keluar masuk sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlepas |
Terbang selama 2 jam 10 minit tanpa henti menggunakan pesawat MAS, ditemani oleh gadis-gadis pramugari yang manis-manis belaka (mekap tebal... cuba buang mekap tengok!), serta disajikan pula dengan hidangan yang enak-enak belaka membuatkan perjalanan terasa begitu pantas sekali. Cumanya pasal duduk kelas ekonomi kan? Satu row tiga seat, terasa jugaklah kesempitan hidup di situ. Tambah pulak orang sebelah kita tak kenal. Secara semulajadinya, nak baca paper tangan kena kangkang. Maka terasalah sedikit ketidak selesaan disitu. Nak seribu daya kan... nak baca jugak paper tu, sempit pun sempit lah, buat lah macamana pon. Lipat paper tu jadi kecik-kecik ke, nak carik-carikkan helaian tu ke, janji boleh baca, kerana hidup amat bosan jika tidak membaca.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 1330, di waktu khatib sedang membacakan khutbah di masjid-masjid yang berada di semenanjung Malaysia. Kerana musafir ini, kami tidaklah dapat berjemaah bersama. Nak berjemaah di Bintulu lagi lah tak sempat. Masjid dah kosong, diorang dah balik, solat dah habis. Kat sini, waktu solat awal lebih kurang sejam dari semenanjung.
Sampai jugak ke Bintulu. Horrayyyy! |
Kalau hisap jugak memang jenis tak gheti bahasalah orang itu. Cakap melayu sudah, inggeris sudah, bahasa iban pun ada sekali neh! |
Kunjungan kami kali ini disambut meriah oleh Pak Santa dan rusa-rusanya. Xmas is just around the corner bro... sambutan xmas di Borneo pastinya lebih meriah dengan followers yang meraikannya lebih ramai dari semenanjung. Time ni, setiap hotel yang saya pergi pasti dihias meriah dengan dekorasi yang bergemerlapan.
Dan pokok xmas itu pun dah kadi macam cendawan lepas hujan. Dia punya tumbuh tu sedar-sedar jer dah besar,. |
Bilik yang nice dan selesa |
Pasal kerja tak yah lah cerita sini. Biarlah rahsia ;-p
Di waktu malam selepas menangguhkan kerja yang belum berkesudahan itu untuk keesokkan harinya, kami dibawa oleh rakan sekerja cawangan menjamu selera di sebuah tempat makan yang dianggap istimewa oleh penduduk tempatan.
Restoran Seribu Bintang nama diberi. Nama bukan main jiwang lagi tapi jangan main-main wooo ini restoran. Korang cakap jer nak makan apa semua ada. Masakan thai, cina, melayu, india, indonesia dan makanan eksotik penduduk tempatan semuanya under one roof. Eksotik tu maksud saya takdelah benda-benda pelik macam tenggiling masak kicap ke, otak sedut ke, sup tulang harimau ke. Maksud saya terlampau macam-macam menu dia sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikutkan hati nak jer order semua, biar dapat rasa semua benda yang kata spesel sangat tu. Tapi apakan daya, saya masih punya rasa malu, malu pada kawan-kawan terutama sekali dari cawangan yang baru dikenali kang dia ingat apehal pelahap sangat orang KL neh. Ehhh... sorry, saya orang Terengganu okkay! Terengganu nellang sokmo!
Makan malam bersila didalam teratak beratap nipah, saya sempat merasai keenakkan ABC special dan sup gamat kaw tak henggat! Pekat, melikat dan rasa pedas lada hitam dia sangat power. |
Keesokkan harinya, selain dari melakukan pekerjaan yang telah diamanahkan, kami sempat juga bersiar-siar di pesisir Sungai Bintulu yang dikenali dengan nama Bintulu Promenade. Dekat jer dengan hotel... tak melibatkan masa dan kudrat yang banyak pun. Jalan kaki jer.
Sungai Bintulu mengalir lesu, airnya keruh penuh dengan kayu. Nak cari kayu datanglah ke sungai Bintulu. |
Pertama kali bertemu dengan motor seperti ini, di semenanjung ada ke? |
Perjalanan dari hotel ke Lapangan Terbang Bintulu mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan teksi yang mudah didapati di sekitar pusat bandar Bintulu. Bagi sebuah bandar yang tidak berapa sibuk lagi tiada kesesakkan, 30 minit itu boleh dikira jauh jugaklah. Sempatlah nak melelapkan mata barang seketika dalam teksi tu.
Namun begitu, tahukah anda bahawasanya suatu ketika dahulu, sebelum millenium, Bintulu mempunyai sebuah lapangan terbang utama yang berada betul-betul di dalam kawasan bandar. Kami sempat menyinggah di situ dan memandu kereta yang dipinjam di atas kawasan landasan lama yang kini menjadi lokasi bagi masyarakat setempat melakukan aktiviti yang sesuai dengan keluasan tempat tersebut. Takat nak buat koonsert? Majlis kahwin? Takde masalah... luas sangat!
Baiklah... kita tinggalkan Bintulu. Nak pergi Sabah pulak neh! Memandangkan penerbangan MH3330 hanya akan bergerak pada jam 1600, dan waktu check-out hotel pula ikut waktu standard semestinya jam 1200, itu pun kami cuba-cuba nak ngelat check-out jam 1300, tanpa arah tujuan tak tahu nak pergi mana pun kat Bintulu neh, kami nekad untuk terus ke airport sahaja. Awal memang awal lah. Dua jam lebih sangap kat airport tak tahu nak buat apa, hatta pergi minum dan makan roti sekali pun tidak dapat menghilangkan rasa kesangapan itu. Saya sempat tertidur lagi, siap baring lagi atas kerusi dalam hall yang lengang itu.
Jam 1530 barulah pintu balai pelepasan dibuka dan kami pun masuk. Nampaklah pesawat penerbangan kami.
Ya benar... kami naik kapal kecil. Memang sudah ku duga, walau pun dugaanku tersasar sedikit kerana saya menjangkakan kami akan naik Fokker 50. Dulu pernah naik, itu yang teringat Fokker. Kali ini kami kena naik ATR72-500, pesawat kedua terkecil dalam barisan penerbangan komersil MAS. Walau pun kecil, cabin crew masih ada untuk melayan karenah penumpang. Kalau tidak, terasa macam naik bas sahaja.
Pesawat yang terbang merentasi kepulauan Borneo ini dipanggil MASWings, anak syarikat MAS jugak, tapi khas untuk perkhidmatan trans-borneo sahaja. Jangan harap anda dapat menaiki pesawat ini untuk kembali ke semenanjung.
Walaupun kecil kalau nak dibandingkan dengan boeing apatah lagi airbus, tapi sangat selesa, malah lebih selesa daripada pesawat Boeing yang dinaiki dari semenanjung tempoh hari. Saya mengharapkan skrin lcd yang tergantung di atas kepala ini akan menyiarkan filem-filem box-office, namun harapan itu tidak kesampaian apabila material yang disiarkan menjurus kepada promosi dan pengiklanan berkaitan dengan pelancongan negeri Sarawak sahaja. Mungkin sebab saya take-off from Sarawak, so dia cerita pasal Sarawak. Kalau saya take-off from Sabah, mungkin cerita pasal Sabah pulak kot? Lagi pun apalah tujuannya disiarkan movie box-office kalau baru suku cerita, sudah kena mendarat.
Harus diingat ini pesawat ATR yer tuan-tuan. Hanya untuk perjalanan jarak dekat sahaja. Macam pesawat ini, terbang 30 minit dah sampai Miri. Kena turun, transit kat sini dulu kejap. Ingatkan boleh bersenang-lenang dalam flight sambil baca surat khabar,rupanya kena turun jugak dan tunggu dalam balai berlepas,. Lepas tu terbang lagi, tak sampai sejam dah sampai KK pulak. Makan pun takde taw. Hidang air jer.Huhuhuhuhuhu....
Sejenak di lapangan terbang miri. Termenung sana, termenung sini... haishhhh apa pon tak boleh! |
Kita teruskan penerbangan ini menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu.
Mengikut perancangan, misi yang bakal dilaksanakan di negeri Sabah ini tidak akan berlaku di Kota Kinabalu. Dari KK, kami sepatutnya meneruskan perjalanan ke sebuah daerah di pedalaman Sabah yang bernama Keningau. Walau pun begitu, memandangkan Keningau tiada lapangan terbang yang sesuai bagi pendaratan pesawat komersil mahu pun jet pejuang, maka kami harus transit di KK terlebih dahulu selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau pada keesokkan harinya melalui jalan darat.
Kita tidur di KK dulu bah.
Horizon Hotel yang menggamit kedatangan kami. Hotel baru, bilik cantik dan kelihatan agak mewah. |
Saya anugerahkan hotel ini sebagai hotel terbaik sepanjang eksplorasi kami kali ini. |
Sebagai seorang yang opportunist, alang-alang dah sampai KK ni kan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bersiar-siar sebelum kami dihalau dengan sopan (check-out) dari hotel ini.
Tapi saya tidaklah begitu kebulur untuk pergi ke segala macam tempat yang ada di sekitar KK. Dengan kekangan terhadap masa dan pengangkutan yang dikenakan terhadap saya, cukuplah sekadar melawat ke tempat yang boleh dijengah dengan hanya berjalan kaki sahaja yang terdapat di sekitar hotel penginapan kerana di situ pun menarik juga.
Usai bersarapan, kami meniti tangga-tangga jejantas pejalan kaki menuju ke pasar KK. Walau pun saya tidak berminat dengan aktiviti pasar memasar neh, namun ku gagahkan jua mengikut jejak langkah sahabat saya yang sorang ni. Sepanjang jejantas itu, ada ramai peniaga kecil yang terdiri dari kaum wanita sedia menunggu pelanggan yang sudi singgah membeli barang dagangan mereka. Cara perniagaan mereka agak unik. Kalau tengok pada tapak dia tu pun simple jer. Bentang jer kanvas atas lantai, susun barang2, dah siap! Inilah yang dipanggil orang sebagai "street hawker".
Kami terus lajak ke belakang pasar tu, ada jeti bot nelayan dan bot penumpang. |
Berdekatan dengan jeti tu, ada lah tempat lepak-lepak, rilek-rilek tengok orang, tengok bot. Nama dia Segama Waterfront. Sebut betul2 ok... senggama!!! |
Tugu Peringatan Malaysia ini terletak betul-betul di depan hotel penginapan kami. Senang cerita, keluar je pintu hotel, terus nampak monumen ni. Kenapa dan untuk apa ianya didirikan tidaklah pasti |
Pengembaraan ke Keningau berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami menempuh laluan pesisir pantai melalui pekan Putatan sebelum masuk ke jalan Kimanis, seterusnya masuk ke daerah pedalaman Papar.
Setelah melalui laluan persekutuan menyusuri pekan dan kampung, lebih kurang 1 jam 15 minit kemudian kami tiba di Mapit. Ianya ibarat R&R terakhir sebelum perjalanan diteruskan dengan laluan gunung sama di daki, lurah sama dituruni. Nak pergi toilet, nak makan, nak minum,nak beli jajan inilah tempatnya.
Last pit stop sebelum mendaki banjaran Crocker |
Kedudukan salur paip air tersebut. Air akan keluar apabila satu suis khas diaktifkan oleh pemandu, dan air itu akan memancut-mancut keluar menyiram bahagian roda kasi dia sejuk. |
Walau pun laju, tapi nampaklah dia ni berpengalaman. Dah memang kerja dia, ntah-ntah hari2 dia ulang alik lalu jalan ni kot. So dia macam dah tahu selekoh mana yang bahaya, selekoh mana yang selamat. Kitorang yang tak tahu apa-apa neh diam je lah, layan je dia punya laju tu. Dalam hati duk berzikir, bertahmid, takbir semua ada.
Maka tersebutlah kisah, di sebuah tempat, di tengah banjaran crocker, di sebatang jalan raya, antara bukit-bukau yang menurun dan menaik itu, terdapat sebuah lokasi yang dikenali oleh penduduk setempat dengan panggilan Bukit Magnet. Apa yang peliknya di sini ialah anda akan melalui sebatang jalan raya yang lurus. Lalu jalan raya lurus pun pelik? Ok...jika dilihat dari pandangan mata kepala kasar, ternyata jalan tersebut berada dalam keadaan menurun bukit (atau menaik jika anda datang dari arah Keningau). Terjadilah suatu perkara yang tidak logik dan melawan hukum graviti newton disini apabila objek bergolek yang berada di atasnya cuba melawan hukum tersebut dengan bergolek ke atas. Of coz ia menjadi suatu kepelikkan bagi orang-orang yang pertama kali melalui jalan ini.
Atas ehsan drebar teksi tersebut,beliau bersetuju untuk menunjukkan kepada kami keajaiban Bukit Magnet. Selang beberapa lama perjalanan, kami pun tibalah ke lokasi kejadian. Kami dari KK, so jalan bukit tu dia jadi arah menurun. Kat atas jalan tu jugak, selepas dipastikan bahawa tiada kereta lain yang datang dari belakang, drebar teksi tu pun berhentilah kat tengah jalan tu lalu meletakkan gear kenderaannya pada posisi neutral (free gear). Tiba-tiba jer kitorang rasa kereta tu tiba-tiba mengundur ke belakang, wal hal jalan tu menurun bukit, patutnya kami ke depanlah. Dalam perasaan yang penuh takjub tu, kami mula rasa pelik dan misteri nusantara mula menyelubungi kami.
Nak siasat jugak apa yang sebenarnya berlaku, kami nekad untuk turun dari kenderaan yang dinaiki. Brader teksi tu pun tak kesah, layan jer kehendak kami lalu parking di tepi jalan. Brader teksi tu mencadangkan kami menjalankan ujikaji dengan meletakkan botol air minuman kami di atas jalan untuk melihat dia bergolek.
Korang tengok sendiri hasil daripada ujikaji kami
Yang menjadi persoalannya di sini ialah:
- Kenapa objek itu bergerak melawan hukum graviti?
- Dinamakan bukit magnet kerana ia mampu menarik sesuatu objek menuju ke arahnya. Sekiranya benar kawasan ini ada tarikan magnet, kenapa ia boleh bertindak balas dengan objek bukan logam? Contohnya, botol air.
Walau pun begitu, masih terdapat satu persoalan yang belum terjawab hingga ke hari ini: ilusi apakah yang menjadikan mata kami melihat jalan di depan itu dalam keadaan menurun?
Baiklah, mari kita teruskan perjalanan, tak sampai Keningau pon lagi neh!
Walau pun penuh dengan misteri, jangan ingat banjaran crocker ini horror sangat. Kat sini pun ada resort, nak bercuti rilek-rilek tenangkan fikiran dalam hutan. |
Kami menginap di Hotel Perkasa. Nama jer perkasa macam dah gagah sangat kan, tapi sebenarnya hotel lama. Tengok rupa bilik pun macam style 80-an. Bilik air pun pakai marble lagi. Tak kesah sangat sebab datang sini bukan nak duduk bersenang lenang dalam bilik. Ada tempat tidur, tempat berteduh, tempat mandi pun dah cukup syukur. Breakfast pun tak banyak pilihan. Ada tiga jenis jer bagi yang tak nak top-up duit, makan ikut pakej sekali dengan penginapan. Itu pun kena order ala-carte. Mi goreng, bihun goreng dengan kue tiaw goreng. Walau pun rasa dia agak kureng sikit, kadang-kadang masin, kadang-kadang tawar, kaler pun cheroi jer, tapi portion dia banyak. Saya makan sorang pun tak habis. Dan servis dia amatlah siput. Sudah order kalu, kalau takde 15 minit, takkan sampai makanan tu.
Walau pun nampak old-skool, artis pun lepak sini tau. Tak yah sebutlah sape, walau pun terkenal tapi pada saya takdelah superstar sangat. Suam-suam kuku jer. Selain tu, ada rombongan 2,3 bijik bas, nampak macam orang gomen jer. Ada event apa ntah kat Keningau neh. Lagi pun kat Keningau ni, tak banyak pilihan hotel.
Bandar Keningau ni kecil sahaja tetapi sangat sibuk. Jalan-jalan yang kami lalui untuk ke tempat kerja asyik jem sahaja, terutama pada waktu puncak. Traffic light takde, tapi banyak roundbout. Sebab tu selalu jem kot
Nak korek sikit info pasal Keningau neh, khabarnya nama Keningau ini berasal dari sebatang pohon yang disebut orang sebagai Cinnamomun burmannii, atau lebih mesra disebut Kayu Manis... ala kulit kayu manis tu, takkan tak kenal. So apa kena mengena Keningau dengan kayu manis atau cinnamon? Takde bunyi Keningau pun? Sipi2 pun takde.
Hehehehe... sape kata takde? Tahu kah anda, di kalangan penduduk tempatan, kulit kayu manis itu dikenali dengan nama Koningau. Hah! kan sama tu... Koningau, lama2 jadi Keningau. Tak tahulah pulak kalau ada pengaruh negeri sembilan kat sini, tapi macam tak logik jer kan?
Pagi di Keningau penuh dengan kabus, fenomena yang biasa berlaku apabila berada di kawasan tanah tinggi. |
Ekceli, takdelah ke mana sangat pun. Kat dalam kawasan bandar jugak, sekitar kawasan tempat kerja.
Salah satu tempat yang saya kira menarik itu adalah pasar malam. Ek eleh... pasar malam jer? Kat semenanjung pun banyak dan lagi hebat taw! Betul... di semenanjung memang banyak dan lebih hebat, tapi ada ke yang jenis bukak hari-hari? Kalau tak kerana Ramadhan, takdenyer bukak hari-hari kan? Kat Keningau ni, hari-hari ada pasar malam, di tempat yang sama, waktu yang sama dengan peniaga yang sama dengan barang dagangan yang sama. Maka anda tidak perlu sehingga minggu depan sekiranya anda terlepas untuk membeli sesuatu.
Bayangkan hidangan makan malam kami. Empat orang dewasa meratah dua ekor ikan yang besar-besar belaka. Ikan susu masak tiga rasa dan ikan merah sweet sour. Campur dengan nasi dan segala macam air, saya menjangkakan harganya paling koman pon mesti RM70 neh, tapi alangkah terkejutnya beruk mat yeh bila dapat bil... hek elleh... 47 hengget jer. Tak lebih RM50 pon? Amazingggg!
Setelah berhari-hari mencurah bakti di Keningau, maka tibalah masanya untuk pulang. Direct flight terus ke KLIA. Sebelum dapat naik flight itu, haruslah singgah ke KK dulu kan. Dah airport ada kat sana.
Walau pun penerbangan kami hanya akan berangkat pada lewat petang, tapi kami harus bergerak awal dari Keningau memandangkan ada rakan-rakan yang nak singgah berjalan-jalan dan membeli belah di KK. Seperti mana datang, kami pulang menaiki teksi MPV jenis Innova jugak, tapi mujurlah pemandunya berlainan serta lebih berhemah. Kalau tak memang kempis lah perut kami kena kecut perut sekali lagi.
Dalam perjalanan, abang teksi singgah di sebuah kawasan yang banyak orang jual ikan bilis kat tepi jalan. Tak pasti pulak kawasan tu kat mana. Kimanis ke, Papar ke?
Yang kitorang ni pun turun jugaklah tengok-tengok apa yang ada. Dari cara tanya tu, nampak gaya macam nak beli, tapi bila fikir balik, takat bilis neh, kat kampung aku pon banyak!
Tiba di KK pada waktu tengah hari dan makan di sebuah Restoran Sri Keningau. Laaa... Keningau lagi!
Usai bersantap, kami pun jalan-jalan di sekitar Pasar Filipina tu dibawah terik sinaran mentari. Mula-mula masuk kedai cenderamata. Pusing-pusing dalam kedai, tengok benda yang sama jer. Mutiara, brooch, t-shirt, barang-barang perhiasan. Beli jugaklah sikit sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
Bosan layan Pasar Filipina, kitorang gerak pergi pasar kering pulak. Diorang panggil Pasar Ikan Masin. Tapi bukan takat ikan masin jer, segala jenis mak nenek hidupan laut kering ada dijual di sini. Semuanya yang kering-kering sahaja taw. Nak yang basah, kena pergi pasar sebelah.
Dah habis melayan diorang ni beli barang kering, nak pulak beli barang basah. Pergi pulak kat sebelah tu, layan barang basah. Bukan dalam pasar besar tu, kat sebelah pasar kering tu je, belah belakang sikit, sebelum sampai pasar besar. Nama tempat tu Sabah Fish Marketing, under LKIM kot. Dia cuma jual barang mentah seafood yang dah froozen sahaja. Sangat frozen hinggakan makanan tu semua dah duduk dalam bongkah ais yang sangat keras. Boleh bawak balik semenanjung, naik flight. Dia akan pack dengan cantik dan kemas, supaya tahan lama dan tidaklah terjejer-jejer bila dibawa.
Hujan petang menyebabkan penerbangan kami terpaksa ditangguhkan selama 30 minit, membuatkan saya rasa bosan kerana telah menunggu agak lama di airport. Tapi kena sabarlah kan? Safety first... takkanlah tengah hujan ribut nak terbang jugak.
Hujan di sore ini |
Timbunan awan-awan tebal membentuk gunung-gunung kapas berlatar belakangkan matahari terbenam. |
Seronok? Terpulang.... Sekiranya anda sanggup meninggalkan keluarga untuk satu jangka masa yang panjang serta bersedia untuk menyerahkan jiwa dan raga bagi melaksanakan tugasan yang diberi dari pagi sejak orang mula masuk opis sampai lah ke malam orang dah balik dari opis tapi kita tak balik-balik lagi. Anda juga terpaksa menghabiskan masa hujung minggu sabtu dan ahad bekerja di perantauan tanpa mengharapkan ganjaran lumayan serta rela ditempatkan di mana-mana sahaja tanpa banyak komplen. Dan yang paling penting sekali, buatlah dengan ikhlas, Insya-Allah anda akan merasai keseronokkan itu.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment